Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, March 14, 2011
Review 309: Mandatori by Ramlee Awang Murshid
Mandatori
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf & Sa'adiah Mohamad
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831240397
Cetakan Pertama 2000
Cetakan Ketujuh 2010
"Case Closed"
Cerita ini tidak semudah ABC, tetapi Amran, Bogart dan Carlos (ABC) menjadi penggerak rentak misteri thriller kisah ini. Setiap bab menaburkan kepingan2 jigsaw puzzle yg memberi klu-klu kepada pembaca. Setiap klu membuat kita memikir arah cerita ini. Di awal cerita yg kerap menginjak time frame dari past-present-future membuat pembacaan aku jadi berhati-hati kerana aku tak mahu keliru. Nyata garapan RAM sangat kemas menarik.
Mulanya aku sangka aku akan jadi pening sepertimana aku pening semasa membaca Rahsia Perindu yg sangat berbelit kisah dan character nya. Mandatori nyata berbeza. Walaupun melayarkan kisah konflik jiwa, ianya kemas dan mencemaskan. Walaupun tidak susah utk kita meneka di mana letaknya Norman dalam ABC, tetapi cara RAM menyingkap kisah hidup Norman membuat ianya kelihatan menarik utk diikuti.
Cerita bermula dgn matinya seorg lelaki yg tidak bersalah di tali gantung. Beberapa tahun kemudian, lelaki2 yg menjatuhkan hukum kepada Tassan mati terbunuh secara misteri. Amran adalah anak Tassan yg dibuang sekolah kerana terlibat dlm pergaduhan di sekolahnya kerana rakan2 yg lancang mengata dirinya sbg anak pengedar dadah. Kesabaran ada hadnya tetapi natijah yg diterimanya amat mengecewakan ibunya. Demi membantu keluarga, Amran ke laut mencari rezeki. Tetapi jejak pertamanya ke laut membawanya karam dalam dunia kecelaruan personaliti. Dalam dunia itu dia mengenal dendam, dia menjadi jaguh, dia menjadi penyayang, dia menjadi penegak keadilan yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori di muncung pistolnya.
Kelvin, Juliana dan June yg pernah menghina Amran berjaya dalam kerjaya masing2. Sekali sekala kenangan kenakalan mereka dulu membuat mereka menyesal. Adakah penyesalan mereka boleh menerima pengampunan di mahkamah yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori? Jika perlu memilih antara menyulam cinta atau melunaskan dendam, mana yg kita akan pilih?
Sangat banyak watak dlm kisah ini tetapi setiap satunya ada impact tersendiri. Bagi yg kurang gemar dgn watak yg banyak, mungkin akan sedikit pening :)
sure fine whatever
Rinn
blurb/novelcinta/sinopsis belakang buku:
Bermula dengan hukuman di tali gantung yg dikenakan ke atas seorg pemandu, Carlos menyimpan dendam menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorg demi seorg yg menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yg dicipta Carlos sendiri. Dialah pendakwaraya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yg diadilinya pasti akan menerima hukuman dgn sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment