Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, March 15, 2012
Review 665: Bukan Pungguk Rindukan Bulan by Wanis Soffya
Bukan Pungguk Rindukan Bulan
Penulis: Wanis Soffya
Terbitan Kaki Novel Enterprise
317 mukasurat
RM17.00
Sabah/sarawak: RM20.00
9789675067945
"Kalau sudah ditakdir bersama, sampai masa, bulan sendiri akan mencari si pungguknya"
Kisah cinta remaja simanis 17, Balkis Batrisya ni sangat manis :) Bagi yang gemarkan kisah cinta remaja tentu saja akan enjoy kisah setebal 317 muka surat ini. Tiada isu yang dibiarkan tergantung dan disimpulkan dengan baik di akhir cerita. kisah yg membuat pembaca juga gembira :) Konflik kisah ini bukanlah baru malah mungkin boleh diteka permulaan, pertengahan dan penghujungnya namun Wanis Soffya menyampaikannya dengan caranya tersendiri. Penceritaannya kemas dan tidak meleret. Salah satu sebab mengapa aku suka buku2 yang nipis dan menarik :) Tapi tulah, heroinnya muda lagi, baru nak isi borang UPU.
Menutup buku ini buat aku ingin mencari karya pertama penulis ini yg bertajuk Cahaya Kasih Qaisara tetapi ending cerita itu membuatkan aku fikir balik nak baca ke tidak. :)
Kisah ini tentang Balkis Batrisya atau panggilan manjanya Cha. Dia seorang gadis yang ceria dan berani. Walaupun latar belakang kelahirannya membuat dia dipandang serong, dia cuba bersikap ceria dan bersyukur dikurniakan ibu saudara yang dianggap ibu kandung. Persahabatan yang dihiasi bunga2 kasih dengan Firdaus dirasakan tidak ke mana kerana ibu Firdaus yang bermulut murai tu sentiasa mengutuk2 Cha yang diumpamakan pungguk rindukan bulan apabila sering bersama Firdaus. Penghijrahan Firdaus menjarakkan persahabatan mereka dan mungkin itulah yang terbaik. Peristiwa sebuah kemalangan kecil menemukan Cha dengan Syahrain yang baru frust kerana pilihan hatinya bukan pilihan keluarganya. Syahrain cuba menjauhkan diri dari Tengku Julia yang sukar dibentuk dan lebih suka bergaya dan seksi. Free2 jer Syahrain kena tazkirah dengan kakaknya bila bawa Julia berjumpanya.
Pertemuan dengan sipenunggu keputusan SPM, Cha yang comel membuat Syahrain melupakan Tengku Julia sedikit demi sedikit. Apabila Cha mula membuka hatinya buat Syahrain, terbongkar pulak cerita sebenar mengenai dirinya. Dia dicari oleh ibu dan bapanya dan akhirnya ketemu. Rasanya terlalu mudah pula Tengku Zul dan Tengku Mariah menyerah kalah semasa mencari Balkis Batrisya dahulu. Takkan sekali cari saja dah mengalah. Kalau Balkis tu dibawa berpindah randah kot2 la susah nak cari. ni last2 lepas berbelas tahun jumpa balik di tempat yang sama. Ni lah padahnya cepat sangat percaya cakap orang seperti Cik Senah Murai.
Setelah mengetahui Tengku Julia adalah bekas kekasih Syahrain, Cha mula mengundurkan diri. dia tidak mahu dikatakan perampas kekasih kakak sendiri. Cha ada rancangan sendiri untuk mengeratkan semula hubungan Tengku Julia dan Syahrain. Tanpa diketahuinya Tengku Julia dan Syahrain ada rancangan yang jauh lebih baik ;)
sure fine whatever
rinn
meRinnTis Blurb/sinopsis
'Aku bukan pungguk rindukan bulan!!!'
Balkis Batrisya ingin menjerit untuk meluahkan rasa hati. Tapi... untuk apa? Melampiaskan marah? Pada siapa? Dia tidak tahu...
Kata orang langit tidak selalunya cerah, sesekali sampai masa mendung akan tiba jua. Bagi diri Balkis Batrisya pula langit hidupnya sering saja mendung, tiada cahaya, tiada juga harapan. Tapi siapa sangka? Langit yang sekian lama mendungi tu akhirnya cerah jua, malah bagaikan berlukisan bunga2an yang kian hari kian berkembang, putih bersih dan bercahaya. Semuanya bagaikan anugerah dgn kehadiran Syahrain sulaiman dalam hidupnya sebagai kekasih hati. Bagaikan telah terencana, kehdiran Syahrain Sulaiman telah merungkai banyak persoalan hidupnya yg suram menjadi ceria dan bahagia. Merenung ke langit mengharapkan cahaya pada mlm hari. Hatinya berbunga ceria tatkala terungkap rahsia diri yang sekali gus memberi jawapan yg pasti dia takkan menjadi seperti pungguk selamanya. ibu, bapa dan keluarga... akhirnya dia punya semuanya.
Namun, baru sahaja diulit bahagia, langit yang mendung kembali bertamu bersama halilintar yg merentap tangkai hatinya. Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yg bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman terpaksa dilepaskan demi kakaknya, Tengku Julia yang baru dikenalinya, yg lebih dia sayangi kini. Tapi... sanggupkah dia melepaskan Syahrain Sulaiman? Mampukah dia menerima Syahrain Sulaiman sbg abg iparnya... dan relakah Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lamanya itu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment