Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, March 14, 2011

Review 318: Hanya Kerana Cinta by Norhayati Berahim



Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Hanya Kerana Cinta
Penulis: Norhayati Berahim


buku ni terbitan creative. kisah Kesuma, seorang drug pharmalogist dan seorang lelaki bernama Abdul, seorg pemandu yg penuh teka teki. memang tak sabar nak baca biler dpt buku norhayati berahim :) biler baca nama kerjaya watak utama, i was sure lepas ni i'll know serba sedikit butir2 kerja seorang drug pharmalogist nih.. :) rasanya terlalu banyak yg NB nak citer tentang kerjaya Kesuma dan kalau kita tengok sesi perbualan antara Kesuma dan sahabatnya Amna, terutamanya di tempat kerja memang sekali cakap mau hampir penuh satu muka surat. ada jugak yang saya ulang baca dua tiga kali gak tu sbb rasa mcm ada yg termiss hehe.. part chatting antara J&H dan Pandan kadang2 mengelirukan, kdg2 tu rasa macam line Pandan tapi kat depan tu tulis J&H.


serba sedikit kisahnya tentang kesuma yg tertarik dgn Abdul seorang driver, mak dia menentang sbb takut nanti Abdul yg miskin akan mengikis harta Kesuma. Kesuma nekad dengan kata hatinya dan bersemuka dengan Abdul mgenai isi hatinya dan ternyata dia tak bertepuk sebelah tangan... Abdul datang dengan agenda tersendiri, mahu melerai kan dendam dan mencari bakal isteri yang diidam kan oleh mamanya. bagi saya kisah yg menarik and i like it.


sure fine whatever


Sinopsis belakang buku:


Kesuma ingin disayangi dan dimanjai oleh lelaki itu. Didakap dalam kasih sayang yang sarat. Dicintai dalam simpulan kasih yang erat. Bersatu dalam paduan cinta. Hanya kerana lelaki itu... hanya kerana dia... lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati lalu menghuni kamar asmaranya. Dia yang telah mengukir kata cinta di layar impian. Hanya kerana dia... Kesuma nekad dengan keputusannya. Membawa diri... Kesuma menjejak kekasih yang telah kembali ke bumi asal bersama pencarian dan persoalan yang telah selesai. Lalu di sanalah cintanya diarak pulang untuk disandingkan di singgahsana bahagia. Dan air mawar pun direnjis
mengiringi sebuah perjalanan yang baru bermula...

No comments:

Post a Comment