Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Friday, November 5, 2010
Review 255: Kasih Vila Cinta by Haiza Najwa
Kasih Villa Cinta
Penulis: Haiza Najwa
Cetakan pertama 2009
585 mukasurat
RM20.00
sabah/sarawak: RM23.00
Terbitan Kaki Novel Enterprise
"Di vila ini ada cinta yg tersimpan dan ada dendam yg bertaut mohon diuraikan"
Kali pertama aku baca karya Haiza Najwa dgn penerbit lain. Sebelum ni aku hanya baca buku2nya yg diterbitkan oleh Alaf 21. NOvelnya yg ke4 dgn alaf aku blum lagi baca.
Novel thriller! fuh, memang penuh tanda tanya dan misteri yg tak sabar kita nak singkap hingga ke muka surat terakhir. cuma aku rasakan watak2 dalam cerita ni terlalu ramai tambahan pula budak2 U yg dalam villa tu. lebih separuh buku kita tertanya2 betul ker omong2 penduduk kampung tentang sumpahan vila tu, ada misteri baru yg timbul dan terjawab di separuh terakhir novel ini :) ending yg membuat aku terjerit terkejut!
Dengar2nya novel ni ada sambungan. Teringin nya nak baca. Nak sangat tau apa jadi kat Ilya, kat Syamil. Faliq yg kelihatan spt watak utama dari awal cerita terus jadi tak penting setelah membaca endingnya. Cinta dalam kisah ini bukannya yg jenis2 tipikal yg selalu kita baca.
Mengisahkan sekumpulan pelajar universiti yg berkampung di sebuah vila misteri milik profesor mereka untuk menyempurnakan projek kursus mereka. Sepanjang berada di vila pelbagai kejadian misteri menjengah membuat mereka tertanya-tanya samada gosip2 penduduk kampung benar atau sekadar cerita2 kosong. Prof diorang yg tuan punya vila tu pun spt tak menghiraukan cerita2 orang kampung.
Lembaga misteri yg sekali sekala kelihatan menimbulkan rasa seram juga. aku tak sure yg mana lembaga betul yg mana manusia menyamar jadi manusia. Watak Mai antara yg paling misteri. Susur galur cerita adalah sangat dalam dan bersimpang siur memang membawa ke arah Teratak Kilau yg jadi penyimpan kemas misteri kisah cinta yg berkubur. Kehadiran pelajar2 tersebut yg menjadi titik tolak terbongkarnya kubur cinta.
Bagi yg kurang senang dengan elemen seram dan mistik mungkin akan agak terganggu dgn penceritaan thriller seram begini. Bagi aku cerita ini menarik dan seronok dibaca di waktu siang. Malam2 aku cari buku lain. hehe.
Mila versi mesra yg diorang jumpa dlm utan tu bukan Mila rasanya, scene tu buat aku rasa seram walaupun penceritaan utk scene tu tak der la seram sangat.
"Mai: Kadangkala kebenaran itu datangnya terlalu lewat. Dia datang di kala kita dalam kealpaan, di kala kita langsung tidak menyangkanya."
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis belakang buku
Teratak Kilau. Segah namanya. Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka duka, misteri malah pembunuhan paling kejam yg masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yg menghuni satu persatu. Ia bagaikan satu sumpahan kpd mereka yg menyebutnya dan satu kematian bg mereka yg cuba menyelongkar rahsianya.
Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM 'berkampung' di vila yg dikenali sbg Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yg menghampiri vila tersebut benar2 terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!
Faliq yg tidak mempercayai bidaah tersebut, nekad utk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dgn Halizam, Acap, Kelam, Jati, Fauzan (yg 'ayu'), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.
Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yg pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment