Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, November 4, 2010

Review 242: Dengan Nama Cinta by Bikash Nur Idris


Dengan Nama Cinta by Bikash Nur Idris
Terbitan Rhythm
RM13.90
300 muka surat


"Segalanya kerana cinta!"


Dalam buku yg hanya setebal kira2 300 muka surat ini terkandung 3 kisah cinta yang ada sejarahnya yg tersendiri. Bikash sentiasa berjaya membuat saya tersenyum bila membaca dan dia juga berjaya membuat saya rasa nak menangis walaupun kadang2 tu perkara2 kecil saja. Dengan Nama Cinta adalah cubaan menarik dari Bikash utk menghasilkan cerita yg berbeza dari biasa. Buku ini mempunyai 3 seksyen yg menceritakan tentang 3 wanita dengan kisah cinta masing2. Mereka saling mengenali.


Kisah pertama adalah tentang Sirna yg begitu setia menyintai Ridwan hingga mencecah 10 tahun tapi cintanya seolah olah tidak berharga kerana Ridwan mengahwini wanita lain yg lebih muda dari Sirna. Cerita2 tentang kebaikan Sirna yg disampaikan oleh Haryani kpd Hasif menyentuh hatinya dan bila kali pertama terpandang Sirna, hasif sudah jatuh cinta dan mula mengorak langkah utk menjadikan Sirna isterinya.Sakan betul plan Hasif, siap ada treasure hunt lagi. Hasif dia melamar di kawasan yg dihiasi pemandangan pokok pisang dan disaksikan oleh beberapa orang kampung seperti Pak Saad dan makcik Arpiah (AJK treasurehunt). Part yg menceritakan yg haryani sering mempromosi Sirna kpd Hasif tu mengingatkan saya kepada Im dan Wisya dalam "Tangisan Senja Harapan". Dlm buku tu saya paling suka couple ni. Dlm TSH Lisa la yang mempromosi sakan Wisya kpd Im hingga Im jatuh cinta dgn Wisya yang lebih tua darinya.


Kisah kedua tentang Aiza, seorang ibu muda yg ada sejarah cinta yg sedih bersama Izam. Perkahwinan tak jadi seminggu sebelum tarikh langsungnya kerana Izam terlalu sedih dgn kematian adiknya walaupun 2 bulan telah berlalu. Aiza dituduh seorang yg mementingkan diri sendiri dan tak faham kesedihan yg dialaminya. Sebenarnya Aiza juga sedih kerana Nazira teman kesayangannya turut meninggal dunia. Anaknya juga dinamakan Nazira. nazira tu kanak2 yang mengerikan spesis haiwan di kampungnya. hehe.. kelakar la Ira tu. Pertemuan semula dgn Izam membangkitkan nostalgia lama dan izam sedar kesilapannya. Selepas mencongak-congak, dia mendapati yg Aiza sebenarnya bukan janda dan Ira adalah anak angkatnya. Lagi la bersemangat Izam nak mendapatkan Aiza semula.


cara penceritaan kisah kedua ni agak menarik kerana ia sebenarnya berlangsung serentak dengan kisah pertama. Jadi kita seolah olah membaca semula cerita pertama tetapi dari persepsi 'Aiza'.


Kisah ketiga tentang Haryani. Antara ketiga tiga wanita ni Haryani ni agak berani. Dia begitu menyintai Fitri dan sentiasa menunjukkan rasa cintanya. siapa yg kenal dia mesti maklum yg dia mencintai fitri. mamat yg paling blurr dan ke blurr an nya kadang2 tu menjadikan orang geram. Haryani ni anak angkat keluarganya so dia menganggap Haryani tu mcm adik sendiri, sehinggalah pada suatu hari Haryani menghilangkan diri tanpa kabar berita. Masa Haryani depan mata dia mcm tak nampak tapi bila dah hilang baru sibuk nak cari. Wht Fitri didn't know adalah tht's a part of Haryani's plan utk mendapatkan cinta Fitri. Haryani ni mastermind, dia yg menemukan cinta Hafis & Suria, dialah juga yg menemukan jodoh Hasif & Sirna. Sekarang giliran dia pulak nak dptkan Fitri yg dicintainya sejak berusia 13 tahun. Dan utk menjadikan rancangan nya berjaya, dia mendapatkan bantuan Genelia, Senior dia masa belajar kat U dulu. Sian Genelia yg terpaksa mengadap Fitri yg blurr, ada ka orang pi zoo nak menikah kat sana?


Dlm kisah ketiga ni kita ditemukan semula dgn Zarul dan Natilia! pasangan dari novel "Dian di Hati", satu satunya buku yang saya pernah terrrrrrrbaling keluar pintu sebab tekejut bila menyedari siapa sebenarnya "Fatehah" eeee seram.. lepas tu bila tengok cover buku "Dian Di Hati" tu yg ada gambar perempuan tu.. rasa macam 'eh pompuan ni tengok aku semacam jer' seram la pulak. Zarul dan Natilia kekal sbg pasangan bahagia yg dikurniakan dua cahaya mata.


Di akhirnya cerita, bahagian Prolog diceritakan dari pandangan "Genelia". Heroin yg akan dipaparkan dalam sambungan Dengan nama Cinta iaitu Atas Nama Cinta (terbitan NHF Media, sudah ada di pasaran). Ni yg tak sabaq nak baca ANC by Bikash ni. Khabar2nya ada kesinambungan dari novel nya yg lalu, bukan saja DNC.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


"Bertahun aku setia pada seorang lelaki, namun kekecewaan menjadi hadiahnya. Aku bertekad tidak mahu mendamparkan setia itu lagi, namun apa yang harus aku lakukan bila hati mahu kembali setia pada pertemuan pertama sahaja?"
- SIRNA


"Kubawa hati nan satu, lari jauh darinya. Bukan niatku, tapi dia memaksa dan aku telah membuat pilihan, untuk tidak membenarkan dia menghuni di situ lagi. Tapi hati ini degil, mahu dia terus berada di situ. Sehingga akhirnya dia kembali semula... menagih tempat di situ, yang sememangnya aku khaskan untuknya."
- RUHAIZA


"Aku hanya di hadapannya, namun dia tidak pernah melihat aku. Dia pandang kiri, kanan dan belakang, namun bukan pada aku yang tetap di hadapannya. Tapi aku tak akan mengalah, kerana aku akan membuatkan dia melihat di hadapannya. Terus melihat... aku di hadapannya."
- HARYANI

No comments:

Post a Comment