Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, April 27, 2011

Review 352: Suratan Kasih by Durrah Fatiha


Suratan Kasih by Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd 2007
Harga : RM 19.90
Halaman :512
ISBN : 978-983-124-318-3


"Aku tanpamu umpama pantai tiada berombak.
Kau tanpaku seperti langit tiada awannya."


Kisah cinta insan-insan dewasa dan matang yang serbasalah menerima cinta dalam usia melewati dewasa. Antara kasih sayang yang membara dengan suara2 sumbang manusia yang tak jemu-jemu berlegar dan tersebar. Dah makin ramai penulis yang mula mengenengahkan kisah2 cinta orang yang melewati usia 30-an. Dlm kisah ini heroin lebih berumur dari hero dan konflik ini dimanipulasi dgn baik utk menjadikan cerita menarik dan juga isu Hani yang sanggup dianggap janda demi menjaga kebajikan anak2 arwah kakaknya dan abg iparnya.


Hazman lebih kelihatan seperti watak yang berumur 20-an dari segi cara penulis menggarap watak (yg sepatutnya berusia pertengahan 30-an). Ataupun mungkin memang hazman macam sebab dah lama dimanjakan ibunya. Dia seperti tak serik pulak dgn Farah walaupun wanita itu pernah mengecewakannya.


Kisah ini tentang Nurul hanisah yang menggalas wasiat abg iparnya utk menjaga anak2 buahnya kerana tidak percayakan keluarga sendiri yang berdendam dengan anak2 itu kerana ibu bapa mereka berkahwin tanpa restu. Hani lebih dari mampu menyara anak2 yang digelarkan anak2nya tanpa prejudis kerana dia seorg wanita berkerjaya sehingga Hazman sendiri terkedu biler tahu bertapa jauhnya Hanisah ke hadapan dalam membina karier berbanding Hazman yang baru nak menapak dlm dunia kerjaya. Hazman menyimpul itu sebenarnya mengapa Hani menolak dirinya, dia tidak tahu yang Hani memegang rahsia yang lebih besar dari itu.


Menarik juga nak tau mcm mana mak hazman yang tak mahu menantu yang lebih berusia dari anaknya akhirnya menerima Hani dgn senang hati walaupun pelbagai fitnah dan salah faham menyelubungi hidup Hani.


Geram betul dgn Ahmad Zahar tu.. penipu besar, gatai pulak tu.. sabo jer aku.. bini dia pulak jenis tak percaya kat orang lain.. kelentong Zahar terbongkar dan sebab itu jugalah dia mula memahami betapa isterinya sanggup mempercayai dirinya walau apapun yg terjadi.


Kehadiran watak Fauzi memang tak nampak 'hitam' langsung di awal cerita. Memang la ahli keluarga Fauzan tu asyik nak menyusahkan idup Hani anak beranak saja.


Famila pulak seperti tidak memikirkan langsung pengorbanan wanita yang sebenarnya ibu saudara mereka yang memberikan kasih sayang tanpa berbelah bagi. Famila marah betul biler tau Hazman berkenan kan mamanya sbb dia dah lama menaruh hati kepada 'uncle Hazman'. Ada chance la Kamil ngorat Famila lagi sebab dia dah berjaya amik hati mama kpd Famila :)


Watak-watak Ammar Wajdi dan Ain Shauqina dalam novel pertama penulis ini "Rindu Di Kalbu" amat segar di ingatan saya sbb saya rasa nama couple ni sangat serasi dan menarik. Antara nama2 hero heroin yang paling saya suka :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Nurul Hanisah dlm dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sbg ibu kpd anak2 Fauzan. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dlm penentuan kebahagiaan hidupnya. Namun, benarkah cinta itu tidak mengenal usia?


"Hanya awak di hati saya, tak ada orang lain. Tapi tak bermakna kita perlu hidup bersama"


Hazman terlalu mendambakan cinta suci daripada wanita itu. Memujanya dgn penuh keikhlasan walaupun jarak usia sering menjadi perbalahan insan terdekat. Dia tidak mungkin akan membiarkan wanita itu terus menanti. Tidak cukup terzahirkah ketulusan hatinya?


"Kalau awak ada perasaan terhadap saya, bermakna perasaan itu adalah naluri berkasih sayang antara seorg lelaki dan wanita. Tak salah, hani."


Famila mengharapkan kebahagiaan mamanya. Namun baginya Hazman bukanlah lelaki yang sesuai hadir dlm hidup mereka. Dia buntu... perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorg wanita yg selama ini mencurah sepenuh kasih syg kpdnya?



Sinopsis di website Alaf 21 : SURATAN KASIH


Novel yang mengisahkan lelaki muda menyukai janda yang sudah mempunyai anak ini pasti mencuit hati anda bila membacanya. Nurul Hanisah dalam dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dalam penentuan kebahagiaan hidupnya.


Namun, anak-anak Nurul Hanisah pula tidak mengharapkan lelaki lain dalam hidup mama mereka, terutama lelaki yang muda. Familia adalah penentang dalam hubungan mereka. Namun, perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorang wanita yang selama ini mencurah sepenuh kasih sayang kepadanya.

No comments:

Post a Comment