Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Sunday, December 26, 2010
Review 263: Antara Safa dan Marwah by Ismad Astar
Antara Safa dan Marwah
Penulis: Ismad Astar
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
Cetakan Pertama Ogos 2010
466 mukasurat.
"Cinta sejati akan kekal
biar dihakis dek berjuta detik masa"
banyak yg aku syak jadi yg tak baik tak baik, tapi baik2 aja semua characters. macam fatin tu ingat ka jadi spy bapak dia sbb co. bapak dia ngan co nor atiqah menjalankan busines yg sama :) Pn. Wardah pun aku ingat nanti dia nak seleweng ker apa sbb dia dah lama keje tapi Fatin yg baru dilantik tu terus jadi bos dia. Turns out Puan Wardah tu baik2 aja. Mana org jahat ni???? heheh. Masa fatin mcm saja2 nak jadi close friend dgn Nur Atiqah pun buat aku syak macam2 dgn Fatin tu.
cara nak dapat jawatan pun ala2 aprentice nyer assignment :)
cerita ini dirasakan lebih islamik hanya kerana nur atiqah bertudung/berpurdah, dia pernah menetap di jeddah dan dia panggil ayah dia abi dan ayah dia panggil dia habibati.
kisah dilalui nur atiqah dalam cinta dan membuat pilihan dalam cinta adalah sama saja yg gadis2 lain yg diketengahkan dalam novel2 melayu sbg heroin. Dia pernah bercinta di luar negara dan kecewa dalam cinta setelah ditinggalkan utk org lain. Dia diberi peluang oleh ayahnya utk membuat pilihan 3 jejaka yg menjadi calon terpilih yg telah ditemuduga ayahnya. Salah seorg daripadanya adalah bekas kekasih nur atiqah sendiri.
masa mula2 kemunculan watak Daisy tu memang aku syak dia tu mak Nur Atiqah tapi bukan, anak dia lelaki pulak. Nur Atiqah tu berkobar2 nak jejak ibunya tapi tak pernah bertanya pada ayahnya kerana bimbang luka lama berdarah kembali. Begitu bersungguh2 mahu menjaga hati ayahnya yg tersayang. ada jugak at one point aku menyangka Syeikh Hamdani tu mungkin hanya bapa saudara Nur Atiqah, tapi bukan rupanya. Dia memang ayah kandung Nur Atiqah.
selepas confirmkan calon2 yg sesuai tuk dijadikan suami nur atiqah, barulah ayah nur atiqah memikirkan hasrat utk beristeri lagi. calon calonnya -
muaz - calon pilihan Syeikh Hamdani
hizbul muslim - bekas kekasih nur atiqah
faisal - abg kpd fatin yg curious dgn gadis misteri bernama Nur Atiqah
Pencarian ibu nur atiqah sangat misteri, ia menjadi lebih mudah dgn bantuan Faisal dan Fatin yg siap lukis salasilah keluarga lagi ha. Semuanya menuding ke arah ibu Fatin. So kemungkinan besar mereka berkongsi ibu yg sama, tambahan pulak wajah Fatin dan Nur Atiqah sgt seiras. Faisal macam lega sbb dia ngan Nur Atiqah tak der pertalian darah, so ada peluang la buat bini ;)
Faisal tu memang slow kalau bab2 melibatkan hati dan perasaan tapi aku lebih suka dia dengan Nur Atiqah :) Muaz memang tarik diri awal2 kerana dia sedar kedudukan dirinya dlm persaingan kecil ni. Hizbul Muslim memang complete package la sbg bakal suami tapi mengenangkan dia pernah melukakan hati nur atiqah, so aku agak kurang berkenan la.
hmm bila baca berturut novel JS Antara Safa & Marwah dgn 26 Episod Gosip, nampak macam ada persamaan di hujung2 cerita apabila, MEREKA YG TERLEWAT YG DAPAT HEROIN! hehe... tapi dua2 hero tu deserve the heroin2 tu lah :)
ni aku selitkan beberapa pendapat dari perbincangan mengenai novel ini dalam Slot Bicara Buku V di Jemari Seni pada penghujung November 2010 yg lalu:
Pembicaranya adalah Saudara Pingu Toha dan Tukang Menyampuk adalah Kak Wan, seorg pengulas novel di blog.
- mengisahkan susah payah seorg bapa tunggal yg berkerjaya membesarkan seorg anak perempuan supaya menjadi insan yg baik dan bersopan santun. biasanya kiter baca keperitan hidup ibu tunggal membesarkan anak2. Syeikh Hamdani diangkat sbg bapa tunggal contoh dalam cerita ini.
- fatin dan nur atiqah dikatakan seiras sejak awal cerita, so penulis sudah memberi pembayang kepada pembaca siapakah wanita misteri yg dicari2 nur atiqah.
- cerita yg memberi idea tentang syarikat IT yg Islamik. Satu cara berkongsi idea perniagaan Islam dgn pembaca-pembaca di luar sana. Selain dari menghayati kisah kasih seorg bapa, kisah cinta anaknya, penulis juga ingin berkongsi tip dan idea perniagaan dgn pembaca2nya. Pembacaan ilmiah yg menghiburkan.
- penulis adalah seorg professor yg lebih arif tentang ilmu berkaitan darah. Secara tak langsung penulis berkongsi ilmu nya itu ketika watak2 nur atiqah, faisal dan fatin melukis salasilah keluarga mereka.
- Penulis menunjukkan peningkatan melebihi 100% melalui novel keduanya ini berbanding novel pertama (novel utk asyikin). Cara penceritaannya ada nilai ilmiah dan komersil yg seimbang.
- Tajuk asal novel ini adalah Novel Untuk Mama. Editor mencadangkan tajuk baru kerana bimbang pembaca novel pertama menyangka ceritanya lebih kurang novel yg pertama sedangkan ianya jauh berbeza.
- CErita ini tiada kaitan dgn sinetron indonesia yg bertajuk safa dan marwah.
- kewujudan alat pengesan ciptaan Hizbul utk mengesan Haseena yg telah diculik membuatkan pembaca merasa seperti tiba2 saja alat tu wujud dan amat berguna utk mengesan Haseena.
Pada pendapat aku, Hizbul memang sudah mencipta alat ni tapi ia di peringkat percubaan. Alat yg sama di present pada Nur Atiqah utk dijadikan alat pengesan software atau file asing dalam komputer-komputer yang disyakki telah dicerobohi talibarut syarikat pesaing yg kurang senang dengan kejayaan syarikat nur atiqah. Sbg pencipta alat ini yg masih lagi dlm peringkat prototype dia meletakkan peranti pada kereta yg digunakan adiknya sbg eksperimen. Dan apabila adiknya diculik, dia menggunakan alat itulah utk mengesan ke mana adiknya dilarikan.
- ada juga yg tidak berpuas hati dgn cara ibu dan bapa nur atiqah terpaksa berpisah. alasan itu dirasakan tidak berapa meyakinkanya. aku ingat kak su kata dia ingat ker mak Nur Atiqah tu komunis sbb tu terpaksa tinggalkan dia sbb jadi buruan. "ni best ni mak dia komunis ni." hehe.
- apa lagi ya? aku dah tak ingat. kalau sapa2 yg ada di situ dan ingat point2 yg dibincangkan, boleh tambah di sini ya? terima kasih.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/alongside/blurb
usah diulang cerita lama, usah dituil keruping luka, usah dipaksa hati yg parah berdarah kembali.
Ini kisah teganya hati seorg ibu meninggalkan anak yg baru berusia 6bln; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yg menghilang itu.
Kenapa ya sejak akhir2 ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu utk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca ke6nya?
Dimana nak dicari di Malaysia ni, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun. ah, dia rindu sgt pada umi.
Ini cerita seorg perempuan yg terpaksa membuat pilihan hati - Muaz yg disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yg dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yg pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!
----------
ISMAD ASTAR mengajak pembacanya 'berhijrah' utk kehidupan yg lebih bermakna. Antara Safa dan Marwah memperlihatkan kasihnya ayah juga membawa ke syurga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment