Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Friday, November 5, 2010
Review 253: Kumohon Kasih by Haiza Najwa
Kumohon Kasih by Haiza Najwa
Terbitan Alaf 21
2008
RM19.90
535 mukasurat
isbn: 9789831243794
"Ku tak pernah melakar kata
hanya harapan kulontar dari pandangan mata"
emosi aku bercelaru lah biler baca kisah nih.. adus.. mungkin cerita tak synchronize dengan perkara2 yg diproses oleh kepala otak aku ni.. Rozaimy tu dah sah2 tau dia yg meragut kesucian Ayuni... dah tu bleh plak ragu2. Pehtu Ayuni pulak.. nak kata giler tak giler tapi kdg2 macam mereng tapi ok.. macam mana ye? dia tak mengenali Rozaimy tu yg meragut kesuciannya dulu dan berkahwin dgn Rozaimy. Masa dia hilang dari rumah Rozaimy selepas dihalau madunya dia seperti mengalami amnesia tetapi 'selected amnesia'. Ada yang dia sangat ingat contohnya dendamnya pada lelaki yg meragut kesuciannya dan dia tak ingat langsung namanya sendiri. Firdaus tu parents dia senang betul bagi approval dia kawin, syaratnya cuma bakal isterinya tu mesti cantik dan pandai berbahasa inggeris. tu jer.. Pestaim baca lelaki kena madu.. hehe.. Rozaimy bermadu dgn Firdaus!
nama2 ayuni, saadong dan puteri yang bersulam sulam tu membuatkan saya pening, bukan ayuni sorang saja pening.
salwarina tu memang nyakitkan hati.. masa dia pi nyiasat ngan nazuan ke rumah Puteri/Firdaus. dia siap confirm tu bukan puteri semata2 sebab puteri tu gi kursus, Ayuni yg kolot tu gerenti tak pergi kursus.. camner doktor leh pikir cam ni nih? sedangkan isu amnesia pernah dibincangkan dgn Nazuan.
yg salwarina tu dah tau rozaimy ngaku dah kawin tapi dia tetap nak kawin dan mengaku akan melayan madunya dgn baik tapi marah jer keja nya sampai Ayuni lari dari rumah bersama putra. putra tu tak tau ka mak dia nama ayuni?
tarikan fizikal menyebabkan salwarina dan nazuan terlanjur. rozaimy tak pernah menyentuh salwarina atau ayuni.
teringat pulak kat mama rina AF masa putra menjerit2 panggil mama rina yg baru pulang dari rumah firdaus setelah tak dapat menemui ayuni/puteri.
rozaimy spt lelaki dayus, kedua2 isterinya terlepas ke tangan org lain semasa masih bergelar isterinya. *sighs*
Ada rasa sebu sepanjang membaca novel ini. kalau teringin nak rasa geram, boleh la layan novel ni :) endingnya tak disangka tapi sangat acceptable.
sinopsis belakang buku:
Azrul Rozaimy atau roy... berdepan jua dgn Ayuni setelah 5 thn peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidakmenyangka Ayu mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa ketelanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dgn menyamar sbg Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni.
Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yg ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dgn rasa cinta yg sgt utuh di dalam hati. hanya roy yg ditunggu dan ingin ditemui.
Salwarina. menyintai Roy sejak kecil lg. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. mereka berkahwin tanpa kerelaan roy, sekadar utk mengeratkan silaturahim keluarga. Semunya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada org ke3.
Sudahnya mereka tersepit dlm perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yg ternoda dulu. Ayuni terus memburu roy tanpa menyedari bhw kekasih yg dicari ada di depan mata. Salwarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu.
Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yg akan terluka? Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment