Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, July 12, 2011

Review 440: Indahnya Kasih by Kreisya Reisya


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
Indahnya Kasih by Kreisya Reisya
RM15.00
380 muka surat

"Kita memintal angan di ruang mimpi yang sama membina istana cinta"

ni adalah sambungan kepada novel Kreisya Reisya yg bertajuk "Kisah Kasih" yg popular kerana konsep citer2 fairy tales yang ditampilkan. Aizat @ syah E yang meminang puteri farahdika dgn membawa sebelah kasut farah yg tertanggal di suatu majlis. :) memang sweet citer tu.

Dalam kesinambungan di dlm buku ini mengisahkan Aizat & Puteri yg baru mendirikan rumah tangga. Puteri masih lagi menebal sikap manjanya, nasib baikla Aizat ni caring dan sangat penyabar, memudahkan Puteri belajar menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sepenuh masa. Memang kelakar la baca kisah Puteri yg baru belajar memasak, mengendalikan mesin basuh dan mcm2 lagi lah. Dia bahagia dgn Aizat. walau bagaimanapun dugaan tetap datang menguji istana yg mereka bina. Rasa cemburu, masalah zuriat, perebutan harta dan sindir menyindir dari keluarga mertua turut mengganggu keharmonian mereka. Aizat tetap sabar memainkan peranannya sbg suami yg sangat sangat sangat
bertimbangrasa. rasanya dugaan paling besar buat Puteri adalah apabila ayahnya kawin lain, disangkanya ibu bapa nya adalah couple yg paling romantis di dunia tapi masa merubah segala galanya. Semua yg menduga menjadikan Puteri lebih dewasa dan matang of course she lives happily ever after with her beloved husband, daughters and son.. di samping itu ibu dan ayahnya yg masing2 berkahwin lain turut menghadiahkan dia dengan adik2 baru yg comel yg sebelum ini dia tak pernah ada.

bagi those yang suka Kisah Kasih memang wajib baca sambungan ni..

sure fine whatever
Rinn

terbitan alaf 21 sdn. bhd
sinopsis belakang buku:

Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seseorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu penuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan.

Detik masa pun berlalu...

Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hati, menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya. Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam, Puteri melangkah ke alam perkahwinan. Dari dunia khayalan, dia mula mengenali realiti hidup sebenar.

Dia mulai belajar menjadi seorang suri di hati puteranya. Buat Puteri, perkahwinan itu bukan lagi satu fantasi. Di sini... di dunia yang baru ini, ada warna-warna kehidupan yang tersendiri. Dia perlu belajar menjadi seorang wanita matang seiring usianya. Dan sebagai suami, Aizat cuba membentuk permaisuri hatinya menjadi seorang wanita yang bernama isteri sejati.

INDAHNYA KASIH... merupakan sambungan KISAH KASIH, novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya. Kini kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan.

No comments:

Post a Comment