Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, March 14, 2011

Review 315: Sebutlah Namaku by Murni Aqila


Sebutlah Namaku by Murni Aqilah
Terbitan Alaf 21
Tahun 2008
Harga : RM 18.00
Halaman :469
ISBN : 978-983-124-362-6


"alangkah indahnya andai kau lafazkan..."


Plot cerita agak menarik mengenai Ameelisa dan jejaka2 berpotensi menjadi teman hidupnya. Macam mana yer kalau Lisa ni lebih tertarik kepada lelaki yg pernah meninggalkan kenangan hitam yg mencemaskan dlm hidupnya?


Calon 1
Abg Jo/Johari. Muaz adalah punca Lisa dan Abg Jo mula mesra. Persetujuan berkali kali utk keluar dgn Abg Jo sudah tentu akan menghasilkan tanggapan yg mereka ni dating, bukannya sekadar berkenalan dan berkawan. Abg Jo menaruh hati pada Lisa tapi Lisa menganggapnya biasa2 saja.


Calon 2
Hairul. Perkenalan mereka bermula setelah Lisa diragut penyamun. Err bukan hairul yg menyelamatkannya tapi Hairul ni tersilap call number baru Lisa. Mereka berkenalan dan berjumpa lalu bercinta. Tapi Hairul ni rupa2nya boyfriend Zura, kawan serumah Lisa. Lisa kecewa dan putus dgn Hairul. Scene Hairul nak mereka declare sbg pasangan bercinta tu ada iras2 citer Warna Hati sbb guna tajuk2 novel sbg hint2 utk meluahkan perasaan.


Calon 3
Tajul. Lisa sudah lama ber sms dgn Tajul yg disangkakan sahabatnya, Suraya. Lisa tersalah sms dan tajul ni layan jer. Setelah rahsia terbongkar dan mereka saling memaafkan, mereka mula mesra di talian. Tajul dijadikan medium utk menghilangkan kesepian yg ditinggalkan Hairul. Tapi pertemuan dgn Tajul menyesakkan nafas Lisa kerana suatu masa dahulu dia pernah diragut penyamun yang rupanya sangat2 seiras dgn Tajul. Namun kehadiran Tajul mencuit perasaannya. Dalam benci ada rindu.


Plot cerita memang menarik tetapi delivery cerita yg longgar dan mendatar menyebabkan kurang impact pada pembacaan. jelas menunjukkan ini adalah penulis baru. Hope to see karya2 lain penulis ini.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis : SEBUTLAH NAMAKU
AMEELISA sedar betapa cinta hanya akan bermakna jika dua jiwa bersatu. Dan cinta lebih bermakna jika penyatuan itu disertai restu. Namun dia ragu-ragu, cinta siapa yang mampu menakluki hatinya.


Hairul - Romantisnya...Cinta lelaki ini membuai-buai kasih Ameelisa. Hingga rindulah yang menghiasi jiwanya. Tetapi ada insan lain mengharap cinta Hairul.


Tajul - Ngeri apabila memikirkan lelaki inilah yang pernah meragut Ameelisa. Takdir menemukan mereka kembali dalam situasi berbeza. Terlalu baik hingga lebur kenangan pahit semalam.


Johari - Pintu cinta yang dulu tertutup, kini terbuka untuk Ameelisa. Duda berputera dua ini mahu mengulangi cinta yang pernah kecundang. Dia yakin Ameelisa tidak akan mengecewakannya.


Pelik... wajah Tajul membayangi Ameelisa di setiap langkah. Bercinta dengan peragut? Dia bingung sendiri. Dan ketahuilah, apa yang kita tahu sebenarnya bukan itu yang terjadi.


Sesungguhnya, cinta... sebuah perasaan yang tulus menyayangi sepenuh hati. Persis melodi indah, mendayukan hati. Tetapi, mengapa sukar memahami cinta? Sukar sangatkah?

Review 314: Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha by Taufiqurrahman al Azizy



Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha
Penulis: Taufiqurrahman al-Azizy
Penterjemah: Nur Haslina Abd Hamid
Editor: Rafizah Kasim
Terbitan Global Aksara Communication
RM28.90
sabah/sarawak: RM30.90
391 mukasurat
9789834498203




"Novel Spiritual Cinta dan Iman berlandaskan Al Quran"




Terasa macam membaca novel yg diterjemah dari bahasa Arab pulak. Novel ini naskah asalnya adalah dalam bahasa Indonesia. Berdiri dalam genre novel islamik. Yusuf dan Zulaikha dalam novel ini memang dibayangi kisah cinta Yusuf dan Zulaikha zaman dulu. Lebih separuh dari buku ini aku seperti membaca kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dalam versi modern, sehinggalah di hujung2 cerita terasa twist cerita sangat menarik hingga membuat aku menangis. KEsemua yang dibaca dari mula terasa berbaloi membacanya :)


Yusuf adalah jejaka kampung yang miskin dan sangat kacak. Kehadiran Zulaikha dan rakan2nya utk menyiapkan assignment universiti menarik perhatian seluruh penduduk kampung termasuk Yusuf dan sahabatnya, Umar. Umar segera berpendapat, Zulaikha itu adalah jodoh Yusuf kerana bukankah Zulaikha diciptakan utk seorg Yusuf?


Yusuf seorg yg pemalu namun kecantikan Zulaikha berjaya mencuri hatinya. Zulaikha takut dgn rasa hati yg sedang dialaminya. Dia begitu ingin menyertai rakan2nya berkunjung ke rumah Yusuf tetapi ditahannya sehinggalah rasa terkilan Yusuf disampaikan oleh rakan2nya kepada dirinya. Dia merasa terhina kerana Yusuf berprasangka dgn keengganannya berjumpa dgn Yusuf. Yusuf terkedu dgn pengakuan cinta dari Zulaikha tetapi Zulaikha terlalu sedih dgn tuduhan Yusuf lalu balik ke kota dgn membawa hati yg luka dan rindu yg sarat utk Yusuf.


Atikah, jiran Yusuf sangat menyintai Yusuf. Dia menyembunyikan perasaannya dan terus bersahabat dgn Yusuf. Pengakuan cinta dan surat-surat dari Zulaikha membuat cemburu Atikah membuak-buak. walaupun dirahsiakan perasaannya dari Yusuf tetapi hampir semua org di kampung itu tahu yg Atikah sangat cintakan Yusuf. Apabila mengetahui Yusuf tidak terang-terangan membalas cinta zulaikha, dia dan ibunya berusaha memikat hati Yusuf dgn bertandang ke rumah Yusuf hampir setiap hari sehingga menimbulkan fitnah. Malah Atikah dikuasai nafsu dan merayu Yusuf menyentuhnya. apabila Yusuf menolak, dia dan ibunya menyebarkan fitnah di kampung itu. Dengan restu bapanya, Yusuf membawa diri ke Kota demi meredakan fitnah yg melanda.




Rindu yg tak tertahan memaksa Zulaikha kembali ke kampung tetapi Yusuf sudah pergi ke Kota. Zulaikha nekad menanti di kampung malah Atikah dan ibunya yg kononnya sudah insaf memujuk Zulaikha tinggal dgn mereka. Mereka mempengaruhi Zulaikha supaya kerap bertemu Umar utk bersembang2 tentang Yusuf. Akhirnya Zulaikha tertarik dgn Umar. Cinta Zulaikha kpd Yusuf yg menjadi kekaguman akhirnya terasa dikhianati. Zulaikha yg dipuji-puji kemudiannya disindir-sindir.


Di Kota, Yusuf dilanda pelbagai dugaan. Dari menjadi pengilat kasut di pinggir masjid, dia menjadi muazzin dan penjaga masjid. Ilmu agamanya semakin dipandang tinggi dan ditakdirkan dia bertemu dgn bapa zulaikha yg amat tertarik dgn peribadi Yusuf tanpa mengetahui bahawa Yusuf itulah yg dicintai anaknya.


rindu yg sarat membuat bapa Yusuf ke kota utk menjejaki anak kesayangannya. tapi masa tu yusuf pulak balik kampung. aduih... asyik tersasar jer 'timing' diorang nih.


Aku rasa kampung tu sangat kecil kerana rasa macam apa saja yg berlaku di situ dari sekecil kecilnya hingga sebesar-besarnya diketahui oleh SEMUA orang.


Yusuf memang sangat kecewa kerana dia sudah bersedia utk menerima Zulaikha. Namun tanpa siapa-siapa pun ketahui, Umar ada rancangannya yang tersendiri. Tak kira berapa kali Yusuf dan zulaikha berubah, Umar tetap Umar. NASIB BAIKKKKKKK! hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah kerana cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu utk dikasihi Allah, tetapi hati saya dipenuhi kerinduan kpd Yusuf. Apakah saya sudah menjadi musyrik? Ustaz... tolonglah saya! Demi Allah, saya tiada kuasa utk memilih satu cinta dari kerinduan ini.


Rinntihan Zulaikha merobek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kpd Yusuf semakin mendalam. Inilah kitab cinta seorg wanita muslimah kpd Yusuf - seorg pemuda muslim yg diberkati wajah yg bercahaya. Mungkinkah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dgn jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yg harus dilalui oleh sepasang insan ini akan berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama menyalakan api kecemburuan, iri hati, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat menguji iman...


Inilah novel spiritual cinta dan imaan berlandaskan kisah Al-Quran yg telah dieksporasi ke dlm kehidupan, pengalaman dan perilaku umat kontemporeri. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dlm menjalankan ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis muslim terkemuka saat ini.

Review 313: Hati Bila Cinta by Lynn Allyna


Hati Bila Cinta
Penulis: Lynn Allyna
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
512 mukasurat
9789675067648

"Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang. Sehari tak pandang mulalah jadi gila bayang"

Fenn pernah berkahwin tetapi belum sempat menjadi seorg isteri, suaminya pergi menyahut panggilan Ilahi. Pengalaman itu menjadikannya seorg yg lebih suka menjauhi lelaki.

DZ pernah dikecewakan kekasih hati. Membuat dia agak sukar mempercayai wanita lagi. Pertemuan pertama dengan Fenn tidak mencetuskan sebarang bunyi antara mereka. Tetapi pertemuan2 berikutnya berdentum dentam dengan pergaduhan demi pergaduhan. Ada saja idea utk saling menyakitkan.

Pengalaman silam Fenn menimbulkan simpati ibu DZ dan dia berhajat menyatukan DZ dgn Fenn tetapi kedua2nya membantah. Peristiwa ibu Dz jatuh sakit membuatkan dia percaya hanya Fenn dapat menyenangkan hati ibunya. Dia cuba membuat perjanjian kontrak utk bertunang dgn Fenn tetapi ditolak mentah2. Lalu peristiwa eksiden dgn Fenn dijadikan modal utk mengugut Fenn lalu memaksa Fenn menjadi kekasihnya datingnya utk 90hari.

Perwatakan DZ berubah sepanjang 90hari itu membuatkan Fenn seram sejuk. Kehadiran Syaril, abg arwah suaminya yg sangat seiras dgn suaminya itu membuat DZ jadi cemburu. Hari2 keluar dating membuatkan mereka saling mengenali dan mula menyenangi perilaku sebenar mereka. Tanpa sedar Fenn sendiri merasa kecewa apabila hari ke 90 tiba.

Background Fenn sbg janda berhias yg dianggap membawa sial adalah sesuatu yg jarang2 kita baca dalam novel melayu, tetapi kisahnya dengan DZ dan dgn Syaril membuatkan cerita ini jadi kisah cinta yg biasa-biasa saja.

Memang ada 2 watak yang nama Sarah dlm citer ni ke? *garu pala

sinopsis/blurb/novelcinta@multiply

Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dgn kucing. boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali kali dia ditolak. Pelbagaicara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar menjadi rindu dan sayang.

Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yg paling dicintainya. tapi siapa yg mampu mengelak kehendak tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

"Cinta Iqram Dzulqarnain hanya utk Nur Fazreen"

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Review 312: ...dan cinta pun tersenyum by Nora Ismail



...dan cinta pun tersenyum.
Penulis Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa)
Editor : Norhayati Berahim
Terbitan NBKara
630 mukasurat
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
http://novelnbkara.blogspot.com/


Ervan
Indonesia

Surihani
Malaysia

"Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati..."


Lepas pegi majlis pelancaran baru lah aku perabis novel ni :) Nora menyatukan dua hati berlainan negara dalam kisah cinta menyentuh hati ni. Karya ini menggabungkan dua bahasa dalam satu naskah. Ianya sesuatu yg baru bagi aku. Tetapi Nora berjaya membuat kita berupaya mengasingkan lenggok bahasa melayu malaysia dgn lenggok bahasa melayu indonesia apabila membaca dialog watak berlainan negara dalam novel ini. Kedua-dua bahasa itu diintegrasikan dengan baik dan dibantu dgn maksud perkataan indonesia di penghujung setiap bab bagi memudahkan pemahaman pembaca malaysia.


Ervan adalah model metroseksual kaya raya dari Indonesia yg terpaksa tinggal di Pulau Besar, Johor atas perintah ibu dan ayahnya. Mak dia org Malaysia dan ayahnya orang Betawi. Resort Prima Sakti dibina dengan namanya yg gah. Ervan menurut tetapi pada masa yg sama dia cuba memberontak dari jauh. Sikap Ervan membuat ramai pekerja resort yg pelik dgn sikapnya. Dah la tak tahan panas, dengan nyamuk pun dia nak gaduh.


Surihani adalah gadis pulau yg berpendidikan luar negara. Bertahun di luar negara tidak pernah mengikis kemelayuan dalam dirinya. Setiap kali Ervan berbicara dlm bahasa Inggeris Amerika, Surihani akan sentiasa membalasnya dalam bahasa melayu. Tapi bila Ervan cakap melayu Indonesia, kerap juga Surihani salah faham sehingga percuma saja Ervan menerima tamparan wanita dari Surihani. Entah berapa kali lah Ervan tu merajuk, haha. Mau Surihani tak bara, nak jalan balik rumah pun Ervan guna payung! Aduih.


Separuh pertama cerita ini adalah dirancakkan dengan serangan balas membalas dialog antara Surihani dan Ervan. Dialog2 mereka menjadi penyeri cerita membuat kita tergelak-gelak dengan kerenah pasangan ini. Tragedi yg dicetuskan penulis di tengah-tengah cerita adalah cukup mengejutkan buat aku sbb memang tak sangka langsunglah tragedi sehebat itu datang menduga sedangkan mereka sedang membilang detik tibanya hari bahagia.


Watak Akhil yang sejak kecil dipandang tinggi oleh Surihani berubah menjadi watak negatif setelah pinangannya ditolak. Akhil tu memang bila cakap jer mesti ada ayat2 fitnah, ayat2 spekulasi dan ayat2 nak melaga-lagakan orang. Tak pernah nak bersangka baik. Memang sakit hati betul lah dgn Akhil tu. Penulis seperti menunjukkan perbezaan antara cinta yg menguasai akal dgn cinta yang dipandu akal melalui watak Akhil. Cinta antara manusia bukanlah yg paling utama dalam hidup kita. Cintai Allah dahulu, barulah menyintai orang lain.


Di awal cerita Ervan yg memburu cinta Surihani tetapi di akhir cerita, Surihani yang memburu cinta Ervan. Macam mana boleh jadi macam tu? hmm...


Tisu kena claim dgn Nora nih.


sure fine whatever
rinn





blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Ervan... ini matahari pagi, bagus sbg vitamin D yg penting utk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dgn cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah org yg berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Org yg paling tahan kena radiasi matahari adalah org yg berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih macam cicak! Manalah nak tahan dgn cahaya matahari!"


"What?" Ervan terpekik. "Kamu bilang aku seperti cecak?" Ervan merengus dgn mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatanya sbg mannequin, sekarang sbg cicak pula! Eeii...! Ervan bergidik geli.


"Iya... cicak... ck... ck... ck..." balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa mahu menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan melangkah.


"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! Cuek!" maki Ervan dgn bengang.
..............

Aku mau pulih dari kesengsaraan ini. Yang kubutuhkan saat ini hanya cinta Tuhan bukan cinta darimu. Kerna secinta-cintanya manusia kepada manusia, kan nggak boleh cintanya lebih dari cinta kpd Allah? - Ervan


It's about love and hate. Never give up on someone you can't go a day without thinking about. Love like you've never been hurt. - Surihani.

Review 311: Doa Terakhir by Fuad Hj Sam




Doa Terakhir
Penulis: Fuad Hj Sam
Novel Islamik Alaf 21
Editor: Norlizawati Yaakob
Cetakan 1 - 2011
RM17.00
Sabah/Sarawak: 20.00
423 mukasurat
http://www.alaf21.com.my
9789831246207


"Seuntai ucapan mampu mengubah erti kehidupan"


Kisah dalam novel ini lebih berbentuk collective dan tiada tumpuan fokus kepada satu2 watak sahaja. Penulis menceritakan beberapa kisah yg melanda kawasan kampung. Kebanyakannya ada kaitan dgn gangguan syaitan dan amalan khurafat yg menjadi kepercayaan penduduk kampung. Dari sekecil-kecil kes sehingga ke sebesar-besar kes, penduduk kampung gemar merujuk kepada bomoh walaupun di situ ada klinik kesihatan dan ustaz yang berpengalaman untuk membantu dalam hal-hal mistik, masalah kesihatan dan kekeluargaan.


Dendam, iri hati, keinginan yg membuak-buak juga membuat amalan ilmu hitam Nenek Besar menjadi keperluan demi melunaskan kehendak hati.


Penulis banyak berkongsi tip-tip amalan beserta bacaan yang elok diamalkan utk melindungi diri dengan nama Allah.


Antara kisah menarik di kampung itu adalah Tuan Musa dan isterinya yg jelita Norita. Walaupun sudah beristeri cantik, Tuan Musa sering mencari hiburan luar sehingga anak isteri terabai. Apabila Norita cuba mendapatkan bantuan Ustaz Kamal dan isterinya, Ustazah Fatimah, Tuan Musa mengamuk dan membelasah isteri sendiri membuatkan Norita terpaksa melarikan diri dan cuba mendapatkan penceraian melalui prosedur mahkamah. Kebencian membuak2 membuatkan Tuan Musa cuba menghantar 'tuju-tuju' kepada pasangan ustaz ustazah itu dgn bantuan nenek besar.


Pak Ali pulak terlalu gilakan cikgu muda di sekolah anaknya. Dia cuba guna-gunakan cikgu tu hingga cikgu tu termimpi-mimpikan orang tua yg kaki skodeng tu. Balasan yg menimpa Pak Ali mengaibkan diri dan keluarganya.


Samsudin dan Latifah sudah beberapa bulan mendirikan rumah tangga tetapi Latifah masih dara. Samsudin tu pernah bercinta dgn Maz. Aku ingat ka Maznah, tapi Mazlan rupanya. Setelah berkahwin, dia terputus hubungan dgn Maz lalu menjadikan budak sekolah sbg pemuas nafsunya. Dia mengumpan macam2 pada budak skolah tu yg sememangnya dah ada taste songsang. Latifah cuba mengembalikan suaminya ke jalan yg benar dgn bantuan Ustaz Kamal dan Ustazah Fatimah tetapi pertemuan semula dgn Maz membuat Samsudin kemaruk cinta nafsu lagi dan kali ini Maz menghadiahkannya dgn HIV.


Tuan Musa mati dalam sebuah kemalangan dalam keadaan yg sangat sangat mengaibkan. Menunjukkan balasan Allah tak semestinya di akhirat.


sure fine whatever
rinn




blurb/alongside@multiply/sinopsis belakang buku


Ustaz Kamal menghadapi dilema dalam menegakkan syiar Islam di kampungnya. Penduduk kampungnya lebih taksub dengan amalan khurafat dan mempercayai bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan laknatullah sbg pengantara. Malah ustaz Kamal dipukul dgn teruk oleh suami Norita, Tuan Musa hanya kerana mengajar Norita tentang agama.


Norita sendiri teruk disiksa oleh Tuan Musa. Cubaannya melarikan diri juga gagal. Dia dikurung dan tiada sesiapa yg dibenarkan berjumpa dengannya.


Norita hanya mampu menangis dan bermohon kepada ALLAH agar meringankan siksaan yg ditanggung. DOA TERAKHIR, merubah segala galanya.

Review 310: Juara Carta Cinta by Lynn Dayana



Juara Carta Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
494 mukasurat
9789831246320


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal


Kalau tengok kulit depan, kulit belakang, kita dah boleh teka siapa yg juaranya :) so, sedikit membunuh surprise cerita utk melihat penentuan juaranya.


Maya tu suka nyanyi lagu kanak2. sweet! tapi part dia nyanyi lagu injit2 semut tu buat aku terbayang2 muka 'hantu kak limah go back home'. huhu...


Kemunculan awal Haqiem dalam kisah ini cukup memikat, charming dan dia memang sangat pandai mengambil hati. Walau bagaimanapun, sikapnya terhadap Mimi yg over dan ngengada tu buat aku rasa Haqiem tu kelihatan seperti hero novel yg tipikal yang tak dapat menolak kehadiran wanita seperti Mimi dalam hidupnya. He let Mimi masuk control hidupnya/rumahnya at the same time he expect to tackle Maya's heart sedangkan semua tu berlaku depan mata Maya yg merupakan jiran sebelah rumahnya.


LD ada kelebihan menggarap watak antagonis yg cukup menjengkelkan. Memberi kita cukup rasa asam dan garam utk membenci watak2 seperti Mimi dan Nora. Malah Intan yg mulanya watak putih pun berjaya di twist menjadi watak agak antagonis yg menjengkelkan.


Maya Hanum adalah seorg novelis yg ada peminat2nya tersendiri. Dia membuka perniagaan cenderahati yg turut memasarkan novel2 tempatan. Maya ni kalau tengok taste dia, jenis suka lelaki hensem. Dari zaman sekolah, mudah saja dia tertarik dgn Reza yg hensem dan berkarisma. Semasa bertunang dgn Adnan, dia tidak dapat menolak rasa hatinya yg jatuh cinta kepada Haqiem. Maya bukanlah watak wanita sempurna yg sering kita jumpa dalam novel2. Dia adalah wanita biasa yg pernah tewas dgn perasaan. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Dia tidak pernah mahu meniup semula bara cinta lama.


Adnan memang totally out of list la utk dijadikan pilihan. Dia tu sudah jadi suami orang dan apabila tahu isterinya, Intan tidak dapat mengandung, dia segera mengalihkan perhatian kepada bekas tunangnya, Maya. Haqiem juga turut menyesal kerana melepaskan gadis sebaik Maya. Dia berpisah dgn Maya kerana Maya tunangan orang dan menganggap dirinya tertipu sepanjang percintaan mereka. Apabila semua terlerai dan mereka bertemu semula sbg jiran tetangga, Adnan dan Haqiem cuba mengejar semula cinta Maya.


Kehadiran Haiqal menambahkan lagi peserta dalam perlumbaan itu. Kehadiran Haiqal menyebabkan kelebihan 'charming' Haqiem menjadi malap. Wataknya yg cute dan misteri menjadikan kita juga seperti Maya yang tertanya-tanya, siapa dia. Rasanya memang susah nak teka kerjaya Haiqal. Ada ke sesiapa yg dpt meneka dgn tepat? Saat kita mula merasakan manisnya cinta Maya-Haiqal, kilat datang menyambar. Ni bukan metafora, betul2 punya kilat sudah sambar itu heroin lah. Nasib baik la tak mati atau jadi hitam. Rentak cerita menambah debaran cinta bercampur debaran set2 seram tak seram sbb Maya tiba2 bleh nampak bayangan org yg mati tersiksa dlm keadaan yg kejam. ishhh Lynn Dayana, ko memang kejam. huhu...


Dalam Jika Benar Cinta, LD banyak menggaul unsur komedi dalam penyampaiannya dan aku sangat suka. Hak Cinta Terpelihara menonjolkan kelebihan LD mengendalikan banyak watak dalam ceritanya. TArikh Luput cinta dan Cinta Edisi Terhad menyerlahkan kelebihannya dalam mengalunkan kisah cinta-thriller. dan kehadiran Juara Carta Cinta menunjukkan bagaimana LD menggabungkan cinta-komedi-thriller sbg satu kisah yg sangat menarik :) Tahniah atas kelahiran novel ke5 ni. Lahirlah seorang lagi penulis prolifik Alaf 21. Semoga terus aktif berkarya.


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Mari Raikan Cinta!" - Haqiem
"Kembali sayangi aku" - Adnan


Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yg disiram air panas. sampai kiamat pasti tidak subur! Ada karipap yg berintikan julap, maka penatlah berulang-alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sadwic yg dihimpit rapat oleh roti panas.


Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yg tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya utk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.


Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih utk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?


Kehadiran lelaki yg tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dgn teori.


Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yg sering singgah di dalam hati?

Review 309: Mandatori by Ramlee Awang Murshid



Mandatori
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf & Sa'adiah Mohamad
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831240397
Cetakan Pertama 2000
Cetakan Ketujuh 2010


"Case Closed"


Cerita ini tidak semudah ABC, tetapi Amran, Bogart dan Carlos (ABC) menjadi penggerak rentak misteri thriller kisah ini. Setiap bab menaburkan kepingan2 jigsaw puzzle yg memberi klu-klu kepada pembaca. Setiap klu membuat kita memikir arah cerita ini. Di awal cerita yg kerap menginjak time frame dari past-present-future membuat pembacaan aku jadi berhati-hati kerana aku tak mahu keliru. Nyata garapan RAM sangat kemas menarik.


Mulanya aku sangka aku akan jadi pening sepertimana aku pening semasa membaca Rahsia Perindu yg sangat berbelit kisah dan character nya. Mandatori nyata berbeza. Walaupun melayarkan kisah konflik jiwa, ianya kemas dan mencemaskan. Walaupun tidak susah utk kita meneka di mana letaknya Norman dalam ABC, tetapi cara RAM menyingkap kisah hidup Norman membuat ianya kelihatan menarik utk diikuti.


Cerita bermula dgn matinya seorg lelaki yg tidak bersalah di tali gantung. Beberapa tahun kemudian, lelaki2 yg menjatuhkan hukum kepada Tassan mati terbunuh secara misteri. Amran adalah anak Tassan yg dibuang sekolah kerana terlibat dlm pergaduhan di sekolahnya kerana rakan2 yg lancang mengata dirinya sbg anak pengedar dadah. Kesabaran ada hadnya tetapi natijah yg diterimanya amat mengecewakan ibunya. Demi membantu keluarga, Amran ke laut mencari rezeki. Tetapi jejak pertamanya ke laut membawanya karam dalam dunia kecelaruan personaliti. Dalam dunia itu dia mengenal dendam, dia menjadi jaguh, dia menjadi penyayang, dia menjadi penegak keadilan yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori di muncung pistolnya.

Kelvin, Juliana dan June yg pernah menghina Amran berjaya dalam kerjaya masing2. Sekali sekala kenangan kenakalan mereka dulu membuat mereka menyesal. Adakah penyesalan mereka boleh menerima pengampunan di mahkamah yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori? Jika perlu memilih antara menyulam cinta atau melunaskan dendam, mana yg kita akan pilih?


Sangat banyak watak dlm kisah ini tetapi setiap satunya ada impact tersendiri. Bagi yg kurang gemar dgn watak yg banyak, mungkin akan sedikit pening :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/novelcinta/sinopsis belakang buku:


Bermula dengan hukuman di tali gantung yg dikenakan ke atas seorg pemandu, Carlos menyimpan dendam menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorg demi seorg yg menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yg dicipta Carlos sendiri. Dialah pendakwaraya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yg diadilinya pasti akan menerima hukuman dgn sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Review 308: Perlumbaan Kedua by Marwilis Haji Yusof


Perlumbaan Kedua
Penulis: Marwilis Haji Yusof
Cetakan Pertama 1992
Terbitan Marwilis Publisher & Distributor Sdn Bhd
RM5.50
180 mukasurat
9789836230386
Diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


Novel Satira karya Marwilis Haji Yusuf ni aku baca yang versi pelajar yg pernah menjadi bacaan wajib utk student tingkatan 4. Suatu masa dahulu aku penah baca Novel ni, adik aku punya. Tapi baru2 ni baru teringat nak baca semula novel ni and tanya sana, tanya sini, last2 aku dihadiahkan buku ini oleh sahabat rapat adik aku. Thankssssssssss Farah *sengih*


Other than 'Perlumbaan Kedua', aku penah baca 'Bila Lagi Kompang Berbunyi' masa zaman2 sekolah dulu. Aku pun dah lupa cerita dia mcm mana tapi yg aku ingat, citer tu best. haha boleh mcm tu? Then aku penah gak baca 'Daun Kering Di Hujung Ranting' citer ni bukan taste aku. Cerita dia mcm mana pun aku rasa mcm tau tapi sebenarnya tak tau. Terrrrlupa.


Perlumbaan Kedua bukan cerita tipikal yg kita baca, tak kiralah di zaman tadika dan sekolah rendah ataupun di zaman sekolah menengah dan alam dewasa. Pernah dengar perlumbaan epik antara arnab dan kura-kura? Haa ni adalah sambungan kisah itu. (btw ni bukan cerita dalam nada cerita kanak-kanak, ia adalah cerita dlm nada yg dewasa)


Aku suka! Aku suka!


Setelah hampir 200 tahun berlalu, Sang Kancil did it again. Dia berjaya 'mencucuk' arnab supaya mengajak kura-kura berlumba buat kali kedua bagi menebus maruah datuk nenek moyang arnab yg malunya masih belum hilang gara-gara kekalahan dalam perlumbaan yg sangat terkenal itu.


Kelancangan sang Kancil telah menyebabkan arnab mahu perlumbaan kedua diadakan dgn syarat ianya akan menjadi perlumbaan terakhir, tiada lagi perlumbaan ketiga sehingga kiamat. Perlumbaan itu juga mesti diadakan di darat dan mestilah disaksikan oleh kesemua penghuni rimba. Tak kira teknik berlumba bagaimana yg nak digunakan, asalkan mereka berlumba. Dan sekiranya sang kura-kura menolak utk berlumba, kura-kura mestilah mengisytiharkan dirinya kalah. Sekiranya sang kancil gagal melaksanakan perlumbaan itu, arnab mencabar kancil utk berlumba dgnnya.


Dengan bantuan sang murai, sekelip mata saja berita perlumbaan sensasi itu tersebar ke segala pelusuk rimba.


Sang Kancil sendiri menemui Tok Kura dan cucu2nya utk menyampaikan cabaran sang arnab. Dari detik cabaran itu disahut, Tok Kura sudah mempunyai strategi utk mempertahankan kejuaraan.


Selepas kawasan nak racing dipersetujui, geng2 sang arnab dan geng2 tok kura sibuk menjalani latihan intensif utk memilih siapakah wakil terbaik utk berlumba buat kali kedua.


Pelbagai strategi digunakan sang arnab dan tok kura utk melaksanakan misi mereka. Sang Arnab pakai spy, si tedung yg dahagakan upah telur ayam fresh setiap hari. Tok Kura lebih kepada cuba menerapkan ilmu kepada golongan kura-kura muda yg dilatihnya tetapi golongan muda ini terlalu dimanjakan sehingga mak bapak sendiri pun marah2 tengok anak mereka diberi latihan yg dikatakan tidak ada kena mengena dgn perlumbaan itu. Memang nangis la kalau baca kisah tok kura masa tu. Nangis aku masa Tok kura menangis hiba sambil berkata "Susu dibalas dengan tuba, susu dibalas dengan tuba." Rasa kecewa yg tebal menyebabkan Tok Kura membuat keputusan utk berlumba sendiri dgn arnab. Memang semua terlopong dgn kebijaksanaan Tok Kura yg sudah hampir berusia 200 tahun itu. Tok Kura yg dihina berbagai spesis kura2 tu lah akhirnya menjadi hero mempertahankan maruah keturunan mereka. Anak2 mengadu sikit dah nak mengamuk. So lahirlah golongan2 manja yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh ditunjuk ajar.


Walaupun membaca kisah binatang, pengajarannya besar kepada manusia yg membacanya. Yang tua byk ilmunya, hasil didikan golongan orang lama jauh lebih baik berbanding didikan orang2 kemudian dari mereka.


antara watak-watak menarik dalam novel ini.


Sang Gajah - mudah bersimpati dan adil dlm membuat keputusan.


Sang tedung - sanggup berkhidmat dgn upah yg setimpal
-jadi spy kpd arnab


Tok kura - pergerakan slow tapi akal panjang

sang murai - tak boleh simpan rahsia
- penyampai berita
- hebohkan diri teruk2 buat kerja
- menunjuk nunjuk kebaikan diri.


Sang Kancil - kaki ampu
-penuh muslihat
- melaga-lagakan / mengadu domba


Arnab - suka dipuji
-pantang dicabar
-upah pengintip


sure fine whatever
rinn

-
blurb:


MARWILIS HAJI YUSOF dilahirkan pada 5 Jun 1944 di Ulu Bernam Selangor. Mendapat didikan di Sekolah Melayu Setapak, Sekolah Rendah China Lee Rubber dan kemudiannya meneruskan pembelajaran di Chong Hwa High School Jalan Gombak sehingga lulus Senior Middle Three, M.C.E dan S.T.P


Pada akhir tahun 1973, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Dato' Harun Idris yang ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor. Dan pada tahun 1977, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Yang Amat Berhormat Dato' Musa Hitam.


Pada tahun 1982, beliau telah bertanding dalam pilihan raya di kawasan Semenyih dan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor sehingga tahun 1986.


Beliau telah menghasilkan 10 buah buku di antaranya: Izin Dalam Paksa, Dato' Harun ke Mahkamah, Bukan Kail Kita Yang Dinantikannya, Terbuang Tapi Terbilang, Buai Diayun Anak Dicubit, Bila Rindu Berputik, Bila Lagi Kompang Berbunyi dan novel Perlumbaan Kedua adalah kesepuluh berbentuk satira.

Review 307: Andai Semalam Kumiliki by Norhayati Berahim



Ni masa zaman2 nak kumpul baca semua novel norhayati berahim. sampai skarang ni tak terbaca semua lagi. adus...
--------------------------------------------

Terbitan NB Kara
Andai Semalam Kumiliki
Penulis: Norhayati Berahim


akhirnya! habih jugak baca buku ni, dan memang tk mengecewakan. tak
ada penceritaan aksi2 jiwang watak utama seperti yg selalu kita baca
buku NB tapi itu tidak langsung mencacatkan cerita ni. NB bijak
mengatur cerita dan bahagian akhir kisah ni memang la sedih giler..
boleh merambu rambu air mata dibuatnya.


mengisahkan wardah anak nelayan yang merantau ke turki yg
menjanjikan kerja bergaji lumayan. dia mengikut kawan baiknya
dezzya dan bekerja dgn bapa dezzya. pertemuan dgn zafri yg sedang
melawat turki membuatkan wardah dan zafri saling berhubungan melalui
internet. zafri minta wardah menunggunya dan berjanji akan
memperisterikan wardah. tapi kemunculan zainab yg sakit tenat
meminta zafri memperisterikannya demi menjaga hartanya dari
disalahguna oleh bapanya yang memikirkan duniawi membuat zafri
terpaksa membuat keputusan tanpa pengetahuan wardah.


*sighs* baca la..

Review 306: Setulus Cinta by Norhayati Berahim


ni pun merupakan review lama jugak :)
nampak sangat tak cukup ayat utk menceritakan pendapat mengenai cerita yg dibaca.
hehe, ni kira komen review sendiri nih :)
------

Terbitan NB Kara
Setulus Cinta by Norhayati Berahim
RM20.90
Sabah /Sarawak RM23.90

"Hatinya sejernih air, namun cintanya tetap dinodai"


Tak sangka dpt baca byk gak buku norhayati Berahim kebelakangan ni..
thanks kpd yg sudi menyumbangkan. kisah kekeluargaan yg ada
misterinya.. sorang bapa yang disyakki mati di luar negara.. seorang
isteri yang setia menunggu, seorang pecinta yang setia meneman. yg ni
part drama.


ada jugak cinta orang muda yg dipaparkan utk menjadikan bacaan lebih
menarik, kisah cinta Raudah dan Akhbar. ntah kenapa kadang2 penulis
macam keliru nama Raudah dan Wardah, sedangkan watak wardah tak ujud
dalam cerita ini. tapi kisah mereka tetap menarik, chatting antara
Bunga dan Mawar juga menarik. kena baca kali kedua utk nak bagi
perasan Bunga tu sebenarnya adalah...


seperti biasa, cerita2 by norhayati berahim mesti dijadikan koleksi!


sure fine whatever

Review 305: Nota Cinta Buatmu by Norhayati Berahim


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Nota Cinta Buatmu by Norhayati Berahim
RM 17.00
432 muka surat


ni review aku buat kira2 5 tahun yang lalu semasa kali pertama membaca novel Nota Cinta Buatmu by Norhayati Berahim. nak tergelak jer baca review macam ntah hapa-hapa. haha.

-------------

"Ketuklah pintu hatiku, aku sedia membukanya"


Awal bulan ni (Disember 2006) dah abih baca buku ni, rasanya amik masa sehari saja. Recommended by yam. thanks a lot. an interesting read. Kisah Ana yg berkahwin dengan Dhirran. seorang isteri yg baik tapi suaminya kawin lain, dgn Nora. Dhirran dan nora ni pakar menyakitkan hati orang. i'm glad Ana tinggalkan Dhirran. kehadiran Graham dalam citer ni memang memBEST kan lagi citer ni. great ending.


Watak Ana ni la yg i samakan dgn watak widad dalan Hati yang luka.. Watak Dhirran nak sama pulak dengan watak Raof. tapi dua2 citer best. Will read more of buku Norhayati Berahim.


dua2 ni dalam my A list.


sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.


Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.


Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!


Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.


Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!

Review 304: Cubit Kanan Cubit Kiri by Marwati Wahab


Cubit Kanan Cubit Kiri
Penulis: Marwati Wahab (a.k.a Aleya Aneesa)
FP Junior
Terbitan Fajar Pakeer
Editor: Haronizan Mohd Idris
RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90
128 mukasurat
Cetakan pertama 2010


"Boleh ke kalau mereka tak bergaduh dalam satu hari?"


FP Junior ni kisah2 zaman persekolahan. Sekolah Menengah. Marwati Wahab menceritakan kisah dua beradik yg memang bergaduh saja kerjanya, Nurul Husna dan Nurul Hannah. Ada saja sengketa yg mekar antara mereka. Namun cerita ini menunjukkan bahawa persaudaraan itu bagai air, kalau dicincang memang tak akan putus.


Walaupun sering berbalah, jauh di sudut hati, ada rasa sayang yg disimpan kejap buat saudara kandung.


Memang terharu mengenangkan Hannah yg cepat saja panas fius tu sanggup mempertahankan kakaknya, Husna yg difitnah rakan2 sehingga sanggup kehilangan sahabat baiknya yg turut mengata-ngata kakak yg sering menjadi lawan bergaduhnya itu. Hannah berjaya mengembalikan nama baik Husna dan persaudaraan mereka menjadi mesra selepas itu. Tak sangka pulak si Shamsul yg kena lesing dgn getah pemadam Hannah tu sudi membantu :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb/alongside @ multiply


"Sakitlah!" rrengus Nurul Hannah geram.
"Tahu pun kau sakit. Yang kau buat aku tadi tu boleh pula ya?"
"Tapi aku tak sakitkan kau, kan?"
"Nasib kaulah!"


Nurul Hannah dan Nurul Husna, sejak bila mereka berdua mula saling bercakar sesama sendiri, tidak ada yg pasti. Tapi selain daripada sering bergaduh, tidak ada kenangan lain yg ada dlm simpanan memori masing2. Antara mereka, tidak tahu siapa anjing, siapa pula kucing.


Kata ayah dan ibu, adik dan kakak itu, ikut mana pun sama. Itu bererti antara Nurul Hannah dan Nurul Husna, tidak ada beza. Tapi bagi Nurul Hannah, dia dan Nurul Husna ibara dicubit paha kanan, paha kiri terasa. Tapi soalnya, apa yg telah terjadi? Siapa yg mengusik Nurul Husna? Kalau mahu tahu, jawapannya ada dalam Cubit Kanan Cubit Kiri.

Review 303: Harga Sebuah Cinta by Hani Fazuha


Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Editor: Ruzita Awaludin
RM18.00
sbh /sarawak Rm21.00
451 mukasurat


"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"


Kalau nama Zhafir tidak disebut di awal cerita, mgkin watak itu tidak diberi perhatian sangat dari awal cerita. Fea gadis biasa tetapi menarik. Dia telah menarik hati Arman tetapi cinta mereka ditentang ibu Arman sehingga Fea dan ibunya yg bekerja sbg pembantu rumah dihalau keluar dari rumah Arman.


Persahabatan dgn Zura menemukan Fea dgn umi, Ikmal dan Zhafir. Ikmal tidak menyembunyikan rasa sukanya kpd Fea tetapi itu tidak disenangi bapa Zura kerana Ikmal sudah bersetuju utk menerima Nisha dan menggabungkan dua syarikat besar dalam urusniaga mereka. Zhafir juga sering meluahkan pendapatnya tentang kecantikan Fea yg sekali sekala terserlah membuatkan Fea sudah kurang senang berada di rumah Zura. Dunia pekerjaan menemukan dia semula dgn Arman yg masih menyintainya. Zura kelihatan akrab dgn Arman dan Zhafir sentiasa mengingatkan dia Arman lebih layak dgn Zura. Aku setuju dgn tindakan Fea tidak memilih Arman kerana mak Arman tu memang tak suka langsung kat dia. Tapi Fea tak dapat menolak perasaan cintanya yg masih mekar buat Arman.


Zhafir dijadikan jalan keluar utknya. Dia mengahwini Zhafir utk membuka mata Ikhmal menerima Nisha dan mahu Arman menerima Zura sbg ganti. Fea meletakkan berberapa syarat kepada Zhafir tetapi Zhafir menerimanya seadanya tanpa sebarang syarat. Fea takut dgn perasaannya sendiri yg semakin melepaskan Arman dari kenangan kerana Zhafir adalah seorg suami yg sangat penyayang dan bertimbang rasa.


Keyakinan Zhafir pada Fea teruji dgn hubungan kerja antara Arman dan Fea. Dia tak dapat menolak rasa cemburu yg melanda. Cinta yg mula berputik dilanda ujian yg menguji cinta mereka. Masa ni la Jesica pulak muncul kembali membuat Fea pulak dilanda cemburu dan syak wasangka.


Kisah Fea dalam membuat pilihan pasangan hidupnya memang menjadi teka teki menarik utk kita ikuti. Zhafir memang seorg yg caring dan tidak terlalu menonjol diri ketika Arman dan Ikmal sibuk mempromote kan diri pada Fea. Dalam keadaan low profile tu dia sempat juga memunculkan diri sbg penyelamat dan pelindung Fea. Kisah yg menarik tetapi penceritaan yg agak detail tentang perlakuan Fea-Zhafir aku rasakan tidak perlu. Tak sangka Zura seorg yg sangat bertimbang rasa dan berfikiran positif. Penerimaan positif Zura terhadap pengakuan Arman yg cintakan Fea membuat Zura terharu dgn pengorbanan Fea utknya.


Walaupun kisah ini lebih simple berbanding Bebunga Kasih, tapi aku lebih suka citer ni yg terasa lebih kemas walaupun mcm jalan ceritanya sangat control ayu :) Sapa penah tengok citer Betty La Fea? 'Fea' tu maksud dia ugly.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside@multiply/ sinopsis


Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dgn titis air mata?


Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yg menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.


Perkenalan Fea dgn Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yg menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.


Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yg telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat utk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir2 dia terhenyak duduk tidak berdaya.


Dlm kekalutan, Zhafir tiba2 menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafirr, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata utk mendptkan haknya sbg suami?


Ada apa pada gadis biasa sptnya sehingga byk hati yg harus terluka?

Review 302: Cinta Dari Istana by Adah Hamidah



Cinta Dari Istana
Penulis: Adah Hamidah
Editor: Sari Ermawati Masrul/Nurul Ilha Abdul Aris
RM23.90
sabah/sarawak: RM26.90
Terbitan Fajar Pakeer
632 mukasurat
9789673650446

"Semegah hikayat cinta dunia, sehebat itulah cinta beta buat dirinya, seorg putera raja rakyat biasa!"

puteri mahkota nur shaafiah dari sri alamar
kisah seorg puteri mahkota yg melarikan diri dari sri alamar kerana tak mahu ditabalkan sbg pemerintah sri alamar. dia merasakan putera Indera lebih layak memegang tampuk pemerintahan. Dengan bantuan dato andika, tuan puteri berjaya melarikan diri ke Malaysia. kelucuan timbul bila ada sedikit berbezaan lenggok bahasa antara sri alamar dgn malaysia. Kedua2nya masih berbahasa melayu tetapi gaya pertuturan puteri shaafiah agak berbeza dan kedengaran lebih klasik.

Ketika mencari alamat rumah yg dititipkan dato andika, Puteri Shaafiah bertemu dgn Ra'if Arjuna, seorg bapa tunggal yg memang sedang menunggu kedatangan pembantu baru utk mengasuh anaknya, Puteri Darwisyah. Utk memastikan dirinya tidak dihantar balik ke sri alamar, puteri shaafiah menggunakan nama Piya dan mula bekerja dgn Ra'if Arjuna. Piya yg sudah biasa dgn segala dayang dan inang2 memang kelihatan sgt kekok dgn kerja2 dapur, sampai Ra'if siap buat kuiz 'mari mengenal barang elektrik' dgn Piya.

Kejadian piya mengangkat cerek panas yg sedang menjerit membuatkan Ra'if nekad memecat Piya tetapi ibu Ra'if menentang kerana dia dapat mengesan perubahan Raif setelah Piya muncul dlm keluarga kecil itu. Dia sanggup mengajar Piya membuat kerja2 rumah.


Ra'if Arjuna yg cuba mempertahankan perasaan cinta terhadap arwah isteri akhirnya terpaksa mengakui cintanya kerana sering dilanda cemburu apabila melihat Piya berbual mesra dgn lelaki lain.


Pertemuan dgn Ad menyingkap rahsia keluarga bahawa Piya sudah lama ditunangkan dgn Aduka. Rahsia Piya sbg Puteri Mahkota dan tunangan org membuat Ra'if berjauh hati. Piya dibawa pulang ke istana.


Kedukaan Piya di istana menerima simpati Aduka dan merelakan Piya mengejar semula cinta Raif Arjuna. Piya nekad utk menghantar rombongan meminang dari istana utk menyunting Ra'if Arjuna sbg suami dgn restu keluarganya. Tak ada pulak scene meminang. Rasanya scene tuboleh jadi highlight yg menarik dlm cerita ini :)


Nampaknya bukan kerja mudah utk Piya memikat semula Ra'if Arjuna.

Sri Alamar ni taktau la negara kecik ke besar sampai puteri mahkota diorang yg baru berusia 21thn buleh menyusup keluar dari negara tu dengan mudah. Mungkin juga dia mendpt bantuan terbaek dari orang dato andika. Suasana istana dgn dayang2 inang bagai tu memang menimbulkan aura cerita anak2 raja tapi rasa mcm Piya sudah biasa bercampur dgn rakyat biasa kerana bila dia di rumah Ra'if Arjuna, dia lebih kepada ciri2 anak org kaya, bukannya anak raja. Bonda dia pun mulanya tak nak putera Indera naik takhta sebab dia bukan 100% berdarah raja, ibu putera Indera adalah rakyat biasa, tapi sebaliknya Puteri Piya adalah anak raja pure, sbb tulah dia nak piya yg naik takhta. Lepas Piya kembali, nampak seperti dia tak banyak membantah bila Piya nak gak kat Ra'if Arjuna. Mungkin sbb dia takut Piya lari lagi kot.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/alongside@multiply/blurb


Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?


Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorg rakyat biasa.


"Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yg awak ni terlalu muda utk jadi pengasuh kepada seorg budak perempuan?" Ra'if Arjuna mengasak soalan.


Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yg terpaksa direncanaka oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi indentiti diri. Menjadi seorg pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi org gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yg dicipta tuan rumah, Ra'if Arjuna, duda beranak satu itu.


Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kpd rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yg kian bersemi. Misi menawan hati Ra'if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara, membuatkan sang puteri terus terusan mencuba mentafsir hati rakyat yg kerasnya mengalahkan tembok2 istana.


Apakah penyudahnya? Haruskan sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yg mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!


Memangkah mimpi menghitung gembira... Detik itu cinta maknanya!

Review 301: Hanya Kau Kusayangi by Cahaya Izzati


Hanya Kau Kusayangi
Penulis: Cahaya Izzati
Editor Norsuraya Desa
Cetakan Pertama 2010
Terbitan Buku Prima
9789675489860
RM19.90
sabah/sarawak RM22.90
534 mukasurat


"Hadirlah kasih di pandanganku agar terusir rindu yg bermukim di hati ini"


Cerita mempunyai flow cerita yg menaik. Dari bawah ke puncak cerita, kita dibawa menghayati kisah Anis Madiha. Penceritaan yg sederhana menjadi cerita ini tidak terasa heavy walaupun ada scene2 berat. Rasanya jenis buku yg pembaca tak kisah utk baca berulang kali. Bila dah mula baca memang rasa tak sabar nak habiskan :) Watak Tengku alya Nadia pada mulanya kelihatan jahat dan kemudian baik mungkin pada mulanya kelihatan janggal tapi perubahannya tu bukan saja memperdayakan Tengku Aidil Ezzary dan Anis Madiha, malah kita sebagai pembaca pun berasa terpedaya juga dengan sikap sebenar Tengku Alya Nadia.


