Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, September 21, 2011
Review 514: Sutera Biru by Nor Rafishah Md. Hassan
Sutera Biru by Nor Rafishah Md. Hassan
Terbitan Rhythm
RM13.90
320 mukasurat
"Jika dirinya dan semalam dapat dikembalikan, aku pasti akan belajar mencintainya."
Bukan kali pertama saya membaca karya Nor Rafishah. Muka surat pertama sahaja sudah menunjukkan pengetahuan Nor RAfishah yang bukan cetek dalam bidang penulisan. Bagi saya cerita ini mempunyai isu konflik yang biasa kita dengar atau baca tetapi Nor Rafishah ada cara tersendiri mengelirukan pemahaman pembaca dan mungkin membuat pembaca cuba membuat kesimpulan sendiri. Kadang2 apa yang kita teka sikit pun tidak mengena. Kalau Nor Rafishah buat citer thriller mungkin dia mampu melakukan kelainan.
Neha yg amat cintakan Hazrul memerangkap lelaki itu dan berjaya menjadikan lelaki itu suaminya tetapi ternyata cinta Hazrul bukan utk Neha. Hazrul mencuba pelbagai cara utk menyakitkan hati Neha bagi membalas perbuatan Neha. Perkahwinan senyap2 dengan Ika menimbulkan kemarahan Neha lalu diceraikan oleh Hazrul. Cinta Ika terhadap Hazrul ternyata ada agenda tersembunyi. Hazrul mulai sedar Ika sedikit pun tidak dapat menandingi Neha sebagai isterinya dan sbg menantu kpd ibunya. Sesal kemudian tidak berguna...
PErtemuan semula dgn Neha beberapa tahun kemudian membangkitkan rasa cinta Hazrul kpd Neha. Ika sudah diceraikan tetapi Neha sudah menjadi milik orang lain, dan orang itu adalah Hairol, rakan Hazrul sendiri. Hairol amat menyayangi isterinya dan anak mereka, Nazrin (yg sebenarnya anak Neha bersama Hazrul).
Watak Nizah sbg pembantu Hazrul kelihatan agak innocent tetapi menggoda.. saya sangat2 tak sangka rupa2nya dia tu penipu and manage to escape dgn sejumlah wang yang diberikan Hairol yg katanya utk membayar denda setelah mereka ditangkap khalwat..
pada mulanya incident tu kelihatan seperti sengaja dirancang oleh Hazrul supaya Neha membenci Hairol. Tetapi rupa2nya itu rancangan Nizah utk memerangkap Hazrul tetapi Hairol yang terperangkap..
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Neha berkahwin dgn Hazrul melalui insiden khalwat yang dirancangnya sendiri. Bagaimanapun rumah tangga mereka tida bahagia kerana Hazrul masih tidak dapat memaafkannya. Apatah lagi Hazrul masih menyintai kekasihnya Ika yang juga sepupunya. Perhubungan yang masih terjalin itu membuatkan Neha sering memendam perasaan. Dalam diam, Hazrul mengahwini Ika dan Neha yang mengetahuinya bertindak menyerang Ika. Tindakan itu menyebabkan Hazrul menceraikan Neha. Tujuh tahun kemudian, mereka bersua kembali. Hazrul cuba berbaik semula namun Neha telah berkahwin dengan teman baiknya, Hairol. Perebutan hak berlaku setelah Hazrul mendapat tahu Nazrin adalah darah dagingnya. Dalam masa yang sama Hairol ditangkap khalwat. Neha berasa kecewa lalu membawa diri bersama Nazrin ke rumah teman baiknya. Bagaimanakah kesudahan hubungan Neha dan Hairol dan dapatkah Hazrul menebus kembali kesalahannya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment