Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, December 29, 2010

Review 272: Persis Sebutir Pasir by Manjlara



Ni adalah karya pertama Manjlara :)
Lepas ni nak post karya kedua beliau, "Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?" so saya post la karya pertamanya terlebih dahulu :)


Persis Sebutir Pasir by Manjlara
Terbitan Jemari Seni
RM22.00
640 mukasurat

Nilai bahasa melayu yang terhasil melalui penulisan ini sangat berkualiti dan mengkagumkan. Tahniah buat Manjlara kerana tak ramai penulis yang dapat mengekalkan atau menampilkan penulisan bahasa melayu yang begitu rapi. Setiap bab yang ditutup dgn petikan maksud ayat al-Quran menjadikan buku ini kelihatan Islamic.


Saya kurang setuju dgn pemilihan penceritaan keadaan Widya/Kasih di Darul Atiqah sbg pembuka buku ini kerana ia menggambarkan betapa beratnya situasi cerita ini selanjutnya dan mungkin akan mengendurkan semangat pembaca santai utk meneruskan bacaan. Ia seperti membuka lembaran terakhir novel. oh, ni mengingatkan saya kepada teknik yang sama digunakan oleh Rose Harissa utk novel keduanya CMDH. membaca pembukaan yang seperti membaca penutup.


mungkin kalau ada beberapa buku lagi yang menampilkan prolog sebegini akan menjadikan saya lebih biasa dengan permulaan sebegini supaya tidak terpengaruh dgn tanggapan "inilah akhirnya".


Walau bagaimanapun keinginan utk mengenali Kasih/Widya, persoalan2 tentang kedudukan Syed Irwan dlm hidup kasih, apa kena mengena Abg Jeff dgn cerita ini menarik perhatian saya utk meneruskan pembacaan.


Buku ini dibahagi kepada Bhg I dan II. Sepanjang membaca Bhg I saya tidak dapat merasakan sebarang kelainan dalam cerita ini. ianya seperti mendatar dan kadang2 saya terleka dan terlangkau. Hubungan antara Kasih dan Syed Irwan yang tiada penghalang sangat menjadikan kisah cinta mereka mudah dan membawa kepada ikatan pertunangan. Namun apabila pembacaan Bhg II bermula rentak cerita menjadi total opposite. mata saya yang layu dah terbukak semula. Kalau tadi saya dah terkulai, sekarang saya dah mula duduk tegak dan meneruskan bacaan dengan penuh minat. Saya menyalahkan diri sendiri kerana tak baca betul2 dari mula. So sebaik saja abis baca buku ni saya tak terus taip review, saya ulang baca dari mula supaya tidak ada yang tertinggal.


Dugaan sebenar menanti Kasih dan Syed Irwan di bhg II buku ini. Di situlah ketentuan takdir mereka dan bagi saya ianya adalah pilihan yang terbaik untuk mereka. tentu saja ada yang bertanya kpd saya mcm mana PSP? saya akan kata citer ni menarik, berat dan sedih! ni bukan sedih jenis sob sob.. ni sedih jenis uwaaaaaaaa huhu uwaaaaaaaaaaa. pestaim baca buku yang menyebabkan tangisan terlepas macam tu.. ish.. buat malu jer aku nih. Reaksi yang bertanya? Bercampur aduk, ada yang terus tak fikir panjang dan pergi beli dan ada juga yang taknak baca sbb tak suka citer sedih.


rasa sedih tu mungkin agak lebih2 kerana saya pernah terbaca laporan akhbar tentang penggunaan dadah rohypnol ke atas wanita yang diperkosa supaya wanita itu tidak dapat melawan atau mengingati apa yang berlaku dan dadah progestrex digunakan supaya bukti2 forensik seperti kesan mani akan dicuci dlm rahim oleh dadah jenis ini and once clensed, the woman tak akan boleh mengandung sampai bila2.


Kisah ini ditutup dengan baik dan segala persoalan terjawab seadanya.


Terima kasih Manjlara for Persis Sebutir Pasir.


Serba sedikit tentang cerita ini...

Kasih sudah lama meminati Syed Irwan tetapi malu utk meluahkan perasaannya, sahabat baiknya Farah sentiasa cuba mendekatkan mereka sehingga kadang2 menjadikan Kasih rasa malu dan tertekan. Kasih tidak tahu yang Syed Irwan turut menyimpan perasaan buatnya. Farah yg semakin menekan telah menyinggung perasaan Kasih hingga menyebabkan mereka tidak semesra dulu. Kasih terus diburu rasa penyesalan apabila Farah pergi dijemput Ilahi. Perhubungan Kasih dan Syed Irwan semakin baik dan mendapat restu keluarga. Mereka ditunangkan sebelum Syed Irwan berangkat ke luar negara. Satu persatu dugaan mula menimpa. Kasih sedih dgn terbukanya rahsia bahawa dia anak luar nikah dan pembantu rumah adalah ibu sebenarnya. Warkah dari Bu Darni menyedarkan Kasih yg ibunya tidak bersalah. Dugaan lebih besar menimpa apabila tiba2 saja Kasih tersedar di hospital dan dia dimaklumkan bahawa dia telah diperkosa sedangkan dia sendiri tidak dapat recall apa2 mengenai kejadian itu. Kasih tidak mahu Syed Irwan mengetahui perkara sebenar lalu memutuskan pertunangan. Then lelaki yg bersubahat dengan kumpulan yg bertanggungjawab meragut kesuciannya telah insaf dan setuju memperisterikannya dan di samping itu juga JG yang selama ini dikenali diinternet muncul menghulurkan cinta. Namun cinta Kasih masih buat Syed Irwan yang masih bingung dgn keputusan Kasih. Namun pertemuan dgn sicomel kembar Myrul dan Myra menghalakan Kasih ke arah cinta yang terbaik buatnya.



sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidaklah sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya tersendiri.

Jika tidak kerana bintang
masihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?
Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantik
mungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani bintang
mahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?

...aku hanya ingin menjadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...

WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai 'sijil' buat Kasih"
'Sijil' yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?

IRWAN ZAHIR
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada 'jalan' lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?

Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.

Sebuah cerita yang begitu indah susunan bahasanya; penuh debar dan sarat teladan... daripada tulisan seorang MANJLARA tentang Widya, tentang Persis Sebutir Pasir.

No comments:

Post a Comment