Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, February 15, 2011

Review 278: Atas Nama Cinta by Lily Suriani


Atas Nama Cinta by Lily Suriani
RM 18.00
476 mukasurat
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Aku penunggu cinta yang tegar... menanti di mana-mana sampai bila-bila"

Lepas baca buku ni Yam terus pass to me, so masa weekend tak dak buat apa, terus la baca tanpa henti. memang susah nak stop bila dah start buku ni.. rasanya cara penulisan Lily Suriani memang menepati citarasa saya lah.. sebab masa "Pelabuhan Kasih" dulu pun saya sangat2 suka cara penyampaiannya. Atas Nama Cinta ada keistimewaan sendiri dari segi jalan cerita dan cara penceritaan. kata2 lucu yg diselitkan sangat mencuit hati dan memang tekekeh kekeh gelak, patut la Yam macam
tak betul jer masa baca buku ni, asyik terlepas saja gelaknya.


Mengisahkan Ardini yg sgt rapat dgn Abg Zahin yg merupakan sepupu dan saudara sesusuannya. Zahin kehilangan ibu bapa sejak kecil dan dijaga oleh ibu saudaranya yg memberi kasih sayang tak berbelah bagi. Keakraban Ardini dan Zahin sering disalahertikan. Firas sudah terpikat bila pertama kali bertemu ARdini. Macam2 usaha dibuat utk memikat hati ARdini. ARdini tak suka dikacau oleh jejaka 'gorila' tu tapi dari hari ke hari dia dah pandai rindu rinduan kalau tak diusik oleh Firas.
Zahin kelucuan bila jejaka yag paling dibenci tu lah yg menjadi pilihan hati Ardini. Masa zaman2 usik mengusik ni la best baca. Mereka akhirnya berkahwin dan melayari alam suami-isteri yg bahagia tapi ada yg cuba mengikis kekayaan Firas dgn cara ilmu hitam hingga menyebabkan Firas tak dapat mengawal perasaan sendiri, dia sentiasa keliru dgn keadaan dirinya. ARdini yang disayanginya disepak terajang. Ada masanya dia sangat menyesal dan ada masanya dia sangat menyayangi Ardini. Dini tetap tabah walaupun Firas meminta utk berkahwin lain. Tapi rupa2nya selepas Firas menyerahkan share nya kepada Najihah, Najihah membatalkan perkahwinan dan meninggalkan firas yang kehilangan segala gala yg diusahakannya. Firas tertekan dan terpengaruh dgn
pengambilan pil dadah (ni pun sbb ada orang bencikan Firas-Dini dan cuba merosakkan Firas).

Dini tetap tabah dan cuba menggunakan kekuatan cintanya utk memujuk Firas, walaupun mengambil masa, Firas akhirnya akur dan masuk "Rumah Penyayang" supaya dia dapat dipulihkan dan cinta mereka dapat dipulihkan juga. Firas nekad utk tidak bertemu isterinya sepanjang tempoh pemulihannya.. dari sehari dua berlanjutan sehingga dua tahun.

Di dalam, Firas tabah menghadapi siksaan gian mahukan dadah manakala di luar Dini tabah menepis kata2 kasar dan pandangan serong orang terhadapnya. Dini berenti kerja dan menggunakan kuasa 60% share nya dalam syarikat Firas dan memajukan perniagaan itu. Keengganan Firas besemuka dgnnya amat memilukan hati Dini tapi kasihnya tetap utuh utk Firas sehinggalah muncul semula Haikal, rakan seuniversitinya yg memang menaruh hati pd Dini, dia melamar Dini, Dini membuat sembahyang istikharah dan membuat keputusan utk terus menunggu Firas. Haikal kecewa.


Pertemuan semula setelah 2 tahun berlalu mengejutkan Dini kerana Firas telah berubah fizikalnya.. dari jejaka montel kepada jejaka bertubuh sasa.. hampir2 saja dia melesing Firas. Firas menjadi lebih bertanggungjwab dan sanggup berhadapan dgn keluarga Dini yg sudah hilang kepercayaan kpd Firas sehingga pernah memaksa Dini bercerai dgn Firas.

Zahin ada kisah cintanya yg tersendiri dgn gadis idamannya :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

"Firas... saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan
segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga
ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. biarpun
menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk
memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang ku agungkan, aku
rela..." ~ Ardini

"Ardini... kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu.
Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan
indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas
kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang
bersemadi di hati ini." ~ Firas.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara
dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi.
Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan
kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di
bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika
disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui
keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang
mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...

Sinopsis di Website ALAF:

NOVEL terbaru beliau bertajuk 'Atas Nama Cinta' kini sedang menanti
anda di kedai-kedai buku. Dapatkannya segera sebelum kehabisan.

Kepada anda yang inginkan kelainan jalan cerita daripada beliau,
inilah masanya anda dapatkan novel kedua beliau.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara
dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi.
Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan
kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di
bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika
disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui
keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang
mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...

No comments:

Post a Comment