Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, July 12, 2011

Review 439: Bara by Abdul Rahim Awang


Tajuk: Bara
Penulis: Abdul Rahim Awang
Penerbit: Creative enterprise Sdn. Bhd
RM24.90
540 muka surat


"Nafsunya terjerat di sangkar dosa dan noda..."


Rasanya suatu masa dulu pernah baca salah satu buku hasil tulisan Abdul Rahim Awang ni, tapi dah tak ingat tajuk apa. Ni kira karya baru jugak la by ARA, terbitan tahun 2006. The book is divided into 4 parts, prolog, Buku I, Buku II dan Buku III. Prolog memperkenalkan kepada 2 watak utama dalam buku I dan buku II iaitu Dr Haryati dan Jun Azzuddin. Buku I menceritakan kisah berkaitan Dr Haryati, Buku II
tiada kaitan langsung dengan Buku I yg menceritakan dunia yg jauh berbeza dari Buku I seolah-olah kita sedang baca novel lain.. Buku III menemukan watak Prolog, Buku I dan Buku II.


Buku I: First part of the story memang saya suka.. kisah Dr Zaharah yg berkahwin dgn Rosli, seorang kerani. Di awal perkahwinan Dr Zaharah tak kisah dgn mulut2 orang yg mengumpat tapi lama kelamaan dia terpengaruh dan mula memandang rendah kpd suaminya hingga membawa ke penceraian. Dr Haryati tak pernah mengenali Rosli tapi dia amat bersimpati pada rosli dan cuba menasihatkan Dr Zaharah agar mempertahankan perkahwinannya tapi Dr Zaharah tak nak, siap offer
haryati suruh amik her husband. Dr Haryati warning Dr Zaharah yg dia akan menyesal. Dr Haryati mengatur strategi dan dia berjaya menawan hati Rosli yg terluka dgn mendalami minat dan kebiasaan Rosli. Kelakar baca part Haryati pi tengok Rosli lawan ragbi, memang meriah la game tu dgn kehadiran Haryati.


Haryati lebih observant berbanding dgn Zaharah yg lebih banyak membuat prasangka. Kesabaran Haryati memikat byk pihak yg sentiasa mengawal Rosli yg rupa2nya seorang ahli perisik yang paling berharga bg kerajaan.


Buku II: Kisah dalam buku II penuh dengan kisah berkaitan dengan Industri memperdagangkan wanita. Ada kumpulan wanita yg cuba menarik those yg terjebak dari terus terlibat tapi diorang ditentang oleh orang atasan dgn menggunakan pembunuh upahan sehingga seorang pengerusi tertinggi diorang mati ditembak ketika berucap, membuat kan beberapa ahli kumpulan merancang pembalasan dgn menggunakan tarikan sexual utk menjatuhkan orang kuat dalam sendikit tu iaitu keluarga Tan Sri Wan Mutalib. Kumpulan itu mensasarkan utk menjatuhkan anak2 kebanggaan Wan Mutalib iaitu Wan ramli, Wan Adnan dan Wan Mokhtar.


ntahla.. satu perjuangan suci yg menggunakan cara kotor dan keji di sisi agama utk membalas dendam? bukan perjuangan la tu. Katrina membuat hubungan sulit dgn Wan Ramli hingga WR hilang pertimbangan dan menyebabkan kematian isterinya yg sedang mengandung. Jun Azzuddin membuat hubungan sulit dengan Wan Adnan, ended up falling in love with him and berjaya memutuskan long-term relationship antara Wan Adnan dgn teman wanitanya manakala Wan Moktar memang satu sen pun tak guna, hehe.. senang saja diperbodohkan oleh Rita. Boleh dikatakan ketiga-tiga rancangan tak berjaya dgn cemerlang, cuma berjaya
mengguris hati dan perasaan saja.


Rita menggantikan tempat sbg presiden gerakan yg nak menyelamatkan wanita2 yg terlibat dgn pelacuran tapi dia pon kena tembak jugak semasa berucap. membawa ke BUKU III mempertemukan Jun Azzuddin dgn Dr Haryati. Haryati kawin ngan Rosli dlm proses mencukupkan 12 anak utk team ragbi seperti yg dijanjikan dan Jun Azzuddin berkahwin dgn Wan Adnan yg berjanji tak akan terlibat dgn kegiatan memperdagangkan wanita lagi. Walaupun keberatan, Wan Adnan membenarkan Jun menjadi pengerusi gerakan wanita itu dgn syarat dia tak buat sebarang public speech, takut nanti bini dia pun kena tembak jugak.


Bagi saya Buku I memang menarik. Cara rahsia sebenar Rosli dibongkar dan keletah Dr Haryati yang mencuit hati. Buku II penuh dgn kisah2 berkisar industri pelacuran dan saling berbalas dendam, bomb mengebom dan macam2 la yg sewaktu dgnnya. buku II saya amik masa 2 hari utk habiskan.. mungkin sebab bosan.. atau saya tak berapa suka cara yg digunakan utk menjatuhkan keluarga Wan Mutalib tu. Walaupun cara halus.


sure fine whatever
Rinn

Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:

Di lembah yang penuh dosa dan noda ini, terhidang dendam kesumat yang disembunyikan dalam longgokan nikmat yang membahang. Antara kebenaran
dan nafsu yang tidak pernah mengenal Tuhan, keseronokan digandar... dijunjung bersama keegoan yang membuta tuli. Rezekinya daripada lendir yang hanyir, di pesta dunia yang beriramakan nafsu yang meloyakan. Diiringi gendang dan tarian gila yang mengkhayalkan. Kuasa menjadikan mereka leka di dalam memburu kekayaan dan keseronokan dunia. Rangkaian-rangkaian haram dijalankan.. dan lorong-lorong hitam menjadi pilihan. Ranjang menjadi santapan nafsu yang tidak tahu memilih halal dan haram. Kepuasan menjadi sasaran. Lalu kematian mengakhiri dendam.

dan pembelaan ini terbayar juga akhirnya.

No comments:

Post a Comment