Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, September 21, 2011
Review 504: Kasih Seharum Lavender by Eita Ashyta
Kasih Seharum Lavender by Eita Ashyta
Terbitan kaki novel
RM19.00
625 mukasurat
"Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu, dan setitis haruman
kasihku mewangi tanpa sedar..."
Nampaknya saya baca dua buku berturut-turut berkaitan lavender. :)
Cerita very slow and steady adn some parts are very predictible and
everything goes well. bila baca tentang akrabnya persahabatan dua
sahabat, Lynn dan Hani, terus terdetik di hati saya, ni mesti ada
konflik nakkan lelaki yg sama nih.. well tekaan tu tepat.
Mulanya ingat ker Ezani yg bercinta dgn Hani, tapi rupanya kehadiran
Hadif lebih meninggalkan kesan di hati Hani. Sinopsis belakang buku
ni tells almost everything. Nasib baik la berjaya mengontrol diri
dari membaca sinopsis.
citer ni mengisahkan tentang Lynn dan Hani bersahabat baik ketika
belajar di luar negara. Persahabatan yg terbentuk itu sebenarnya
bermula dari perasaan saling membenci. Takdir menemukan mereka sbg
sahabat sejati. mereka mengaku saudara. Tapi bila kembali ke
Malaysia, hati mereka terpaut pada jejaka yang sama. Hani lebih
bertuah kerana lelaki itu anak sahabat baik ibunya dan mereka memang
dirancang utk dijodohkan. Persahabatan erat itu terlerai. hani dalam
keadaan serba salah, dia tak dapat menolak permintaan ibunya, lagipun
dia memang sudah jatuh hati dgn Hadif. Dia cuba meminta Hadif
memutuskan pertunangan tetapi Hadif mengaku menyintainya sepenuh
hati.. aduih.. lagila dia tak sampai hati nak putuskan pertunangan.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. dia punya
Ummi yang penyayang, seorang abang yang perihatin dan Nurul Adlynn,
teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. dia bahagia
walalupun di sebalik itu, kesabarannya sering kali teruji dengan
sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya.
Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap
kali mereka bertemu. Hinggakan dia ada kalanya lelah dengan situasi
sebegitu!
Pertemuan dgn Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak
terduga dn tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi mungkin itulah
dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa.
Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu.
Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya?
Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah
sikap. Tanpa angin tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. tutur
kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan
gemar bergurau. Dalam diam dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau
di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementera.
Mungkinkah?
Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-
tiba saja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada
mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya
dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu?
Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila
dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki
itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan
hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih sayang sahabat
setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan
antara cintanya sendiri yang mula berputik.
Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran
kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang
amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap
berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam
hidupnya.
Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang
menanti. Sayangnya cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya
sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya
melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati
yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum
lavender itu terus dia kecapi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment