Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, March 14, 2011
Review 319: Cinta Pertama by Norhayati Berahim
ni pun merupakan review lama jugak utk novel Cinta Pertama karya norhayati Berahim. Rasa nak baca semula lah novel ni. :)
-------
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Cinta Pertama
Penulis: Norhayati Berahim
RM 19.90
520 mukasurat
"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"
puas hati ha baca buku nih. bila baca buku2 by NB saya suka cara dia describe kerja2 watak2 utama, menunjukkan NB memang buat research b4 menulis. and gaya penceritaan NB memang best. disebabkan nak baca buku ni saya sanggup tahan diri dari menonton drama tv 'tak tercapai akalmu' yg diangkat dari novel ni, nanti spoiler x best pulak. :)
B4 this memang dah baca beberapa karya NB dan saya perasan mesti ada terselit satu watak lelaki yg negatif seperti Raof (Hati yang Luka) dan Dhirran (Nota cinta buatmu). masa baca cinta pertama rasa mcm tercari cari pulak watak yg sebegitu, Dr Rahmat baik, En. Razali baik, En Ahmad baik, Carl of course la baik.. hehe.. rupa2nya muaz. character2 Raof, muaz dan Dhirran memang nyakit kan hati, tu yg best tu, membuktikan NB pandai menyerapkan rasa geram pada watak2 ni dlm penulisannya.. tapi kadang2 tu watak2 ni macam org yg sama lah pulak.
*sengih*
sure fine whatever
Sinopsis belakang buku:
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.
Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy nk bli buku cinta pertama karya norhayati berahim...
ReplyDeletenie email sy gasdf10@yahoo.com
no vel ni mmg ta boring kalau baca.. mmg best sgt...
ReplyDeletebuku ni masih available?
ReplyDeleteNaS buku ni dalam koleksi saya, bukan utk dijual. NaS cuba semak dengan Alaf21, mungkin masih dijual di premis alaf 21. Sebagai makluman, hari jumaat sabtu ahad (2,3,4 disember) ada karnival jualan buku di karangkraf. Mungkin buku ni boleh dapat di sana :) good luck.
ReplyDelete