Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, October 12, 2010

Review 220: Kau Kekasihku by Anis Ayuni


Kau Kekasihku
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan alaf 21
Harga RM19.90
533 muka surat


"Aku dah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang"


novel terbitan 2006 ini agak popular di kalangan pembaca. kalau dilihat dlm tahun 2006 saja dah 3 kali diulang cetak, mungkin lebih. nampaknya Anis Ayuni sudah ada peminat2 yang akan membeli bukunya hanya berdasarkan nama penulis! sudah pasti peminat dah tertunggu tunggu novel terbaru dari Anis Ayuni. Saya cuma belum baca 'yang terindah' and i look forward to reading tht book very soon.


kali ni penulis membangkitkan kisah yang berkaitan dengan lelaki yg mati pucuk. ada watak 'nicky' seorang lelaki yang lembut yang pernah disindir oleh Dhira. Nicky berkahwin dengan Aisyah dan dikurniakan cahaya mata. Dhira berkenalan dgn Zairi ketika bercuti ke Beijing. Jatuh cinta pandang pertama. Dhira letih menunggu zairi nak declare, sudah 2 pinangan ditolak sbb menunggu zairi, akhirnya zairi akur dan masuk meminang lalu mereka mendirikan rumahtangga tapi Dhira musykil mengapa zairi tak pernah mahu menyentuhnya sepanjang bergelar suami isteri. Dhira tahu tentang masalah Zairi setelah terbaca artikle dan ubat ubatan yg diambil oleh Zairi. Dhira cuba membantu dengan mencari seorang ustaz. Rupanya Zairi pernah memutuskan pertunangan dan tindakannya itu menyebabkan seseorang menggunakan cara halus utk menyiksa batin Zairi. Dhira mencuba memujuk Zairi utk mencuba cara rawatan ustaz tu utk menyembuhkan kelemahannya. Zairi ni tak percaya benda2 halus ni. Dhira minta dilepaskan dan mereka berpisah buat sementara waktu.. Zairi akhirnya akur berjumpa ustaz dan mengamalkan petua dan ayat2 suci Al Quran yang dicadangkan.. pehtu nak kena ngorat Dhira balik pulak.


menarik juga kisah hubungan kak fiza dgn x boipren dia Safwan, duda anak 3. Konflik hubungan Kak Fiza ngan Sofea interesting tapi agak cepat pulak watak sofea suka kat kak fiza.


terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad:
Sinopsis belakang buku:


Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?

Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku..."


-----------
Sinopsis (dari website Alaf) : KAU KEKASIHKU Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Review 221: Bayangan Rindu by Anis Ayuni


Bayangan Rindu by Anis Ayuni
Harga : RM 19.90
Halaman :592

"Salam kasih siapakah yang sungguh mengusik ke sanubari ini"


sepanjang baca buku ni, kita akan come across a few familiar characters macam Zairi ngan Dhira dari 'Kau Kekasihku' where the ending dlm buku tu Dhira keguguran, kan? tapi dlm buku ni anak2 diorang dah berderet tiga nak masuk empat. :) watak 'kak farah' yg pernah putus tunang dgn Zairi dulu pun ada.. kan masa dlm 'kau kekasihku' Zairi pernah terkena buatan orang menyebabkan dia seolah olah mati pucuk. Dlm novel ni Farah cuba santau kan Dhira tapi gagal sebab hampir2 mengena Iddya.


Selain dari tu ada jugak muncul watak Elly Farhana dengan Zahari dari novel "Yang Terindah" yg jadi jiran kepada keluarga Iddya. anak diorang 2 orang Watak Sufian dari "gemersik kalbu" mula2 tu tak perasan sangat sbb Iddya banyak merujuk kpd Sufian sbg Abg Pian yg merupakan abg sepupunya. Kalau tak baca credits by Anis ayuni maybe x perasan pon sufian tu.


Kisah Iddya yang melalui kisah2 percintaan dalam hidupnya sejak zaman sekolah lagi. Dia berkasih secara rahsia dengan Baien dan pada masa yg sama rapat dgn Kiew. Setelah Baien keluar negara, kepulangan Baien membawa berita yg perhubungan mereka tak dapat diteruskan lagi. Iddya menyulam kasih baru bersama Lufti dan semasa berhubungan dengan Lufti, dia bertemu semula dengan Kiew. Pergaulan mereka masih seperti dulu, tiada berselindung, tiada nak control-control ayu. Tak sangka la pulak hubungan Iddya dan Lufti akan clash sebegitu rupa kerana rupa2nya Lufti tu saudara sesusu Iddya. aduih kesian betui.. memang tak sangka. apa2pun Kiew is still around tapi Iddya tak berani meluah perasaan sbb takut Kiew sangka lepas tak dapat orang lain barulah sibuk nak cari dia. hmm cerita ni hampir sama dengan cerita "Yang Terindah" also by Anis Ayuni.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yangjuga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.


Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yg begitu mendalam. Tapi malangnya ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.


Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia' bukan jodoh I.


Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lufti dan cinta Baein pulak sudak kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.


Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be.


sinopsis di website alaf


KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.


Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.


Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Review 219: Suara Hati by Anis Ayuni


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Suara Hati by Anis Ayuni
RM13.90
327 mukasurat


"akan kurahsiakan rasa cintaku padamu jauh di lubuk hati"


Sekali sekala teringat jugak citer ni. Antara novel yang mengumpul peminat2 tegar Anis Ayuni utk terus mengikut karyanya hingga ke hari ini. Kali pertama aku baca novel ni sekitar tahun 2007. memang dpt rasa ini adalah hasil penulisan pertama anis ayuni. novel2 yang menyusul selepas suara hati jelas membuktikan anis ayuni improved a lot in her writing.

modal cerita yang agak biasa untuk genre cerita LOVE AT SECOND CHANCE. penulis mcm mengkhaskan separuh buku untuk Hani dan Abg Naim, manakala half lagi utk Hani dan Haris. tapi kita diceritakan lebih spesific tentang Hani dan Naim jadi mungkin kita rasa cinta Naim lebih kuat dan meninggalkan kesan mendalam pada Hani.


suasana dan emosi kesedihan yang cuba diceritakan ketika kematian Naim tidak sampai kerana saya tak tersentuh langsung dengan situasi itu. time lapse dia agak mengejut, tiba2 jer dah tiga tahun and then dah dua tahun tengok2 total dah lapan tahun, macam lost counting pulak rasa.


watak Marlis yang dijadikan org ketiga yang sedikit menggugat perkembangan hubungan Hani dan Haris boleh dijadikan interesting tapi tak difokuskan sangat, cuma dari reaksi keluarga hani yg tidak senang dengan Harris kerana mendapat cerita yang bukan2 dari Marlis. Marlis sendiri datang meminta maaf atas fitnah yg ditaburkan sebelum dia berpindah ke Penang. itu pun tidak diceritakan yg melibatkan Marlis, hanya dari apa yang disampaikan oleh bekas ibu mertua Hani. mudah jer konflik diselesaikan dan akhir Hani kembali kepada Haris. Happy ending.


serba sedikit tentang kisah ini. Hani bercinta dengan Haris, haris tiba2 hilang tanpa berita selama 5 bulan. Naim yang berkenalan dgn Hani melalui keluarganya jatuh hati dengan Hani dan mula mengambil hati Hani, Hani senang dengan sikap Naim yang penyayang. Mereka bertunang atas aturan keluarga. bagi Hani kemesraan mereka
disalahertikan tapi demi menjaga hati keluarga dia menerima lagipun haris seolah-olah tidak menghiraukan dia lagi, lagipun Naim seorang yang baik. menjelang perkahwinannya dia pergi berjumpa haris buat kali terakhir, walaupun haris ada alasan kukuh membela dirinya tapi Hani tak mampu lagi memberhentikan perkahwinannya, dia sudah nekad bahawa pilihan keluarganya adalah yang terbaik.


naim memang suami dan ayah yang baik, akhirnya pergi menyambut seruan Ilahi. Dua tahun kemudian dia berjumpa semula dengan Haris secara tidak sengaja dan Haris cuba mendapatkan Hani semula.. lebih kurang mcm tulah ceritanya..


sure fine whatever



Terbitan ALAF21 Sendirian Berhad

Sinopsis belakang buku:


Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan
dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu
dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah
pada Haris, pilihan sendiri.


Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa
khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka
berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian
menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris
yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya
semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih
terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah
cinta untuk kali kedua?

Review 218: Yang Terindah by Anis Ayuni


Yang Terindah by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Harga : RM 15.00
Halaman :448


"Malam menjadi siang bila hati kita bersatu"


Kisah cinta dlm buku kedua by Anis Ayuni jauh lebih baik dari 'suara hati' :) apa2 pun 'Gemersik Kalbu' lah yang paaaaaaaling best! apa yang menarik pembaca menghayati citer ni adalah cara penyampaian yang penuh berhati-hati, luahan perasaan yang dihurai dgn baik dan saya suka puisi yg Akmil tulis.. shahduuuuuuu..


Kita dibawa mengikut kisah-kisah cinta yang dilalui oleh Elly Farhana tapi akhirnya membawanya balik kembali kepada seseorang yang sudah dikenalinya sekian lama tapi mengambil masa yang lama utk jatuh cinta. Dari kecil elly memang rapat dgn zahari dan semasa dia di U pon dia ada ceritakan hubungan cintanya dgn Akmil dan kemudian dgn TJ yg kedua-duanya kecundang. Zahari sentiasa menaruh harapan dan bila dia meluahkan perasaan pada Elly, agak mengecewakan bila Elly menyatakan selagi ada cinta dalam hati Zahari dia mesti menjauhkan diri dari Elly. Tapi kemudian Zahari ditimpa kemalangan dan Elly semakin sedar mengenai hati dan perasaannya sendiri. Ada juga diselitkan kisah nostalgia ibu Elly yg lumpuh.. Elly mendapati bapanya masih hidup dan berharap akan bertemu dgn ayahnya, tanpa diketahuinya dia sudah berjumpa dgn bapanya, cuma belum kenal.


Sinopsis belakang buku:


Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.


Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.


Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.


Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?


Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

Review 217: Manisnya Cinta by Anis Ayuni


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Manisnya Cinta by Anis Ayuni
RM 17.00
480 muka surat


ni buku kedua karya Anis Ayuni yg saya baca. menarik juga baca cara nazmi merahsiakan dirinya yg sebenar, ditonjol diri yang tak terurus, berpakaian serba kekurangan sbb dia seorang pemandu bas. Cinta Ifti dan Nazmi adalah cinta pandang pertama walaupun masa tu Ifti bersama-sama 3 anak2 yg dianggap seperti anak2nya sendiri hingga Nazmi salah sangka tetapi tetap menaruh hati terhadap Ifti.


Ifti dlm dilema jugak sbb tertarik kpd seorang driver bas, rakan2 sekerja juga meragui kemampuan Nazmi menerajui rumah tangga sekiranya mereka berkahwin. Hubungan mereka berterusan dan Cairo menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. masing2 ada rasa cemburu tetapi Ifti tidak dapat menahan cemburu bila nampak nazmi berjalan sambil menolak stroller bersama seorang perempuan.. lalu percintaan mereka putus di tengah jalan...


Ifti ngan nazmi ni kalau bergurau sikit2 cubit, sikit2 cubit, cubit pipi la, lengan la, perut la, bahu la.. dlm citer lain pon ada cubit2 gak tapi rasanya dlm citer ni la paling banyak sekali.. rasanya kalau kumpul semua sekali mau dah lebam2 Nazmi ngan Ifti tu..


Sure fine whatever
rinn


Sinopsis Belakang buku:


apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?


Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!


Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?


Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?


Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Thursday, October 7, 2010

Biarkan Aku Merindu & Warna

dah lama aaku tak post promo buku. mungkin sbb aku tak rasa nak beli buku sangat sbb stock yg sedia ada pun aku tak abis baca lagi. Tapi bila tengok dua buku ni, aku rasa macam nak gi beli sekarang jugak! :)



Tajuk: Biarkan Aku Merindu
Penulis: Lily Suriani
Terbitan alaf 21
496 mukasurat


"Kehangatan cintamu mencairkan kebekuan hatiku"

NAMANYA Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.

Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya. Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin hari semakin usang.

“Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah aku.”





Tiga buah ceritera dalam sebuah

WARNA

Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa
kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh

Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.


Warna II – Rnysa
Hikari Ainori
the love ride of hikari

Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.


Warna III – Nasz
Karamel

karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.
“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

Review 216: Gemersik Kalbu by Anis Ayuni


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Gemersik Kalbu by Anis Ayuni
RM 18.00
592 muka surat

"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"


buku ni antara yang first baca dulu, tapi tak review sbb masa tu tak create group or blog lagi.. masa weekend terasa nak baca semula and i was wondering kenapa i put this book dalam group "good". lepas abih baca baru la paham.. memang citer ni seronok dibaca..


"Guru yang sederhana memberitahu. guru yang baik menerangkan, guru yang lebih baik menunjukkan, guru yang paling hebat memberi inspirasi."


kisah cikgu Ana yang bercinta dan bertunang dgn cikgu wan yang kemudiannya mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak. Ana tinggal seorang terkapai kapai kerana dia sendiri tidak rapat dengn keluarga kandungnya, ibunya bagai kekok bila bersama dengannya, dia banyak menumpang kasih dengan keluarga cikgu wan yang melayannya seperti anak sendiri. ketika melanjutkan pelajaran secara sambilan, Ana dan kak shikin menumpang di rumah Auntie Zarina, di situlah dia berkenalan dengan Sufian yg memberi first impression yg buruk kpd Ana. Sufian jatuh hati dengn Ana tapi ana sukar menerima orang lain kerana masih lagi ingatkan cikgu wan. Bila Ana nekad nak pindah rumah semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Sufian, Sufian memasang perangkap supaya Ana terpaksa mengahwininya.


Sepanjang menjadi isteri sufian, Ana dpt melihat kebaikan sufian dan dia terduga bila sufian sakit dan Ana terpaksa menjaganya di hospital. bila sufian dan sihat, ibunya pulak masuk hospital.. ana sabar melayan kerenah ibu kandungnya yg menyakitkan hati hingga menimbulkan kembali rasa kasih sayang ibunya terhadap dirinya.


Sufian mula mengatur strategi untuk menduga hati dan kasih Ana dan cuba mengalih cinta Ana dari orang yang telah tiada kpd dirinya yang terlalu menyintai Ana.. fun to read.


sure fine whatever
rinn


terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:


Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Tuesday, September 28, 2010

Review 215: Jodoh Atau Cinta by Iman Nizrina


Jodoh atau Cinta
Penulis Iman Nizrina
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
sabah/sarawak: RM22.00
Cetakan 1&2: Tahun 2010
507 mukasurat


"Tak perlu aku berteka teki... jika benar jodoh ini takdirNya... hiasilah aku dgn cinta itu."


Iman Umairah dipelihara datuk angkatnya, Tn. Hj Aman. Dia rela menerima cucu lelaki tunggal datuknya, Aiman Danish. Mcm pelik pulak diorang ni tak penah bekenalan sblum dinikahkan sdgkan Iman dah lama dipelihara datuknya.


Iman tu bersetuju sbb perkahwinan itu menjadi tiket utk nya melanjutkan pelajaran ke London. Danish sendiri tidak rela dgn perkahwinan ini, tetapi terpaksa menerima walaupun ibu bapanya sendiri tak mahu menerima Iman sbg menantu. Diorg lebih bekenankan Maya, gadis yg sentiasa tak cukup kain bila berpakaian.


Sebelum dinikahkan Iman dgn rela hati menandatangan agreement perkahwinan mereka tanpa banyak soal. Dia menyerahkan segalanya kepada Danish.


Iman ke London bersama Danish dan di sana mereka berpisah. Kematian datuk dan abg iparnya memaksa Iman balik ke Malaysia dan ketulusan hatinya membantu dan sikap tanggungjawabnya serta merta memikat hati ibu bapa mertuanya yg sebelum ini sgt membencinya. Mereka terkilan dgn Danish yg langsung tak menunjukkan muka di saat2 genting. Iman yg jadi penyelamat keluarga dan syarikat mereka. Danish tu bukannya tak balik, dia balik tapi cuma melihat dari jauh segala tanggungjawab yg dijalankan Iman yg tak banyak berkira. Iman terlalu muda utk menanggung semuanya. Kadang2 rasanya tak kena lah pulak syarikat besar memilih gadis awal 20-an utk menguruskan syarikat yg sedang terumbang ambing tanpa teraju dan cuba diambil alih oleh org2 yg gila kuasa dlm syrikat tu.


apa2pun Iman berjaya mengawal keadaan. Dalam beberapa tahun tempoh perkahwinan mereka, Iman tak pernah bertemu Danish melainkan dlm mimpi, sedangkan Danish sentiasa memerhatikan perkembangan isterinya dari jauh. Iman salah sangka apabila dua kali terserempak dgn Maya keluar dari blik Danish dlm keadaan yg mencurigakan. Ini membuat Iman lebih tawar hati dgn Danish.


Mimpi Iman pada Danish sebenarnya bukan mimpi semata2. Danish ada ketika Iman menemani bapa mertuanya yg sakit dan juga ketika Iman terlibat dlm kemalangan. Tapi dia tak pernah memunculkan diri di depan Iman.


Akhirnya Danish bersedia dan muncul di syarikat dan menerajuinya. Bermulalah langkah Danish utk mendapatkan semula isterinya.

Danish ni sebenarnya tak pernah membenci Iman. Hanya masa dipaksa kawin tu dia benci. Tapi selepas melihat Iman yg sebenarnya, tak ada rasa benci utk Iman.


Kisah keluarga Iman sendiri ada rahsia yg tersembunyi yg menjadi misteri cerita ini. Bagaimana seorg gadis yg menyandang gelaran Tengku boleh terbuang dari keluarga. dia cuma ada abgnya, Farhan dan Mama Sue. Misteri itu menambah rencah thriller dlm kisah ini.


Mereka yg mulai jatuh cinta terpaksa berpisah apabila kejadian2 membimbangkan mula menimpa Farhan dan Iman. Iman kena isolate sbb takut nyawanya akan melayang. Tapi perpisahan itu membuatkan mereka kenal erti rindu dan selepas itu mereka sudah tidak boleh dipisahkan lagi, tetapi ancaman nyawa mereka tetap ada dan tidak seorg pun pernah menyangka yg org paling dekat dgn mereka adalah dalangnya.


jeng jeng jeng....


:)

sure fine whatever
alongside



blurb/sinopsis belakang buku:


Tengku Iman Umairah... gadis yg jarang sekali menggunakan 'Tengku' di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yg juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman utk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mertua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abg iparnya yg terlibat di dlm kemalangan yg turut mencederakan Dato' Arif, bapa mertuanya.


Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing2, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu, marah,geram, sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. Iman pula, apabila Danish bermesraan dgn Maya, si gedik yg menyesakkan, dia akan berjauh hati. Masing2 saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.


Saat cinta bukan milik mereka, jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta, jodoh seolah-olah bukan milik mereka. Jodoh atau cinta? Yg mana hak mereka?

Review 214: Yuda di Padang Maya by Xarine



Yuda di Padang Maya
Penulis Xarine
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
496 mukasurat
ISBN: 978-967-5118-36-4


Rasa mcm dah lama tak baca buku sains fiksyen. Bg org macam aku yg tak brapa baca kisah seram atau sains fiksyen mungkin tak pandang sangat buku ni. Tapi once started aku tak boleh stop. Kisahnya dlm rentak laju dan tak der slow down slow down. Once dh baca kita akan teruja nak tau ke mana hala tuju cerita ni, di mana penghujungnya.


Kisah ini tentang Azmi. Remaja lepasan spm yg menyambung pelajaran ke USM. takdirnya menunggu di situ. Setibanya di sana pengalaman penuh adventure menantinya. Sebelum ini pun hidupnya ada adventure yg tersendiri. Dia ada seorg 'teman' misteri yg membantunya menyelesaikan misteri2 kehilangan orang atau barang. Tetapi di USM, temannya itu seperti menghilangkan diri. Sebelum ni Azmi tak penah 'memanggil' 'teman'nya itu, 'teman'nya itu akan datang sendiri memberitahu perkara2 yg orang lain tak tahu. Tetapi kali ini apabila diseru pun 'teman'nya itu tidak muncul.


USM juga menemukan Azmi dgn Amsyar, Zamsari dan Riduan. Tiga sahabat yg akrab yg semakin menyenangi Azmi. Tiga sahabat yg baru menyewa di sebuah rumah lama rupa2nya turut menjejakkan kaki ke situasi yg tidak pernah terjangkau dek akal. Bermula dgn kejadian Riduan dirasuk, saat2 selepas itu menjadi sangat mendebarkan dan menyeramkan.


Azmi yg semakin menyenangi Balqis turut cuba membantu Balqis mencari ibunya, Mastura yg diculik, kebetulan pula selari dgn misteri yg menimpa tiga sahabat. Arissa sibuta yg ada 'peneman' juga mebuat kita bertambah seram, tambah2 pula si Azmi boleh nampak rupa 'peneman' Arissa. Arissa kata kalau dia nampak penemannya tu seorg yg jelita, maksudnya 'dia' suka Azmi. Taktau la kalau tak suka dia jadi rupa apa. tak nak fikir. hehe. Bukan sebarang org yg menculik Mastura. Org yg sahabatnya adalah jin dan roh mastura telah dibawa pergi ke alam jin.


Sebenarnya Mastura ni roh kandungannya pernah diculik jin suatu masa dahulu dan roh anaknya masuk ke tubuh puteri di alam jin yg sekrg sudah menjangkau umur 17thn. Sifat semulajadi manusia dlm diri Puteri Silfia membuat dia penuh dgn rasa ingin tahu. Dia melintas ke dunia jin mencari Azmi dan 'teman'nya. Dia menyamar sbg Balqis dan berhubung dgn Azmi. Perkenalan singkat mereka menimbulkan perasaan terlarang antara manusia dan jin.


Semasa merancang utk memasuki dunia paralel jin, Azmi terlebih dahulu diculik masuk ke Naruka dan roh nya dimasukkan dlm tubuh spesis ciptaan jin yg akan jadi lebih hebat apabila didiami roh manusia. minda kemanusiaan Azmi semakin ditelan nafsu jin.


Tiga sahabat yg takut2 berani akhirnya bersetuju melawan hukum alam masuk ke alam jin demi menyelamatkan dua roh manusia yg terperangkap di sana. tubuh yg dihuni amsyar dan riduan sangat jelik dan hodoh manakala Zamsari masuk ke tubuh jin yg paling hensem sekali. seronok la Zamsari yg selama ini tak der la hensem sangat akhirnya dpt merasa jadi hensem dan dua sahabatnya yg kacak jadi sangat hodoh.


Kehadiran mereka sebenarnya amat diperlukan di alam jin utk membantu askar2 jin Islam memenangi sebuah peperangan jin. Mereka bertiga sebenarnya ada power yg sgt hebat tapi mereka sendiri tidak tahu mcm mana nak menggunakannya. Pak Yusuf seorg jin tua yg penuh ilmu berjaya memotivasikan mereka utk membantu. Mereka bukan saja membantu askar jin Islam malah mereka juga dapat membebaskan roh Azmi.


sejujurnya aku lebih suka cerita ni sebelum diorang masuk ke alam jin. ceritanya lebih menusuk kalbu dan terasa sgt real.


biler masuk ke alam jin tu mmg la byk benda yg science fiksyen tetapi cara Xarine menjelaskan mistik itu dgn menggunakan fakta sains membuat kita faham dgn logik dunia jin ciptaannya. hmm buat aku teringat kat Dana Scully yg selalu mengeluarkan fakta sains apabila berdepan dengan kejadian mistik.


aku teringin nak baca cara amsyar yg dijadikan puppet oleh alex utk membunuh halim di alam jin. bagaimana caranya? sedar2 jer kepala halim dah tergolek di tanah.


kisah alex dan arissa pun tidak diceritakan sepenuhnya. yg kita tahu arissa buta kerana mempertahankan alex.


gambaran rupa makhluk2 di alam jin diceritakan xarine dgn vivid sekali tapi bayangan yg muncul dlm kepala aku adalah watak2 yg penah aku tengok dlm citer2 science fiksyen. mungkin sbb minda aku ni tak creative sangat hehe. bentuk2 fizikal watak byk mengingatkan aku kepada watak2 dlm starwars, lord of the rings dan hitch hiker's guide to the galaxy. Mgkin sebab ada watak2 yg aku cam dan kenal tu yg membuat pembacaan aku jadi fun.


aku bukanlah penggemar novel science fiksyen tapi aku sangat suka filem science fiction. watak pak yusuf tu macam lawak la pulak. bila aku membayangkan wajah pak yusuf mesti kuar wajah Yoda (master jedi dlm starwars) mixed dgn sastrawan negara pak A Samad Said. Cara penceritaan Xarine spt menggalakkan aku membayangkan apa yg diceritanya dan rupa watak ciptaannya. Sangat tidak boring bila melayan novel ini. Kisah di alam jin tak seram langsung tetapi kisah sebelum masuk ke alam jin tu sangat2 menyeramkan.


Kadang2 bila fikir balik, apa fungsi Amsyar, Zamsari dan Riduan? mgkin semata2 utk mengalahkan Halim yg semakin powerful di alam jin. tupun hanya setelah dijadikan puppet oleh Alex, barulah dpt mengalahkan Halim.


Azmi? diorg tak diperlukan utk menyelamatkan Azmi dari terus menjadi Oggur yg ganas, Silfia handled it well. Cerita ini serius, selitan dialog atau adegan komedi secara tiba2 kadang2 kelihatan janggal tapi berjaya membuat pembaca ketawa. Novel yg memerlukan konsentrasi tinggi utk betul2 berada dlm dunia Yuda di Padang Maya. Kalau dlm novel biasa dia sebut Seremban atau Ipoh, kita tau la agak kat mana, ni kalau dia sebut Tranta atau Naruka, kita kena selak peta la yg Xarine sertakan dlm novel ni :)


Suatu masa dulu aku susah nak bayangkan ada jin yg baik sbb aku dari kecik asyik dengar 'sebaik baik jin adalah sejahat-jahat manusia', petikan sebuah hadis dhaif yg tidak berbukti kebenarannya. Bila dah pandai pakai otak dan menghayati ayat al-Quran maka percayalah jin tu wujud dan Allah pernah berfirman dalam surah al-Dzariyaat, ayat 56:"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".


kita tak tau rupa alam jin tu macam mana tapi Xarine mempunyai cara tersendiri membayangkannya dan menzahirkannya dalam bentuk sci-fi yang menarik. tahniah buat penulis :)


sure fine whatever
alongside


... tiada manusia yang berseorangan ...

Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil.

“Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil.

Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta?

Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu?

* * *

Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE!

Monday, September 20, 2010

Review 213: Tak Secantik Husna by Ainul Hazrah



Tak Secantik Husna
Penulis: Ainul Hazrah
Cetakan Pertama 2010
RM19.90
RM22.90 Sabah/Sarawak
488 mukasurat
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd


"Setiap kali kulihat wajahmu, bergetar seluruh sukmaku"


Jenis cerita yg tak sangka kita akan teruja utk terus membaca hingga ke muka surat terakhir. Mungkin sbb nama penulis di kulit buku ini kelihatan baru. Kalau bukan DD yang rekemen, memang aku tak der lah membacanya seawal ini sbb buku2 yg dah lama aku beli pun belum sempat lagi aku bukak plastiknya.


Pemilihan tajuknya menarik. Mungkin akan menetapkan mindset pembaca semasa membaca tapi pada masa yg sama kita berdebar2 menanti keputusan Hariez dalam memilih seorg dari cucu maktok sbg isteri.


Pilihan yg dibuat Hariez dalam masa yg singkat mgkin membuat kita terfikir, takkan sepantas itu sudah cukup membuktikan cinta Hariez. Ternyata ada dugaan besar menantinya dan menempuhnya dgn semangat cinta yg berkobar-kobar.


Maktok tu memang buat kiter rasa mcm nak tenyeh2 dia biar hilang dari mukasurat2 novel ni. Kesian sgt kat Tija yg byk berkorban tu menjadi mangsa tohmahan Maktok.


Aku nak citer banyak pun kang mengganggu surprise cerita pulak. Secara kasarnya, kisah ni tentang Hariez yg baru pulang dari Dubai. Opah dia nak dia kawin dgn salah sorg cucu maktok sbb diorg penah berjanji dulu. Hariez akur kerana dia tak mempunyai pilihan hati lgpun dia memang ingin mempunyai keluarga sendiri.


Dia dibenarkan memilih seorg dari 7 cucu maktok yg masih single dan available. Wajah pertama yg mencuri hatinya adalah Husna yg mempunyai pakej lengkap sbg isteri pilihan. Maktok pun mcm confident saja Husna, cucu sulungnya, akan menjadi pilihan Hariez sehinggalah Tija muncul. Tija adalah cucu bongsu maktok. Dia cantik dan ceria tetapi dia tidak secantik Husna. Perhatian Hariez yg 100% kpd Husna sudah terbahagi persen nya. Tija masih terlalu muda, lulusan SPM yg sudah bekerja dan berpewatakan ceria riang ria, manja. Husna guru lepasan ijazah yg bijak dan bersopan santun.


Hariez digambarkan seorg jejaka kacak yg menjaga solatnya, malah menjadikan solat sunat sbg hiasan amalannya. Tetapi bila dlm pergaulan, dia tidak kekok mendekati dan memegang tangan gadis pilihannya yg belum dinikahinya. Seperti ada yg tak selari pulak character ni.


Malah dlm cerita ni spt menghalalkan hubungan antara sepupu yg seperti adik beradik. bergurau senda bertepuk tampar seperti adik beradik kandung. Memang antara mereka hanya wujud kasih sayang adik beradik tetapi hakikatnya mereka sah berkahwin jadi saya rasa kurang wajar kemesraan antara sepupu lelaki dan perempuan yg sudah baligh yg bebas bersentuhan.


SElain daripada itu, saya suka cerita ini yg saya rasakan sangat lain daripada yg lain. Cerita yg membuat kita ketawa dan menangis. Penulis bijak menzahirkan emosi watak2nya membawa kita turut merasa kegembiraan dan kesedihan mereka. Tahniah buat penulis.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Luqman Hariez disuruh memilih salah seorg daripada tujuh cucu perempuan maktok utk dijadikan isteri, sementelah untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan maktok.


Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bhw Husna, gadis yg paling cantik dan lemah-lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yg sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yg bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dgn kasih sayang dan keceriaan.


Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihan hatinya telah mendapat tentangan hebat. Bagi hariez, itulah pilihan yg paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.


Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yg singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya?


"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab utk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yg membuatkan aku rasa bahagia..."
-Luqman Hariez-

Review 212: Bukan Salahku by Liza Nur


Bukan Salahku
Penulis: Liza Nur
Terbitan Buku Prima
cetakan pertama 2010
RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
isbn: 9789675489594


"izinkan aku mengiringi langkahmu selagi tiada yg menemani."


Sejujurnya aku sgt kagum dgn karya ini. Liza Nur mengangkat tema 1Malaysia dgn cara yg sangat menarik dan menyentuh hati. Kisah yg menyuburkan tema bersatu padu tanpa mengira bangsa. Membuat kita melihat harmoni yg Malaysia nak bawa ke mata dunia. Tahniah buat penulis :)


Kisah Asyiqeen ni agak berat. Dia anak yg teraniaya yg berusaha menjaga adiknya yg kurang upaya. hancur luluh hatinya bila adik tersayang pergi dalam keadaan yg sangat memilukan. tangkap nangis abis... Mak Tok dia tu kejam betul.


Kebijaksanaannya dlm pelajaran membawanya jauh ke Australia atas ikhsan dan budi baik insan mulia bernama cikgu Zabedah. Lepas belajar Asyiqeen terus bekerja di sana. Tetapi dia terpaksa meninggalkan segala2nya apabila menerima wasiat sahabat baiknya, Zahra utk menjaga Adib Farhan yg memerlukan perhatian seorg ibu.


Sblum ke Australia, Ash penah menaruh perasaan pada Aazad, anak cikgu Zabedah. Aazad pun mcm tu tapi dua2 tak penah meluah perasaan. Ash kecewa apabila dia balik utk nak surprise Aazad tapi Aazad tu dah ada pengganti sbb dia yakin Ash takkan kembali. Pandai pulak jeles si Ivan tu, kalau sebut nama Aazad mesti jadi Hazard. hehe.


Penulis sangat sensitif dgn emosi watak2nya, sama2 membawa kita ke rasa hiba dan sedih watak2nya.


Ivan hanya menyintai Asyiqeen tetapi tidak pegangan agama Asyiqeen. Keputusan Asyiqeen utk meninggalkan Malaysia membuat Ivan berada di persimpangan dan sukar membuat keputusan. Ivan dan Islam adalah sangat dekat sebenarnya tetapi bencinya pada ibu telah membuat dia membenci konsep beragama dan adat resam.


Kisah ini jadi menarik apabila Ivan menjejakkan kaki ke Malaysia. Dia cuma nak tengok2 masa mula2 tu tapi last2 terduduk sini terus apabila bertemu dgn ahli keluarga ibunya yg ramah tamah dan sgt penyabar dgn sikap angkuh Ivan. Di sini dia lebih dikenali sbg Ashraf, anak arwah Melissa. Kelakar la masa Ashraf mula2 nak berjinak dgn suasana dan budaya di kampung. Adaka dia nak pakai baju melayu dan sampan sekali. mana nak letak sampan kat baju melayu? Utk melembutkan hati Ashraf, pak long daud mengatur strategi utk menjejak siapakah 'Ash' yg selalu disebut2 Ashraf. Dia percaya 'Ash' akan dapat mengubah Ashraf.


Memang byk la scene2 menarik semasa Ashraf kat Malaysia. Tergelak gelak jugak sepanjang membaca novel ni :) Ashraf tu sampai sanggup tidur atas tilam usang, asalkan dapat berjiran dgn Ash. :)


Bagi aku novel yg ada guna tarikh pada bab2 nya akan kelihatan dan 'seasoned' bila kita baca novel ni tahun yg lain.


sure fine whatever
alongside


blurb/sinopsis belakang buku:


Asyiqeen menjaga adiknya yg kurang upaya sejak berusia 10 thn, selepas ibunya meninggal. Dek kerana dendam kesumat dlm diri Mak Tok, Asyiqeen yg dalam jagaannya diseksa. Di Sydney, dia bertemu dgn Ashraf Ivan Obaydin, lelaki yg tidak percaya pada kewujudan agama dan adat resam. Berita mengenai kematian kawan baiknya, Zahra Ruwaida memaksa Asyiqeen pulang ke Malaysia. Rasa bersalah pd arwah ibunya, Melissa memaksa Ivan menjejakkan kaki ke Malaysia. Mampukah Asyiqeen berdepan dgn masa silamnya? Mampukah Ivan mendalami agama dan budaya arwah ibunya, yg selama ini dibenci?


Kalaulah kau nampak apa yg aku nampak di sana? Kalaulah kau kenal segala yg aku cintai? Aku takkan tinggalkan kau. Aku akan menunggu kau seperti yg kau mahu. Tapi, kau terlalu mengikut telunjuk nafsu, tunduk pada kemahuan manusia yang tak pernah ada batasan. ~ Asyiqeen


"Aku akan berubah utk kau. Kalau kau nak aku fahami budaya kau, aku akan cuba faham. Kalau kau nak aku percayakan Islam, aku akan percaya. Kalau kau nak aku belajar Quran, aku boleh belajar. Kalau kau rasa dgn cara ini kita boleh bersama, aku ikut semua yg kau mahukan." ~ Ivan Obaydin


Cinta pada keamanan. Cinta pada penyatuan. Cinta sesama manusia. Cinta itu telah lama hidup dalam diri kami. Sebelum kami belajar tentang kewujudan bangsa dan perbezaan warna kulit, kami mengenal antara satu sama lain sbg manusia yg mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut. Kami satu biarpun beribu. ~ Ah fong


------
BUKAN SALAHKU suatu eksperimentasi tentang dua persoalan yg selalu bermain di fikiran saya, agama dan adat resam. Saya cuba mewujudkan watak utama yg dahagakan ilmu dan iman, terjerat di antara dunia timur dan barat. Menzahirkan watak manusia yg hidupnya kosong tanpa pegangan dan cara watak itu mengisi kekosongannya sesuatu yg saya rasa mencabar.
~Liza Nur~

Review 211: 19 Hari Sesat di Gunung Tahan by Nur Umaisarah Sameaun



19 Hari Sesat Di Gunung Tahan
Pengalaman: Nur Umaisarah Sameaun
RM16.50
Sabah/Sarawak: RM19.50
isbn: 9789675234415
165 mukasurat


Kalau org sesat dalam hutan mesti bunian dan jin dipersalahkan. Curiosity membuat aku nak sangat baca buku ni. Nak sangat tahu apa yg dilalui Umai sepanjang 19 hari dia sesat di dalam hutan. Semasa tempoh kehilangannya, macam2 cerita spekulasi yg kita dengar malah memang ramai yg tidak menyangka seorg gadis boleh survive dalam tempoh itu dalam hutan tebal.


Kisah kehilangannya memang mendapat liputan meluas dalam media2 kat Malaysia nih. Masa tu memang mcm2 spekulasi lah orang buat. Tak sangka pula dia jumpa jalan keluar dgn sendirinya tanpa bantuan sesiapa. Org cari kat tempat lain, dia tembus kat tempat lain. Tempat jauhhhhhhhhhh dari lokasi dia mula2 dilaporkan hilang.


Kisah ini diceritakan sendiri oleh Umai dan ternyata dia sendiri menyesali keputusan awalnya semasa mula2 mendapati dirinya sesat. Kerana tidak sabar menunggu dia mencari sendiri jalan keluar sehingga menyebabkan dia lebih jauh sesat di dalam hutan tu.


Suasana dalam hutan melalui cara penceritaan Umai, tidak lah menyeramkan. Mungkin hari2 yg meletihkan yg dilaluinya membuat malam berlalu begitu saja. Part yg membuatkan aku meremang seram adalah kisah2 mimpinya. Yg datang 'melawatnya' dan meninggalkan pesan2 adalah wajah2 yg dikenalinya.


Memang siksa perjalanannya, ntah berapa kali tergelincir, terjatuh dari tempat tinggi sehingga luka2 sana sini. Mungkin itulah dugaan dan pengajaran besar dalam hidupnya yg menjadikannya insan yg lebih bijak dan lebih bersyukur. Part dia citer dia lapar tu buat aku sendiri terasa lapar. Dia memang tak jamah makanan langsung. Dia tak pasti nak makan daun apa. Utk keselamatan diri, dia cuma minum air sungai saja. Dan bila lapar sgt, dia cuma mampu membayangkan dirinya sedang menikmati makanan enak.


Part pertemuan semula dgn keluarganya memang menyentuh perasaan, tambah2 perbualan Umai dgn ayahnya.


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb:


Mungkinkah kita dapat bertahan di dlm kawasan gunung selama 19 hari tanpa makanan dan hanya meneguk air sebagai penghilang lapar dan dahaga? Tentu ramai yg mengakui tidak sanggup malah mengimpikan pun pasti tidak mahu.


Percaya atau tidak Nur Umaisarah Sameaun atau lebih dikenali dgn nama Umai telah berjaya melepasi halangan itu. Berbekalkan semangat yg cukup kuat, beliau yg sesat tatkala mahu menikmati panorama indah pokok bonzai di kawasan berdekatan, meneruskan perjuangan merentas hutan rimba.


Walaupun pelbagai dugaan yg menimpa dlm usaha beliau utk mencari jalan keluar hingga tersasar jauh membuat beliau semakin kental setelah apa yg dilaluinya berjaya diharungi.


Ikutilah realiti 19 Hari Sesat di Gunung Tahan.

---------
"Mak, Umai lapar. Umai nak balik!" Suaraku yg tersekat-sekat akhirnya sarat dgn tangisan yg cuba kutahankan sejak sekian lama. Tembok keegoan dan kedegilanku akhirnya runtuh dgn kemunculan wajah mak dan bapak silih berganti. Akhirnya aku tewas juga dgn perasaanku sendiri. Kelaparan yg semakin memedihkan perutku, tambah menggores hati dan sanubari

..........
"Mustahil manusia boleh hidup tanpa bekalan makanan utk jangka masa yg begitu lama? Perempuan pulak tu? Mesti org bunian sorok kamu ni."


.......
19 hari aku bersabung nyawa menanti bantuan tiba dgn penuh kesengsaraan, tetapi masih ada yg tergamak mempertikaikan apa yg telah aku alami?

Review 210: Biarkan Ia Pergi by Liza Nur


Biarkan Ia Pergi
Penulis : Liza Nur
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
Cetakan Kedua 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: Rm22.90
583 mukasurat


"Hapuskan derita yang menghambat bahagiamu..."



Penulis ini mempunyai gaya sentuhan menarik melagukan cerita ini dalam nada berat dan menyentuh perasaan. Pada masa yg sama, Liza Nur juga membuat kita ketawa. Dlm scene sedih kita masih boleh tertawa dgn lagak atau dialog pendokong watak2 dlm novel ini. Watak2 yg mula2 buat aku tergelak masa scene sedih giler adalah Tok Amin ngan Nek Jah. Sweet old couple.


Tunjang utama cerita ini adalah Alissa yg melahirkan anak luarnikah tanpa kerelaannya. Dia amat mengasihi Ameen Zaquan, anaknya.


apa yg menjadi misteri bg Alissa adalah dia sendiri tidak tahu siapakah yg bertanggungjawab meragut maruahnya. Yg pasti peristiwa itu meragut segala kebahagiaannya termasuk disingkir keluarga tersayang. Mgkin sebab terlalu marah kot tu yg bapak dia tak nak dengar penerangan Alissa.


Hanya selepas melahirkan Ameen Zaquan barulah dia seperti melepaskan kemarahan dan dpt menceritakan kisah sebenar tapi tu pun kat jirannya yg awal2 lagi sudah salah sangka dan menyebarkan cerita yg buruk2 tentang dirinya. Aku suka pulak bila Alissa meninggalkan tempat itu dan membiarkan rasa bersalah bersarang dlm diri jiran dan maksu dia tu.


apa yg jadi sebenarnya? Well, citer dia cenggini. Banyak org yg terlibat secara tak sengaja sehingga membawa kepada nasib malang Alissa. Zaquan Zachery berdendam dgn Elina, perempuan yg disangkanya telah menyebabkan abgnya Aqash hampir2 meragut nyawa sendiri. Zaq dan sahabatnya Haris merancang utk memberi pengajaran kpd Elina. Haris mengaturkan supaya Elina diculik dan dihantar ke sebuah hotel utk ditakut2kan oleh Zaq. Malangnya ketika itu Alissa yg ada di situ utk hantar baju Elina spt yg diminta sahabatnya, Fara. Haris ngan Zaq dua2 tak pernah kenal Elina.


Sebelum pergi ke tempat Elina dikurung Zaquan terminum air yg mengandungi pil khayal yg disediakan oleh Badry utk Fara. Bila jumpa 'Elina' (yg sebenarnya Alissa), Zaquan hilang pertimbangan gara2 pengaruh pil khayal dan meragut kehormatan Alisa. Walaupun Zaq dan Haris tu bukanlah lelaki paling baik di dunia dan agak nakal, mereka bukanlah yg jenis yg meniduri wanita sesuka hati. Kedua2 mereka berasa bersalah atas keterlanjuran yg telah berlaku. 'Elina' tidak sedarkan diri sepanjang kejadian tersebut. Haris bertindak mulangkan Alissa di tempat Alissa ditemui. Dia masih menyangka itu Elina.


Setelah pemikiran Zaq semakin stabil, dia nekad menjejak Elina. Tetapi apabila Aqash baik semula dgn elina, dia mendapati Elina sama sekali bukan perempuan yg dia tiduri di hotel tu. Ini membuatkan rasa bersalah Zaq dah Haris semakin menggunung.


Semasa majlis persandingan Fara dan Iz, Zaq ternampak gambar Alissa dan di situlah pencariannya bermula secara serius. Fara jahat la, dia fitnah kata Alissa tu curang. Tanpa berfikir panjang Iz percaya bulat2 cerita Fara dan menerima Fara sbg pengganti Alissa. Di situlah rahsia sebenar tersingkap dan Fara diceraikan di atas pelamin yg indah. Ni lg satu perkara yg membuat aku tertarik dgn cerita ini. aku rasa puas hati dgn 'balasan' segera yg diterima org yg aku tak suka dlm citer ni, hehe. Penulis tidak melengah2kan isu dan menyelesaikan benda2 mcm ni as the story goes. Tak perlu simpan sampai ujung2 utk huraikan semuanya.


ok sambung balik citer... Sejak itu gambar Alissa menjadi peneman hidup Zaq. Dia menjejak ibu bapa Alissa di kmpung. Walaupun berdarah2 diblasah bapak Alissa, dia tetap berkunjung ke teratak tua itu bertanya khabar dan menjaga kebajikan ibu bapa Alissa. Dia berusaha mengenali masa silam Alissa di teratak itu dan jatuh cinta tanpa pernah betul2 berjumpa dgn Alissa.


Selepas 5 tahun, penantiannya bakal berakhir... jeng jeng jeng.... di sinilah kisahnya benar2 bermula. Tapi saingan utk Zaq ada. Badry dgn Iz masih syok kat Alissa walaupun tahu status Alissa. Zaq takkan melepaskan peluang itu begitu saja. Dah lama dia simpan hati dan perasaannya utk Alissa. Lgpun dia juga jatuh cinta pandang pertama dgn anak lelakinya Ameer Zaquan.


Banyak la nama dalam cerita ni. Watak yg muncul sekali saja pun dicerita abis nama penuh bini dan anak2nya. Dan nama2 tu kadang2 mcm terlalu moden.


Aqash dipamerkan sbg watak lelaki yg waras dan bertimbang rasa, tapi kenapa dia boleh amik decision utk nak cuba bunuh diri sdgkan dia beragama Islam, melainkan kalau dia pun tak berapa nak betul macam mak dia.


Penceritaan di hujung2 rasa macam lebih laju, mgkin sbb nak abiskan kisah ini tapi apa2pun, LOVE THE ENDING! ;)


sure fine whatever
rinn






blurb/sinopsis belakang buku:


"...Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Smpai sekrg saya hidup dgn tanda tanya." - Alissa


Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yg tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg melahirkan daya tarikan sementara. - Zaquan Zachery


"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani


"Aku cemburu, Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. Aku sayangkan kau lebih dari semua perempuan yg aku pernah jumpa sebelum ini. Walaupun dah terlambat, aku tetap nak beritahu kau. aku sayangkan kan. dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau dari dia semula." - Badry


-------------

Bygkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagiaan yg anda miliki dlm skelip mata, melunyaikan sgala mimpi2 indah yg pernah anda cipta kan. Persoalan inilah yg menemukan saya dgn titik permulaan kisah 'Biarlah Ia Pergi'. Saya cuba membygkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yg harus kita rentasi. saya mahu membawa pembaca meneroka hidup Alissa Othman, gadis yg tidak penah mengenal erti putus asa meski pun hidupnya beronar derita.
~Liza Nur~

Sunday, September 12, 2010

Review 209: Terbanglah Sayang by Aina Emir


Terbanglah Sayang
Penulis: Aina Emir
Terbitan KarnaDya
Cetakan 1 & 2: Tahun 2010
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
568 mukasurat


hmmm jenis novel yg membuat aku terkedu sbb tak sangka penulis akan membawa kita ke satu konklusi yg kita langsung tak jangka di sepanjang pembacaan. Smart! There's a little devil in every soul. And this one is a very very smart one.


Fiya dan Inaz adalah sepupu dan jiran. Diorg ni mempunyai rupa yg hampir sama tapi karakter diorang jauh berbeza. Inaz lebih kepada jenis yg loud dan Fiya lebih kepada jenis yg low profile. Memang Fiya lebih menonjol sbg heroin cerita ini kerana Inaz kelihatan sgt gelojoh dan gedik walaupun dia baik hati.


Pertemuan diorang dan kawan2 dengan Arash dan kawan2 mencetuskan perasaan baru di hati setiap mereka. Inaz memang awai2 dah booking Arash yang menepati citarasanya. Dia nak pasangan yang badan berketul dan hensem. Arash bagaikan bonus terbaik utk nya dah la hensem, muscular, pilot jet TUDM pulak tu.


Fiya kelihatan selesa dgn Faris walaupun sebenarnya dia sendiri ragu2 menerima lamaran Faris. Inaz memang awai2 reject Faris dan tak setuju Fiya kawin dgn Faris. Dia berjaya menggagalkan perkahwinan Fiya di saat2 akhir. Dan tanpa diketahuinya yg sebenarnya dia telah didorong berbuat begitu. Tapi Inaz tak pernah tahu bagaimana dan siapa.


Arash yg mula berbaik dgn Inaz kelihatan lebih tertarik pada Fiya. Ketika mengetahui Fiya tak jadi berkahwin sedangkan tarikhnya sgt hampir, Arash pergi menawarkan diri sbg pengganti Faris sbg pengantin.


Mereka jatuh cinta dan bahagia tapi kembalinya Inaz setelah menghilangkan diri (kerana rasa bersalah menggagalkan perkahwinan Fiya) telah menimbulkan rasa menyesal di hati Fiya. Dia menjauhi Arash dan seperti nak bagi chance utk Arash berbaik dgn Inaz. Arash mencari pengganti terbaik utk Inaz yg sudah dilanda depressi. Fiya pulak hidup dgn pelbagai spekulasi yang berlegar dgan sendirinya dlm kepala otak dia. Walaupun dia cuba menjauhi Arash, tapi dia sentiasa mencari semula Arash apabila rindu sudah tidak tertanggung.


Kisah cinta ini turut diselit dgn pencarian Arash. Dia mencari ibu bapa kandungnya setelah mengetahui dia anak angkat. Pencariannya berakhir dgn sesuatu yg amat membahagiakan :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Best Friends Forever (BFF)... merupakan ungkapan yg sering diucapkan 2 org teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yg sering mendpt gelaran 'kembar'; ke mana-mana shj, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.


Pun begitu, mereka bagaikan sedang dlm satu pertandingan utk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing2 berentap utk berada di depan.


Inaz, suka yg rancak dan kecoh, sedang mencari seseorg yg baik budi, menambat hati. Suka kpd yg bertubuh tegap... asal tidka mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dgn tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yg diimpikan?


Fiya pula, seorg yg pintar, suka kepada 'nature', minat aktiviti lasak, sayang kpd haiwan sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.


Munawarah dan Melissa, teman baik yg cuba menjadi org tengah, penasihat... mungkin juga pembelot?


Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel... dgn 4 org jejaka di atas gunung lagenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai persoalan dan teka teki.


Novel ini akan temukan pembaca dgn pelbagai karakter yg berbeza kerjaya, mendekatkan kita dgn wira-wira negara, yg mgkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yg dirasai oleh seorg anak angkat yg cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yg menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yg akhirnya terpaksa lakukan transformasi?


Sukarkah utk menerima kekalahan dan payahkah utk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yg bergelar insan yg disusun indah dlm novel 'Terbanglah Sayang'

Review 208: Cinta Tak Beralih by Hezzy Azra


Cinta Tak Beralih
Penulis: Hezzy Azra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
484 mukasurat
isbn: 978 983 124 562 0


"Untuk apa utara, selatan, timur dan barat jika kompas cintaku menghala ke arahmu"


Aku tak ingat pulak sama ada aku penah baca tak citer yg heronya jenis berkira atau penulis ni lebih suka merujuk Shaq sebagai lelaki yg 'kalkulatif'. Setiap sen memang dikiranya. Mgkin sikap kalkulatifnya menjadikan dia seorg yg berfikiran waras dan tidak bertindak melulu.


Larra dan Shaq sama2 jatuh cinta tapi timing diorang tak betul kerana mereka bertemu setelah Shaq bertunang dgn gadis pilihan ibunya. Memandangkan masa tu dia tak ada pilihan hati, lagipun usia dia sudah melangkau angka 30, dia berstuju saja dgn pilihan ibunya. Siapa sangka selepas itu barulah dia bertemu dgn gadis yg berjaya mencuri hatinya.


Walaupun dah bertunang, Shaq seperti melengah-lengahkan utk berterus terang dgn Larra sedangkan Larra sudah mula jatuh cinta dgn Shaq. Larra terkilan kerana bukan Shaq sendiri yg bgtau dia tentang perkahwinannya yg bakal menjelang. Larra bertindak menjauhkan diri dari Shaq tapi susah la sbb diorang keja kat area yg sama. Larra tidak mahu menjadi punca keruntuhan rumahtangga Shaq.


Selepas berkahwin, Shaq bersetuju menerima kenaikan pangkat dan ditukarkan ke Miri. Dia cuba menerima dan membahagiakan Balqis tetapi Balqis tu memang tipikal menantu pilihan dlm novel yg perangai ntahapahapa. Kebanyakan mak mentua dlm novel bekenan dgn perempuan2 yg macam nih. Aku pun tak tau kenapa.


Kedinginan Balqis semakin terserlah setelah beberapa bulan diorang berkahwin dan ada sebab tersembunyi mengapa Balqis menerima Shaq. Tanpa disedari, Shaq menjadi mangsa keadaan. Walaupun rumah tangga terumbang ambing, Shaq cuba memperbaiki keadaan tetapi Balqis tak pernah memberi kerja sama dan lebih mementingkan diri sendiri. Kesian pulak kat Shaq.


Aku menghargai cara penulis separate kan Larra dari isu keberantakan hubungan Shaq dgn Balqis. Tiada yg perasan langsung dgn kewujudan Larra di hati Shaq.


Larra ni bersahabat baik dgn Razlan sekeluarga. Kematian isteri Razlan mengeratkan hbungan Larra dgn anak2 Razlan sehingga menimbulkan hajat di hati keluarga Razlan utk menyatukan mereka. Walaupun aku sgt tak suka character Amin, tetapi sikap dia tak merestui hajat Razlan buat aku lega, sbb ada chance la utk Shaq ngan Larra. Bukannya apa, Larra tu setuju terima Razlan sbb yakin tak der sapa2 lagi selepas Shaq berkahwin dgn Balqis. Towards the end tu memang tak bleh la lepas novel ni, memang excited nak tau Larra end up ngan sapa.


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb


Bila hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yg sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dgn rasa indah yg dimilikinya itu.


Menatap Shaqril yg sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup utk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja utk dicuci.


Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dlm dilema. Kasihnya melimpah utk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yg diatur keluarga tidak mampu dibanah.


Hari yg dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.

Review 207: Kenangan Terindah by Hezzy Azra


Kenangan Terindah
by Hezzy Azra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008
RM19.90

520 mukasurat
isbn: 9789831243954

"Biarlah memori semalam tinggal tersimpan di sudut hati"


Hezzy Azra kembali dengan karya terbaru. Selepas Melodi Kasih memang ramai tertunggu-tunggu buah tangan baru dari penulis ini. Melodi Kasih byk mengumpulkan peminat Hezzy Azra tambah2 yg gemarkan sentuhan penulis jiwang romantis.


SEjujurnya saya lebih sukakan Akmal-Risa dlm novel ini berbanding Zaha-Fariq dalam Melodi kasih. Akmal-Risa bermula sebagai sahabat dan bertukar menjadi kekasih. Kemunculan Akmal pada permulaan cerita tak dianggap penting kerana dibayangi Ridzwan. Sama saja dgn Fariq dalam Melodi Kasih. Kemunculan pertamanya tidak menarik perhatian tetapi penulis bertindak menaikkan watak ini dalam cerita, jadi hero lah. Cinta Ridzwan-Risa rasanya kurang meninggalkan kesan, kerana mungkin sebab phase kisah mereka diceritakan dengan agak laju. Cepat rasanya cinta Wan beralih arah.


Saya suka membaca interaksi Ridzwan-Akmal di hujung cerita. Kegeraman Ridzwan dilakar dengan baik oleh Hezzy melalui kata2 Ridzwan kepada AKmal. Memang geram dengan Wan, macam nak berdiri dan sekeh2 mamat tu. Tak ada scene yg membuatkan saya rasa nak nangis. Cuma mungkin penghujung cerita Wan-Regina sahaja ada la rasa sedih sikit2.


Penulis meletakkan Wan-Regina di mukasurat2 akhir. Bagi yang suka membaca ending sebelum membeli buku, mungkin akan menganggap Wan-Regina adalah watak2 utama. Rasanya pilihan tajuk "kenangan terindah" adalah lebih baik daripada tajuk asalnya "kasih berubah" kerana ia seperti memberi hint kepada pembaca mengenai kisah dlm novel ini dan mungkin mengganggu 'surprise' cerita.


Ridzwan. dia ni baik dan bertanggungjawab tapi gelojoh. semua nak cepat. bila berlaku sesuatu yg tak disangka2 dia akan menyalahkan orang lain. sampai keputusannya mengahwini Regina dan memutuskan pertunangan dengan Risa pun dia menyalahkan Akmal. Ada ka patut? Kesian Akmal. Wan yg sedap2 kawin Akmal yg dipersalahkan kerana meninggalkan Wan semasa dia buat keputusan utk berkahwin dgn Regina. Dia juga menuduh Akmal merancang utk merampas Risa darinya.


Marisa. Seorg gadis yg sangat setia dlm bercinta. Lama masa diambilnya utk melepaskan kenangan bersama Wan. Bersahabat dgn Akmal kerana dia menyenangi gurau senda dgn lelaki itu. Mereka berkongsi suka duka. Dalam suasana bergurau mereka saling cabar mencabar dalam renungan tapi mereka lupa dengan kehebatan renungan dan benarlah kata "dari mana datangnya cinta? dari mata turun ke hati".


Akmal. Wan dan Risa adalah sahabatnya. Dia tak suka Wan memilih Regina dan meninggalkan Risa. Kembalinya dia ke Malaysia merapatkan persahabatannya dgn Risa. Dia mahu meluahkan perasaan tapi ingatan Risa terhadap Wan terlalu kuat sehingga sering terlepas menyebut nama Ridzwan. Dia menguji diri tentang sedalam mana cintanya pada Risa. Rindunya menggunung tak mampu dibendung. Pada masa yg sama dia turut menguji Risa yang resah membilang hari utk bertemu lagi dgn Akmal.


Marisa memutuskan utk meletakkan kesetiaannya pada Akmal. Namun Ridzwan kembali bersama Rayyan yg comel, tanpa Regina di sisi. Ridzwan menagih cinta dan rumah tangganya terumbang ambing. Risa memerlukan kepercayaan Akmal tapi mampukah Akmal membendung cemburu? Sorang hensem macam mat salleh, sorang hensem macam mat korea. Mana satu nak pilih ye?


Errr ada orang tanya kisah EJ (Melodi Kasih) ada terselit kat mana2 tak? hehe... ada plak tanya saya. tanya la penulisnya. ;) Ada peminat EJ nampaknya. Saya pun suka EJ jugak!


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak sanggup mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah demi cita-cita yang ingin digapai Ridzwan di luar negara.


Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya.


Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka. Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya.Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas ketika masih mentah. Kesabarannya berbalas, TUHAN kirim kan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.


Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah ke liru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?

Review 206: Melodi Kasih by Hezzy Azra


Melodi Kasih
by Hezzy Azra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
RM18.00
470 muka surat


"Bisikan senandung rindumu menemaniku di kala sunyi"


Terdengar juga desas desus di kalangan penggemar novel melayu yang senang dengan kisah yang disulam oleh Hezzy Azra ini. Antara sebab2 mengapa saya mendahulukan utk membaca buku ini. Tentu ramai yang tak nak ketinggalan mendapatkan novel ini di pasaran!


Watak utamanya seorang gadis yang ego setelah dikecewakan seorg lelaki dan lelaki2 yg rapat dgnnya semua tak boleh diharap, menjadikan dia seorang wanita yang berdikari. Semakin banyak pulak watak begini diletakkan sebagai main character dalam novel melayu sekarang ini. Sehingga menjadikan ianya agak stereotype. Namun, tak dapat disangkal watak2 begini yang dicari pembaca2 novel yg taknak watak utama dianggap 'easy'. watak yang dalam 'denial' yg mcm nilah biasanya menjadikan cerita lebih berperisa bila berhadapan dgn lelaki yang betul2 nakkan dia. Fariq adalah watak yg sempurna sbg lelaki biasa dalam dunia ini. hensem, berharta, berbudi bahasa dan sanggup mengejar cinta wanita idamannya. Kemunculannya di awal cerita seolah2 tiada signifikasi tapi pertemuannya dgn Zaha menjadikan dia tumpuan pembaca. Perjalanan kisah Zaha-Fariq memang menarik tetapi predictible hingga ke part 'krisis' pun dapat diagak lah.


Saya lebih tertarik kepada pasangan EJ-Taj, EJ yang penuh kejujuran dan Taj yang penuh putar belit. Saya suka perwatakan EJ yang manja dan kedegilannya bertempat. Mengejutkan juga cara Laila diselit dalam kisah EJ-Taj. ntah kenapa saya mcm tak terfikir lah pulak. Mungkin sbb saya sangka Taj tu mandul kot.. haha. Saya suka the way kisah EJ-Taj dilakarkan dan apa yang sepatutnya berlaku telah dilakarkan dgn baik dan we can see where it will go.


Iman-Huzir, cinta mereka tetap kukuh walau liku2 hidup byk menguji kesabaran mereka.


Ntah mengapa saya kurang tersentuh dgn scene2 sedih sbb saya ni jenis yang look forward to stuff tht can make me rasa sebak bila membaca.. tak der la sampai meraung. hehe.. apa2pun, Melodi Kasih yg dialunkan oleh Hezzy Azra ada nilai komersil. Karya pertama yang tidak menghampakan :) terima kasih Hezzy Azra & alaf21



sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah dilahirkan pada bulan yg sama tetapi menerima takdir yang berbeza-beza. Warna2 cinta mereka jg tidak sejernih titisan embun.


Zahara yg pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. namun sampai bila?


Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pd percaturan keluarga, menerima Taj sbg suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.


Istana cinta yg Iman bina bersama Huzir memekar bunga2 sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pd cinta yg ikhlas mereka berpaut. Teguhkan cinta itu?


Ah.. sukarnya mengungkapkan kata cinta. tatkala ucapan cinta dilafazkan, bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan. Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir, mudah juga dipersendakan. Lantas, tegakah insan2 ini berhadapan dgn kemelut cinta masing2? Dlm benci ada sayang. Akan ketemukah kebahagiaan yg didambakan?

Review 205: Nama Aku N by Aina Emir


Nama Aku N by Aina Emir
Terbitan KarnaDya solutions
Tahun 2008
RM17.00
330 mukasurat
isbn: 9789833316724


"Kau bagaikan bintang di langit... Tak berdaya untuk kucapai!"


gaya penceritaan mesra begini mengingatkan aku kepada 'Plain Jane' by Nurul Syahida terbitan buku prima :) Nyata kisah begini menjadikan pembaca akrab dengan watak 'aku'. Aina Emir mampu menyelami jiwa remaja kota yang sedang menginjak dewasa. Bila disebut gadis kota, mesti kita terbayangkan gadis yang serba moden mengharung arus kota, tapi ini adalah sebaliknya. N adalah gadis dari golongan miskin di kota. Perjalanan hidupnya berbeza dgn kebanyakan gadis kota yang lain. Pertemuannya dengan mak tok telah membawa dia ke satu level yang tak pernah disangka akan dikecapinya.


Pertemuan itu juga menemukan dia dgn Aunty Yam yg penyayang serta Abg Z yang mencuit hatinya.


Eric adalah sahabat yang sentiasa bersama2nya dan tidak malu2 mengakui menyayangi N. N serba salah kerana walaupun Eric semakin handsome, hatinya tidak pula tertarik kepada jejaka berdarah campuran itu. Ingatan kpd Abg Z dibawa merentasi garis2 hidupnya, menjauhi Mak Tok dan menjauhi Aunty Yam. Namun pertemuan semula telah ditakdirkan. Taraf hidup N sudah semakin baik berkat usaha dirinya sendiri dan bantuan Eric. Dia nekad utk memajukan keluarga yang serba kekurangan. Usahanya tidak sia-sia.


N bukan saja menarik perhatian Eric & Dr. Z tapi juga salah seorang pensyarahnya yang dlm misi mencari ibu utk anaknya. Kesian N gelabah nak cari 'tunang instant'. hehe.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.


N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.


N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.


Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z.


Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi… sesuatu telah berlaku.
N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar ‘teman tapi mesra’.


Ikutilah kisah gadis kota ini... novel ala chick lit yg sangat sesuai bagi pembacaan mereka yg suka gaya santai dan brjiwa remaja.

Review 204: Kau Laksana Bulan by Aina Emir

novel ini kembali popular selepas diangkat ke skrin tv sbg drama bersiri baru2 ini. Malah, karnadya bertindak bijak menerbitkan semula karya ini dgn kulit buku edisi terhad yg memaparkan ayu raudah. :)


Terbitan KarnaDya Solutions
Kau laksana bulan by Aina Emir
RM19.90
530 muka surat


"Aku tidak melihat cintamu dengan sepasang mataku... Aku menyuluhnya dengan mata hatiku"


Eh tak sangka saya dah baca hampir semua buku2 Aina Emir, kecuali Semalam Kubermimpi. Masa dengan alaf, semua tajuk bukunya mula dengan 'se' sesuci seharum setulus. Karya pertamanya dengan KarnaDya, Aura cinta, bagi saya kurang menyengat.. well Kau Laksana Bulan (KLB) cure rasa tak puas hati saya masa baca Aura Cinta dulu. KLB adalah sesuatu yg baru dari hasil tangan Aina Emir kerana menyelitkan unsur suspen thriller yg baik. Dia bijak memilih latar belakang character utama, iaitu seorang penulis bernama Adrianna yg merupakan penulis novel thriller/romantik. Bagi saya Adrianna ni seorang manipulator. Dia
impikan seorang kekasih yang handsome macam Syafik dan yang romantis macam Razif. Tapi Firas yg muncul tidak memiliki kedua-duanya tapi ada sesuatu yg memikat Adrianna. Takdir menemukan mereka dan terlalu byk kebetulan antara mereka spt nama character dan kerjaya watak utama utk novel terbaru Adrianna adalah sama dengan Firas.



Aina Emir byk berkongsi pengalaman menaiki perkhidmatan rel di malaysia spt LRT, Komuter dan ERL dalam buku ini.


berbalik kepada isu Adrianna sbg manipulator. Dia terpikat dgn Syafik sbb dia hensem. Dia terpikat dgn Razif sbb Razif hensem dan pandai berpuisi dan bermain dgn kata2. Syafik dan dia terpisah bila sambung belajar. Razif meninggal dunia.. membawa pertemuan dgn Firas, seseorang yg tidak memenuhi character idamannya tetapi Firas mempunyai senyuman menarik dan peribadi yang baik. Adrianna menggunakan Firas utk mencari maklumat bagi menyiapkan novel terbarunya. Firas kecewa bila tahu dia dipergunakan. apabila kehilangan Firas baru Adrianna tahu dia kasihkan Firas, semasa itu dia mempergunakan Eizlan utk
mengubat hatinya.


macam mana la Adrianna ni. Bila dia dan Firas kembali berbaik, Adrianna bertindak bijak dengan menceritakan semua sejarah silamnya dgn syafik, Razif dan Eizlan. Firas menerima dengan senang hati kerana Adrianna tidak lagi berahsia dgnnya tapi bila Razif yg disangka mati muncul kembali, Adrianna tersilap langkah kerana tak berterus terang dengan Firas meragut kepercayaan firas buat kali kedua.


Yg thrillernya adalah watak Eizlan yg mula obsess dengan dengan Adrianna. Dia jadi peminat fanatik yang ada masalah mental. Adrianna diburu seperti watak-watak utama dalam novelnya... watak Eizlan memang misteri dan memang tak sangka langsung siapa Eizlan sebenarnya.. kena baca la kalau nak tau.


Syafik seorang lelaki yg tidak berpendirian, byk mengikut telunjuk ibunya yg mementingkan status. syafik hampir2 bertunang dgn Adrianna tapi ibu syafik tak suka sbb Adrianna ni tak der kerja tetap, hanya seorang penulis novel. tapi biler novel2 nya meletup di pasaran dan mendapat liputan media, barula terhegeh hegeh nak masuk meminang tambah2 biler tengok Adrianna membesarkan lagi rumah kediaman keluarganya


sure fine whatever
Rinn


Terbitan KarnaDya Solutions
Sinopsis belakang buku:


Selepas SESUCI CINTA, SEHARUM KASIH, SETULUS JANJI, AURA CINTA dan SEMALAM KUBERMIMPI, AINA EMIR kembali lagi dengan sebuah novel romantis yang tentunya mempunyai kelainan daripada novel-novelnya sebelum ini.



Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!


Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.


Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicpta.


Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang ambik, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. dalam begitu, lelaki ini mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri dan kini mula menghantui hidupnya!


"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit."


Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka-teki dalam perjalanan cerita!

Review 203: Aura Cinta by Aina Emir


Terbitan KarnaDya Solutions
Aura Cinta by Aina Emir
RM19.90
568 mukasurat


"Akan kuhitung setiamu, akan kuhitung janjimu..."


err gambar rumah kat kulit buku tu rumah Cikgu Sally ke? Teringat pulak sama Abe dan Amek di kg kuala boh sana, apa khabar agaknya adik2 keluarga angkat saya di sana.. last sekali berkirim berita pon masa hantar kad raya tahun lepas. ntah bila la nak sampai sana lagi. Dengar-dengarnya rumah2 orang asli di kg kuala boh dah diganti dengan rumah2 jenis PPRT. *sighs* melalut lah pulak.


kisah cinta gadis rimba dengan jejaka kota ni memang first time la saya baca, almaklumla baru jer masuk bulan keempat menanam minat membaca nih. Tinggi jugak harapan bila baca buku sebab sebelum ni memang dah baca citer2 by Aina Emir dan chemistry characters dlm citer2 tulisannya memang agak kuat. tapi dalam citer ni i didn't feel the chemistry between the main characters Azraai dgn Aisya Hanan terutamanya semasa awal cerita. aura tak sampai la pulak :)
hinggalah ke pertengahan buku, selepas terburai kisah pertunangan Azraai, sehingga Aisya ke Belgium, kembali semula ke malaysia masa tu baru penulis berjaya menimbulkan chemistry tu. Anyway it's a love story di ceruk dunia yg jarang kita ambil tahu and it is a good approach. before this Aina Emir byk juga menggunakan bahasa2 asing dlm penulisannya spt Arab, Itali dan french, dlm buku Aina Emir ada menyelitkan bahasa org asli semai dan jugak sajak2 dari Salmiah Ismail.


Citer ni tentang Azraai, tugasan kerja membawanya ke perkampungan orang asli Kampung Merah, membawa pertemuannya dgn 2 beranak yg cantik jelita, Cikgu Sally dan Aisya Hanan. Hatinya terpaut pada Aisya Hanan yang misteri dan gila-gila. Dia lupa pada Nurbaiti yg setia menantinya, tapi dia tau Aisya Hanan bukan calon isteri yang ideal spt Nurbaiti tapi Aisya menarik di matanya.


Cerita menjadi menarik bila mendapati Aisya rupa2nya adik tiri kpd Khairul, adik ipar Azraai. Azraai bijak menggunakan peluang utk membantu Aisya dan mdpt kepercayaannya. Apabila Aisya tidak memberikan kepastian Azraai menerima desakan ibunya utk bertunang dgn Nurbaiti yang sentiasa tenang dan menurut kata. Baginya Nurbaiti tidak mencabar ego lelakinya. Hidupnya akan menjadi terlalu biasa, dia inginkan cabaran dan kelainan dlm kehidupan hariannya.


Azraai dan Aisya sudah pandai merindu dan sering berjumpa bila tiba2 Cikgu Sally seperti melarikan diri ke kota. Azraai menemukan Aisya dgn bapa kandungnya yg disangka mati dan mengukuhkan lagi kepercayaan dan cinta Aisya pada Azraai. Khairul tak suka Azraai menduakan Baiti terutamanya dgn adik kandungnya. Aisya akhirnya tahu Azraai dah bertunang. Dia ke Belgium utk mempromosikan lukisan2nya, di sana dia cuba mengalihkan cintanya pada Serhan Aydin tetapi tak berjaya.


Azraai tetap meminta dia meluahkan perasaan cinta sedangkan hari perkahwinannya yg ditunda-tunda semakin hampir.


sure fine whatever
Rinn


Terbitan karnaDya Solutions


Sinopsis belakang buku:


Penglipur lara moden. Itulah Aina Emir, penulis matang berjiwa muda. Ramai yang melabelkan penulis ini sebagai "The Queen of Romance." Aina Emir adalah novelis kepada novel-novel bestseller... Sesuci Cinta, Seharum Kasih dan Setulus Janji.


Aura Cinta semestinya akan membawa anda mengembara ke alam keasmaraan yang lebih mencabar, penuh misteri, ada debaran... dari muka surat pertama, hingga ke penghabisan!


AURA CINTA menemukan anda kepada Azraai, lelaki Melayu yang bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dgn sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja??


Aisya Hanan dan Cikgu Sally... mencabar jiwanya yang selama ini dirasakan aman dan tenteram. Dalam kekeliruan, Azraai tidak mampu untuk menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis ini juga sudah lama taat menantinya. Di manakah letaknya nilai kasih seorang gadis matang, berjiwa murni, sopan santun dan berakhlak tinggi?? Bukankah dia mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang calon isteri?


Siapa pula Khairul, Anjang Sadang, Serhan Aydin dan Irfan? Bukan mudah untuk memilih. Tidak juga mudah untuk mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi dan ilusi. Anda akan dibawa ke kawasan perkampungan orang asli di daerah Kuala Lipis, Pahang, satu kawasan tropika yang meninggalkan terlalu banyak teka teki untuk Azraai. Panoramanya cukup indah namun tetap berbeda dari yang biasa. Anda juga akan ke Lembah Kelang dan Negara Belgium dalam novel ini. sama-samalah bertemu dengan karekter-karekter yang semestinya akan membuat anda berkhayal, sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.