Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, January 15, 2012

Review 649: Kerana Sebuah Janji by Nozi Danisha


Kerana Sebuah Janji
Nozi Danisya
Kaki Novel Enterprise
cetakan pertama disember 2011
RM18
sabah / sarawak: RM21
9789675067884



Datuk Hisyamudin berasa bersalah apabila satu kemalangan yang melibatkan dirinya dan ibu bapa Dahlia telah meragut nyawa dua insan yg dikasihi Dahlia. Dalam umur semuda 17thn Dahlia sudah yatim piatu. Wasiat bapa Dahlia digalas penuh ikhlas oleh Datuk Hisyamudin utk memelihara Dahlia sebaiknya.


Kehadiran Dahlia mengundang rasa benci Dani terhadap gadis itu. Dia yakin Dahlia datang bersama agenda untuk mengikis hati keluarganya. Datuk Hisyammudin meninggal dunia ketika Dahlia masih menuntuk di kolej. Wasiat Datuk Hisyammudin telah memerangkap Dahlia dan Dani. Untuk menjamin agar Dahlia tidak ditinggalkan Dani setelah dinikahi, Datuk Hisyammudin mewasiatkan 30% dari hartanya kepada anak yang bakal dilahirkan Dahlia setelah mereka berkahwin nanti. Rasanya Datuk Hisyamudin tahu Juliana bukan set2 yang sesuai dibuat menantu. Dia lebih senang dengan Dahlia yang baik dan bersopan santun.


Dani memang sygkan Juliana tetapi Juliana lebih sayangkan kerjayanya sebagai pramugari. Dia hanya mahu terikat sbg kekasih Dani dan bukannya sbg isteri dan ibu kepada anak-anak Dani. Dia belum bersedia. Sikap Juliana itu mungkin mendorong Dani untuk menerima wasiat ayahnya. Dahlia pulak sudah terlajak kata berjanji dengan arwah Datuk Hisyamudin jadi dia sekadar mengotakan janjinya kepada orang yang telah berjasa kepadanya.


Ikatan mereka rasmi sebagai suami isteri setelah Dahlia sudi dan Dani menerima syarat Dahlia supaya berjanji agar tidak jatuh cinta padanya. Dahlia redha sekiranya Dani mahu memperisterikan kekasihnya yg sudah saling mengenali lebih 7 tahun. Setelah menjadi suami isteri Dani serta merta memungkiri janjinya untuk tidak jatuh cinta. Dahlia adalah isteri yang cukup sempurna untuknya tetapi hatinya tersiksa apabila tidak dapat melafazkannya pada Dahlia kerana sebuah janji...


Dani ni jenis lelaki yang sentiasa rasa apa yg difikirnya adalah betul saja. Dia tak der nak bagi peluang orang explain. Tau nak maaaaaaaaaaarah saja. Angkara fitnah Juliana, Dani mengasari Dahlia hingga keguguran. Tindakan itu melukakan hati Dahlia lalu melarikan diri dari hospital. Ketiadaan Dahlia membuat Dani rindu tetapi dia tak tahu mana nak cari.


watak-watak 2nd hero yg berpotensi untuk berpasangan dalam kisah ini dua2 tak bleh pakai. Dua2 gelojoh semacam dan sewenang2nya meluahkan perasaan cinta kepada isteri orang. Terus rasa kagum dan hormat pada Adam dan Azam hilang. Mereka membiarkan perasaan menguasai diri. Diorang sepatutnya menghormati keputusan Dahlia yang sah-sah masih isteri orang.


Aku suka watak Mursyid. Dia penenang terbaik buat pemarah seperti Dani. Dia sentiasa rasional dalam berkata-kata dan aku sangat suka cara dia membidas kata-kata fitnah dari Juliana. Namun kata-kata fitnah itu diterima Dani hingga membuat dia gagal mengawal rasa marah. Mursyid tu lebih percaya kepada Dahlia, dia yakin dahlia seorang wanita yang baik. Dahlia kecewa apabila Mursyid dan Adam yang datang mencarinya, bukan Dani. Sedangkan Dani menderita menanggung rindu dan tidak dapat meluahkan perasaannya kepada Dahlia kerana terlanjur kata berjanji kepada dahlia sebelum mereka berkahwin dulu. walaupun Dani tu cepat marah, tapi dia seorang yang sangat slow dalam mengambil tindakan untuk mengambil hati Dahlia. Part marah jer cepat.


sejujurnya aku lebih suka kisah ini berbanding 'akulah cinderella'.


sure fine whatever
rinn

blurb/sinopsis


Dahlia:
Luka di hati ini sangat dalam kau toreh. Sukar sekali untuk menyembuhkannya. Akan kubawa rajuk ini sejauh-jauhnya, jika ini yang kau mahukan.


Dani:
Andainya aku dapat memutarkan kembali detik-detik hitam itu, pasti kesilapan serupa tak akan aku ulangan. Sejujurnya aku sangat kesal.


Kerana budi dan janjinya kepada ayah Dani, Dahlia terperangkap. Kerana ekonomi syarikatnya yang meruncing dan juga wasiat ayahnya, Dani telah bersetuju dengan syarat Dahlia. Kedua-dua telah berjanji tanpa berfikir panjang. Dani dan Dahli berjahwin kerana sebuah janji. Namun, belum setahun jagung usia perkahwinan mereka, fitnah telah membuatkan Dani hilang pertimbangan lalu tega mengasari isterinya. Dahlia pergi membawa rajuk di hati. Selama berjauhan mereka mengalami konflik jiwa akibat merindu. Oleh kerana masing-masing terikat dengan janji, maka perasaan itu menjadi salah faham dan berlarutan. Apakah janji-janji yang telah dibuat sehingga merantai jiwa mereka dari berkasih sayang?

No comments:

Post a Comment