Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, January 24, 2012

Review 655: Biarkan Ia Berlalu by Sha Ibrahim



Biarkan Ia Berlalu
Penulis: Sha Ibrahim
Terbitan Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Oktober 2011
RM37.00
Sabah/Sarawak RM40.00
9789675067860
1140 mukasurat


"Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yg bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab itu merana! Itu janji Nadia!"


Gila tebal. Tu yang pertama aku sebut bila tengok buku ni. Memang tebal. Memang bukan buku pertama yang akan aku capai memandangkan ketebalannya akan mengganggu 'gaya bebas' yang sering aku amalkan semasa membaca. tak boleh baca semasa agak letih atau mengantuk kerana kalau tangan terkulai buku ni akan tersembam ke muka, jadi la muka berbuku.


tapi bila dah mula baca buku ni memang susah nak berenti. Kronologi cerita tidak membosankan walaupun saiz nya sangat tebal. Misi Nadia untuk membalas dendam atas kehancuran keluarganya dan kematian bapa kesayangannya menjadi tumpuan utama cerita.


Suatu masa dahulu Nadia menjadi mangsa fitnah sehingga dia kehilangan cinta Johan. Dia menghilangkan diri ke United Kingdom dengan perancangan teliti dan nekad utk membalas dendam. Setelah 5 tahun, dia pulang untuk melengkapkan perancangannya dan menamatkan kisah dukanya dengan 'happy ending'.


Kalau kita baca blurb pun Friends Corporation digambarkan sebagai sebuah empayar baru yang berjaya menggugah keteguhan Perkasa Holdings milik bapa Johan. Sebuah syarikat yang menjadi empayar dalam tempoh 5 tahun yg diterajui 3 gadis berusia bawah 30 tahun adalah sangat-sangat mengkagumkan. Macam mustahil pun ada juga. Tambahan pula melihatkan sikap gadis bertiga tu yang keanak-anakan dan ala-ala kanak2 ribena.


Nadia muncul di Friends Corporation akhirnya setelah 5 tahun bekerja di belakang tabir. Tetapi bukan sebagai big boss. Dia berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha kepada akauntan di situ iaitu Syafiq a.k.a Lion King. Nadia dan Syafiq memang sangat sepadan kerana sikap mereka yang garang, banyak songeh, panas baran dan pantang mengalah. Cara mereka bekerja adalah seperti berperang tetapi kerjasama mereka menghasilkan keputusan yang membanggakan. Persamaan itu menjadikan mereka semakin selesa antara satu sama lain. Memang sepanjang masa la gelakkan Syafiq yg kuat kompelin dan marah2kan Nadia sedangkan Nadia tulah sebenarnya big boss di situ.


Nadia sering terjebak dalam situasi yang menjadikan dia kelihatan seperti seorang gadis liar yang jahat. Sahabat baiknya, Tiara dan Baby memang faham benar dengan sikap Nadia. Kalau Nadia kata "Jangan risau" maksudnya ada la benda besar yang dia akan buat dan menyebabkan orang lain sakit jantung.


Kisah-kisah di sekeliling Nadia juga menarik dan melengkapkan lagi kisah ini. Aku suka citer ni tapi kurang senang dengan watak-watak utama cerita ini yang bebas berpegang tangan dan berpelukan dgn best friend yang bukan muhrim.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis


Nadia... kepulangannya ke tanah air setelah 5 tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam! Disebabkan dendam jugalah Friends Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.


Identiti palsu sebagai graduan luar negara yang menganggur membuka peluang untuknya merealisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Syafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan 5 tahun dahulu.


Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu membalas dendam dan mengembalikan maruah keluarganya semula? Dapatkah Syafiq menerima diri Nadia seadanya?


Biarkan Ia Berlalu... padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.

2 comments:

  1. kak..kalo nk jual novel ni nti sms kite ek..ngeh2
    shieda- 012-6824860 (jiran blok sebelah)

    ReplyDelete
  2. belum ada stok untuk dijual lah shida. Kalau ada nanti kiter hallo. :)

    ReplyDelete