Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, March 16, 2011

Review 325: Advencer Si Peniup Ney by Faisal Tehrani



Advencer Si Peniup Ney
Penulis : Faisal Tehrani
Utusan Publications & distributors Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2005
Cetakan Kedua 2006
RM19.00
9789676117625
236 muka surat


Pemenang Hadiah Sastera 2004 Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja


Kisah pengembaraan seorang anak muda bernama Sulaiman bersama sekumpulan 40 Jin Islam ke Negara Fantasia. Jin-jin Islam bimbang kerana remaja mereka semakin rosak di Negara Fantasia yang terletak di atas awan. Hiburan menjadi pujaan mereka, nama Tuhan sudah lama dilupakan. Atas nama musik dan souti samad, Sulaiman berjaya bertapak di Fantasia sebagai salah seorang peserta bersama 40 jin pengiringnya. Ada yang meminatinya kerana wajahnya, ada yang meminatinya kerana suaranya dan ada yang meminatinya kerana landasan musik yang dibawanya adalah kerana Allah.


Banyak perkara tentang musik yang dikongsi dalam karya ini membuatkan kita mengkagumi nikmat Allah. Ada jin yang dihantar sbg pengintip utk mengintip aktiviti kelas muzik Sulaiman yg mengundang rasa kurang senang Raja Jin Bertindik Satu, pemerintah Negara Fantasia.


Konsert pertama yang disertai Sulaiman telah melonjakkan namanya. Puteri kepada Raja Jin Bertindik Satu sangat terpikat dgn ketampanan Sulaiman lalu meminta Ayahandanya memastikan Sulaiman menjadi guru kelas muziknya. Mula-mula tu nampak macam nak belajar tapi lama-lama, dia semakin berani menggoda Sulaiman sehingga cuba meragut kesucian Sulaiman. Eh terbalik? apala nak jadi anak jin nih. Puteri Simone menfitnah mengatakan Sulaiman yang cuba meragut kesuciannya lalu Sulaiman dipenjarakan.


Dalam penjara, dakwahnya tidak terhenti. walaupun masih muda remaja, dia tidak pernah berhenti menyebarkan keagungan agama Islam. Salah sorang lelaki di situ bermimpi dan setelah keluar dari penjara, mimpi yang ditafisrkan Sulaiman adalah benar belaka. Lalu apabila Raja Jin bermimpi, lelaki itu mencadangkan agar baginda mendapatkan tafsir mimpi baginda dari Sulaiman. Takwil mimpi Raja Jin yang diberikan Sulaiman adalah sangat tepat apabila negara fantasi dilanggar pesawat boeing. Kalau tak MAS mesti AirAsia kan? haha. Kesedaran melanda negara Fantasia yang kemudiannya dikenali sbg al-Hidayah.


Kembara seterusnya membawa Sulaiman ke tengah samudera bertemu jin laut pulak, Andak dan Mahajara Tenggiri yang belum pernah mendengar tentang Islam. Dengan nama Allah, Sulaiman berjaya menyembuhkan Maharaja Tenggiri dan dia bersama rakan2 jin pengiringnya dibenarkan menyebarkan Islam di situ. Terharu rasa macam nak nangis bila Maharaja Tenggiri dapat meneka siapa Sulaiman lalu mencium tangannya sbg tanda jin menghormati manusia.

sure fine whatever
alongside


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi rangsangan u tuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baru dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi mutunya.


Advencer Si Peniup Ney

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk seronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emm, cita rasa, cita rasa!


40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janjij abadi: Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.


Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

No comments:

Post a Comment