Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, March 16, 2011

Review 322: Air Mata Kasih by Norhayati Berahim


Terbitan Alaf 21 Sendirian berhad
Air Mata Kasih
Penulis: Norhayati Berahim
Harga : RM 15.00
Halaman :400

"Kulontarkan senyuman dalam tangisan"


I like the cover of this book, air yang tenang dinodai titisan yang mencipta riak-riak berolak. perghh..


seronok jugak baca buku nih. Sikap bapa FArahdiba yang terlalu bencikan anak perempuannya sendiri sebab farah ni mukanya sama macam adiknya yg dianggap pernah menconteng arah di muka keluarganya.


Suka pulak kita baca yg farah diba ni ada kedai kucing.. kesian sungguh kat kuching yg kena baling luar tingkap tu.. kalau dalam Adam&Hawa tak pa jugak Ain baling teddy bear kuar tingkap, ni makwe si Daniel tu baling kucing luar tingkap!!! kejam nyaaaaaaaaaaa..


Bapa farahdiba menerima tamparan bila dia kembali setelah hilangbeberapa bulan dan mendapati farahdiba berjaya menaikkan imej syarikatnya. tapi itu tak menjadikan sebab utk nya menerima farahdiba. dia benci jugak lagi.. eeee geram sungguh.


Daniel yg sedikit sebanyak berjaya mencuit hati Farahdiba tak ditonjolkan sangat dlm buku ni.. mungkin sbg penghias cerita saja. tapi itu tak mengurangkan langsung minat saya utk terus membaca cerita ini.


Terbitan Alaf21 Sdn. Bhd
Sinopsis belakang buku


Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakhrulradzi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!

Tuhan menurunkan 'petunjuk bila Fakhrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holding milik Fakhrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun usahanya itu tidak berpanjangan bila fakhrulrazi kembali.

Di manakah Farah Diba selepas ini? Adakah dendam itu menjadi hitam? Hanya lelaki itu dapat menjawab persoalan ini!

No comments:

Post a Comment