Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, November 4, 2010
Review 241: Nur Kasih by Bikash Nur Idris
Nur Kasih by Bikash Nur Idris
Terbitan FAjar Pakeer
Tahun 2009
RM21.90
9789833880515
pg 338-575
"Jika hati digamit seribu rindu, dendam kesumat bertukar menjadi sejati."
Akhirnya berjaya jgak aku baca novel pertama karya BIkash Nur Idris yg pernah diterbitkan oleh RHythm, yg aku baca ni versi terbitan semula oleh Fajar Pakeer.
Kisah seorg adk yg mahu membalas dendam bagi pihak kakaknya. tapi salah target lah pulak.
Yanie bercinta dengan Fairul dan Shamrin cemburu dengn kebahagiaan mereka. Dia mahu merampas Yanie dengan apa cara sekali pun. Dia berjaya memerangkap Yanie lalu menodainya.
Yanie terpaksa memutuskan perhubngan dgn Fairul kerana merasakan dia tidak lagi layak buat lelaki sebaik Fairul.
Shamrin terus belakon sbg lelaki budiman dengan berbaik2 dgn ibu Yanie, Pn. NOreen, dia mahu terus memiliki Yanie, Namun kepulangan Arin telah menggoncang hati Shamrin yg bermata keranjang. Yanie dilupakan, Arin pulak diburu.
Sekali pandang jer Arin sudah tau yg Shamrin tu bukan lelaki yg baik. Setelah mengetahui kakaknya telah dinodai, dia terus mengesyaki Fairul yg belum pernah ditemuinya.
Geram jugak dgn sikap Yanie yg sengaja merahsiakan siapa yg menodai dia, sedangkan Shamrin tu selalu datang rumahnya. TAkkah dia merasa kehadiran Shamrin membahayakan keselamatan ibu dan adik kesayangannya? sebaliknya dia bertukar kerja hingga ke Langkawi utk melarikan diri. Nasib baik la Arin tu ganas semacam.
Arin membuat rancangan sendiri. Dia berjaya menggoda Fairul dan di hari Fairul menghantar rombongan meminang, dia telah menolak agar Fairul kecewa. Tapi dia tak tau yg sebenarnya dia termengorat Fairul lain. Salah target daaaa.
Yanie confuse. Fairul mahu menerima Yanie sebagai isteri tapi pada masa yg sama Fairul jugak melafazkan sayang kepada Arin. Arin membuat keputusan utk melepaskan Fairul walaupun dia sudahjatuh hati.
Nasib baik la ada Fairul Nizam ngan Fairul Nizar hehe.. bleh ar amik sorang satu.
cerita yang tak meleret dan sweet happy ending.
aku tak review Dengan nama Cinta sbb sebelum ni dah penah review dah. :) citer yang sweet giler dan happy ending jugak.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Nur Kasih. Kalau diberi pilihan, antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab utk mendekati lelaki itu namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh. Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya rindu Aryanie layak di hati Fairul.
Benarkah begitu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment