Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, March 23, 2011
Review 327: Jangan Ada Dusta by Sri diah
Dulu teringin jugak nak baca kisah2 tulisan Sri diah yang lain. Tapi bila dah baca banyak novel ni, aku dah jadi memilih lah pulak. aku tak lagi membaca semua buku.
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Jangan Ada Dusta by Sri Diah
RM 19.90
512 muka surat
kali pertama ni baca buku Sri Diah. terlalu byk watak ditampilkan di awal cerita sampai tak sure who is who. I have to flip back utk mencari sapa la ain nabila yang di akhir cerita. ada jugak kesilapan ejaan dan juga confuse dengan watak Adi Putera dan Adi Fitri. seolah olahnya sedang melibatkan watak adi putera tapi tertaip watak adi fitri.
tapi kisah keluarga dan cinta ni memang konflik la. Abg kandung dan adik kandung bercinta, biler tau kebenaran diorang cuba menukarkan rasa cinta kpd kasih adik beradik. yg abg tiri pulak bercinta ngan adik tiri. yg bapaknya pulak membuang jauh isterinya kerana isteri baru. tak ada klimaks cerita rasanya, endingnya ok dan memuaskan hati.
Ada ke sesiapa yg penah baca karya Sri Diah yg lain? Nak juga baca citer lain kot2 la lebih menepati selera :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Wajarkah dia mengendong dosa semata-mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti? Rasa cinta yang subur itu mesti dimatikan tiba-tiba. Segala denyut kasih dan sayang itu mesti dibunuh segera. Mesti!
Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri, Adi Fitri. Tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartomo terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu?
Datin Saerah yang dulunya `si kucing Parsi’ sudah bertahun-tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk-cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah! Dan Datuk Syed Syamim masih lagi mampu tersenyum!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment