Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, March 23, 2011

Review 331: Jantan Romeo by Matt Romeo


Jantan Romeo by Matt Romeo
Terbitan Creative Enterprise
Tahun 1997
RM9.90
160 mukasurat
isbn: 9838933341

"Wanita juga sumber inflasi"


Dah lama buku ni terperuk kat rak aku. Antara buku yang nipis yang ada kat rak. so aku pilih buku ni utk teman aku balik kampung raya haji haritu. memang before adik dtg amik aku kat station bas kat kampung aku dah berjaya menghabiskan. Tapi seramlah! Meremang jugak la bulu roma. aku ni bukannya boleh citer2 seram nih. teringat-ingat. tapi kalau dah start tu memang aku akan berusaha habiskan walaupun berkali kali terteleng teleng jugak kiri dan kanan. Rasa lain macam. hehe


Matt Romeo tak pernah lari dari gaya penceritaan yang penuh ikhlas dari mata seorang lelaki yang miang semacam. Kisah kali ni saya rasakan ceritanya lain kerana dia bermain dengan elemen mimpi dan seram. memang berjaya membuat saya keseraman lah.


Kisah kali ni Matt ada assignment kat Penang. Terpaksala dia meninggalkan makwe sulung dan makwe bongsunya di KL demi tugas. Sampai saja di sana dia menginap di sebuah hotel murah demi utk menjimatkan kos. Di sanalah dia bertemu dgn seorg wanita jelita yg bersuamikan lelaki hodoh yg memperdagangkan isterinya. Kerja matt tak menjadi setelah sering dikunjungi mimpi yg sama mengenai seorg wanita. Kelibat misteri sekali sekala melintas di hadapannya tapi bila pi cek tak dak apa lah pulak. part2 macam ni lah yang aku seram nih.


Mimpi pertemuan dgn wanita berselubung itu akhirnya bersuara dan meminta dia menyelamatkan Elly di Medan Raja. Pertemuan dgn Elly menggugat iman Matt. Namun demi menyelamatkan gadis itu, dia melibatkan diri. Tapi setelah diperkosa Matt ditinggalkan di sebuah rumah lama kat hutan. yep ada hantu liwat dia lah tu. Dah tu bukan serik plak tu. sabo jer matt.


Sejak menjejakkan kaki ke hotel di Penang sebenarnya misteri itu bermula. sebab bila dia menjejak kembali tempat Elly di Medan Raja, ianya sudah terbakar bertahun2 yg lalu. Dan dia terus ke Penang utk menyiasat namun hotel tu telah lama musnah! dah lebih 10 tahun!


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


dia ke Penang utk menyiapkan tugasan yg diamanahkan. Hatinya terpukau melihat kejelitaan kak syima. Tergaruu-garu pula kepalanya apabila dilihat kehodohan wajah Sang doaemon yg menjadi suami skaligus bapa ayam kepada wanita hebat itu. Kak Syima seolah ingin menggoda dan mengadu. Malam2 sunyinya didatangi wanita bermuka hodoh yg merayu dan meratap supaya diselamatkan adiknya yg bernama Elly. kak Syima, doraemon, apek dan nyonya yg pelat hilang bagai kabus. Elly! Dia sanggup bergolok bergadai deminya tapi... peliknya tetap menggila.

1 comment: