Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, April 27, 2011

Review 348: Tiada Lagi Mimpi by Sharifah Abu Salem

Trilogi Cinta, drama tv1 yang diadaptasi dari novel ni memanglah aku tak follow jalan ceritanya. Aku tengok pun rasanya dalam 3 episod saja, tupun tidak berturutan. Sekadar nak tengok saja. Tapi dengar-dengarnya, ramai gak yang frust dengan ending Trilogi cinta. Ada sambungan lagi kot :)


Tiada Lagi Mimpi
Penulis: Sharifah Abu Salem
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
560 muka surat


"Mimpi indah tak semanis realiti walau betapa pahit pun ia"

Sambungan buku ketiga dari trilogi Tak Seindah Mimpi, Tak semanis Impian dan yg ketiga ni Tiada lagi Mimpi.

TAk seindah mimpi penuh dengan dugaan buat Norjinah dan Razif. Tak Semanis Impian hampir menggugat rumah tangga bahagia Norjinah dan Razif dgn kehadiran Norseha tetapi rahsia disimpan kemas oleh Razif, Badrul dan Seha tetapi dalam buku terakhir, Tiada Lagi Mimpi segala-gala nya mula terbongkar dan segalanya menjadi makin sulit dan serabut.

Walaupun sudah mula berfikiran waras, Norseha masih tidak boleh menolak perasaannya terhadap Razif. Tapi kesanggupan Badrul utk menerima seha walaupun dia sedang mengandung memaksa seha bersetuju menerima Badrul. Badrul kelihatan tidak tersentuh sangat dengan pengakuan Sharifah yasmin yg menyintai Badrul. walau bagaimanapun pengakuan itu membuat Badrul berfikir dua kali.

Typical, balasan yg diterima shahrul kerana kejahatannya mendapat balasan di dunia. Dia insaf dan cuba memujuk badrul melepaskan seha supaya dia dpt menebus dosanya. Badrul sangka Seha sukakan Shahrul sbb semasa cintanya ditolak oleh Razif, seha pergi mencari Shahrul, bukan Badrul. Seha tak berfikir panjang utk membuat keputusan. Dia makin sayang dan menghormati Badrul malah kalau betul Badrul lepaskan dia pun, dia takkan menerima shahrul utk selama lamanya.

Tak semanis Impian still the best di antara ketiga-tiga buku ni :)

Rimas jugak menunggu bgamaina agaknya cara Norjinah akak menyingkap segala-galanya. Pd pandangan bibik Razif dan Seha bercinta, seha mengandung dan badrul jadi pak sanggup, pada pandangan norjinah pulak Seha dan Badrul terlanjur sebelum berkahwin dan berpura-pura di hadapannya, tapi kehadiran kad ucapan tahniah atas kelahiran bayinya menyedarkan norjinah yg seha dan pengirim kad cinta misteri kepada Razif adalah orang yg sama. Ji yg selama ini cuba menolak prasangka terhadap suaminya tak dapat lagi mengawal diri dari membuat kesimpulan sendiri.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

No comments:

Post a Comment