Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Sunday, October 30, 2011
Review 536: Zahrah de Tigris by Khairyn Othman
Zahrah de Tigris by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni
RM20.00
Sejauh mana sekuntum bunga mekar yg menghuni bumi yang dihujani peluru2 tak bermata mampu bertahan? Mungkin Nisa mendapat berkat doa2 orang yang mengasihinya.. kedegilannya memang set2 nak kena luku lapanbelas kali. Tapi kerana kedegilan itulah dia bertahan di tanah asing yang pastinya bukan 'hujan emas'. Dia sanggup berhujan batu di negara orang kerana sayangnya pada manusia seagama dan sayangnya pada Yg MAha Esa. Pd mulanya Nisa spt dimotivasi oleh gaji setinggi 12,000 sebulan utk mendarat di tanah Iraq sbg guru.
Di Lembah Tigris dia menabur budi, memendam rindu pada keluarga. Nisa seorang srikandi dgn caranya yg tersendiri. Di Lembah Tigris ini juga hatinya terpaut, tetapi kata cinta tidak diluahkan, tak mungkin kerana cinta ini cinta terlarang. Tetapi Dr Patrick Devereux spt tak paham2 istilah cinta terlarang. Nisa rasa seperti sudah jauh benar dia berlari dari lelaki itu tetapi tup2 dah ada kat sebelah. Doktor dari Perancis ni memang romantis dan jiwang-jiwang, kalau hati sudah suka...
Kisah perang sebegini kalau disajikan dalam bentuk rencana, berita, dokumentari... hmm terus terang saya katakan saya hanya baca tajuk besar saja. (Dulu)Sudah banyak penderitaan peperangan yang saya baca dan tengok dalam media2 masa yg terdpat di negara kita, dan ianya seperti tiada penghujung. Byk kali juga air mata simpati saya mengalir melihat wanita dan anak2 kecil malang di sana.. hingga kini, realiti begini seakan tiada penghujung. mungkin saya sudah bosan dgn berita2 sebegitu..
Latar belakang kisah begini mungkin kurang menarik perhatian pembaca novel cinta santai tetapi (setelah membaca ZdT) kisah cinta Nisa juga sangat menarik. Khairyn berjaya menyulam kisah cinta dan kisah perang di Iraq dgn baik. Kedua-duanya menjadikan saya tak sabar2 nk tahu apa penghujungnya buat Nisa, berbaloikah perjuangannya? Dpt kah Nisa membenihkan kefahaman Islam ke dlm jiwa Dr Patrick yg tidak percaya kewujudan tuhan. Cintanya yg mendalam kepada Nisa tidak dapat juga mengubah fahaman ateis nya. Kecewanya saya dgn takdir yg menimpa Dr. Patrick, namun tragedi itu perlu utk memungkinkan Nisa bertemu dan hidup bersama cinta sejatinya. :) terima kasih Khairyn for the happy ending!
Ntah berapa kali saya melafazkan syukur kpd Allah kerana di Malaysia tiada anak2 yang mati ditembak ketika berebut gula-gula. Tidak perlu berkumpul di bilik bawah tanah utk menyambut Israk Mikraj yg kemudiannya menjadi bilik dipenuhi mayat kerana dibom. nak mengungkapkan ayat2 ini semula pun sudah membuat air mata saya bergenang.
Dalam novel ni juga ada entry nisa dalam blognya yg diselang seli dgn cerita oleh 3rd party. Ada sesetengah part waktu atau masa yang dipaparkan di blog Nisa tu mengelirukan... kalau pukul 13.00 am tu pukul berapa? pagi ke? malam ke? siang ke? *garu pala* Ermm kadang2 tu rasa mcm baca buku translate pulak :)
errr.. awat review ni panjang sangat ye?? hehe
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis Belakang Buku:
Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…
Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.
Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment