Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, February 27, 2012
Review 656: Bening Merah Jingga
Bening Merah Jingga
Penulis : Nazurah Aishah
Editor: Norzuzilawati Sulaiman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama Julai 2011
RM20.00
RM23.00 Sabah/sarawak
513 mukasurat
9789675118630
Kisah Ellina, seorang anak angkat yang diragui status sahnya. Ibu Ellina meninggal dunia ketika sedang menyusu dirinya. Hajah Maisarah menerima Ellina dengan penuh kasih sayang tetapi Haji Idris tidak pernah membuka hatinya untuk menerima Ellina malah melarang isterinya menyusukan Ellina. Ehsan anak kandung mereka jatuh hati pada adik angkatnya. Dia tahu ibunya bukan ibu susuan Ellina, so dia mahu Ellina menjadi isterinya. Ellina banyak mengalah dalam menghadapi kerenah Haji Idris malah dia pernah cuba menerima Raizal sebagai tunangan tetapi pertunangan itu membuat Ehsan kecewa dan bergaduh dengan Raizal. Ellina tidak dapat mencari keserasian dengan Raizal malah dia rasa terkongkong dengan pelbagai protokol ketika bersama raizal. Semua itu membuatkan Ellina nekad utk memulangkan cincin pertunangan. Tindakan Ellina membuat Haji Idris dan adik beradiknya bertambah benci pada Ellina.
Kepulangan Ehsan dari luarnegara membuat haji Idris resah. Dia bimbang cinta antara ehsan dan ellinna membara semula. Sampai bila2 dia takkan terima Ellina yang tidak tentu keturunan itu. Awal-awal lagi ellina mengalah dan membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri. Haji Idris ni tak pernah hargai pengorbanan Ellina malah hasrat Ellina berpindah tu pun diberi komen yang sinis dan negatif. Kononnya senanglah ellina nak berfoya-foya bila jauh dari keluarga. adoi sakitnya hatiku. Ehsan seorang lelaki yang kuat cemburu. Ellina bercakap di telefon pun dia boleh jeles sedangkan dia tak tau dengan siapa Ellina bercakap. Hajatnya ditentang bulat-bulat oleh Haji Idris. Diungkit ungkit pula tentang status kewangan Ehsan yang tak menentu. Baru keja dah sibuk nak kawin. Ellina mengalah dengan Haji Idris. Dia tahu ayahnya mahukan menantu dari keturunan baik2, malah Islam sendiri menyarankan memilih isteri yang dari keturunan baik2. Status sahnya membuatkan dia tiada dalam senarai calon Haji Idris untuk dijadikan menantu. Elly berjanji tidak akan berkahwin dengan Ehsan selagi dia tak dapat mencari bukti bahawa dia zuriat yang sah.
Pencarian Ellina membawanya ke Kota Bharu dan perkenalan dengan Shahrul. Shahrul mulanya kelihatan sangat baik tapi rupa2nya kaki menipu dan perabih harta orang. adussss sungguh tak tahu malu mamat tu. Dah tu suka pulak meletakkan kesalahan pada orang lain. Kehadirannya ke rumah seorg ahli Parlimen merungkaikan sedikit demi sedikit mengenai kedudukan Ellina. Ellina yakin itulah lelaki yang menjadi suami ibunya tetapi lelaki itu menidakkan yang dia pernah bernikah dengan Melissa.
Risau pulak bila Ellina ni kelihatan melayan saja kerenah Shahrul yang cakap besar tetapi kosong tu. Gila tak malu Shahrul tu, siap suruh Ellina juai laptop utk dapatkan duit dari Ellina. Katanya nak ke UAE untuk bekerja.
Penolakan Ellina membuat Ehsan merajuk dan cepat2 mencari pengganti untuk menyakitkan hati Ellina. Aqilah dipinang dengan restu tidak berbelah bagi dari Haji Idris. Hantaran 21ribu Haji Idris sanggup support asalkan calon isteri Ehsan bukannya Ellina. Dia tak bising-bising pulak bab baru bekerja dan duit pun tak cukup lagi nak bagi makan anak bini. Tindakan Ehsan buat aku rasa memang patut pun Ellina cuba lupakan Ehsan tu.
Aku lemas dengan Hj Idris, Ehsan dan Shahrul. Lambatnya Hannan nak timbul.
Setelah separuh buku barulah watak Hannan dan si comel Faye Nasuha difokuskan dan menjadi penyeri cerita dan penyeri hidup Ellina. Hannan kehilangan isteri dan Faye menjadi penawar. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan mahu memberikan yang terbaik kepada Ellina yang sudah di book nya sebagai mummy baru Faye. Masalahnya Ellina rela jadi mummy Faye tapi bo layan Hannan. Watak Hannan lebih kepada pemujuk dan penyejuk hati. Si Ehsan pulak jenis hendak dipujuk dan dimanja-manjakan, kuat merajuk dan kuat cemburu pula tu. aduih...
Dah la Ellina pening memikirkan kesahihan bapa kandung dia, Hannan pulak menyelit dengan menjadikan Faye sebagai umpan utk menarik perhatiannya. Tapi sedikit sebanyak perkara ni menjauhkan dia dari memikirkan Ehsan dan Shahrul. Terharu betul dengan penerimaan famili Hannan. Mereka tidak banyak songeh. Sangat menyenangkan hati. Ada hikmahnya Elly berpisah dengan Ehsan. Banyak rasa sakit hati hilang dengan kehadiran Hannan sekeluarga. Hannan membuat kita rasa gembira untuk Ellina :) Hannan saaaaaaaaaaangat sweet :)
Penamat yang mana Nazurah nak bawa Ellina? hmm... aku seronok pulak bila Aqilah kena tangkap basah dengan orang lain. Padan muka Haji Idris dan Ehsan tu. Rasa macam selalu jugak terbaca kisah anak yang dibintikan dengan Abdullah kerana tidak berayah akan mendapat ayah angkat bernama Abdullah atau kebetulan nama Ayah betul dia memang Abdullah.
sure fine whatever
rinn
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
novelcinta@multiply.com
"Astagfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris.
"Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? anak haram?"
Benarkah Elinna dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.
Jadi dengan siapalah lagi Elly akan bahagia kalau bukan dgn Ehsan, mama?
Tetapi bagai mana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yg sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yg sudah berjanji mahu susah senang bersama?
Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak, janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment