Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, November 4, 2010

Review 247: Ria Qistina by Bikash Nur Idris


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Ria Qistina by Bikash Nur Idris
RM 15.00
416 muka surat


"Perlu apa dengan cinta?"


Dah lama dah baca buku ni, nampaknya penulisan bikash memang sesuai utk remaja.. tapi dalam buku ni di awal cerita memang kurang lancar dan hampir2 membosankan, almost half of the book tapi separuh yg akhir menyelamatkan cerita Ria Qistina ni.


kisah seorang tomboy dalm tingkatan 6 yg pendendam terhadap lelaki. dari jauh seorang guru, zarif, syok kat Qistina. amazingly they get to spend holiday kat kg together, itu yg merapatkan lagi hbungan mereka tapi bila abih belajar Qistina berpindah dan zarif made her promise, janji tu zarif yang lafaz dan dia nak qistina tunaikan selepas dia kembali... qistina (yg lebih feminin) did return masa reunion and zarif menuntut janji tapi Qistina buat tk ingat.. Qistina masih lagi seorang yg degil.. nampaknya zarif terpaksa guna cara paksa la.. dan meneruskan persiapan perkahwinan..


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.


Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?


Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'

No comments:

Post a Comment