Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, May 11, 2011

Review 383: Biru Ungu Cinta by Noor Suraya


Biru Ungu Cinta by Noor Suraya
Terbitan Creative
RM17.90
340 mukasurat


"Masihkah ada cinta bila kasih sayang kehilangan makna?"


sejak suka dgn penulisan kak noor suraya, memang tercari-cari novel ini, akhirnya dapat juga. :) Thanks Kaksu sudi sign *sengih sebulan*


Satu lagi kisah kehidupan seharian yang biasa kita atau kawan2 kita lalui namun kadang2 kita tak menduga perkara-perkara biasa ini berlaku dan membawa takdir berbeza kepada insan2 dlm novel ini.


mungkin kerana saya terlalu byk kali membaca karya2 kak noor suraya membuatkan saya dapat meneka Fattah yang Seera cintai takkan menjadi orang dikahwininya dan tekaan saya Kamal yg bakal memiliki Seera adalah tepat sekali :)


Seera melakukan perkara yg difikirkannya terbaik utk Fattah dgn menolak pinangannya setelah dia disahkan tidak boleh mengandung sampai bila2 (Seera merahsiakan perkara ini dari semua org termasuk kembarnya sendiri). Saya berpendapat tindakan Seera amat tepat sekali kerana Fattah adalah anak tunggal dan tanpa kehadiran cucu tentunya ibu bapa Fattah takkan gembira. Tindakannya itu telah menimbulkan kebencian di hati ibu Fattah. Makin malap peluang Seera utk menjadi milik Fattah walaupun Fattah rela memperisterikan Seera dan berjanji tidak akan menduakannya walaupun mereka tidak akan dikurniakan cahaya mata. Namun tindakan ibu Fattah masuk meminang Dayang Mariana yg disangkakan pilihan hati Fattah menjadikan Seera lagi sekali mengundurkan diri. Bapa Seera sendiri sudah tidak mahu percaya lagi pada Fattah utk memperisterikan Seera. Hancur lebur impian mereka utk hidup bersama.


Kamal sudah lama menyimpan impian utk memiliki Seera tetapi sudah lama kena reject ngn Seera. Tindakannya menghulurkan budi yg tak terbalas kepada keluarga Seera menjadikan keluarga Seera dgn senang hati menerima pinangan ibu Kamal. Seera menceritakan segala kekurangannya kepada Kamal namun Kamal tak kisah, malah, ibu Kamal sendiri sudah berkenan sgt kat Seera tu. Sedihnya Seera kena kawin paksa tapi dia tak menyangka yg sebenarnya perkahwinan itu akan menyebabkan dia jatuh cinta dgn lebih hebat lagi kepada suaminya. Namun takdir Tuhan, siapa dpt menyanggahnya.. aduih.. sedihnya, sebelum baca buku ni saya baca Lili buat Najah.. endingnya mcm ni juga, huhu lagi la aku sedih.. Err Kaksu, Nazurah.. ada chance ker si Kamal terserempak dgn Tasha? hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diamaku dpt rasakan cinta yg bersinar, cinta yg tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening... sedangkan ungu itu warna dukaku. Yg membeku di dalam hatiku, yg mengalir dlm jantungku dgn luka yang paling dalam, berdenyut nyilu... menjalar pilu menjulang lesu.

Review 382: Keranamu Ain by Noor Suraya


Keranamu Ain by Noor Suraya
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
RM16.90
273 mukasurat


“Kita telah terlalu lama membuat masa dan merana”

Lepas gigih mengcollect buku Bikash, now i have another mission, nak collect buku2 noor suraya pulak  buku yg baru saya dapat ni bertajuk ’Keranamu Ain...” Beli masa merayau2 kat MPH Alamanda beberapa hari sebelum puasa. Buku ni keluaran tahun 2001 and in 2001 tu saja dah dua kali buku ni diulang cetak. Seperti dalam ’rindunya kian membara’, dlm buku ni juga ada dua calon yg berkemungkinan end up with the heroin. And tak kira dgn sapa Ain end up, pembaca pasti berpuas hati. Saya memang seronok sangat bila Ain tak pilih Haris! Tak kira la insaf macam mana pun dia tu, dia tak deserve to be with someone yg macam Ain. Saya agak terganggu dengan cara penceritaan yg kadang2 membahasakan Ain sebagai ‘aku’ dan kadang2 macam diceritakan oleh pihak ketiga. Walau bagaimanapun citer memang menarik minat saya utk terus membaca walaupun esoknya nak kena bangun sahur.

Citer ni mengisahkan tentang Ain yg bekerja dgn Haris yg mempunyai prasangka buruk terhadap wanita setelah ditinggalkan kekasih hatinya. Setelah bertahun-tahun bekerja dgn Ain barulah dia mula memerhatikan Ain dari kacamata yg berbeza, tapi pada masa itu Ain sudah mula rapat dengan kawan lamanya, Adam. Ain dan Adam saling memendam perasaan. Ain kecewa kerana Adam meluahkan perasaannya setelah sahabat baiknya, Maisarah mengakui amat menyintai Adam. Ain takkan sekali-kali melukakan hati Maisarah, lalu membawa diri ke Brunei. Haris menjejaki Ain ke Brunei tetapi Ain masih lagi tak dapat menerima Haris kerana ingatannya terhadap Adam terlalu kuat. Adam pulak frust menonggeng sorang2 sebab salah faham dan membuat kesimpulan yg salah.

Ada jugak kelibat Dr Khalida dan Dr Zainnur dalam citer ni.

Sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang2 terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insam dalam dunia dgn gayanya yg tulen. Anggun dalam darjahnya yg tersendiri. Indah dalam peribadinya yg sempurna.

Review 381: Tanah Andriyana by Noor Suraya


Tanah Andriyana by Noor Suraya
Terbitan cesb
RM17.90
307 mukasurat

"Haruskan sengketa keluarga diteruskan..."

sebahagian besar kisah ni telah saya ceritakan dalam review "GUrindam Jiwa". Dalam buku ni saya lebih tertarik dgn kisah cinta Ku Fitri dgn Andriyana yg masih lagi mesteri bagi saya walaupun dah baca 'hati andriyana' banyak yang diungkaikan terutamanya dalam nota2 yang ditinggalkan oleh Andriyana, cerita lama menjadi sgt jelas dan menarik. Kisah Lara dgn Yusof dan Ali Hakem dgn Maryam tak banyak sangat especially ttg kisah cinta mereka. bagi saya watak2 dalam citer ni ada chemistry yg baik :) Lagi satu, pantun2 jiwang kat sini best la.. :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Apa guna pasir setambun
kalau tidak setinggi duduk
apa guna kasih setahun
kalau tidak seumur hidup

Yana.

Apa khabar nasi di daun
nasi di talam bagai nak mati
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati

Ku Fitri.

Tuesday, May 10, 2011

Review 380: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna



Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna
Penulis: Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Terbitan Jemari Seni
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
569 mukasurat
9789675118487


Warna I: Bukan Dipaksa by Nazurah Aishah
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
mukasurat 1 - 151


Nazurah Aisyah is at her best melayarkan kisah heavy dan sedih tapi memikat hati, malah mengikat kita utk terus membaca demi menyingkap misteri sebenar duka lara yg disembunyikan Ayu mengenai Affan. Aku tidak dapat lari dari meneka yg mungkin Affan pernah terlanjur dgn Ayu tapi kesimpulan di akhirnya tidak semudah itu. Kehadiran si comel Nayli mengubat rindu, merawat hati malah menyembuhkan kebencian yang pernah wujud di sekeliling Ayu. Nayli is a super sweet miracle.


Terasa seperti penulis menghabiskan cerita dgn brek mengejut. Mudahnya hati Hajah Normah yang keras kejung tu jadi empuk dan lembut. Tetapi semua itu tidak datang dgn mudah kepada Ayu, dia terpaksa menempuh kesengsaraan sendirian dan kehilangan yg memilukan sebelum dapat memanggil Hajah Normah 'mak'. Ayu bukan saja sangat degil seperti ayahnya tetapi juga penyimpan rahsia sebaik ibunya.


Happy ending yg buat aku menangis.


Warna II - Hikari Ainori by Rnysa
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
muka surat 154 - 396


Antara 'Bukan Dipaksa' dgn 'Hikari Ainori', aku rasa 'Hikari Ainori' lebih heavy ceritanya. Tiga kali aku baca Hikari Anori. Nak amik feel cerita :) Bagi aku Hikari Ainori ada sentuhan yang sangat personal dari penulis ini. Lapisan penceritaannya terasa seperti penulis menceritakan sesuatu yg sangat peribadi dan akrab dengannya. Lepas beberapa kali baca baru aku boleh meletakkan diri dalam cerita ini.

Dua nama pertama yang aku tangkap adalah hazel dan umar (umar ni set2 lelaki soleh, menjaga pandangan). Mereka bertemu dalam tren ketika belajar di jepun 4 thn yg lalu. Umar pernah memberi nota kepada Hazel, suruh hazel pakai tudung.

Mereka tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Sekarang Hazel sudah bertunang dgn jejaka pilihan keluarga, Rafique namanya. Rafique cuba utk mendekati dan memikat hati Hazel tetapi Hazel lebih suka mereka jarang bertemu dan kalau bertemu pun mesti ada mahram ikut bersama.

Rafique pernah bercinta dengan Adriena Ayuni(KEBUN MIMPI). Rafique tak pernah tahu kenapa Ayuni pergi malah dia juga tidak tahu yang Ayuni pernah mengalami tekanan perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri.
Hazel berjumpa semula dgn umar (memperkenalkan diri sbg ryan) dalam keretapi Langkawi ekspress (dalam pertemuan kedua ini Hazel sudah menutup aurat tetapi umar sudah berubah dengan rambut berwarna dan gaya yg jauh berbeza dr dulu) Umar berubah kerana kecewa dalam cinta.

Pertemuan semula dgn Adriena Ayuni membuat Rafique membuat keputusan utk berkahwin dgn Ayuni krn dia masih sayangkan ayuni dan dia mahu menebus kesalahan lalu. Walaupun telah menerima amaran supaya menjauhi Adriena Ayuni, Rafique memutuskan pertunangan dgn Hazel kerana merasakan dia bukanlah lelaki yg baik utk gadis sebaik Hazel.

Tersentuh hati jugak dgn kesabaran Rafique menanti Adriena Ayuni. kalau dgn Hazel dulu dia kelihatan seperti kurang sabar (tapi tak lah pemarah), dengan Ayuni dia sangat berdiplomasi dan bersabar. Hazel juga seorg yg bukan pendendam dan sangat memahami. Walaupun Ayuni agak kompleks, dia kelihatan sangat sesuai dengan Rafique yg sabar dan sangat menyayanginya.

Saya suka Umar Rayyan dan Hazel :) Untungla Umar dapat tips nak pikat Hazel dari Rafique :)


Warna III - Karamel by Nasz
Editor: Mariah Mustapha
Mukasurat 401-569


Dua cerita sebelum ni yg ada sentuhan heavy dibalance kan dgn kisah Karamel yg bersentuhan santai dan komedi. Jenis cerita yg sebaik sahaja habis baca patut kita baca semula kerana selepas mengetahui punca sebenar Arif membuli Ana, rasa lebih seronok membaca kisah ini buat kali kedua dan kita akan lebih faham mengapa Arif bersikap begitu.


Interaksi Ana dan Arif memang menghiburkan kerana masing2 tidak kehabisan vocabulary dan idea utk saling berbalas-balas kata. Pertemuan pertama mereka sudah membuat kita terhibur dan tergelak2 membuat kita tk sabar nak mengetahui kisah seterusnya. Mati2 Ana ingat company dia amik OKU yg ada masalah pendengaran. Bila baca 2nd round segala2nya jadi lebih kelakar :)


Akibat salah faham, Arif membuli Ana di tempat kerja sedangkan dgn pekerja2 lain dia sangat baik. Telatah Ana yg selamba memang seronok dibaca. Ada saja insiden yg membuat kita semakin suka dgn Ana dan Arif :)


Bila tengok tajuk novel akan datang dari Nasz adalah Lazuardi, rasa macam terkeluar pulak dari tema 'rasa' yang selalu Nasz gunakan dalam tajuknya seperti 'SWEET SOUR' dan 'KARAMEL' kedua-duanya mempunyai rasa yg menarik.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb:


Warna I - Nazurah Aisah
Bukan Dipaksa


Kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh



Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. biarpun tiada Affan di sisi. Affan yg berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yg telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dgn nyawaku.


Warna II - Rnysa
Hikari Ainori


The love ride of hikari


Kisah ini adalah kisah cinta mereka yg pernah hilang. Kisah ini adalah disah pencarian diri mereka yg pernah tersasarr jalan. Mencari semula cahaya hidup yg pernah suram. mencari kembali makna diri yg pernah pudar.


Warna III - Nasz
Karamel


Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.
"Laa... tak boleh dduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

Review 379: Surat Ungu Untuk Nuha by Noor Suraya


Surat Ungu Untuk Nuha by Noor Suraya
RM20.00
490 mukasurat
Terbitan Jemari Seni Publishing (JS)


Nama Noor Suraya pada kulit buku ini membuat saya membeli buku terbitan Jemari Seni buat kali pertama. Ni lah baru saya tau eNovel dibukukan. menarik. masa melawat blog kak su saya tengok ada eNovel baru! nanti bleh la luangkan masa menatap eNovel baru tu.


Masa saya baca 'nyanyian tanjung sepi' dan 'rindunya kian membara' kisah cintanya berat dan endingnya memang tak disangka.. saya tak sangka kak su lg best bila menulis santai sebegini dan sarat dengan puitis yang tak melemaskan saya.. ekcili saya ni tak der la reti sangat puitis2 ni tapi kerana menghayati kisah Nuha-Alang ni, memang saya really into the story and suuuuuka sangat cara penulisan yg 'romantic comedy' lah. citer ni kat area 'bagan' ni mencuit gak hati saya sbb bagan tu tempat saya ronda2 dulu la.. naik feri pi balik sana pulau nuh. ha tu dia keluaq tequih cakap kedah!


Kisah Nuha-Alang bermula dari pertemuan yg menimbulkan rasa benci terutamanya di hati Nuha terhadap Alang yang selamba badak. Penampilan Alang yang tak menarik menambahkan lagi kebenciannya. Tapi pertemuan mereka seperti ditakdirkan dan mereka terpaksa bertemu muka setiap hari. Alang yg suka mengusik, Nuha yang tak tahan diusik memang sentiasa menjadi sebab utk mereka berperang. Tapi semua itu secara tak langsung merapatkan mereka, menjadikan mereka saling mengenali hati budi masing2. Hubungan mereka yg ntah apa2 ini teruji bila tragedi menimpa Alang. Nuha makin tak paham dgn hatinya, kekurangan Alang menyebabkan dia semakin rapat dan mesra dengan alang walaupun sesekali dia masih lagi diusik. Alang yang sudah hilang salah satu panca inderanya membawa diri setelah Nuha menolak cintanya. Perpisahan membuatkan mereka sedar, Cinta sudah mengetuk pintu hati, tapi dapatkah mereka bersama? Saat Nuha sudah mula pasti dengan perasaannya, Alang pulak mendiamkan diri. Nuha tahu apa yg patut dilakukan supaya Cinta tak berlalu pergi, tak kiralah Alang pulang dgn lengkap pancainderanya atau tidak.. eceh.. mcm nak tersajak pulak..


dalam buku ni jugak ada memberi updates mengenai Dr Aqmar dan isterinya Dara, serta Dr Kalida yg sudah ada 2 anak dgn Dr. Zainur. Err watak2 ni dari citer Nyanyian Tanjung Sepi! nasib baik dah baca..


sure fine whatever
rinn
tarikh entri ini di novelcinta @ multiply: 24 Jun 2007

Sinopsis belakang buku:


Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar


"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya


Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"


Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?


kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati
dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yg satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspress
Langkawi ke utara. Perjalanan keretapi pada malam dingin penghujung
2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak
Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak
mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang
mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini
rupa2nya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup
adalah suatu perjalanan waktu!

Review 378: Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya


Nyanyian Tanjung Sepi
Penulis: Noor Suraya
terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Ingat ka tanjung mana.. tanjung penang rupanya.. :). What can I say... i love Noor Suraya's writing. Buku tebal ni tak terasa masa berlalu bila membacanya.. start kat putrajaya, habis masa kat kuantan nun. :) Kalau secara ringkas cerita sebegini memang banyak diutarakan oleh beberapa penulis.. yg menjadi kelainan adalah cara Noor Suraya mengolah dan mendewasakan watak2 dalam cerita ni. tapi kadang2 tu tercari cari jugak watak 'hitam' seperti Masri (dalam rindunya kian membara).

Pergolakan bermula sejak awal cerita lagi.. Lida (bakal doktor) yg memendam perasaan terhadap pensyarahnya, lelaki idamannya, Dr. Zainur. Mimpinya hancur apabila keluarga sepupu sebelah aruah ayahnya datang menuntut janji utk mengahwinkannya dgn Dr Aqmar yang 11 tahun lebih tua daripadanya. Sebenarnya profesor tu pun syok jugak kat Lida, tapi sama la mcm Lida tu memendam perasaan.. tu la tak sound direct, orang lain dah kebas, padan muka. Dr. Zainur tu tak yg Lida sudah disunting orang, dia hantar rombongan meminang tetapi ditolak.. frust giler dia. kalau ikutnya boleh stop lagi sbb masa tu lom kawin tapi mak Lida tak bagi tau Lida.. tapi later dia mcm menyesal selepas tau yg Lida memang ada hati dengan Dr Zainur tu.

Hasrat keluarga ditunaikan dan Lida terpaksa menguburkan perasaannya kepada Zainur. Kasih sayang Aqmar mengikat Lida sbg isteri yang taat. 'Siapa dia sebelum daku' memang menjadi persoalan antara mereka tapi mereka saling berterus terang. Aqmar tau kedudukan Zainur dan Lida tau kedudukan Dara. Nuur Hannah menjadi cahaya hidup mereka, ketia bahagia mencurah-curah, cahaya mereka terpadam dan pergi utk selama-lamanya. Pemergian kali kedua Aqmar ke kanada menjadi titik permulaan pergolakan hubungan antara Lida dan Aqmar yg berusia 10 tahun. Dara nekad medptkan semula Aqmar hingga berjaya memerangkap Aqmar dgn ikatan perkahwinan dgn mngugut Aqmar. Aqmar berkahwin atas sebab agama. Tapi dia gagal bersifat adil, Lida terpaksa dilepaskan. Lida keguguran anak kedua

Dr Khalida bertemu semula dgn Dr Zainur tetapi status nya dirahsiakan. bila Zainur berani melamar, khalida menyertai UNICEF dan berpengkalan di Bali. Mereka bertemu lagi setelah beberapa tahun dan kali ni Zainur sudah menjadi seorang yg berani mempertahankan cintanya.

sure fine whatever
Rinn
tarikh entri di novelcinta@multiply: 18 apr 2007

Review 377: Rindunya Kian Membara by Noor Suraya


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Rindunya Kian Membara by Noor Suraya
RM20.90
392 mukasurat


"Cinta itu pelik? Seperti hujan panas. Dalam hujan ada panasnya, dalam panas ada hujannya."


Susah jugak nak cari buku ni di kedai buku kat putrajaya ni, memang tak jumpa la.. nasib baik masa gi bli tiket kat pudu raya rasa nak jengah kedai buku kat situ and dapat la buku 'Rindunya Kian Membara' ni :)


Berbelit belit emosi dan tali perut ku bila baca buku ni! Banyak sangat yang saya tak setuju takes place in this story. I like those kind of feelings take place bila membaca buku. Tht means the writer berjaya mengacau bilau kan my thinking. kadang2 tu kalau baca straight forward to tak best jugak kan? Ini bukannya sesuatu yang tidak baik, tapi sebenarnya menunjukkan penulisan Noor Suraya ni memang menarik perhatian saya hingga tak senang duduk, baring atau berdiri!


Keputusan yang diambil oleh Farhana pada mulanya seolah-olah boleh dijangka tetapi selepas itu dan selepas itu dan selepas itu, lain pulak jadinya. I'm glad things get better in the end. Thank you Noor Suraya for this one :) masa baca buku ni all i keep on saying is "kenapaaaaaaaaa? kenapaaaaaaaaaaa?" but the ending tu cured everything la.. i'm glad Farhana end up in a great family with kids.


Serba sedikit tentang cerita rindunya kian membara ni. Kisah Farhana yg kembali dari luar negara dengan gelaran doktor linguist especially dlm bhs perancis. Dia pernah berkahwin dgn masri yg pernah memberi lafaz taklik, jika dia kawin dgn org lain, secara otomatik Farhana diceraikan. so, tht wht happened and Farhana mengembara jauh melanjutkan pelajaran. selepas 7 tahun, she returned with her twins Zaynn and Zetti. bila masri tau, dia terus buat tuntutan hak penjagaan walaupun dia sendiri sudah ada 5 orang anak diiringi ugutan kalau nak kembali anak2nya, Farhana mesti berkahwin semula dengan Masri. Farhana enggan, i think walaupun keputusan tu memisahkan dia dgn anak2nya tetapi tu tindakan yg bijak la especially mengenangkan mak Masri yang memang tak sukakan Farhana. Tapi kesian la Farhana menanggung rindu pada anak2nya.


Imran yg dulu pernah meminang Farhana kembali dgn rasa cinta yang pernah surut. Dulu Farhana tolak sbb nak kawin ngan masri, now tak der penghalang dah. Tapi bila dia dah mula terima Imran, Ilham (suami kepada aruah sahabat baik Farhana) pulak meluahkan perasaan. Farhana dan serba salah especially dia mmg rapat dengan anak2 Ilham. dilema, dilema yg merimaskan.


ada dua scene yg memang tertahan tahan tak nak nangis, first yg masa Farhana dgn ibu Imran, asking her to marry her son sdg kan masa tu Farhana menanggung sakit kanser payudara. Dia rasa dia takkan jadi wanita yg sempurna buat seorang yg sebaik Imran.


Yang kedua masa Masri hantar Zaynn dan Zetti balik. Zaynn yang kesakitan dibalun ibu tirinya. kesian sungguh. Masri tu sanggup membiarkan anak2 sendiri menderita daripada menyerahkan mereka kembali kpd Farhana.


aku ni kesian kat imran sebenarnya.. hehe.. Ilham tu mementingkan diri sendiri. menggunakan anak2 sbg alasan utk menarik Farhana! tapi tula dah jodoh mcm mana.. apa2pun Ilham memang seorang suami dan bapa yg baik. ishhhh.. dok kesian kat imran lagi ni! Rasanya kalau imran fight sikit dan tak menyerah saja, maybe dia dpt kawin ngan Farhana. kesian imran..


sure fine whatever
Rinn
tarikh entri ini di AlongSide @ multiply: 22 Mac 2007


Sinopsis belakang buku:


Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang lalu kita harus mencarinya semula... Tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemui lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila- bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

Review 376: Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana


Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
Tahun 2009
512 mukasurat
RM19.90
isbn 9789831244210

"Kasih kita 'kan abadi kerana waktu mula terhenti di saat kita bersua"


Buku ni saya dapat semasa karnival mini karangkraf 28/2/2009 yg lalu. Seronok gak dpt buku awal dari orang lain. hehe. Sapa2 yg gi karnival tu sure dah bli buku ni. Tengok tajuk nya saja dan teruja nak membaca nya. Cinta pun ada expiry date?


Lynn Dayana mencari kelainan utk menyampaikan kisah 'benci jadi cinta' ini. Misteri dan adventure yg diselitkan meletakkan cerita ini dalam phase yang laju dan agak sukar utk meletakkan buku ni selagi tak tau apa akhirnya. LD menyelitkan kata2 yang bermula dengan "kalau hati ini..." pada setiap permulaan bab dalam novel ni. Patutla kalau tengok entry blog dia sebelum ni ada macam2 jenis ayat "kalau hati ini..."


Pada permulaan cerita, perasaan Imanina terhadap Hilman agak kuat sehingga watak Airel dirasakan sangat menyakitkan hati. Tapi as the story goes Airel semakin membayangi monopoli watak Hilman walaupun Hilman tak byk muncul dlm bab2 buku ini. Mula2 tu memang la rasa Hilman tu sangat baik dan kinda hoping dia terima Imanina tapi biler dia kata dia sanggup tinggalkan tunang dia yg manja tu utk Imanina saya rasa terkilan dan macam meluat lah pulak. Nampak macam dia lelaki yg tak tetap pendirian lah pulak. Airel tu pulak, ya Allah ya Rabbi, Imanina baru nak sejuk dia dah buat org tu hot balik.


Kisah ini bermula dengan misteri. Misteri yang menemukan 3 manusia yg belum pernah bersua sebelum ini. Misteri itu menjadikan mereka akrab. Namun mereka perlu mengalahkan satu sama lain demi RM22.5juta. Persaingan mereka bertiga ni set2 persaingan yg sihat la. tapi misteri bertambah lagi apabila nyawa mereka terancam. Mereka saling mengesyaki tapi ternyata ada org keempat dalam persaingan itu. Set2 macam citer 'The Aprentice' campur 'Survivor' lah pulak. Diorg kena uruskan 3 jenis business sorang org kaya misteri dan siapa yg mengumpulkan jualan terbanyak akan diisytihar sbg pemenang dan dpt pegi bercuti. Dalam kisah ni tak der lah diceritakan sangat tentang kerja2 mereka, apa yg mereka buat utk tambah sales semua tu tak der la cerita mendalam. LD lebih concentrate kepada conflict dan misteri di sekeliling ketiga-tiga watak utama.


Konflik memang byk dlm kisah ni. bukan sekadar konflik misteri, konflik hati, perasaan, emosi pun banyak jugak. Rezzal sangat senang dgn chemistry antara Imanina dan Airel tapi diorang berdua tu pantang berjumpa kerana pasti akan meletuskan peperangan mini. Rasanya hampir dalam setiap bab si Imanina tu beristigfar menahan amarah dan menahan diri dari mengumpat dan mengeji Airel yang kuat menyakat tu.


Airel tahu yg Imanina menaruh hati pada Hilman yg sudah bertunang. Lagi lah mudah dia nak menyakitkan hati Imanina. Imanina sentiasa cuba mengelak berurusan atau bertemu dgn Airel tapi setiap kali kesusahan menimpa, Airel lah org yg pertama bergegas mencarinya. Terima kasih adalah antara kata2 yg paling sukar utk dilafazkan kepada Airel kerana apa saja perkataan yg keluar dari diorang ni pasti akan menjadi punca perbalahan.


TAwaran 22.5juta itu ada sebenarnya berpunca dari satu dendam yang dicetuskan oleh 3 wanita yang amat-amat penting dalam hidup Rezzal, Imanina dan Airel. Imanina dan Airel mahu keluar dari pertandingan itu tapi Imanina terpaksa memilih, bayar saman RM1juta atau terikat selama-lamanya dgn Airel. Kalau korang jadi Imanina, nak pilih yg mana satu? hehe.


Lynn!! tak der nama lain ka ko nak bubuh kat culprit tu. aduih.


sure fine whatever
rinn
tarikh entri ini di alongside @ multiply: 9 Mac 2009

sinopsis belakang buku:

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.


Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.


Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.


Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?


Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!

Review 375: Hak Cinta Terpelihara by Lynn Dayana


Hak Cinta Terpelihara by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
562 mukasurat


"Hanya kau yang bisa membuka pintu hatiku di penjara masa"

Akhirnya saya terima jugak buku dari penulisnya sendiri.. hari ini dalam sejarah tu.. pestaim ;) minggu kerja yang sibuk saya sulamkan dgn membaca buku ni. MAsa kali pertama tengok cover buku ni saya rasa tajuknya agak special and quite catchy.. tambah pulak dgn cop mohor berwarna biru utk perkataan "terpelihara" mampu menangkap mata penggemar novel.

Kisah persahabatan dan cinta tetapi ada misteri yang perlu diungkai oleh pembaca dgn mengikuti kisah ini. Kehadiran watak "Ain" yang ada tetapi tak ada menjadi teras utama kisah sahabat2 ini. Qartini, Neesa, Yus, Sarah ada kisah2 tersendiri yg turut juga menimbulkan misteri sepanjang pembacaan.. LD byk bermain dgn isu misteri dalam buku keduanya ni. Tak byk 'teknik loyar buruk' dimasukkan dalam kisah kali ini.. byk "teka teki nak kena lekuk". Dlm byk2 teka teki yg diberikan, hanya satu yg saya dpt jawab dgn tepat. Memang mereng la Raihan tu. Kalau dulu Jika Benar Cinta saya katakan boleh dijadikan buku panduan loyar buruk, HCT ni pulak boleh jadi buku panduan teka teki yg susah nak teka. haha.

Sebenarnya sepanjang membaca buku ni, saya byk terkenangkan hasil tulisan "Unknown Author" semasa saya di Jiwangunited beberapa tahun yang lalu. Kisah yg dialunkan penulis misteri itu dan memang membuat peminat2 FnA tergolek-golek dilanda jiwang.. haha.. saya ni memang suka citer jiwang2 tambah2 kalau ada unsur komedi yang diselitkan. watak2 Qartini dan Eric memang menyerlah di mata saya dan saya sentiasa ternanti-nanti kemunculan mereka. Memang pasangan yang menjiwangkan hehe.. tambah2 pulak masa taip review ni saya pasang lagu "Aku Pencintamu" nyanyian Felix.. *senyum* Lynn, kena bagi Eric nyanyi lagu ni. :)

Nampaknya pengaruh filem hindustan masih kuat dlm LD sebab Eric menggunakan tactic hero hindustan "pikat keluarga" sbb Qartini tu terlalu keras hatinya utk menerima cinta.

SErba sedikit tentang kisah ini.. Bermula zaman belajar di USM. Ain, Qartini, Sarah, Neesa dan Yus, 5 sahabat yg akrab, di tengah2 mereka ada Hairi. Hairi yg mulanya dijadikan 'bench mark' utk menentukan "best woman wins". Qartini sekadar menyahut cabaran Ain dan hati kedua2 gadis itu terusik dgn kehadiran Hairi. Rayuan Ain membuatkan Qartini mengundur diri. Sarah menyalahkan Qartini apabila tiba2 Ain tak jadi berkahwin dgn Hairi. Qartini dan Hairi spt menyimpan rahsia kehilangan Ain. Sarah terus dgn teorinya yg tersendiri manakala Neesa dan yus dlm keadaan serba salah. Persahabatan itu akhirnya terlerai dan beberapa tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu semula apabila tibanya sekeping kad jemputan perkahwinan yang tidak disangka-sangka.. jeng jeng jeng.

Ain pergi bersama misteri yang tak terungkai.

Qartini ni tersiksa dr segi emosi lantaran latar belakang kelahirannya yg menjadikan dirinya dibenci nenek dan keluarganya. Kasih ibu dan datuknya byk merawat luka dan pengalaman hidup menjadikan dia wanita besi. Nasib baik la Eric ni jenis tak mudah berputus asa, kalau orang lain dah lama blah dah.

Sarah. menderita penyakit yg takkan sembuh. Kasihnya dicurah sepenuh hati buat suaminya, Kamal dan anaknya, Dina. Tapi bencinya kpd Qartini terlalu kuat. Dia 'pergi' bersama prasangka.

Yus. Cintanya diburu Amir, lelaki yg sudah beristeri. Amanat Sarah supaya dia menjaga Dina tersandar di bahunya setelah sarah pergi menyahut panggilan Ilahi. Dia semakin rapat dgn Dina dan keakraban itu menyebabkan dia sentiasa berada di hadapan mata Kamal. Nama mak tiri dan bapa Yus adalah Rosnah dan Johari. bila baca, asyik teringat kat pelakon Rosnah Johari tu. :)

Neesa. Konflik rumahtangganya berpunca dari suaminya, Hakim yg pasang surut moodnya, ditambah pula dgn misteri panggilan telefon yg mengatakan mereka makan harta anak yatim menjadikan Neesa meragui keikhlasan suami sendiri. Nasib baik anaknya Adila menjadi penghibur di kala duka. Siapa sangka dugaan yg tiba menjadikan Hakim lelaki yg lebih baik untuk Neesa.

Hairi. SEtelah Ain pergi, cintanya masih ada utk Qartini tetapi Qartini tidak mahu terus menjadi sasaran tohman dan prasangka buruk rakan2nya. Hairi berkahwin dgn pilihan keluarga dan perkahwinan itu menjadi titik tolak terungkainya misteri yang telah lama disimpan.

Eric. Eric dan Qartini sama2 degil dan mungkin sebab itulah Eric tau macam mana nak handle Qartini. Dia berjaya membuat Qartini menanggung rindu dan mengejar cintanya.

Bukan senang nak jumpa byk watak yg ada kekuatan dalam satu buku and LD managed to pull it off. Saya risau gak bila mula2 baca ada byk watak ni, tak ramai penulis yang berani menggunakan penceritaan begini kerana kebanyakan pembaca suka baca main characters saja. Selain HCT, Pemburu Mimpi by Saleha Hussin juga menceritakan byk watak begini tetapi sangat menarik perhatian. Thank you Lynn.. satu ni nak tanya ni.. masa Fahmi tegur gigi Adila tu, betul ker 1cm? bukan 1mm ke yg layak dipanggil 'gi'? atau 1cm tu ukur sekali dgn akar? hehe. lagi satu ni.. apersal dalam buku ni asyik Qartini jer datang bulan?

sure fine whatever
rinn
entri ini di alongside @ multiply: 4 Feb 2008

sinopsis belakang buku:

Antara mereka pengikatnya, adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah!

Qartini kini diburu Eric yang sanggup melupakan lingkaran kisah hitam hidup gadis itu kerana dia sendiri menyimpan rahsia.

Sarah yang berada di ambang kematian meninggalkan amanah kpd Yus agar mengasihi anaknya. Mampukah dia memikul tanggungjawab itu?

Yus yang didatangi cinta suami orang mencari perlindugan. Akan adakah hati yang terusik?

Neesa pula dikejar mimpi ngeri bila suami tiba-tiba berubah laku. Mampukah istana yang dibina berdiri kukuh sedangkan ombak ganas melanda?

Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untuk dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan?

Qartini - cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian.

Sarah - Cinta itu setia yang tidak berbelah bagi

Yus - Cinta sentiasa perlukan pengorbanan.

Neesa - Cinta adakalanya penjara yang memagari jiwa

namun jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah... Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan.

Review 374: Relevenkah Aku di Hatimu? by Rnysa


Relevenkah Aku di Hatimu? a.k.a RADHA
Penulis: Rnysa
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM20.00
495 muka surat

Rnysa mempunya gaya penulisan yg membuai perasaan.. ralitnya baca.. kalau roomate tak tutup lampu semalam, rasanya boleh abih satu buku tu. :) saya memang suka genre cerita yg dibawakan, sahabat jadi kekasih. Pastinya lepas ni jadi pengunjung tetap blog Rnysa.

Kisah ni tentang 3 sahabat Ammar-Syah-Kaduk. Masa sekolah syah menyimpan perasaan pada Ammar, Kaduk adalah sahabat baiknya yg sudah punya buah hati bernama Ain. Meningkat usia mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara, Ammr & Kaduk ke UK manakala Syah di Jepun. Masa berjauh syah semakin intim dengan Kaduk dan masing2 mula
menyedari perubahan perasaan masing2. Pertemuan semula setelah hampir 3 tahun tak bertentang mata membuahkan kebahagiaan. Tapi tragedi meragut kegembiraan itu. Kaduk cedera parah dan mengalami masalah ingatan. Tak lama utk Kaduk mengenang semula Syah yang mendpt tempat di hatinya. Pd mulanya ibu kaduk kurang suka pada Syah kerana di
matanya Wawa lebih sempurna buat Kaduk. Tapi masa merubah segalanya. Kaduk makin memahami hatinya dan nekad akan menjadi bakal suami dan bapa terbaik buat orang yg paling disayangi.


sure fine whatever
Rinn
tarikh entri ini di alongside @ multiply 2 Ogos 2007

Sinopsis belakang buku:

Allah telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit. Nurul Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup memahami. Kala-kala aku luka, lalu dia jadi perawat yang menyembuhkannya. Dan, kala-kala aku gembira, dia menyimbahkan
ketenagnannya.

Syah:
gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya.

Kaduk:
'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang.

Mar Iskandar:
lelaki warak penambat hati sukar didekati.

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harap?

Review 373: Hanya Kau Yang Tahu by Kamsiah Abu


Hanya Kau Yang Tahu
Penulis: Kamsiah Abu
Buku Prima
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
517 mukasurat
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
9789670184173


"Seandainya boleh kuatur perasaan ini, pasti bukan cintanya yg kucari..."


Kisah ini bermula dgn keterpaksaan Sulaiman Al-Sagof menggelapkan wang syarikat demi menyelamatkan nyawa isteri tercinta yg bertarung dgn maut di meja bedah. Namun Allah lebih menyayangi isterinya. Farah cuba membela tindakan bapanya di hadapan Daniel Harith, bos besar Gemilang Jaya. Pertemuan pertama walaupun Farah sudah lama bekerja di situ. Siapa yg tak kenal dgn Daniel Harith yg sentiasa di dampingi wanita cantik.


Daniel Harith menggunakan kesalahan Sulaiman Al-Sagof utk memaksa Farah menyamar sebagai kekasih terbarunya supaya Munirah, rakan kongsi business tidak mengganggunya lagi. Dia mahu Munirah betul2 kecewa sehingga menjualkan sahamnya kembali dan tak ada kaitan lagi dgn dirinya.


Cerita ini banyak scene daniel harith dan Farah yang saling memendam perasaan sebenar. Walaupun mereka merasakan mereka melakonkan dan pura2 mesra tetapi apa yang dipamerkan adalah perasaan sebenar mereka berdua.


Walaupun tak suka Daniel Harith, Sulaiman Al-Sagof tu sanggup berulang alik dari telefon ke bilik anaknya utk memujuk Farah bercakap dgn Daniel Harith yang call all the way dari Cairo.


Daniel Harith sukar mempercayai wanita kerana ibu tiri yg telah memperdaya bapanya merupakan org yg telah merampas segala kebahagiaan dari keluarga mereka. Tetapi pertemuan dgn Farah telah membuat pendiriannya lebur.


hmm cerita org yg sangat hensem dgn orang yang sangat cantik.


sure fine whatever
Rinn


blurb/alongside/sinopsis


Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu. Ini juga peluang keemasan yg digunakan oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yg terkenal dgn imej 'Romeo' utk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menajdi bertambah parah apabila impiannya utk membina mahligai bahagia bersama kekasihnya, Rizal menemui jalan buntu. Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yg seolah-olah memenjarakan Farah dlm penderitaan yg entah bila akan berakhir.


"Sebab itulah abang ambil kesempatan utk libatkan Farah dalam kemelut abang dengan Munirah, kerana abg tahu yang abag telah jatuh cinta pada Farah semasa pertama kali melihat Farah. Hati abg bagai berdetik bahawa abg sudah jumpa perempuan yg akan membahagiakan abg." ~Daniel Harith


Adakah sesuatu yg pahit telah berlaku dlm hidupnya sehingga dia membenci perempuan begitu sekali. Adakah dia mengahwini aku kerana mahu membalas dendamnya pada perempuan.~Farah


"Jgn terlalu yakin farah! Bila saya kata yg awak mesti tinggal kan Daniel, eloklah awak lakukan begitu. Farah tak tau yg Farah tu hanyalah sebagai teman Daniel utk berseronok seronok sahaja. Dia akan tinggalkan awak bila dia sudah jemu nanti. Saya hanya ingin menolong awak sahaja, Farah. ~ Munirah Samad


---
Kerana wang, kekadang manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa melanggar prinsip kehidupan dan harga diri sehingga sanggup membelakangkan dosa dan pahala. Saya mendapat ilham ini utk mencoretkan kisah pahit manis kehidupan seorg gadis yg mementingkan kehormatan diri sebelum mengikat cinta lelaki bergelar suami. Semoga Hanya Kau Yang Tahu dapat memberikan ikhtibar yg baik kpd semua pembaca. ~kamsiah abu~

Review 372: Harga Diri by Ct Rohany Abu


Terbitan rhythm
Harga diri by Ct Rohany Abu


"Agungkah cintamu andai diriku korban nafsumu"


comel cover buku ni ada teddy bear dgn background nak oren oren sikit. Ain atau Sarah digambarkan seorang pereka fesyen yang makin terkenal tapi dari penceritaan kita tak dapat rasa atau percaya apa yang diperkatakan. cerita sarat dari satu kisah ke satu kisah, tak ada masalah dari segi flow cerita cuma rasa macam penulis agak keliru dengan timeframe dalam cerita ini. bila ada nama yg hampir2 sama - tengku amir, tengku amar, tentu la ada scene yang penulis keliru yang terlibat amir atau amar, mula2 amir lepas tu terselit pulak nama amar and then kembali kepada nama amir semula. di hujung-hujung cerita Ain/sarah decide nak terima tawaran ke paris, masa bercakap dengan kak leha, Ain/Sarah kata dia akan ke paris utk sambung pelajaran dan bila habis nanti dia akan kembali, manakala biler dia bercakap dengan anaknya Haikal, dia kata dia dapat kerja di Paris.. so mana satu ye?


"Pergilah derita! Pergilah kenangan lalu! Biarlah aku memulakan kehidupan baru. Semoga masih ada sinar bahagia buat diriku!"


i think Ain/Sarah buat keputusan yang paling bijak. sapa nak mak mertua macam mak engku tu, eksyen lebih. benci den! tak ada apa nak diceritakan sebab sinopsis dah ceritakan segala galanya dengan ringkas dan sempurna, cuma tak disebutkan ending sahaja (sila scroll ke bawah utk sinopsis kisah 'Harga diri')


sure fine whatever
rinn
tarikh entri ini di AlongSide @ multiply: 22 mac 2007
terbitan Rhythm
Sinopsis belakang buku:


Cinta hadir tanpa diundang. Begitulah cinta seorang tomboy Nur Ain Maisarah terhadap Tengku Amir. Namun Tengku Amir tidak pernah mempedulikan cinta Nur Ain Maisarah. Akibat gelojak nafsu, Tengku Amir memperkosa Nur Ain Maisarah lalu dia melarikan diri ke United Kingdom. Sejak itu Nur Ain Maisarah mula membeci lelaki itu. Nur Ain Maisarah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Amir Haikal. Kehadiran Amir Haikal mengusir penderitaan Nur Ain Maisarah. Dia bangkit dari penderitaan dan berjaya menjadi pereka fesyen yang terkenal.


Kemunculan Tengku Amar mengubah pandangannya terhadap lelaki. Manakala perasaan bersalah sentiasa menghantui Tengku Amir. Dingin Salju juga marak membakar rindunya pada Nur Ain Maisarah dan Tengku Amar sedang menyulam kasih. Berjayakah Tengku Amir mendapatkan semula cinta Nur Ain Maisarah?


Bagaimana pula dengan Tengku Amar? Nur Ain Maisarah keliru antara cinta dan harga diri.

Review 371: Jika Benar Cinta by Lynn Dayana


Jika Benar cinta
Penulis: Lynn Dayana
Terbitan alaf 21 Sdn. bhd
RM18.00
481 mukasurat

"Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata"


Resah gelisah nak abihkan buku ni, nak baca laju takut nanti ada yang tertinggal, memang kena membaca setiap bait perkataan, penulisan yang tidak membosan kerana ada saja topik yang akan mencuit hati, nak tersenyum nak tergelak semua ada.


Novel sulung dari Lynn Dayana memang menarik cara penyampaiannya seolah olah universe dalam buku 'Jika Benar Cinta' ni dihuni oleh manusia-manusia yang loyar buruk. :) setiap watak yang muncul ada saja line loyar buruknya Auntie zarina, mak ayah si Lisa, even Henry dan Rosie pon loyar buruk jugak! Memang gelak bertali arus bila baca buku ni. Walaupun ada kisah duka, terubat juga dengan kata2 yang menjadi kan kita tersenyum, tertawa.


Penulis nyata berjaya membuat pembaca tertanya tanya sapa Airy? Anak sappa? salah cetak ker biler namanya ada tersebut dlm prolog? Tulah antara faktor2 yang mengundang kegelisahan bila baca citer ni.


Kisah ini membawa kepada kronologi kisah cinta yang terpaksa dilalui oleh Lisa demi utk membawanya kepada lelaki yang betul2 layak utk dirinya. Dia pernah dikecewakan kerana orang ketiga, dia pernah menyintai orang yang tidak membalas cintanya, dia sendiri pernah menjadi orang ketiga tanpa diketahuinya, dia pernah dibohongi dan kehilangan cinta yang disangkanya abadi. Dia takut bercinta lagi dan tidak menyangka bahawa kematian itu adalah perlu untuk menemukan dia dengan seorang insan yang diciptakan untuknya.


Buku ni boleh juga dijadikan buku panduan utk teknik2 loyar buruk yang berkesan heheh.. gusi tak sempat nak kering dah tergelak lagi.. tahniah Lynn Dayana and terima kasih.


Sure fine whatever
Rinn
Tarikh entry ini di AlongSide @ multiply: 22 mac 2007

terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.


Namun sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukin di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang bayang. Asyik terkenang-kenang.


Gila. memang benar cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semua indah belaka.


Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai?


Dia tidak tahu menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah. umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.


Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...

Review 370: Aura Kasih by Roslaila Jaafar


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Aura Kasih by Roslaila Jaafar

"sayangku melebih kasih majnun kepada lailanya."

berkisar kisah seorng pelajar, Mira yang liar kelakuannya, satu tragedi mengubah sikapnya, pemergian ibunya menginsafkan dirinya. jatuh cinta dengan gurunya dan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan walaupun guru itu sudah beristeri, isteri nya itu adalah cinta pertamanya. Adddduh, dasar lelaki tak cukup dgn satu. may be plot ini yg membuat saya kurang tertarik dengan cerita ini.. digambarkan Cikgu suhaimi sehandsome Aamir khan. dalam citer ni banyak tunang/kawin sepupulah.. Mira penah bertunang dengan sepupunya Amir yg memutuskan pertunangan selepas tragedi Mira ditikam gengstar semasa keluar berdua-duaan dengan Fikri. Ema yang frust dengan Azman yang masih menyintai Mira menerima sepupunya sebagai tunangan. dan Cikgu Suhaimi sendiri bertunang dan berkahwin dengan sepupunya Kamisah.


diakhiri dengan Mira dpt menyambung pelajaran ke UM, tak disebut course apa. ckgu suhaimi dan Mira berat hati nak berpisah tapi itu yang terbaik buat mereka. cikgu suhaimi tk sanggup curang pada isteri dan Mira sendiri tak sanggup memusnahkan kepercayaan kamsiah yg baik hati tu. Tapi tu la, dalam surat cikgu suhaimi minta Mira jgn lupakan dia.. tak sesuwei.. perjalanan hidup mira masih jauh, kalau setakat habis sekolah menengah dah byk lelaki yang jatuh cinta dengan dia, masa kat U macam mana agak ek?


sure fine whatever
Rinn
Tarikh entry ini di AlongSide @ multiply: 22 Mac 2007


terbitan ALAF 21 sendirian berhad
sinopsis belakang buku:


KETAMPANAN dan kebaikan Cikgu Suhaimi telah memikat hati dua orang pelajarnya Mira dan Marina. Pandangan pertama mengundang cinta di hati mereka. Cikgu baru itu sungguh kacak, sasa dan cukup bergaya sekali. Sejak itu, Mira tidak pernah ponteng sekolah. Begitu juga dengan Marina. Masing-masing terpaksa bersaing untuk memenangi hati lelaki itu.


Namun tanpa pengetahuan mereka berdua, rupa-rupanya Cikgu Suhaimi telah mempunyai kekasih. Seorang gadis solehah yang mencintainya sekian lama. Berita perkahwinan Cikgu Suhaimi dengan gadis itu benar-benar mengejutkan Mira dan Marina. Mereka amat kecewa.


Bagaimanapun selepas beberapa bulan berkahwin, Cikgu Suhaimi tiba-tiba jatuh cinta pada Mira. Kekerapan Mira datang ke rumahnya untuk kelas tambahan menyebabkan Cikgu Suhaimi semakin tidak mengerti perasaannya. Dalam diam, kedua-duanya sering bertemu di luar untuk meluahkan perasaan mereka.


Tapi haruskah Mira merampas lelaki ini dari isterinya yang baik dan penyayang itu kerana bak kata pepatah Melayu, kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jadi, antara mereka bertiga siapakah yang harus berundur dalam sketsa cinta ini?

Review 369: Bunga-Bunga Cinta by Dahiri Saini


Terbitan Tintarona
Bunga-bunga Cinta by Dahiri Saini


"Terima kasih kerana masih ada lagi cinta itu bersemi di sini..."


Berlatar belakangkan sebuah kampung di kota samarahan. Rasa macam lambat habis baca buku ni. tambah-tambah biler dah terbaca sinopsis di belakang yang menggambarkan ending nya adalah cinta yang tak kesampaian.. i'm typical, kalau buleh nak happy ending.. so wht? hehe.. nasib baik la dgn sabar nya baris demi baris i read and berbaloi lah.


kisah berkisar tahi lembu dan baja organik. Aduih.. meloya jugak sesetengah ayat tu. tapi kuteruskan jua.. huhu.. bila masuk kisah berjela-jela tentang baja organik dan projek Haruman memang agak membosankan tapi penulis bijak menyelit adegan2 lawak yang membuatkan saya ketawa terbahak terbahak terbahak. conthnya Wi yang tensyen dengan lembu2nya yang kuat makan tetapi tak berak berak.. dia bimbang tak dapat menampung keperluan baja organik utk projek Haruman. Lagi satu yang lawat semasa Lan yang asyik resah gelisah teringat bekas isteri yang diceraikan, Siti Sahirah yang sudah menjadi tunangan Ludin. Dia cuba mengaplikasi 'aroma therapy' bunga, so dia pun terus ke jendela rumahnya dan menyedut bau sekuntum bunga dalam2, instead dia termuntah di tempat kejadian sebab bau taik kucing yang berdekatan lebih fresh dan power! huhu.. sekali dapat aroma terapi taik kucing beb! memang gelak tergolek golek diiringi air mata gembira.. hehe.. rasa mcm kelakar sangat..


Kecewa bila baca sampai part Ludin tak memilih sesiapa sama ada Zaha atau Sahirah. I prefer dia pilih sahirah sbb sepanjang cerita pembaca disogokkan dengan pahit manis dan liku2 yang dilalui Sahirah dan Ludin. Zaha walaupun ada disebut di awal cerita tapi tak mendalam, masa towards the end barulah wataknya muncul dan terus merayu-rayu cinta Ludin dan mcam dok remind Ludin bahawa dia yg membawa Ludin keluar dari kekecewaan cinta dgn Sahirah dulu (yg terpaksa kawin atas desakan keluarga).


Suludin minta Sahirah kembali kpd Lan yg masih mengharapkan cintanya. tapi sahirah dah serik, Lan beralih kepada isteri keduanya yang turut diceraikan. dua2 macam dah insafla. Sahirah sambung belajar utk Phd.


The ending made me smile, walaupun masih lagi keletihan gelakkan scene 'aroma terapi taik kucing'. ending dia we get to decide sapa yang kembali kepada Ludin. and from the clues, i think it was sahirah.. tapi lain orang lain pendapatnya.. antara sebab i think it sahirah, she return with a perfume with brand 'haruman' (sahirah dan ludin sama-sama usahakan projek haruman from scratch), kedua sebab Jawi kenal dengan wanita itu. Jawi tak penah lagi jumpa Zaha.


Thanks yam sbb bagi baca buku yang mencabar kesabaran dan kewarasan ku ini. huhu... Lagi satu, kalau la buku ni bukan bertajuk BUNGA-BUNGA CINTA, i think it may be titled as 'JEDA' hehe..sebab banyak kali betul perkataan jeda digunakan tak kira la secara root word atau pun dengan imbuhan atau pun kata ganda.. jeda, jeda-jeda, terjeda, terjeda-jeda, menjeda.. jeda jeda jeda.. aduih.. by the way, apa maksud jeda tu? *garu pala*


Saya pernah ternampak satu buku by dahiri saini kat mph alamanda baru2 ni, tajuk dia lain tapi bila saya selak2 helaiannya citer nyer sama jer ngan citer bunga-bunga cinta ni, tapi cara penceritaan ending dia lain!


sure fine whatever
Rinn
tarikh entry ini di AlongSide @ multiply: 22 Mac 2007



Terbitan tintarona publications sdn bhd.
sinopsis belakang buku:


Setelah sekian lama membawa lara di hati, berkelana jauh di kota terasing. Suludin pulang menggalas tanggungjawab yang lebih besar. Kisah cinta silamnya yang enggan bertaut dibiarkan lepas dipuput angin perubahan. dia tega menebus kekecewaan lalu. Suludin kembali ke tanah air dengan tekad untuk menemui jalan kehidupan yang baru yang tidak lagi dibumbui oleh persoalan hati dan perasaan.

Namun kegagalan perkahwinan bekas kekasihnya Siti Sahirah, membuka kembali diari cintanya yang telah sekian lama tersimpan. Suludin tidak dapat menafikan gelora kasihnya yang bersembunyi di sudut hati. Apatah lagi kehadiran kembali rasa cinta itu di saat masing-masing memerlukan. Suludin tidak mampu menolak takdir sehingga dia sanggup membuktikan rasa cinta kali kedua itu dengan ikatan pertunangan.

Walau bagaimanapun, tidak semudah itu Suludin dan Siti Sahirah melayari bahtera cintanya. Mereka diuji dengan pelbagai dugaan. Suludin juga punya kisah silamnya di luar negara, manakala Siti Sahirah dihimpit oleh desakan bekas suaminya yang masih dahagakan cinta Siti Sahirah. Akhirnya mereka terpaksa membuat keputusan di luar dugaan.

Monday, May 9, 2011

Review 368: Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni


Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
RM19.90
535 mukasurat


"Mengapa kuteringat bila cuba melupa, kumenangis bila cuba tertawa"

Semasa berbual dgn kak ima di telefon, dia ada menyebut tentang kisah ini dan saya tak fikir panjang dan terus memulakan baca buku ni sebaik saja buku Sara Kirana saya selesaikan. Penceritaan di awal kisah ini agak slow dan belum terasa rentak Anis Ayuni di dalamnya.. melepasi bab kelima baru lah saya menemui rhythm yg saya cari dan saya menghabiskan bacaan tanpa berhenti. Bagi saya kisah ini jauh lebih menarik dari Suara Hati dan Kau Kekasihku, sama menarik seperti Yg Terindah dan Bayangan Rindu tetapi tak boleh lawan hebatnya kisah Manisnya Cinta dan Gemersik Kalbu. Bagaimana pun sentuhan Anis Ayuni ini bagi saya tidak menghampakan peminat-peminatnya. Cerita 'sweet' yang dilakarkan memang menjadi.

Abby dibenci kakaknya kerana sebaik saja dia lahir, bapa mereka pergi meninggalkan ibu mereka. Menginjak usia dewasa, tiada perubahan berlaku dlm perhubungan mereka. Abby menuntut di Padang Indonesia, kepulangannya menemukan dia dgn Abg Faiz, kawan kakaknya. Disangkakan Abg Faiz berkenan dgn kakaknya tetapi rupa2nya dia selalu datang utk menjengah Abby. Pinangan Abg Faiz meletakkan Abby dalam dilema.

Rahsia perpisahan ibu dan bapa Abby tersingkap apabila Pak Mus muncul dan menyatakan ayahnya masih ada utk mewalikan pernikahannya. Konflik dgn Kak Lisa juga terlerai apabila Abby sanggup meletakkan diri dlm bahaya demi menyelamatkan nyawa darah dagingnya, tapi kemunculan 'Sham' di antara dia dan abg Faiz menyebabkan Abby dibakar cemburu, walaupun pengikat kasih mereka, Aliya, telah lahir ke dunia.

sure fine whatever
rinn
entry ini di AlongSide Multiply: 7 Mei 2008

Sinopsis belakang buku:

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditingga ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu, hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kaklisa yg dialah punca penceraian ibu dan bapa mereka, sgt membebankan jiwa. kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehdiran Syd Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yg terbaik utk kakaknya. Sikapnya y g bertanggungjwb melindung sesekali membuat kan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakna boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yg disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yg salah kerana bercinta dgn kakak, mengapa pula yg dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak hatinya tak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

Review 367: Rindu Di Awan Biru by Meen Zulaikha



Rindu Di Awan Biru
Penulis: Meen Zulaikha
Alaf 21 Sdn. Bhd
Editor: Rubiah Aksah
516 muka surat
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90
9789831246252


"Di awan biru kuseru namamu agar terubat rasa rindu ini"


Akhirnya berjaya juga aku menghabiskan kisah Kapten Akmal yang disebut-sebut kat guestbook aku tu. Memang penggoda kelas satulah dia ni. Pandai putar alam demi kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri. Walaupun mempunyai sikap begitu, perwatakan Kapten Akmal diolah dgn menarik menjadikan pembaca pun akan turut jatuh hati dengan Akmal yang caring dan penyayang tu.


Sinopsis belakang novel ini banyak mendedahkan klimaks cerita mungkin mengurangkan sikit kejutan cerita. Hanan berasal dari keluarga yang menderita gara-gara poligami. Ayahnya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami beristeri dua. Ini menjadikan Hanan kurang menaruh minat kepada lelaki. Ini menjadikan mak dia risau yg Hanan tu nanti tak nak bersuami langsung.


Pertemuan dgn Akmal ketika dalam penerbangan ke Melbourne menarik minat Hanan. Bukan senang Akmal nak mengorat Hanan tu. Tapi dengan campurtangan Adi, abg Hanan dan ibunya membuatkan Hanan terpaksa membuat keputusan segera ketika berada di masjid Biru. Hidupnya bahagia sehinggalah terbongkarnya rahsia Akma bahawa dia sudah pun beristeri. Dia jatuh cinta dgn Hanan dan berharap Hanan akan melahirkan anak-anak comel utknya kerana isteri pertamanya enggan mengandung.


Part ini lebih menyerlahkan keadaan sebenar Akmal yang kelam kelibut hidupnya. Hilang terus jejaka charming yg sebelum ini menutupi kelemahan Akmal. Dari seorg yang cool dan bijak terus bertukar menjadi seorang yg tergesa-gesa dan kelam kabut sehingga mudah terpedaya dgn perancangan licik isteri pertamanya sehingga dia terlanjur menjatuhkan talak tiga kepada Hanan. Setelah tenang barulah dia menyedari kesilapan diri dan mengaturkan 'cina buta' utk mendapatkan Hanan kembali.


Ridz yg tampan bergaya muncul mengisi kekosongan hidup Hanan. Bukan mudah bagi Hanan utk menerima Ridz tetapi ruang yang sangat sempit yg disediakan utk kemunculan watak Ridz membuatkan aku rasa mudah saja Hanan terpujuk dan menerima Ridz. Tindakan Ridz tidak mengembalikan segera cek pemberian Akmal menghancurkan kebahagiannya. (Nak sama pulak macam Seth(KYS) yang tak lupuskan topeng yg menjadi punca pertelagahan dgn Elena).


Kerinduan Hanan pada Ridz tidak kelihatan melebihi kerinduannya pada Akmal semasa menjadi isteri Akmal dulu. Mungkin kalau Ridz diberikan ruang yang lebih, kehadirannya akan memberikan impak yang lebih. Apa2pun aku suka endingnya :)


sinopsis/novelcinta/blurb


Jangankan berkahwin, bercintapun Hanan tidak ingin. Menjadi seorg isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.


Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan satu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakan menajdi seorg isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.


Akibat difitnah, Hanan diceraikan dgn talak tiga. dalam pilu dia diburu rindu. Dalam duka dia mengharapkan bahagia. sanggupkah dia 'bercina buta' utk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

Sunday, May 8, 2011

Review 366: Arca Kasih by Norzailina Nordin


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Arca Kasih by Norzailina Nordin
RM 17.00
512 mukasurat

"Ketegasan Peribadimu Menggoncang Sanubariku"


apa yang menarik semasa nak mula baca novel ni adalah di muka belakang ada titipan komen dari A. Samad Said. SEbelum ni tak pernah langsung baca buku by Norzailina Nordin, cuma familiar dgn nama dia biler tengok melodi minggu lalu (awal tahun 2007), ada pelancaran buku2 norzailina oleh Ogy ahmad daud. so agak eager la nak baca buku nih.


apa yang pasti, buku ni tak sesuai dibaca sambil lewa, mesti penuh konsentrasi. bait2 kata yg diguna kan penulis ni memang sangat teratur ada nilai bahasa yang tinggi.


mengenai cerita pula, watak norashikin dan asmawi memang ada chemistry yang kuat. bagi saya chemistry tu paling best biler masa norashikin yg tak kenal langsung asmawi tapi terus membencinya sebab dia tu tergolong dlm lelaki kacak. lelaki kacak jugak la yg pernah menghancurkan hatinya masa di menara gading. Masa marah2 tu memang suka la.. Norashikin terlalu prejudis dan suka buat tanggapan sendiri.


tapi later tu diorang ok and bercinta.. masa tu ntah naper i don't feel the chemistry anymore. I'm glad after all tht have happened between them, they are back together dalam keadaan yang paling perfect walaupun sesetengah org will look at it as tragedi tapi itulah yg mengembalikan mereka bersama, tapi tu la kesian norashikin, she lost everything except Asmawi.


Sure fine whatever
Rinn
Entri ini di AlongSide @ multiply: 22 mac 2007


sinopsis di website alaf21:


Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?

Review 365: Emilya Zulaikha by Ariff Affandy


Emilya Zulaikha by Ariff Affandy
Terbitan Alaf 21
RM 17.00
448 muka surat


"Cinta yang tak bermaya, tak hilang upaya selagi janji setia dipadu"


Pada masa aku membaca novel ini, rasanya kali ketiga baca buku dari novelis lelaki, before this i've read Sirhan Ansari's then dari Ruslan Ngah and now Ariff Affandy. Masa ni aku tak baca sangat penulisan novel oleh lelaki. ketiga tiga mereka ada gaya penulisan yang berbeza. biler baca buku Emilya zulaikha ni watak Asrul tu pelajar political science yg akhirnya masuk bidang kewartawanan tu sama plak ngan latar belakang penulis ini sendiri, beliau mengambil jurusan sains politik ketika di USM dan later melibatkan diri dalam kewartawanan.


Watak Ika, anak kecil berumur 6 tahun rasanya sbb tak der mention umur dia dengan tepat, cuma ada disebut dia sedang belajar di sekolah tadika, so i assume 6 years old lah.. kalau tengok dialog2 yang melibatkan Ika tak menggambarkan langsung dia anak kecil berumur 6 tahun, dialog nya terlalu dewasa, may be lebih dari 10 tahun dan sifat perahsia nya itu macam seorang wanita yang matang, kalau tak disebutkan umur i'd say she's at least 9 or 10 years old (kalau ikut range time lapse dalam cerita ini pada awalnya).


sedih jugak part Emy berjumpa dgn Ida di hospital masa azan maghrib tu, menyentuh emosi. tak sangka pulak watak emy dimatikan selepas pembedahan utk menyelamatkan Ida, Ida pun menyusul tak lama kemudian, kesian la Asrul, nasib baik ada Ika bersama-sama nya. tapi memang unexpected la pemergian Ida dan Emy, i thought Asrul kawin ngan Emy supaya semua orang yg ika sayang akan tinggal sekali, tapi jangkaan saya meleset, memang unexpected ending. Nampaknya ada sebab penulis menceritakan how Asrul macam tertarik jugak dgn setiausahanya, Nita, orang sarawak rupanya!


Sure fine whatever
Rinn
Tarikh Entri ini di AlongSide @ multiply: 22 mac 2007



Sinopsis Belakang buku:


Emilya! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma.


Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...


Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.


Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi.


Namun, pilihan ada di tangan Emilya atau Asrul mahupun Farida. Realitinya, bukan kalah atau menang, tetapi mereka harus bersatu!

Review 364: Yang Tercinta by Ruslan Ngah


Terbitan Utusan Publications & Distributor
Yang Tercinta by Ruslan Ngah



WOW!!! tebai betul buku ni, tak sangka i get to finish it in one day, al maklumla weekend baru ni tak der buat apa2. i read each and every word and i find myself lost with words such as "tercenung", "merogoh", "terbentur", "cemberut", "dikibul", dan macam2 lagi lah.. hehe nampak sangat my vocab very very weak lah. it is a good experience reading this, ada kisah cinta, ada jugak kisah kisah homocide. kes yg dlm buku ni mcm tak dpt diselesaikan polis, kita cuma tau wht happen dari perkembangan watak2 dalam cerita ini. kebanyakannya mendapat pembalasan dari Tuhan walaupun terlepas dari polis.



i like the way the writer describe melakukan satu perkara dengan mudah, biasanya kita kata "kacangla" or "a piece of cake" , sini dirujuk sebagai "seperti memancing ikan di kolam ternakan". or benda ni memang dah lama yg gue saja yang tak tahu! hehe.. sorry la.. baru jer berjinak2 nak baca bahan2 sastera dan bacaan mcm ni.


serba sedikit kisah buku ini, tentang Fazuri, lelaki yang mempermainkan perasaan Nina dan Rita utk kepuasan diri, namun memilih Dayang sbg tunangan/calon isteri. Takdir menemukan Dayang dan Nina dlm ikatan persahabatan. Nina memasang dendam dan mengatur strategi, mengumpul bahan2 bukti (affair Fazuri & Rita) utk memalukan Fazuri di hari penikahannya. Rita pula mengetahui tentang sikap Fazuri dan bijak mengatur rencana utk memerangkap Fazuri dlm pembunuhan Datuk Sufian (walaupun target sebenar adalah Zilman, bekas kekasih Rita). Kepercayaan Dayang pd Fazuri hancur dan pertunangan diputuskan. Later Fazuri keputusan bedah siasat terbukti Fazuri dianiaya.


Razli dipecat oleh Dayang bertindak membalas dendam. Dayang tidak mudah menyerah dan berjaya melepaskan diri (tapi cedera parah). Fazuri sering menjaga dayang di hospital. rasa insafnya timbul. Bila dayang sembuh dia tak berhasrat menyambung ikatan dgn Fazuri, dia memasang misi tersendiri utk mencari Razli sebelum Razli kembali memburunya lagi... panjang lagi kisah nya.

sure fine whatever
rinn
tarikh entry ini di alongside @ multiply: 21 mac 2007