Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, August 10, 2011

Review 470: Maaf, Saya Bukan Bibik by Nashmin


Maaf, Saya Bukan Bibik
Penulis: Nashmin
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
Terbitan Jemari Seni Adiwarna
RM17.00
Sabah/Sarawak RM19.00
9789670201108
340 mukasurat


"Bencilah pada mat ni..."


Kisah seorang Suhana, pelajar cemerlang PMR yang terlalu yakin pada diri sendiri. Gagal dalam bahasa Melayu SPM telah membuat dia sedar yang dia telah alpa, tenggelam dalam dunia sendiri yang penuh kebanggaan. Kegagalan itu bukan saja membuat dia kecewa malah turut menanggung malu kerana dia merupakan kebanggaan sekolah malah jiran tertangga turut tertunggu-tunggu keputusan peperiksaannya. Mereka percaya Suhana, anak sulung Timah, pasti akan menjejakkan kaki ke menara gading. Mana nak sorok muka? Ibunya seorang ibu tunggal yang mengambil upah menjahit pakaian. Rasa bersalahnya semakin menggunung, lalu dia nekad membuat keputusan untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah nun di Selama, suatu tempat yang jauh dari Kuala Lumpur. Dapatlah dia mengumpul wang itu mengambil semula SPM dan menebus kesilapan lalu.


Makcik Hasnah mencari teman berbicara, rakan berkongsi rasa. Kehadiran Suhana amat menggembirakan hatinya tetapi anaknya Zaki, memandang Suhana dengan penuh prasangka. Sikap orang gaji yang digajinya sebelum ini membuat dia sangat berhati-hati dan sangat tegas dengan Suhana. Suasana kampung yang damai merawat gundah di hati Suhana walaupun kadang-kadang kedamaian itu dibikin ribut oleh Encik Zaki.


Sokongan padu dari makcik Hasnah, yang kini dipanggil emak, membuat Suhana bersemangat untuk menempuh SPM semula, tapi bahunya runtuh sedikit sebab guru bahasa Melayunya adalah ENCIK ZAKI. Mamat tu cikgu BM rupanya. hua hua hua. Jenohlah kena buli :)


Novel ini elok dibaca oleh pelajar-pelajar SPM. Lihatlah kesungguhan Suhana demi mendapatkan keputusan SPM yang baik. Ada juga tip-tip untuk menghasilkan karangan SPM yang berkualiti dari Cikgu Zaki yang suka letak pangkah besar di kertas karangan orang :)


Kehadiran Suhana tidak disenangi Julia, tunangan Zaki. Dia menjadikan Suhana sebagai alasan untuk memutuskan pertunangan sedangkan dia sendiri keluar dengan lelaki lain tetapi cuba menutup kenyataan itu dari pengetahuan keluarganya. Separuh cerita ini diceritakan dari sudut pandangan Suhana dan separuh terakhir adalah dari sudut pandangan Zaki. Gaya penceritaan yang sama kadang-kadang buat aku lupa aku sedang baca dari sudut pandangan Zaki, bukannya Suhana.

Usik-usik membawa bahagia? hmmm memang ada hati yang terusik dan ada orang nak kena pinang :)


Halo? Selama bukan tempat jin bertendang ya? kalau tempat jin bertendang, akulah antara orang yang terawal kena tendang dengan jin. Halamak, lamanya tak balik ke tempat kelahiran... *mode nostalgia* climbed my first tree, swam my first river, cracked my first bone, broke my first bone, had my first crush...


sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Bahasa Melayu SPM tu 'kacang' baginya. Lalu dia luangkan masa baca majalah hiburan saja. Hasil: Bahasa Melayu - 9G. Dia nekad mahu ambil semula SPM, tapi dia kesian pada ibu yang sudah jadi balu. Mereka sekeluarga bukan orang berada, tinggal pun di rumah pangsa DBKL saja.


Dia perlu cari duit sendiri!


Peluang terbuka luas apabila ada kerja kosong jadi orang gaji di Selama, Perak. Tapi mampukah dia gadis Kuala Lumpur hidup jauh di pendalaman? Lebih-lebih lagi, anak lelaki majikan yang sudah bertunang itu sangat benci padanya.


Bibikkkk!!! siang ikan bersih bersih ya!!!


Kerenah Zaki yang memang seperti mahu menghalaunya itu buat Suhana jadi geram bercampur sedih. Perlu terus bertahan? Atau dia mengaku kalah sahaja dan katakan pada Zaki: Maaf, Saya Bukan Bibik!


Ini memang novel pertama NASHMIN. Namun karyanya sudah memperlihatkan kematangan; dia menulis daripada hati yang jujur lagi polos. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ini digarap bahasa Melayunya dengan baik sekali, menarik dan bersahaja. Prinsipnya, 'segala usaha dan kerja yang dilakukan kerana Allah maka akan dinilai sebagai ibadah."

No comments:

Post a Comment