Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, April 14, 2011
Review 333: Seandainya... by Rys Areesa
Seandainya...
Penulis Rys Areesa
Editor: Jabatan Editorial KNE
896 mukasurat
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama Mac 2011
RM29.00
Sabah/sarawak: RM32.00
9789675967624
"Takdir memang sudah tertulis begitu,
suratan bukanlah lagi suatu kebetulan..."
Kisah ini diceritakan dalam bentuk sinematografi yg boleh kita bayangkan pergerakan dan suasana ceritanya. Gaya penceritaan ini membuat satu layar terbentuk dalam minda kita yg menunjukkan watak2 dalam kisah ini bergerak melakonkan cerita. Rasa macam sedang menonton drama pun ada juga. Tak der lah rasa macam hero heroin bercinta saja sepanjang masa. Perkembangan perasaan cinta antara dua hati dalam suasana bekerja disulam dengan baik dan tidak kelihatan janggal bila dibaca.
Dalam kerancakan Kaki Novel menerbitkan cerita-cerita cinta kontemporari dalam bahasa santai, 'Seandainya...' kelihatan berbeza dengan nada yg lebih serius dan gaya penceritaan yang lain dari yang lain.
Rasanya ramai pengikut cerita Wan Zaharris dan Areena secara online. Inilah masanya utk mengikuti apa kesudahan kisah mereka.
WZ dan Areena ni banyak main tarik tali lah. Bukan Areena saja yg tidak pasti dgn perasaan sebenar WZ malah kita pun rasa seperti dibiarkan menanti tanpa keputusan yg pasti. Areena lebih bertindak merahsiakan rasa hati dan bersikap selamba. Wan Zahari tu pulak bila sudah terlajak kata meluah perasaan, dia akan cover line dengan menyebut dia hanya bergurau.
Walaupun berada dalam ketidakpastian, Areena jadi kekasih yg setia. Rupa2nya WZ ada sebab yg kukuh utk menjadikan Areena begitu. Ibunya seorg yang sangat membenci org KL seperti Areena. Baginya orang KL pemusnah ikatan keluarga. Siapa yg sudah terikat dgn org KL akan meninggalkan keluarga selama-lamanya. Ketegasan seorg ibu membuatkan WZ cuba melupakan perasaannya terhadap Areena.
Cara Wan Zaharris menduga hati Areena dgn mewujudkan seorg kekasih yg dipanggil Husna kelihatan hampir sama dgn cara Zaharris Azman (kekasih lama Areena) menduga perasaan Areena dgn berpura-pura jatuh hati dengan wanita lain dan memuja-muja wanita itu di hadapan Areena. Kedua-dua lelaki itu seperti mahu menjatuhkan ego Areena yg sentiasa bersifat tenang.
Memang sayu bila memikirkan dilema Wan Zaharris. Nak ikut kehendak hati sendiri atau kehendak hati wanita yang paling penting dalam hidupny? Melepaskan Areena dan berkahwin dengan seseorg yg tinggal paling hampir dgn rumahnya di kampung? Bila dilihat dari sudut ini Wan Zaharris lebih jauh menderita berbanding Areena.
Pergerakan separuh kedua cerita membawa kita ke lembaran baru kisah Areena. Kehadiran Nabila yg bukanlah misteri mana tetapi wanita itu mencetuskan fenomena besar dalam hidup Areena bersama suaminya. Rentak cerita berubah ke nada thriller di hujung-hujung cerita membuatkan kita turut merasakan debarannya.
Shamsul Azhar yg bertahan sekian lama akhirnya mengalah dgn perasaan sendiri. Sebaik saja dia mengalah tu, aku merasakan dia terus hilang 'keistimewaan' dalam cerita ini. Sebelum detik itu Shamsul Azhar kelihatan lebih istimewa berbanding Wan Zaharris. Bila Shamsul Azhar mula mengalah, dia terus kelihatan tidak jauh berbeza dgn Zaharris Azman atau Wan Zaharris.
Bila anda mula membaca novel ini mungkin ada satu ending yg straight forward yang anda bayangkan. Tak kiralah apa yang anda bayangkan, ianya adalah sesuatu yang gerenti takkan berlaku di pengakhiran cerita ini.
sure fine whatever
alongside
blurb/alongside/sinopsis belakang buku:
"Tak semestinya kita dapat memiliki apa yg dipilih oleh hati kita sendiri dan... tak semestinya yg bukan pilihan hati kita itu tak baik utk kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya." - Wan Zaharris.
"Mencintai seseorg itu bukan hanya pada kata-kata. mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. hanya yg benar2 benar ikhlas boleh memahaminya." - Areena.
Meskipun Nur Dhila Areena boleh memilih, bukankah memang hanya ada seorg sahaja kekasih yg abadi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment