Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Sunday, October 30, 2011
Review 544: Aku Bukan Mistress by Acik Lana
Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Cetakan pertama sept 2011
671 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
9789675067846
"Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?"
Satu kisah yang membawa rentak berbeza dalam koleksi bahan bacaan aku. Aku jarang-jarang rasa nak baca kisah berat, tambahan pula kisah insan-insan yang bergelumang dosa dan cuba mencari jalan pulang. Bukannya apa, kadang-kadang pengakhiran untuk pemegang watak-watak begini agak memilukan. Jarang-jarang diorang diberi happy ending. Mungkin juga aku lebih terpengaruh kepada kisah-kisah 'heavy' begini dalam buku-buku lama. Tetapi Acik Lana menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam kisah ini. Di bawah label Kaki Novel terasa novel ini ada kelainan kerana bukan dilagukan dalam irama santai tetapi tidak pula disampaikan dalam nada yang berat dan dramatik. Boleh dikatakan penulis berjaya mengimbangi penceritaannya dengan gaya bahasa yang menyenangkan. Memang terfikir-fikir bagaimana penulis akan menamatkan kisah yang begini, bukannya apa, kebanyakan penulis cerita-cerita begini ada tendensi atau kecenderungan memberi penamat yang mengejutkan ;)
Dua tahun lalu Mikail membeli Mya dari bapa ayam dengan harga RM50,000. Bermula dari saat itu dia menjadi milik Mikail tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Mungkin Mikail tidak mahu berkongsi Mya dengan sesiapa. Bagi Mya itu adalah satu jalan keluar yang terbaik buatnya daripada dipaksa melayani ramai lelaki. Kisah silamnya yang menyedihkan turut membuat dia menjadi pasrah dengan ketentuan baru ini. Tanpa sedar Mikail menjadi 'overprotective' terhadap Mya. Adam, sahabat baik Mikail turut menyimpan perasaan terhadap Mya dan turut menyimpan hasrat merampas Mya dari Mikail. Dia berazam akan menyambar Mya sebaik saja Mikail bosan dan melepaskan Mya dari 'kurungan'. Namun apa yang ditunggu-tunggunya tidak langsung menunjukkan bibit-bibit akan menjadi nyata. Dalam hubungan yang tidak banyak komunikasi berkesan antara Mikail dan Mya itu tercetus perasaan halus antara mereka. Mikail tidak dapat mencari keburukan Mya kerana gadis itu bukan saja dikurniakan kecantikan malah berpewatakan baik dan pandai memasak :)
Mya mula memberontak setelah Adam menambah cemar pada dirinya, namun dia tidak pernah mengadu kepada Mikail siapa punya angkara kerana dia tidak mahu Mikail kehilangan kawan kerananya. Mikail menyimpan dendam terhadap si pembuat onar yang dirahsiakan Mya. Kedatangan ibu Mikail ke rumah mereka membuat Mya sedar yang Mikail sudah semakin pandai bergurau dengannya. Sikap Mikail itu juga membuat Mya semakin berani menunjuk protes. Kematian nenek Mya telah membawa perubahan besar dalam diri Mya. Dia mahu bertaubat dan hasratnya dinyatakan kepada Mikail. Walaupun keberatan, Mikail menerima tetapi Mya tidak boleh meninggalkan rumah itu.
Mikail berperang dengan perasaan sendiri. Cerita-cerita buruk tentang Mya yang didengari dari sepupu Mya membuat Mikail berprasangka tetapi dia tidak sanggup melepaskan Mya, tambahan pula kemunculan bekas teman lelaki Mya, Shamil, kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan Mya kembali malah sudah menghantar rombongan meminang tanpa persetujuan Mya. Mikail mula mengatur strategi drastik untuk memastikan Mya terus menjadi miliknya :)
Konflik yang tercetus dalam cerita ini dikendalikan dengan baik oleh penulis dan penyelesaian konflik itu juga sangat baik dan berjaya 'memutihkan' watak Mikail dan Mya sedikit demi sedikit. Diorang tak derla terus jadi baik dan alim. Walaupun tidak lagi tidur bersama, diorang masih lagi tinggal serumah.
BAgi aku kisah ini diberikan ending yang sangat sempurna dan menyenangkan, cuma aku agak kurang senang dengan latar cerita watak utama yang sudah hidup bergelumang dosa tanpa ikatan yang sah, mungkin ada pembaca yang akan merasa sedikit kurang senang dengan kisah ini. Aku rasa banyak lagi tema yang lebih baik dan menyenangkan yang penulis ini boleh ketengahkan dengan gaya penulisan yang beliau ada. Apa-apapun, penulis sudah berjaya menyampaikan ceritanya dengan baik sekali. Tahniah. Oh lagi satu, 'definitely NOT for bacaan budak-budak ya?!
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yg sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dlm resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment