Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, February 17, 2011
Review 285: ...Hujan Pun Menari... by Norhayati Berahim
...Hujan Pun Menari...
Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Editor: Anida Daud
mukasurat: 893
RM29.50
Sabah/Sarawak: RM32.50
"Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya"
mata berpinar bila tengok ketebalan novel ni yg lebih dari 800 mukasurat, dekat2 900 lah jugak! tapi bila tengok nama kat cover rasa macam dah telan ubat yg mujarab utk masalah mata berpinar tadi :)
Hujan pun menari membawa kisah Muna sekeluarga. Kita menyusuri perjalanan hidupnya sejak kecil sehinggalah dewasa. bapanya seorg ustaz yg aktif memberi ceramah dari masjid ke masjid. Keputusan bapanya utk beristeri baru membuatkan Muna kecewa tapi ibunya pasrah dgn keputusan itu. ayah dan ibunya adalah insan yg tidak berprasangka, selalu bersangka baik dan pasrah menempuh hidup. Mungkin itu menjadikan mereka insan yg tidak berhasad dengki. Walaupun Muna kelihatan memberontak dgn perubahan dalam keluarganya, tetapi sebenarnya dia pun ada sikap berbaik sangka. Tak kira berapa kali org warning dia tentang sikap sahabatnya Tuminah yg sering menyebarkan cerita2 buruk tentang dirinya, Muna tak pernah termakan cakap orang. Baginya, Tuminah tetap sahabat. Tuminah tu stat bencikan Muna bila jejaka idamannya, Dol Azim jatuh hati dgn Muna.
Bagi aku kisah Ustaz Jalil - Cikgu Ara - Ustazah Aminah lebih menarik berbanding kisah Muna yg kelihatan agak stereotype dgn kisah2 sahabat jadi kekasih yg pernah kita baca sebelum ini.
Ustaz Jalil ni memang macam tiada beban batu digalas seteleh berkahwin dgn Ustazah Aminah. Walaupun Ustazah Aminah tu graduan timur tengah yg tinggi ilmu agama, dia bukanlah seorg isteri yg baik. Dia tidak pernah menghormati Ustaz Jalil yg baik tu. Cikgu Ara adalah seorg isteri dan ibu yg sangat baik. Rasa cemburu yg mekar di hati ustazah Aminah menjadikan dia seorg yg tamakkan perhatian dan harta benda ustaz Jalil, sedangkan rumah yg dia duduk tu pun adalah hasil bayaran ansuran yg dikongsi antara ustaz jalil dan cikgu Ara utk masa depan anak2 mereka yg 5 org tu. Sibukla ustazah tu nak rebut harta ustaz jalil yg tak seberapa. Cikgu Ara memang sangat cool dan penyabar orgnya. Dia tidak mudah melatah dan memberontak seperti ustazah Aminah yg sangat tidak percayakan suaminya sendiri.
Kematian Ustaz Jalil menunjukkan cara yg berbeza kedua2 isterinya meratapi pemergiannya. Walaupun berteman air mata siang malam, cikgu Ara pasrah dgn ketentuan Ilahi tetapi sebaliknya ustazah Aminah meraung-raung menyalahkan orang tu orang ni. Yg geram tu, dia nekad tak nak pindah dari rumah yg bukan miliknya.
Kisah ini kemudian tertumpu pada Muna yg semakin meningkat dewasa. Sahabat datang dan pergi tetapi Qurban adalah sahabat yg sentiasa mengikuti perkembangannya dan mereka kembali akrab bila dah bekerja. Muna masih lagi berkawan dgn Tuminah dan Dol Azim. Tuminah masih lagi dgn sikapnya yg suka buat2 baik dgn Muna sdgkan dia pada masa yg sama sentiasa memburuk-burukkan Muna depan org lain. Keputusan Dol Azim berkahwin dgn Tuminah sedikit sebanyak membuat Muna kecewa, mungkin kerana sepanjang persahabatan, Dol Azim sentiasa mempamerkan rasa cintanya kepada Muna. Keputusan Dol Azim akan buat sapa2 saja rasa heran. Macam ada yg tak kena.
Masalah Muna dgn Tuminah sedikit berkurang selepas perkahwinan itu. Kepulangan anak angkat Pak Lang dan Mak Langnya yg berstatus Datuk dan Datin membuat Muna tak senang duduk di rumah besar itu. Dia sering disindir dan dikutuk Danial yg merasakan Muna dan adik beradiknya sedang mengambil alih harta2 bapanya sedangkan dia yg lebih layak (dia tak tau dia tu anak pungut, eksyen lebih). Bila mengetahui status dirinya, Danial membuat perancangan utk berlakon jadi baik dan meminta ibunya meminang Muna utk dijadikan isteri. Muna mulanya menurut tetapi kemudian menolak setelah berbincang dgn ibunya Cikgu Ara yg sangat berdiplomasi. Membuat Muna sedar di mana letaknya rasa cinta yg sebenar.
Qurban pulak menyangka dia lebih tertarik kepada Siti yg manja semacam tu. Tapi pengaruh Siti membawa dia ke arah yg tak baik. Pertunangan Muna membuatkan dia rasa semacam. Tanpa sedar dia membandingkan kelebihan dan kekurangan antara Siti dan Muna. Dari segi rupa mungkin Muna ketinggalan tapi dari sisi lain Muna jauh lebih indah dari Siti.
blurb / novelcinta@multiply / sinopsis
Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya
Peritnya melihat emak diduakan. walau emak begitu sempurna tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yg mahu tidak mahu, harus tabah. Sbg anak sulung, Muna mengerti, dia dgn emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan.
Dlm kepayahan menempuh onak kehidupan... Ketika gelap, ketika cahaya suram... sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari... Qurban... lelaki itu tetap di sisi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
citer dia biasa2 je kan rin?... byk watak.... buku baru dia ni pun agaknya sama....
ReplyDeletekalau sweetyatt merujuk kepada kisah cinta Qurban-Muna, memang cerita cinta mereka biasa2 saja, tipikal kisah cinta novel melayu. Tapi kalau kisah ibu bapa Muna, tu adalah sudut cerita yg jarang2 dikisahkan dalam novel melayu. Kalau seseorg tu berpendidikan agama tinggi pun, belum tentu dia dapat berkongsi suami walaupun suaminya itu seorg yg adil dan baik. Sifat tamak memang akan menelan kebaikan seseorg. Dari Kerana Mata pun kisah kekeluargaan jugak. nak baca 2nd round sebelum post review :)
ReplyDelete