Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, August 10, 2011
Review 469: Bila Cinta Membara by Mazia Harris
Bila Cinta Membara by Mazia harris
RM 19.90
540 muka surat
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
"Indahnya bersapa dengan jelingan lalu berbicara melalui renungan"
Tagline di bhg hadapan buku ni memang menarik hati.. dalam byk2 buku
yg saya belek dalam kotak, buku ni yang saya capai dan baca. Suka
jugak baca kisah cinta yg bermula dari jelingan dan renungan yg
bertaut ni.. hehe.. TAk selalu berpeluang baca kisah cinta yang
menceritakan kecurangan isteri.. kebanyakan penulis, lebih byk
menceritakan tentang kecurangan suami dan ketabahan si isteri dalam
menempuh dugaan.
Rasanya tajuk yang lebih sesuai utk citer ni adalah "Bila Nafsu
Membara" kerana sebab nafsulah yg merupakan punca Syam menggadaikan
cinta Kamarul.
Mengisahkan Syam dan Kamarul yang bercinta dan berkahwin. selepas 5
tahun mereka dikurniakan 2 cahaya mata. Syam mula bosan dgn kesibukan
kerja Kamarul sbg pegawai polis, dia sering ditinggalkan bersama
anak-anak. Kemunculan sahabat lama Syam membuatnya ingin menjadi model
semula. Memikirkan keadaan Syam, Kamarul mengizinkan walaupun
mertuanya membantah. Syam rapat semula dgn Jeffery yang pernah
dikenali nya dulu. Ketelanjuran yg berlaku antara mereka seolah olah
disengajakan oleh Syam. Dia terus bertemu Jeffery walaupun rasa
bersalah terhadap Kamarul sentiasa ada.
Lama-kelamaan rahsianya terbongkar. Kamarul mungkin tidak akan
menceraikan Syam kalaulah dia tidak terlanjur dengan Jeffery tapi nasi
sudah menjadi bubur. Kamarul mula dikenen kan dgn Dayana, saudara baru
dlm Islam yg juga merupakan rakan polis.
Impian Syam utk bersama dgn Jeffery musnah bila Syam mendapati Jeffery
ni dari keluarga yg kuat mengamalkan ajaran Kristian Katholik.
Walaupun Jeffery sanggup memeluk Islam, Syam tak mau kerana Jeffery
memeluk Islam semata-mata ingin berkahwin dgn nya.. Syam kehilangan
suami yang baik, hilang kasih sayang ayahnya, semua kerana mengikut
desakan nafsu.
Namun keinsafan menjadikannya manusia yang lebih baik.
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku
Bila cinta membara, hati mula bergelora. Meskipun pada zahir tampak
sempurna, namun pasti ada kekurangannya. Atas dasar suka sama suka,
Kamarul menjadi Syamsidar, seorang model terkenal sebagai ratu
hatinya. Dia menghamparkan segala kasih sayang kepada Syamsidar
sehingga mereka dikurniakan dua orang permata hati.
Namun, tanpa diduga, Syamsidar sanggup menduakan Kamarul yang setia
dengan janjinya. Dia tertipu oleh janji manis Jeffry yang beria-ia
menunjukkan keikhlasan dan tanggungjawabnya. Lelaki itu pandai bermain
kata-kata sehingga Syamsidar lemas dalam tsunami ciptaan mereka.
Skandal rumah tangga yang selama ini tersimpan kukuh akhirnya meletus.
Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpi
panjangnya. Sandiwara cinta ini mesti dinoktahkan! Segala kenangan ini
mesti dikuburkan. cukuplah... dia kini mahu kembali bernafas di alam
realiti!
Persoalannya... semudah itukah dia mendapat kemaafan daripada lelaki
yang telah terluka hatinya? Mampukah kebahagiaannya dikembalikan semula?
BILA CINTA MEMBARA... hanya ALLAH yang menentukan segala-galanya.
sinopsis di website ALAF
Bila cinta membara, hati mula bergelora. Meskipun pada zahir tampak
sempurna, namun pasti ada kekurangannya. Atas dasar suka sama suka,
Kamarul menjadi Syamsidar, seorang model terkenal sebagai ratu hatinya.
Namun, tanpa diduga, Syamsidar sanggup menduakan Kamarul yang setia
dengan janjinya. Dia tertipu oleh janji manis Jeffry yang beria-ia
menunjukkan keikhlasan dan tanggungjawabnya. Lelaki itu pandai bermain
kata-kata sehingga Syamsidar lemas dalam tsunami ciptaan mereka.
Sebagai seorang suami, mudahkah Kamarul memaafkan Syamsidar sedangkan
mereka sudah pun dikurniai dua cahaya mata? Mampukah kebahagiaan
mereka dikembalikan semula? Bagaimanakah penerimaan Jeffry setelah apa
yang telah dilakukannya terhadap Syamsidar?
Bila cinta membara, hanya ALLAH yang menentukan segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment