Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, November 2, 2010

Review 237: Akhir Sebuah Cinta by Siti Nur Dhuha



Akhir Sebuah Cinta
Penulis: Siti Nur Dhuha
647 mukasurat
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
Terbitan Buku Prima
9789675234392


"Hadirnya dirimu... kubagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi."


Intro yg menjurus ke genre thriller pada awal2 muka surat novel ni aku rasakan menarik tetapi as the story goes grip cerita sudah mula loose kerana ada scene yg aku rasakan ada yg tidak kena. Mungkin something yg u will see dalam citer hindustan yg lama2. Mungkin peringkat pembacaan novel aku sudah di dalam level intermediate so aku rasa cerita ini sangat longgar dan lambat habis. Bagi yg baru nak berjinak2 (beginner) dengan dunia pembacaan novel, mungkin boleh kot menerima cerita ini yg pernah menerima rating 5 bintang dari salah satu akhbar yg terkemuka di Malaysia.


Bagi aku penceritaan kisah ini seperti terlalu panjang sedangkan penyelesaiannya tidak meninggalkan impak yg besar.


Kisah ini tentang Atia yg terperangkap dalam rumah sendiri selepas diceroboh Tengku Khuzairi yg sedang diburu polis kerana membunuh ayahnya. Tetapi dia tidak bersalah dan melarikan diri utk mencari sendiri bukti yg menunjukkan dia tidak bersalah. Polis langsung tidak penting dlm cerita ini.


Sepanjang perjalanan cerita setebal 647 muka surat ni, aku rasa tak sampai 3 kali Tengku Khuzairi keluar dari rumah utk mencari bukti. Dia lebih banyak melepak kat rumah Atia sambil bermain game dan lepak2.


Atia pulak sejak awal lagi memang tak berusaha langsung melepaskan diri dari Tengku Khuzairi. Dia ada byk peluang yg terbetang luas sejak awal lagi. Plot thriller yg wujud di awal cerita tidak membara apinya hingga ke akhir cerita. Walaupun si pembuat angkara tu memang kita tak dapat teka tetapi kita tak rasa tekejut pulak.


Tengku Ezairy (abg Tengku Khuzairi) yg turut menyintai Atia (yg sudah bertunang dgn Muslim) juga kebetulan muncul di tempat kerja Atia dan jadi bos besar di sana selepas Tengku Khuzairi mula menginap di rumah Atia. Atia bebas keluar masuk walaupun dia ditawan Tengku Khuzairi. Penulis tidak menyerlahkan karakter Tengku Khuzairi sbg seorg yg ada aura menakutkan yg membuat Atia merasa terpenjara walaupun berada di luar rumah. Tengku Khuzairi tu lebih kelihatan seperti seorg lelaki yg sensitif, cepat cemburu dan kuat merajuk. Lebih kpd character lelaki yg hensem, manja2 dan mengada-ngada.


Tak jauh beza karekter Tengku Ezairy dan Tengku Khuzairi. Mgkin sebab diorang adik beradik. Tengku Ezairy pun bersikap manja dan mengada2 juga bila dgn Atia. Kesalahan Atia di tempat kerja dijadikan senjata utk mengugut Atia keluar bersamanya, kalau tak kena buang kerja. Ada satu peringkat Atia nak mintak berenti kerja tetapi Tengku Ezairy menolak keras. Tetapi selepas tu bila Tengku Ezairy membangkit kan kembali ugutannya (sbb nak keluar dgn Atia) tidak pulak Atia menggunakan peluang itu utk berenti kerja.


Yg pastinya, dalam benci yg membara, Atia jatuh hati dgn Tengku Khuzairi. Apabila segala kecelaruan selesai, kedua beradik tu kembali berbaik dan Atia menerima Tengku Ezairy sbg kekasihnya (membuatkan Tengku Khuzairi frust menonggeng sbb dia pun syok giler kat Atia)


Byk persoalan hati yg perlu disingkap dan perasaan yg perlu diungkapkan dgn kata2 kerana Atia dgn Tengku Khuzairi tu dua2nya tak faham body language pasangan masing2.


Tapi aku suka ending cerita ni :) sweet in its own way tapi endingnya tu terasa pendek dan tergesa2 sedangkan cerita panjang lebar yg mula2 tu seperti meleret leret. Bila baca bahagian catatan penulis di kulit buku ini, mengikut kefahaman aku, penulis ini menulis cerita ini ketika berusia 16 tahun! mengkagumkan muda2 dah tulis novel tebal2. Semoga terus aktif mewarnakan dunia novel melayu :) Bila dah berkecimpung dlm dunia penulisan ni, tentu ramai mentor yg dapat mencurahkan tip2 utk memantapkan karya. hmmm lepas ni kena la cari novelnya yg kedua dgn Buku Prima. uhhhh dengar2nya cerita ni ada sambungan! dlm novel ketiga ke?


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.


"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.


Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.


Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.


------------------------------


Cinta adalah satu perasaan halus yg hadir di luar kawalan manusia. Oleh sebab itu saya meyakini cinta perlu ada dalam melengkapi hidup dalam bidang penulisan, jadi saya meyakini cinta perlu ada dalam melengkapi hidup dalam bidang penulisan, jadi saya menerapkan unsur cinta sebagi sesuatu sumber yg penting dlm mengasilkan sebuah kisah cinta. Novel 'Akhir sebuah Cinta' ini jauh lagi dlm bidang penulisan. Mengharapkan 'Akhir Sebuah Cinta' seawal usia 16tahun adalah satu anugerah pemberian Ilahi yg amat saya syukuri. Saya percaya itu satu rahmat dariNya. Alhamdulillah kini setelah meningkat lebih dewasa, saya mula terfikir untuk berkongsi cerita ini bagi menghiburkan hati pembaca serta dijadikan pengajaran dlm menuju kehidupan yg hakiki.
~Siti Nur Dhuha~

1 comment:

  1. rin, i pun heran naper org lain rate citer ni 5*... puas i cuba utk suka cerita ni, tp tak boleh.. akhirnya, i baca tanpa ending sebb rasa mcm lembab sgt.... terus katup..

    ReplyDelete