Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, February 15, 2011

Review 279: Tika Rindu Berlagu by Lily Suriani


Tika Rindu Berlagu
Penulis : Lily Suriani
RM19.90
480 mukasurat
ISBN: 978-983-124-383-1


"Hadirlah di depan mataku
usah bersembunyi di sebalik memori"


Heroin kali ni seorg penghantar bunga berperwatakan tomboy. Saya ni memang suka citer2 gadis tomboy nih. hehe. Kisah kali ni rasanya dalam genre love at 2nd chance dan 'lost and found'. Namun kisah ni nyata tak membosankan dan jauh berbeza dari novel2nya sebelum ini. Saya suka sentuhan jenaka dalam kisah ni yang sentiasa berjaya membuat saya ketawa berdekah berdekah berdekah. Dah lama tak ketawa mcm tu masa baca buku tambah2 part Adila tak dapat menahan diri dari memanjat pokok kelapa :))


Saya paling suka rentak kisah ini dalam separuh pertama novel ini yang banyak menumpukan kisah Adila-Naim. Banyak insiden lucu yang mencuit hati sejak mula Naim berjumpa Adi hinggalah detik2 mereka di kampung Adi dan juga pertunangan mereka yang dikelamkabutkan oleh Adi yg rela dlm terpaksa tu.


Kehilangan Naim seolah-olah meragut seri cerita dan kemunculan Najwan&Roslan memang menyakitkan hati. Tekejut betul saya biler Adila sanggup menerima lamaran Naj kerana tak tahan dgn sindiran2 manusia sekelilingnya. Tindakan Naj mengahwini Adila walaupun mengetahui dia HIV positif menunjukkan Naj ni lebih mementingkan diri sendiri, walaupun dia beralasan yang dia mengahwini Adila kerana tidak mahu suara2 sumbang terus menyakiti hati dan perasaan Adila. Tapi ada rahmatnya... Adila berjaya membimbing Naj kembali jalan Allah dan pemergian Naj telah menemukan semula Adila & Naim.


Namun Naim ini adalah Naim yg baru. Banyak kenangan telah dirampas dari memorinya. Adila adalah memori yang sangat kabur buat Naim. Dia hanya menganggap Adila sbg balu kawan baiknya, Najwan. Lagipun dia terkilan bila mengetahui Adila yg pernah menjadi tunangannya berkahwin dgn sahabat baiknya sendiri dan tak menunggu dirinya yang dijumpai 6 bulan kemudian. Dia rasa dikhianati. Namun mengenali Adilah membuatkan dia jatuh cinta buat kali pertama sekali lagi. Sian Adilah tu, mcm2 ha dia buat nak ngorat balik Naim, siap melakonkan balik babak panjat pokok kelapa. hehe.


Yg saya perasan citer ni kurang sedih la... Novel Pelabuhan Kasih & Atas Nama Cinta mempunyai scene sedih yang jauh lebih berkesan dari citer ni. Terasa kisah ini jauh lebih ringan dari garapan2 Lily Suriani sebelum ini. Isu HIV yang cuba disuntik dlm kisah ini tak terasa 'heavy' mungkin sebab saya tak menganggap watak Najwan penting. Apa2pun tahniah buat Lily Suriani :). Cover ada gambar org naik kuda tu membuatkan ia kelihatan lain dari yang lain tapi sisipan khemah dan teddy bear tu membuatkan saya teringat pada cover "Lakaran Kasih" dan cik ted dari "Adam & Hawa". hehe.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.


Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru.


Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba.


Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!

No comments:

Post a Comment