Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, June 13, 2011

Review 413: Elegi Duka by Wan Nor Saedah


Terbitan Tintarona
Elegi duka by Wan Nor Saedah
harga: RM15.50
327 mukasurat

"Kebahagiaan yang diimpi, hanya mengudang duka di hati"


lepas habis baca buku ni rasa macam baca satu summary saja.. semuanya berlaku dengan pantas dan tidak dihuraikan dengan baik. kalau ini adalah summary atau ringkasan cerita, ia adalah summary yang padat.


tiada part yang betul-betul menyentuh hati walaupun penulis cuba memancing simpati pembaca2 terhadap watak 'Najwa'.


saya boleh ringkas kan cerita ini dengan lebih padat lagi di sini.
-harlina dan Ezham kawin, harlina sakit kanser pangkal rahim dan suruh Ezham kawin ngan Elyati (orang gaji) tapi Ezham anggap sbg adik saja, Elyati membawa hati yang luka (lari dari rumah).


Najwa dan Izani saling menyinta. Mak Izani tak suka krn Najwa mungkin anak luar nikah (pernah syok kat bapa Najwa). Ibu Najwa meninggal. Najwa bawa diri bekerja tapi dpt bos gatal, masa melarikan diri terserempak dgn sekumpulan lelaki yg berniat jahat, diselamatkan oleh Ezham.


Ezham syok kat Najwa, Harlina benarkan dia berkahwin, siap tolong pinangkan. So Ezham kawin ngan Najwa. Lepas kawin Harlina tk dpt control rasa jeles dan mula mengawal Ezham. Najwa terluka, pindah rumah, then keguguran and then bercerai dengan Ezham.


Izani cuba menagih kembali cinta tapi Najwa buat keputusan ikut kawannya Norwani ke London.


well tu la keseluruhan cerita ini kalau diringkaskan. Sebhg besar kisah ni mcm ada mirip2 salah satu citer yg ditulis oleh Sh Abu salem


sure fine whatever



Terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd.
Sinopsis Belakang Buku:


Najwa terhukum oleh dosa-dosa silam ibunya. Lantaran itu kelopak cinta Najwa berguguran dari jambangan hati Izani. Terlerai dek rasa curiga akan status kelahiran Najwa.


Ketika Najwa membawa hati nan rawan dia terjebak pula dengan cinta Ezham. Desakan isteri Ezham agar mempercepatkan perkahwinan suaminya dengan Najwa lebih membingungkan. Segalanya kerana Harlina sendiri tidak mampu menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya yang telah sekian lama dahagakan belaian daripada seorang isteri sejati.


Najwa reda dengan takdir pertemuan. Ezham diterima dengan rela dan dia sanggup berkongsi kasih dengan Harlina. Malang sekali kisah duka itu tidak pernah terhenti. Kebahagian yang diimpi hanya mengundang luka di hati. Najwa sekali lagi tewas dalam perhitungan hidupnya, dia rela bergelar janda dan membawa diri jauh ke Kota London.


Dan.. Izham yang sentiasa setia menanti masih mengharap kekasih hatinya sedia kembali.


Apakah Najwa sanggup mempertaruhkan sekali lagi perasaannya kepada jejaka yang setia itu? Walau apa pun pada Izani, Najwa adalah kekasih untuk selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment