Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, December 26, 2010

Review 270: 3 Campur 1 = Satu


3 Campur 1 = Satu
Penulis Ana Farhana
Editor Mohd Rosdi bin Mohd Zin
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
436 muka surat


"Kalau tiga org tak cukup utk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yg keempat." - Hakimi


Memang havoc kalau ada abg2 seperti Along, Angah dan Acik dalam cerita ini. Penulis mengadun byk dialog2 komedi utk tiga watak ini. Kadang2 terasa seperti lawak yg kita tengok kat tv, mcm senario, mcm Simpang Tiga dan paling persis lawak mamat2 Sepah. Sehingga imaginasi sikit terganggu dgn kemunculan wajah2 mamat2 Sepah tu sepanjang aku membaca novel ini. huhu.


Tiga bersaudara dan adik mereka, Rin, menjadi fokus cerita ini. Diorg ni bimbang dgn adik mereka yg belum ada pasangan hidup. Jadi diorang cuba rekemenkan adik mereka kepada Hakimi, sahabat mereka.


Hakimi ni kalau berinteraksi dgn Rin, perwatakannya lebih normal dan tidak keterlaluan lawak tiga sukunya. tapi kalau dia mix sekali dgn along, angah & acik, dia pun dah jadi lebih kurang macam diorang jer.


Memang kadang2 rimas dengan cara Along, Angah dan Acik mengongkong Rin, tetapi as the story goes, kita akan faham mengapa diorg begitu dan mungkin diorg jadi 'pak lawak' utk Rin supaya Rin lebih sibuk memikirkan mereka daripada memikirkan masa silamnya yg hitam.


Hakimi mendapat tip2 dari abg2 Rin dan dia sentiasa muncul di hadapan Rin pada waktu2 yg tak disangka. Hakimi berjaya menarik perhatian Rin walaupun Rin tidak pernah meluahkan perasaannya kerana dia merasakan gadis sepertinya tidak layak utk lelaki sebaik Hakimi. Sejarah hitam Rin diketahui Hakimi secara tidak sengaja. Hakimi tidak melatah malah sanggup menerima Rin seadanya.


Selepas pembaca mengetahui rahsia hitam Rin, terasa cerita ini berubah emosi kepada lebih heavy dan menyentuh perasaan. Konflik emosi yg dirasakan Rin dialunkan penulis dlm gaya santai tetapi masih mampu membuat kita turut menangis bersamanya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta.multiply/blurb


I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abg2nya.
"Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku," rungut along.
"Oit! Kau org ingat benda senang ke?
Susahhh!" omel Khairina.
"Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?" Mata Angah membuntang.


II
"Nah ni gambar adik kami!"
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
"Oit! Tenung lama2 nampak." Acik berdeham kecil.
Hakim kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?" soal Hakimi.


III
Kenyataan berani mati yg diluahkan oleh Hakimi tadi benarr2 meruntun hatinya. Tapi dia buat2 selamba badak. Padahal jantung dah macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

-------
ANA FARHANA menulis utk grup 'muda' yg mahu bacaan bermutu tetapi santai dan 'sempoi'. Sekiranya grup 'tua tidak dapat menghadap cerita ini, hmmm... ini bermakna usia anda betul2 sudah 'terawet' :) dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment