Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, June 13, 2011

Review 411: Saga by Abdul Talib Mohd. Hassan


Saga
Penulis: Abdul Talib Mohd. Hassan
353 mukasurat

"Hadiah novel pertama Sayembara Novel Gapena 1976"


Biler tanya orang yang suka baca novel, dah baca SAGA? mesti diorang jawab dahhhh.. seolah-olah ni adalah bacaan wajib utk semua peminat novel/sastra. kebanyakannya sejak zaman skolah lagi dah baca dah novel ni.. well masa jalan2 kat library before cuti hari wilayah hari tu terserempak la dengan buku ni.. cetakan tahun 1982, agak lusuh keadaan bukunya macam dah berpuluh kali dibaca dan bertukar tangan. dari tahun 1976 hingga tahun 1982 sudah lapan kali diulang cetak. hmm memang laris. masa search kat internet, baru lah tau SAGA ni sebenarnya trilogi.. and akak baru baca satu ni jer..


Buku ni memang tiada cacat cela dari segi bahasa nya yang biasanya kita dapat trace dalam kebanyakan novel. memang teliti editornya. terasa puas dapat baca hasil yg ada ketelitian yg macam ini. Bab-bab dalam buku ini dibahagikan dari perspektif tiga watak utama SAGA iaitu Hisyam, Munirah dan Rahmat. Satu bab dari prespektif satu watak, contoh bab satu Hisyam, bab 2 Munirah dan bab 3 Rahmat, dan diulang bab 4 berbalik kepada Hisyam dan seterusnya.. Hanya bab 14 saja diceritakan insiden yang sama tapi dari pandangan 3 watak utama itu. perghh memang menarik sekali cara penceritaan Abdul Talib Mohd Hassan dan ada kesinambungan yang baik. Abdul Talib Mohd Hassan menggunakan semua elemen penting dalam cerita utk menjadikan cerita ini menarik, isu kemasyarakatan, pembangunan, cinta, nafsu, keTuhanan, adventure, thriller. Timbul jugak keinginan nak tau kesudahan trilogi SAGA ini.


serba sedikit tentang cerita ini. Mengisahkan Hisyam, Munirah mengikut Rahmat balik ke kampungnya dgn tujuan membuat perubahan dalam masyarakat kampung di situ. Mereka bertiga bersahabat baik, Munirah mengahwini Rahmat walau sebelum ini dia sebenarnya bercinta dengan Hisyam. Mereka bina sekolah, bina jambatan, bina jalan, namun ada juga yang iri hati dan mensabotaj. Jatuh, mereka bangun semula dengan semangat baru.


macam2 konflik jiwa juga timbul di kalangan 3 watak utama. Rahmat yg amat percayakan Hisyam, tak pernah ragu2 hubungannya dengan Munirah. Munirah masih berbelah bagi cintanya antara Hisyam dan Rahmat, malah kelihatannya dia lebih cintakan Hisyam namun tetap setia pada Rahmat. Hisyam pulak amat cintakan munirah, namun mata lelakinya sempat jugak ushar2 awek kampung yg cun2 seperti Masita dan Salwa, well bukan setakat usharr saja, dia dapat lebih dari itu nampaknya, dasar lelaki gatai.. heh.


Sure fine whatever


Terbitan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd
Belakang buku:



SAGA seperti bentuknya yang ada ini merupakan jelmaan dari manuskrip novel yang memenangi hadi pertama, mengatasi tiga puluh lima manuskrip yang menyertai Sayembara Novel GAPENA 1976. Biaya sayembara tersebut disumbangkan oleh Tun Datu Haji Mustapha dan berkat darinya dapat pula memunculkan seorang muka baru dalam kesusasteraan Melayu Moden. Beliau aialah Abdul Talib Mohd. Hassan atau Al'taha, pengarang novel ini. Sebelumnya beliau pernah memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis skrip drama anjuran majlis drama malaysia dengan karyanya berjudul "Pesta Malaikat", tetapi namanya tidak pernah disebut dalam pembicaraan sastera melayu. Menurut tigabelas para hakim sayembara GAPENA, SAGA "... telah menunjukkan kemampuan pengarangnya untuk membawa pembaharuan kepada novel Malaysia. .. novel ini telah membawa berbagai-bagai persoalan sastera. Di samping itu, pengarangnya berhasil memperlihatkan kemampuannya melukiskan persoalan
watak-wataknya dari segi psikologi yang dpt dipertanggungjawabkan".


Bagaimanapun dalam mesyuarat pemutus, jemaah hakim dengan rendah hati menyimpulkan bahawa penilaian muktamat dari sesebuah hasil seni terpulang kepada peminat seni seluruhnya. Demikianlah SAGA ini diketengahkan kepada peminat sastera untuk memberikan pertimbangan terakhirnya - A. Wahab Ali, Ketua Jemaah Hakim, Sayembara Novel GAPENA 1976.

No comments:

Post a Comment