Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, August 17, 2011

Review 485: Moga Kau Mengerti by Lily Haslina Nasir


Moga Kau Mengerti by Lily Haslina Nasir
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM 19.90
544 mukasurat


"tak bisa kulupa dirimu tiap kali simpulan memori terurai kembali"

perghh sarat perasaan saya lepas baca buku ni. latar belakang buku ni memang saya dah tau sedikit sbb yam dah baca. saya elak baca sinopsis so saya agak tertanya-tanya siapakah bakal suami Adeena yang kejam tu, Dr Adib ker Kamali. At one point macam confirm jer Dr Adib tapi Kamali rupanya.. fuh tak sangka sungguh. Ngeri jugak mengenangkan ada lelaki yang mcm ni dalam dunia ni. Gangguan emosi yang membawa kepada naluri yang sangat-sangat kejam. kira macam turn jadi incredible hulk la, alter ego yang disembunyikan akhirnya terserlah. mesej sarat yang diselitkan dalam buku ini menjadikan keseluruhan cerita ada kelainan. Bagi saya Epilog Cinta juga sarat tapi kisah cintanya kurang mendayu-dayu macam "Moga Kau Mengerti" .

Kisah cinta yg membuai perasaan yg tiba2 dicarik-carik oleh orang yg paling diharapkan memang lah menyedihkan. Memang sarat rasa kasihan pada Adeena ni, cuma sikap berdiam diri dia menjadikan saya geram. Perasaan geram tu melebihi perasaan simpati, mungkin sebab tu saya tak sedih sangat. Setiap kali ada saja kealpaan Adeena dlm mematuhi arahan Kamali mesti terkeluar perkataan "hah mampus!" dari mulut saya.

Part yang betul2 menjadikan saya sedih sampai nak nangis adalah setelah Adeena masuk hospital lepas kena hentam teruk dgn Kamali. Kunjungan keluarga dan kawan2nya dan cara penceritaan keadaan Adeena masa tu memang menjadikan saya pilu. Penghujung cerita yg mampu membuat pembaca melepaskan nafas lega (saya la tu). Kehadiran Dr Adib yg merawat luka fizikal dan rohani Adeena menjadikan cerita ini lengkap di mata saya. Thank you Lily Haslina Nasir. Tahniah atas pendedahan realiti yang jarang2 ada orang nak ambil tahu, especialy makluk2 macam saya ni la.. buat hal sendiri saja.

Saya suka salabiah, kaya dengan madah2 cinta yang menarik :) sampai at one point saya tertanya tanya, mana salabiah ni? di manakah terselitnya babak antara Salabiah/Adeena di awal cerita sebab selepas Adeena kawin, Salabiah hanya muncul ketika Adeena dimasukkan ke hospital.

Singkaplah realiti sebenar kehidupan segelintir insan di dunia ini melalui "Moga Kau Mengerti".

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku dan di Website Alaf21:

NOVEL beliau bertajuk 'Moga Kau Mengerti' kini boleh didapati di kedai-kedai buku sekarang. Anda pasti teruja membacanya.

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

No comments:

Post a Comment