Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, September 21, 2011

Review 515: Tiada Lagi Cinta by Nor Rafishah Md Hassan


Tiada Lagi Cinta by Nor Rafishah Md. Hassan
Terbitan Rhythm (Novel siri cinta rhythm - NSCR)
RM17.90
300 mukasurat

"Ketiadaan cinta itu membuat aku mencari di mana kesilapan diri"

Thanks CP sebab suggestkan buku ni.. agak susah nak dapatkan di
pasaran.. last2 dapat beli masa pegi midvalley hari tu :) patutla cp
kata best, rupa2nya ada kisah cinta antara gadis melayu dgn jejaka
dusun!! huhu nostalgia betui buat jiwangans di jiwangunited!

kisah ini diceritakan dalam bentuk flashback utk watak Amir Asyraf dan
Masyitah. Mereka mempunyai dua kisah cinta yang berbeza dan
kedua-duanya kecewa sebab cinta. Perjalanan ke Terengganu (utk
menghadiri kenduri kawin) menemukan mereka dan masing2 mengenang kisah
cinta mereka yang putus di tengah jalan.

Amir Asyraf bercinta dgn gadis cantik manis, Miza. Tetapi keakrabannya
dgn Juita menimbulkan rasa tidak puas hati Miza. Juita berjaya
memerangkap Amir Asyraf dan mereka ditangkap basah. Miza kecewa dan
pertunangan diputuskan. Amir Asyraf frust menonggeng.

Masyitah pulak bercinta dengan Zach, jejaka kadazan dusun beragama
kristian. Cinta mereka sejati tetapi ditentang habis habisan oleh
keluarga Masyitah. Zach bersedia utk mendalami Islam tetapi tiba2 aja
buku2 agama yang Masyitah kirimkan kepadanya dikembalikan, Masyitah
nekad pergi mencari Zach di Sabah. Masyitah terpaksa melepaskan cinta
Zach walaupun mereka berdua saling menyinta. Masyitah lebih rela
kehilangan cinta daripada kehilangan agama yg disanjungnya. Di tempat
kerja, Haezade memburu cinta masyitah hingga menjadikan dia rimas.
Malia menyalahkan Masyitah apabila Haezade tidak mempedulikan dirinya.
Jodoh malia dan haezade ada rupanya. Tapi Haezade masih menaruh
harapan pada Masyitah.

masyitah dan amir asyraf tak sangka kenduri yg diorang hadir tu adalah
kenduri yg sama dan pengantinnya adalah Haezade dan Malia serta Sazali
dan Miza. Malia tu kakaknya Juita. Sazali dan Haezade adik beradik.

Terlalu banyak kebetulan yg menemukan Masyitah dgn Amir Asyraf.
Kedua-duanya terdetik rasa yg sama apabila tiba2 mereka turut pulang
bersama-sama, dalam bas yang sama, seat sebelah2 pulak tu... (macam
masa mula2 sampai terengganu) ada jodoh la tu :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai
kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta
itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud
kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati.
"Andai kau untukku walau terlindung di balik awan kita tetap bersatu.
Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku" - Kerana
cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang
mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka
jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu.
tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati
melainkan percaya; kebahagiaan itu tetap ada.

No comments:

Post a Comment