Anis Madiha adalah anak yatim yg kehilangan ibu bapa pada usia muda. Pengalaman dibesarkan oleh abang menjadikan dia amat rapat dgn satu2nya saudara kandungnya itu. Pemergian abg dan kakak iparnya memaksa dia menggalas tanggungjawab besar. Kehadiran Aiman menyembuhkan luka hatinya. Tetapi Aiman juga menjadi punca dia tidak berteman kerana lelaki2 yg berminat dgnnya tak sangka gadis semuda Anis Madiha mempunyai anak. Apabila Tengku Aidil Ezzary menunjukkan minat terhadap dirinya, lelaki itu diperkenalkan kepada Aiman, anaknya tersayang. Aidil memang terkejut tetapi dia tidak dapat menolak perasaannya kepada Anis, lalu Aiman dijadikan jambatan utk memikat Anis. Aidil jatuh kasih pada Aiman dan Anis malah ibu dan bapanya juga amat menyenangi Anis dan Aiman.


Aidil yg semakin kerap bersama Anis dan Aiman membuatkan Tengku Alya Nadia dilanda cemburu. Cintanya yg ditolak oleh abg Aidil, Tengku Amir Husaini membuat cintanya beralih kepada Aidil. Tetapi Aidil juga tidak menyambut cintanya, sebaliknya berminat kepada seorg gadis kolot beranak satu. Dia tak dapat menerima hakikat bahawa dia kalah dgn gadis yg begitu. Sbg seorg model, dia berjaya menimbulkan kontroversi antara dirinya dgn Aidil malah turut menyeret Anis ke dalam isu yg sama sehngga Anis digelar janda perampas. Kontroversi yg melanda turut menyukarkan Anis utk memenangi kes hak penjagaan ke atas Aiman kerana dia telah diarahkan berenti kerja kerana kredibiliti syarikat terjejas apabila Anis merupakan antara peneraju utama dlm syarikat berkenaan. Pengorbanan Anis terlalu banyak dan mahkamah sendiri tidak dapat menolak hak Anis ke atas Aiman tetapi dengan syarat, dia mesti berkahwin dlam tempoh 4 bulan utk membuktikan dakwaan peguambelanya yg Anis akan berkahwin dalam tempoh 4 bulan tu bukan penipuan utk memenangi kes ini. Terpaksala Anis cari Aidil utk dilamar ;)


Bukan mudah menjadi bakal isteri Aidil walaupun keluarga Aidil tidak kisah, tetapi Aidil dikelilingi mereka yg mementingkan status. Dpt kah Anis bertahan dalam kelompok itu? Ada usaha belakang tabir yg cuba memusnahkan Anis dan Aiman. Tengku Sofea yg angkuh pun turut berubah menjadi baik setelah betul2 mengenali peribadi Anis yg tidak mementingkan diri sendiri. Kejadian Anis dan Airil (adik Aidil) ditangkap berkhalwat betul2 menguji kepercayaan Aidil terhadap dua org yg paling disayanginya. eh, byk lagi yg menarik utk dibaca dlm kisah ni, tak larat pulak nak taip semua ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/alongside@multiply/blurb


Anis Madiha merupakan seorg pereka laman berusia 24thn. Tapi dia mempunyai seorg anak lelaki, Aiman yg berusia 6 thn. Aiman adalah kebahagiaan buat dirinya. Segala-gala yg dilakukan adalah utk kepentingan Aiman. Namun, anak yg kian membesar itu memerlukan kasih syg seorg ayah. Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan kepada Aiman. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah. Tengku Aidil Ezzary pula sayangkan anak kecil itu seperti dia sayangkan Anis Madiha. Namun, Anis Madiha masih teragak-agak utk menerima Tengku Aidil Ezzary. Takut sekiranya lelaki itu hanya bermain kata di bibir sahaja. Apakah kuat kekuatan cinta Tengku Aidil Ezzary pada Anis Madiha?


"Taklah. Saya sygkan Aiman sebab dia adalah dia. Mungkin sebab usia saya yg makin meningkat buatkan saya faham kasih seorg ayah. Kalau saya jumpa awak lima tahun lepas, mungkin saya tak dapat nak terima kenyataan yg awak ada anak. Tapi saya bersyukur sebab jumpa awak selepas saya makin matang. Saya harap pertemuan kita tak terlewat." ~ Tengku Aidil Ezzary.


"Tapi... umpama kalung yg indah ini akan dipakai oleh patung tanah liat. Takut nanti kalau tanah liat itu mengotorkan pula kalung ni." ~ Anis Madiha


"Kenapa mama menangis? Mama sakit? Mama rindukan ayah ya? Janganlah sedih. Kan Aiman ada kat sini." ~ Aiman Adli


"Tu cuma you saja yg fikir mcm tu. Bukannya I. Bagi I, cinta tu mesti memiliki. Kalau I tak boleh memiliki org tu, tak ada sesiapa pun yg boleh miliki dia. Tu prinsip I." ~ Tengku Alya Nadia

------------
Cetusan idea utk menulis "Hanya Kau Kusayangi ini telah lama bermain di fikiran. Alhamdulillah... akhirnya impian saya tertunai jua. Watak utama cerita ini iaitu Anis Madiha... sengaja saya bentukkan perwatakannya menjadi seorg wanita yg tabah yg tak mudah menurut kata hati. Cinta yg hadir dianggapnya permainan perasaan. Konflik yg terselit dalam cerita ini tidak begitu berat. Jadi ianya sesuai dijadikan bahan bacaan ringan di waktu lapang. ~Cahaya Izzati~

Wednesday, February 23, 2011

Review 300: Seikat Kembang Merah by Imaen



Seikat Kembang Merah
Penulis: Imaen
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
cetakan pertama jun 2010
RM20.00
sabah/sarawak: RM23.00
9789675118418
495 mukasurat


"Cinta itu resah gelisah bercampur rindu kelesah dan renyah bercampur mahu"


Tetiba jer aku rasa mcm ada persefahaman yg ketara antara Imaen dan Bahrudin Bekri sejak buku pertama diorang ni. Buku Imaen aku baca semua tapi buku che Din, tak terkejar aku nak baca semua. Produktif sungguh! Tapi aku akan cari masa dan buku2 tu utk dibaca insyallah :) Penulis2 ini menyampaikan kisah cinta thriller yang terselit mesej2 teguran dan kadang2 terasa sinis mematuk hidung walaupun kita tersenyum atau tergelak. Gaya Imaen lebih serius (walaupun ada komedi) berbanding Che Din yang menceritakan kisah2nya dalam irama komedi sepenuhnya. Apa2pun karya kedua-dua penulis ini sentiasa membuat otak kita berfikir. Bukan cerita kosong semata-mata.


Imaen bercerita tentang Gary dalam kisah ini. Seorg jejaka yg memilih jalan hidup yg kelabu, gelap utk menyara hidupnya. Pekerjaannya telah membuat dia tersingkir dari keluarga. Di kelab malam dia bertemu Nina yg jatuh cinta padanya. Bagi Nina, Gary adalah sebutir permata dalam kumbahan. Lelaki yg cocok utk dirinya. Macam susah pulak nak percaya, seorg lelaki yg minum2 sampai mabuk2 langsung tak pernah terlanjur dgn Nina yg memang gilakannya. Tapi Nina tu memang pura2 jual mahal kerana mahu Gary menganggapnya seorg yg menjaga maruah diri.


Gary jatuh cinta pandang pertama pd Tahani, gadis bertudung labuh yang manis. Gary tahu serta merta, itulah bakal isterinya. Macam2 cara dia cuba ngorat Tahani tpi tak berjaya. Dia siap jumpa bomoh utk tundukkan Tahani tapi sebaliknya yg berlaku, dia yg bertambah2 gilakan Tahani. Dgn bantuan rakan2 penjenayah dia merancang satu rompakan di farmasi tempat Tahani bekerja dan berlagak hero menyelamatkan maruah Tahani. Rancangan itu menjadi kerana Tahani sudah mahu berbaik2 dan bersembang2 dgnnya. Gary jugak merapati ayah Tahani, sorang ustaz.


Gary cuba meninggalkan dunia penyeludupan tetapi mendpt halangan. Ketika Tahani sudah membuka hatinya buat Gary, Nina muncul membuka cerita gelap Gary kepada Tahani. Gary terus kena reject 100%. Dendam telah membuat Tahani menjadi mangsa lagi tapi masa kejadian tu Tahani tu pulak macam rilek jer sampai tension Datuk Kazar tu nak gertak Tahani. Tahani ingat tu lakonan Gary and the gang lagi. hehe.


Di hujung2 cerita aku terasa keseluruhan cerita akhirnya menumpu kepada Nina. Semua ini berlaku adalah utk membentuk Nina yang lebih baik.


Cerita ni jadi amat menarik selepas Gary berjaya 'melarikan diri' dari berkahwin paksa dgn Nina. Memang tak sabar2 nak abiskan tambah2 pula rentak cerita menjadi 'fast phase' sehinggalah ke akhir cerita :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/alongside@multiply/blurb:


Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?


Ketika aku melangkah keluar, ada yg tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sbg gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya - Nur Tahani gadis bertudung labuh.


Aku memang telah jatuh cinta pada dia. 'Bidadari' versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dgn org beriman.


Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahirr dlm gedung Gucci spt Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dgn lelaki kategori 'arresviste-hooray henry'. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!


Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kpd cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?


Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa2 lagi utk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.


Terimalah seikat kembang merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.

Review 299: Seindah Memori by Ilani Mysara


Seindah Memori
Penulis: Ilani Mysara
RM 16.00
416 mukasurat
ISBN : 983-124-181-9



"Debunga cinta masih mewangi di rimba hatiku yang sepi tak bertepi"


Rupa2nya nilah novel Ilani Mysara yg pertama :) akhirnya dpt juga saya membacanya. Saya mula mengenali penulis ini melalui karyanya yg bertajuk Bayu Asmara, kemudian diikuti dengan 'Kuseru namamu'. Dan yang terkini saya baca adalah novel ini iaitu 'Seindah Memori' yang merupakan karya sulung bonda dgn Alaf 21. :)


Nampaknya memang sejak awal bonda menulis kisah yang sedih. kalau tak sedih mula2, sedih ujung2. Paling tragic tu kalau sedih ujung2 smpai sad ending tu lah. Kisah ni memang sedih betul. Tangkap nangis. Saya ingin mengulangi peribahasa yang pernah saya gunakan dulu 'sudah jatuh ditimpa peti ais, baru nak lepas, peti ais pulak meletup'


Kisah ini berlatarkan pertengahan tahun 60-an. ianya bukan menceritakan kerancakan a-go-go tetapi lebih kepada kisah seorg gadis bernama Dayang yang ikhlas mengejar ilmu ukhrawi. dia menaruh harapan tinggi utk menyandang jawatan sbg seorg ustazah yg disegani. Dayang seorg gadis yg sangat merendah diri dan ketenangan dirinya telah mencuri hati Badri. Badri ni jenis memendam rasa. Dia tidak menolak bila dirinya ditunangkan dgn Siti, namun pertunangan putus kerana melengah2kan tarikh pernikahan. SEtelah putus dgn Siti, dia ditunangkan pulak dengan Tipah dan menerimanya dgn diam. Dia tak menyuarakan hasrat hatinya yg sebenar.


Dayang merantau ke utara utk meluaskan ilmu di dada. Di sana Iqbal mencuri oksigennya sehingga terkedu setiap kali bila bersua. Dia cuba mengingatkan diri tentang hasrat sebenar ke situ. Utk menuntut ilmu, bukannya mencari jodoh. Iqbal sudah bertemu suri yg diimpikan namun darjat keluarga dan peristiwa maklongnya disingkirkan keluarga menjadi pengajaran kepada ibu Iqbal utk tidak menerima Dayang. Namun undangan ibu Iqbal utk berjumpa Dayang dan menjelaskan kedudukan sebenar telah membalikkan hati si ibu lalu jatuh sayang pada gadis yang bijak itu.


Tempoh 3 tahun diberikan utk keluarga mereka mengenali Dayang. Dayang dan Iqbal bersetuju sekiranya selepas 3 tahun hati salah seorg dari mereka berubah, mereka harus redha.


Saya tak ada masalah dgn cerita sedih atau sad ending. cuma saya agak terganggu dengan batas2 pergaulan dalam kisah ini. Dayang adalah gadis yang tau batas2 agama, namun ada pulak scene dia memeluk Bak Man yg dianggap spt bapa sendiri, malah membiarkan Iqbal menyentuh tangannya. Sekiranya Dayang bukan dari background yang kuat agama, mungkin saya dpt menerima tindakannya itu.


Apa2pun memang sayulah bila mengikuti kisah hidup Dayang nih. Kenapalah mak Iqbal tu tak berbincang dgn parents Dayang tentang perjanjian 3 tahun tu, kalau tak, tentu mereka tak menerima pinangan Badri. Nasib Dayang mula berubah kehitaman apabila maruah diri dicabul Badar, adik Badri. Dia tak mau kawin dgn Badar lalu melarikan diri. Musnahlah cita2nya. dalam perantauan dia bertemu Pak dolah yg bkerja dgn Iskmal yg membenci wanita kerana pernah ditinggalkan Haryati yg telah dicurahkan segala2nya, harta dan kasih sayang, namun Haryati telah menolak cintanya dan meninggalkan dia pergi. Kebencian yg sama tumpah pada Dayang. Salah faham akhirnya telah membuka mata Isk. Namun bila dia menjumpai semula Dayang, gadis itu sudah terlantar di hospital. Kakinya sudah tidak kuat seperti dulu.


Dayang berjaya memujuk Badri utk menerima Tipah sbg isteri. Hasratnya utk bersama Iqbal sudah terbayang jelas di ruang mata. Ibu Iqbal mahu dia segera ke Mesir tapi permainan takdir menjadikan laluan hidupnya semakin sukar. Dalam menuju Iqbal, ada lelaki2 yang redha menganggapnya sbg adik dan turut mendoakan kebahagian Dayang-Iqbal.


sure fine whatever
rinn
thanks shikin for the book ;)




sinopsis belakang buku:


Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia.


Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan 'Aku cinta padamu' mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya.


Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat!


Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?

Review 298: Bohemian by Imaen


Bohemian by Imaen
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama: Tahun 2008
RM20.00
475 mukasurat
ISBN 9789675118036


Dalam keseriusan bercerita Imaen mampu mencuit hati pembaca, membuat kita tertawa bersama watak2nya. Itu yang sangat saya suka dalam gaya penyampaian Imaen. MAsih terimbas gaya penyampaian yang sama dalam Labyrinth dulu. Dalam Bohemian ni saya sedikit rimas dengan penggunaan nama2 orang femos yang saya tak kenal.. Rasanya dlm Labyrinth dulu pun ada tapi saya tak lah lost sampai macam ni. haha bukan salah Imaen tapi salah saya sbb tak berpengetahuan luas dlm benda am seperti ini. notepad dlm hp saya penuh dengan nama2 yang saya tak familiar spt Michael Crichton, Ermenegildo Zegna, Quentin Tarantino, Sigmund Freud, Robert Le Roy, Butch Cassidy & Sundance Kid, Iwan Fals, harold Lyold, Tian Chuan, Kamal Bamadhaj, Dawud Wharnsby Ali.. errm rasanya ramai lagi. Selalunya kalau membaca, ada perkara yg saya tak familiar memang saya akan catat dan cari apa maksudnya kat internet. Sejujurnya, saya rasa rendah diri bila baca novel ni dan sangat kagum dengan pengetahuan am Imaen.


tapi bagus jugak la.. ntah brapa kali saya bukak balik notepad tu dan search kat internet utk nak mengenali siapakah mereka2 itu. Bagus jugak menambah pengetahuan. Saya ni memang tak ketahuan bab2 mcm nih.


Rasanya org yang kenal dgn nama2 di atas mungkin boleh enjoy kisah ini dgn lebih baik lagi. Mungkin juga target pembaca kisah ini adalah those yg suka pembacaan berbentuk ilmiah. BAcaan ilmiah seperti ini menarik kerana diselang seli dengan thriller, romantis dan komedi yg mencuit hati.


Kisah Fadlan-Nadira memang sangat menarik. Diorang ni memang complete opposite dan itu tidak menghalang mereka dari saling menyimpan perasaan kasih antara satu sama lain.


complete opposite yg macam mana? Fadlan ni jenis2 alim dan seorang pemuzik jalanan yg bercita-cita menjadi penyanyi terkenal dalam genrenya yg tersendiri. Nadira pulak seorg peguam, gadis melayu utara yang berambut perang (celup) yg gemar memakai skirt.


Dalam mengira perkara2 negatif tentang Nadira, Fadlan resah memikirkan mengapa gadis itu yang dia rindukan. Nadira pun resah jugak memikirkan kenapa dia tertarik dgn lelaki penganggur yang selebet penampilannya. Nadira tidak suka permainan ragbi yg dianggapnya permainan para banduan kerana jersinya belang2 tapi bila Fadlan salah seorang pemainnya dia sanggup berpanas di tepi padang :). Part ni membuatkan saya teringin nak baca balik novel Bara by Abdul Rahim Awang. Teringat-ingat pulak pada Dr Haryati, Rosli dan ragbi :)


Debar kisah ini lebih kepada Suhaimi, seorang lelaki biasa yg menjadi pelarian diburu penjahat. Fadlan terlibat secara tidak sengaja apabila camcorder yang menjadi kunci terlerainya kes ini berada dalam simpanannya secara tidak sengaja. Kebijaksanaan Fadlan telah menyelamatkan Suhaimi walaupun camcorder tersebut telah diragut. Dan kebijaksanaan Fadlan jugaklah yg membuat Nadira yg degil dan suka memberi alasan, mula berbaju kurung. :) sweetlah Fadlan ngan Nadira nih. Patutla Kak Ima suka sangat dgn citer Bohemian nih. Imaen memang mempunyai sentuhan semula jadi membuatkan kisah thriller berbaur romantis menjadi bahan bacaan yang seronok dibaca. :) terima kasih Imaen.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yg kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti.


Aku
Pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu


Dia
seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup


Siapakah dia yg berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dgn resah gelisah?


Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yg tidak keruan ini?


Siapakah dia yg berani mengusik lenaku dgn bygnya?


Dia, yg tidak pernah ada dlm senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dlm daftar mimpiku!


Dia, yg dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yg aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.


Setelah Vendetta (Gurindam Jiwa) dan Labyrinth. IMAEN melakar risalah pemuzik jalanan - busker- berbicara tentang cinta antara Fadlan dan Nadira, dgn bahasa mantap penuh falsafah, namun disajikan dlm nada manis cara Bohemian.

Review 297: Labyrinth by Imaen


Labyrinth by Imaen
Terbitan Jemari Seni
RM18.00
430 muka surat


Lepas baca buku ni saya rasa saya amat kerdil utk komen hasil karya penulis ini. luas betul pengetahuan Imaen, dari duniawi ke ukhrawi, dari Al-Quran ke hiburan. Membaca buku ini seolah menambah ilmiah, meniti sirah, merenung kehidupan, muhasabah diri. Teringat dulu masa baca Vandetta pun nilai2 begini diterapkan. Labyrinth lebih menarik (bagi saya) sbb ada kisah cinta tak terucap antara Dani dan Maira. Imaen bijak menyelitkan kisah ini menarik pembaca santai seperti saya utk mengikuti kisah Labyrinth dgn teliti. Bagi peminat thriller/adventure kisah ini pasti dalam senarai top 3 dan tidak rugi pembaca yg novel romantis utk mengikuti kisah cinta dani-maira dalam novel ini.

key story dia tentang pembunuhan bersiri yg dilakukan oleh seorang pembunuh misteri yg saya rasa berbintang gemini dan mungkin ada keturunan Gollum (dari Lord of the rings) haha. ni jenis cakap sorang tapi macam menyembang dua orang. Namun pembunuh ini berseni orangnya, pandai menari, melibas pedang, bersajak dan bijak menempatkan diri di kalangan orang yg memburunya.

Kes ini menemukan Dani dgn Kamal dan Hanani, detektif homosid yg terlibat dalam kes ini. Perwatakan Dani amat kontra dgn Kamal mahupun Hanani namun terikat juga persahabatan erat antara Kamal dan Dani. Tempias keluhuran agama Islam dalam Dani melekat juga pada Kamal yg sudah lupa tempat sujud.

Kisah Dani-Maira sudah lama bermula di hati masing2 yg langsung tidak diluahkan oleh kata2. Saat langkah pertama sudah diatur oleh Dani, mak dia pulak sibuk nak jodohkan dia dgn orang lain. Maira menanggung rindu kali kedua apabila Dani balik kg. pestaim dulu masa Dani pi belajar kat oversea. Dani dan Maira serba salah dgn perasaan sendiri, kalau dibiarkan diri hanyut takut nanti membawa maksiat pulak. Bashir pulak makin berani meluahkan perasaan kpd Maira walaupun ditolak mentah2. Hati Maira sudah nekad akan menunggu Dani tapi Bashir pun nekad jugak. Sian Dani sampai decide nak balik kampung tanam jagung sbb frust dgn Maira, tapi satu sms membuat senyum Dani melebar.

Kamal-Hanani-Natasya ada konflik tersendiri. Ingat ker Kamal nak lepaskan Natasya, I'm so glad they're back together and Hanani tak mati masa bertugas.

Tersenyum saya melihat nama Aqmar Aziz melintas di depan mata. Aqmar Aziz yg terpaksa melepaskan Nuur Khalida untuk bersama Tengku Dara. Nampaknya Labyrinth, Nyanyian Tanjung Sepi, Surat Ungu Untuk Nuha, Tanah Andriyana, semua dalam satu universe yg sama :) hmm terlintas jugak nama Dr Farhana, adakah Farhana yg sama dalam 'Rindunya Kian Membara'? aduih.. nampak sangat aku ni dah makin obses dgn karya kak noor suraya.

Thank you Imaen.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan berbersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai... dan maira?

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

Sebuah lagi karya romantis-thriller daripada IMAEN, selepas Vendetta(Gurindam Jiwa)

Tuesday, February 22, 2011

Review 296: 5 Tahun 5 Bulan by Hlovate


5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Terbitan Jemari Seni
520 muka surat
RM20.00


Karya Hlovate yang pertama saya baca adalah Schubert's Serenade, walaupun 5T5B karya pertamanya tapi masa tu dah berkobar kobar nak baca kompilasi cerita2 "gurindam jiwa". I can't help making comparison lah bila dah baca dua karya penulis yang sama. Bagi saya isi cerita 5T5B tak der apa sangat, cuma cerita ini diselamatkan dari kebosanan oleh gaya bahasa Hlovate yang sangat santai dan bisa membuat pembaca tersenyum, tergelak. Saya pun selalu senyum sepanjang baca buku ni. Kalau ditapis dari segi isi ceritanya, banyak love story yang macam ni. Yg paling saya suka adalah ending citer ni, i can read part IV of the book berulang kali dan senyum jiwang. suka la!


BAgi saya Schubert's Serenade lebih menarik. Sebaik saja abis baca buku 5T5B saya terus capai "gurindam jiwa" dan baca schubert's serenade lagi sekali. Mungkin sebab saya ada ternampak nama Ju'a dalam 5T5B ni. Ju'a tu sepupu Johanna rupanya. Memang saya pasti saya lebih suka SS. SS buat saya senyum, ketawa, hiba, menangis. 5T5B tak der pulak buat saya rasa macam tu. Apa2 pun Hlovate berjaya meletakkan dirinya dalam kategorinya tersendiri dengan penggunaan bahasa, peribahasa yang moden, creative dan innovative, byk betul analogi, terminologi, perumpamaan yang buat kepala hotak kita ni rasa segar. Terima kasih Hlovate.


serba sedikit tentang 5T5B. Mengisahkan Johanna yang bekerja sbg orang gaji sementara menunggu peluang ke luar negara. Sepanjang karier sementaranya itu dia mengenali along sekeluarga. Along sudah mula menaruh hati buat Ana tapi selalu suka sakat Ana, membuatkan Ana rasa lemas. Pemergian Ana ke Universiti Aberdeen mengajar mereka erti rindu tetapi perasaan masih terpendam. Along tercabar dgn kehadiran Jebat dalam hidup Ana. apa2pun ibu bapa Johanna mesti tersenyum bangga dengan kepulangan Ana bersama 3 sijil instead of one. Sijil degree, sijil nikah dan sijil beranak Amir. :)


sure fine whatever
Rinn




Sinopsis belakang buku


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...


Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kitorang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...


Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.


Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.


Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?


Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys are stupid, some men too.


Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati... mengisi nurani.

Review 295: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Gurindam Jiwa


"Tiga ceritera dalam sebuah Gurindam Jiwa"
Penulis : Hlovate, Imaen, Noorsuraya
Terbitan Jemari Seni Publishing

Ceritera 1: Schubert's Serenade by Hlovate
Gurindam Jiwa:
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Mulanya ingat nak baca 5Tahun 5 Bulan dulu tapi tak kesampaian.. buku dah dapat tapi dah baca Schubert's serenade dulu. What can i say, awai2 lagi saya dah ngam ngan gaya berbahasa yg errmm boleh dikatakan funky/urban.. huhu ada ke? Rasanya very close to gaya percakap biasa, penampilan perumpaman yg moden dan baru menarik dan mencuit hati dan ada kadang2 tu saya ni bukannya paham sangat, maklumla orang kampung. saya mmg blank tambah2 bab2 muzikal, piano dan violin, blurr la sikit amik masa nak paham tapi sangat enjoyable biler baca kisah ni.

Mengisahkan Ju'a yang kehilangan kasih sayang seseorang yg asalnya bgitu asing bagi dirinya tapi kemudian orang itu (abg shah - abg tiri) menjadi seseorang yg significant dlm hidupnya, tapi pada hari dia menerima adik baru, abg shah pergi utk selama lamanya. Kehadiran EG mencuit hati Ju'a kerana sgt2 mengingatkan kepada abg shah. Dia jadi marah pada EG kerana seolah2 mengingatkan dia pd abg shah, dari schubert's serenade hinggalah ke romano sport dan RXZ membangkitkan kenangan dgn abg shah melalui EG.

Ceritera II: Vendetta by Imaen
Gurindam Jiwa:
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

fuh.. gurindam jiwa yg nekad ni.. sanggup mati utk kekasih. Nampaknya Imaen seorang penulis thriller yg ada masa depan yg cerah. Bahasa yang digunakan menunjukkan dia begitu familiar dgn isu-isu yg diketengahkan. saya seperti sedang belajar benda2 baru. Mungkin juga sebab saya tak pernah amik tau hal-hal sebegitu sebelum ini. 'foreign legion', komando pencen, macam2 lah. Tajuknya saja menunjukkan cerita ini penuh dengan dendam, dendam seorang kekasih yg mahu membela kematian kekasihnya. Watak utama, D menjejaki those yg terlibat dalam satu rompakan yg meragut nyawa isterinya. Satu persatu diburu dan dihapuskan. Teringat pulak citer P.Ramlee, enam jahanam. :) Not my cup of tea, sekadar membaca dan menghabiskannya, namun di sepanjang pembacaan banyak pengajaran yg dpt saya kutip dan menginsafkan.. yer la tetiba jer gi kedai cari semula buku2 fiqh dan tauhid.. huhu..

I was hoping D insaf dan tak terus membunuh kerana dendamnya sbb dia macam sudah mula kembali ke jalan Allah tapi tula.. dendam tetap perlu dilunaskan, bagi melengkapkan kisah 'vendetta'

Ceritera III: Hati Andriyana by Noor Suraya

Gurindam Jiwa:
Batang selasih mainan budak
daun selasih dimakan kuda
becerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

Bila baca tajuknya saya teringat salah satu buku Noor Suraya ada bertajuk 'tanah andriyana'. selepas baca 'hati andriyana' baru lah saya baca 'tanah andriyana'. kelihatannya 'hati andriyana' adalah seperti ringkasan kepada 'tanah andriyana' namun ada jugak 'the lost scenes' yg disisipkan dalam 'hati andriyana' yg menjadikan keseluruhan kisah lebih menarik dan lengkap. kisah permusuhan keluarga di tangan Noor suraya menjadi menarik dan diwarnai kisah2 cinta 4 keturunan. Andriyana-Ku Fitri, Manjalara-Joshua, Ali Hakem-Maryam dan tentu sekali Aliya-Hadi.

Cerita ni adalah tentang sengketa dua keluarga yg berakar umbi dari kehadiran Andriyana ke pulau langkawi, mencuri hati Ku Fitri. Tanah yg diwariskan kepada Andriyana dipersoalkan ke sah han nya.. Pertemuan Aliya dan hadi membangkitkan sejarah & sengketa lama. cinta Andriyana dan Ku Fitri memecah belahkan dua keluarga, dapatkah cinta Aliya - Hadi menyatukan mereka semula? Hadi seorang pecinta yg pasti dengan hatinya manakala Aliya lebih byk berfikir komplikasinya.

Saya belum pernah membaca 'tanah andriyana' semasa membaca 'hati andriyana', tp saya tiada masalah utk memahami kisah ni, semuanya diceritakan dgn baik. Garang betul la aliya tu tapi tak sangka dia berjiwa seni. lepas dia jatuh hati dgn hadi, nenek dia bagi markah B- utk perubahan aliya.. hehe ingat ker leh dpt A- ker.

Aliya dlm buku ini kelihatan lebih berkobar-kobar membongkar misteri kisah moyangnya berbanding aliya dalam 'tanah andriyana'. Kisah Aliya dan tok nek nah ada dalam buku ni, tapi dalam 'tanah andriyana' tak der. Hati Andriyana dan Tanah Andriyana memang saling melengkapi. Benda yg dlm Tanah Andriyana, ada dalam Hati Andriyana.

disebabkan 'hati andriyana' saya beli 'tanah andriyana' :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Ceriteria I - Hlovate (m/s 1-175)

"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"

there could be beauty in tragedy, anyway.

Ceritera II - Imaen (m/s 179-319)

Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.

"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!"

Ceritera III - Noor Suraya

Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seriu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara.

Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri.

Cerita Hati Andriyana adalah edisi berkembar dgn Tanah Andriyana, terbitan CESB