Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, April 27, 2011
Review 346: Tak Seindah Mimpi by Sharifah Abu Salem
Novel Tak Seindah Mimpi ni merupakan pengubat rasa kecewa aku dengan novel2 Sharifah Abu Salem yang aku baca selepas Pesona Rindu :) walaupun bagi aku ceritanya tak setanding Pesona Rindu tapi ianya cukup menarik tambahan pula dengan kehadiran sambungang kedua dan ketiga novel ini :)
Terbitan alaf 21 Sendirian Berhad
Tak Seindah Mimpi by Sharifah Abu Salem
RM 24.00
655 muka surat
bila dah abih baca beberapa buku SAS ni i can see SAS very patient dalam men develop watak2. kalau kisah2 cinta antara watak2 rekaan SAS mengambil masa yg panjang utk bersemi. Kadang2 terasa macam diorang ni tak der perasaan antara satu sama lain.
Tak Seindah Impian memaparkan kisah 3 watak utama, Norjinah, Razif dan Salmi.
Norjinah seorang gadis muda, mentah dan baru mengenali hidup. Dia memang tertarik dengan Razif tapi tak layan perasaan tu dan lebih menumpukan perhatian kpd tugasnya sbg pembantu rumah.
Razif mungkin tertarik dgn Norjinah juga sejak awal pertemuan tetapi kerana ikatan dgn Salmi dia menolak perasaan itu jauh2 dan hanya menumpukan rasa kasih kepada Salmi seorang. Razif seorang suami yg sangat prihatin, bertimbang rasa, penyabar.
Salmi pulak seorang yg mementingkan diri sendiri, tak pernah menghargai kasih sayang Razif. dia hanya sedar segala2nya setelah dia mengalami kemalangan dan lumpuh. Razif sanggup mengutip dia kembali ke rumah besar bersama-sama anak2 mereka dan cuba memulakan hidup baru. Tapi penerimaan anak2 mereka terhadap ibu yg tak pernah mempedulikan mereka ni memang mengecewakan Salmi. Mereka lbih rapat dgn Norjinah yg dipanggil ibu. Salmi cuba menolak perasaan cemburunya dan cuba menerima Norjinah seadanya tapi sekali sekali perasaan cemburu mengetuk hati wanitanya.
Bila terkenangkan kebaikan Razif yang tiada tandingnya Salmi mula bersikap terbuka dan tidak mahu terus terusan membebankan Razif. Dia meminta Razif mengahwini Norjinah dan meminang Norjinah utk Razif. Norjinah tekejut dan terus lari dari rumah. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana, Norjinah dan Razif semakin bahagia tapi Salmi makin tenat diburu rasa cemburu walaupun Norjinah tak pernah memburuk-burukkan Salmi malah sanggup mencuba merawat kaki salmi dgn teknik mengurut. Utk mengurangkan rasa cemburunya Salmi meminta Razif membawa Norjinah tinggal di rumah lain, Norjinah keberatan kerana terpaksa berpisah dgn anak2. Konflik yang dimainkan dalam cerita ini mungkin kedengaran biasa tapi garapan Sharifah Abu Salem memang menarik walaupun agak perlahan.
Lepas ni nak baca Tak Semanis Impian, sambungan kisah Tak Seindah Mimpi.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.
Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.
Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?
Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment