Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, February 27, 2012
Review 657: Makkah Al Mukarramah Kelebihan dan Sejarah
Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah
Penulis: Abd. Basit Abd. Rahman
Terbitan Telaga Biru
RM30.00
Sabah/Sarawak: RM32.00
228 mukasurat
9789675102073
"Info lengkap bergambar di dalam!"
Aku mula terpikat dengan buku terbitan Telaga Biru setelah membaca "101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al Quran, Khasiat& Kaifiat Beramal" yg kak ima beli. aku tolong baca :) Kagum kan bila apa saja yang kita gundahkan ada doa penawar dalam al-Quran untuk kita panjatkan hajat dan rintihan kita kepada Allah S.W.T
Buku Makkah al Mukarramah ni aku nampak ketika nak bubuh minyak kereta di Petronas. Covernya menarik dan warna hijau memang mudah menangkap mata aku. Jeles juga bila sering mendengar cerita-cerita perjalanan kawan-kawan ke kota Mekah. tempat yang dilawati, Kaabah yang ditatap secara live. Buku ini membawa kita mengenali Kaabah dengan lebih dekat. Asal usul Kaabah diceritakan dengan terperinci.
Amat sesuai dimiliki mereka2 yang berhajat hendak ke Mekah kerana apabila kita kenali asal usulnya serta sejarah para nabi dan sahabat di sana akan membawa kita menghayati tempat yang kita jejaki dengan lebih mendalam.
meRinnTis blurb/sinopsis
Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah, kelebihan, pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang ibadah tawaf dan sa'i, syarat memasuki Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detil struktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidilharam, cara penyusunan saf di keliling Kaabah, lokasi ibadah haji (al-Masya'ir seperti Arafah, Mina dan Mudzalifah, serta masjid-masjid dan tempat-tempat bersejarah di Makkah. Semua gambar foto, artifak dan lukisan bersejarah dalam bentuk warna warni yang menarik. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.
-----------
Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman atau Abu Anas Madani lahir di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Mendapat ijazah B.A (Syariah), M.A. (Syariah) dan Ph.D (Syariah) dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan di samping menjadi penceramah jemputan. Beliau juga Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1428-1429H di samping pensyarah separuh masa di kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Beliau juga membimbing jemaah haji VIP melalui pakej Dar al-Eiman. Beliau pernah menjadi ahli panel forum "al-Kulliyyah" TV3 serta program "Jejak Rasul".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment