Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, February 23, 2011

Review 297: Labyrinth by Imaen


Labyrinth by Imaen
Terbitan Jemari Seni
RM18.00
430 muka surat


Lepas baca buku ni saya rasa saya amat kerdil utk komen hasil karya penulis ini. luas betul pengetahuan Imaen, dari duniawi ke ukhrawi, dari Al-Quran ke hiburan. Membaca buku ini seolah menambah ilmiah, meniti sirah, merenung kehidupan, muhasabah diri. Teringat dulu masa baca Vandetta pun nilai2 begini diterapkan. Labyrinth lebih menarik (bagi saya) sbb ada kisah cinta tak terucap antara Dani dan Maira. Imaen bijak menyelitkan kisah ini menarik pembaca santai seperti saya utk mengikuti kisah Labyrinth dgn teliti. Bagi peminat thriller/adventure kisah ini pasti dalam senarai top 3 dan tidak rugi pembaca yg novel romantis utk mengikuti kisah cinta dani-maira dalam novel ini.

key story dia tentang pembunuhan bersiri yg dilakukan oleh seorang pembunuh misteri yg saya rasa berbintang gemini dan mungkin ada keturunan Gollum (dari Lord of the rings) haha. ni jenis cakap sorang tapi macam menyembang dua orang. Namun pembunuh ini berseni orangnya, pandai menari, melibas pedang, bersajak dan bijak menempatkan diri di kalangan orang yg memburunya.

Kes ini menemukan Dani dgn Kamal dan Hanani, detektif homosid yg terlibat dalam kes ini. Perwatakan Dani amat kontra dgn Kamal mahupun Hanani namun terikat juga persahabatan erat antara Kamal dan Dani. Tempias keluhuran agama Islam dalam Dani melekat juga pada Kamal yg sudah lupa tempat sujud.

Kisah Dani-Maira sudah lama bermula di hati masing2 yg langsung tidak diluahkan oleh kata2. Saat langkah pertama sudah diatur oleh Dani, mak dia pulak sibuk nak jodohkan dia dgn orang lain. Maira menanggung rindu kali kedua apabila Dani balik kg. pestaim dulu masa Dani pi belajar kat oversea. Dani dan Maira serba salah dgn perasaan sendiri, kalau dibiarkan diri hanyut takut nanti membawa maksiat pulak. Bashir pulak makin berani meluahkan perasaan kpd Maira walaupun ditolak mentah2. Hati Maira sudah nekad akan menunggu Dani tapi Bashir pun nekad jugak. Sian Dani sampai decide nak balik kampung tanam jagung sbb frust dgn Maira, tapi satu sms membuat senyum Dani melebar.

Kamal-Hanani-Natasya ada konflik tersendiri. Ingat ker Kamal nak lepaskan Natasya, I'm so glad they're back together and Hanani tak mati masa bertugas.

Tersenyum saya melihat nama Aqmar Aziz melintas di depan mata. Aqmar Aziz yg terpaksa melepaskan Nuur Khalida untuk bersama Tengku Dara. Nampaknya Labyrinth, Nyanyian Tanjung Sepi, Surat Ungu Untuk Nuha, Tanah Andriyana, semua dalam satu universe yg sama :) hmm terlintas jugak nama Dr Farhana, adakah Farhana yg sama dalam 'Rindunya Kian Membara'? aduih.. nampak sangat aku ni dah makin obses dgn karya kak noor suraya.

Thank you Imaen.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan berbersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai... dan maira?

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

Sebuah lagi karya romantis-thriller daripada IMAEN, selepas Vendetta(Gurindam Jiwa)

No comments:

Post a Comment