Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, November 4, 2010
Review 249: Kau Sayangku by Bikash Nur Idris
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Kau Sayangku by Bikash Nur Idris
Harga : RM 17.00
432 muka surat
I enjoy reading this book, gaya bahasa yang selamba, kelakar memang menarik minat utk terus membaca.. Kak su yang rekemen baca buku ni, siap bagi pinjam lagi, thanks so much. memang mengekek ngekek gelak biler baca. buku terus masuk my top ten list. congratulations Bikash Nur Idris.
serba sedikit tentang citer nih.. kisah tentang Arisa yang sering diganggu Eddy sham yg syok kat dia, utk mengelak dari Eddy sham, Arisa buat cerita yg dia dah bertunang with someone yg bernama akif zamani. Things jadi huru hara biler tiba2 saja ada manusia yang bernama Akif Zamani who turns out to be her new boss.
sure fine whatever
sinopsis belakang buku
KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa.Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment