Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, November 23, 2011

Review 578: Terpenjara Di Kamar Sutera by Kamsiah Abu


Terpenjara di Kamar Sutera
by Kamsiah Abu
Terbitan Tintarona
RM19.00
401 mukasurat
Cetakan pertama tahun 2008


"Bila hati mula berbicara, tiada kata mengungkap rasa"


Buku baru Kamsiah Abu. Pastinya peminat2 novel "Menggamit Syurga Firdaus" ternanti-nanti kedatangan novel baru dari penulis ini. Sebaik saja berpeluang membaca buku ni, memang saya tak lepaskan. Hmm nampaknya Kamsiah Abu cuba mengekalkan genre yang sama utk karya kedua ini. Masih lagi mempertaruhkan isu berkaitan kawin paksa. Saya rasa sinopsis belakang buku memang sudah menceritakan perjalanan kisah ini. Ia tak melunturkan niat saya utk membaca buku ini kerana kisah sebegini kadang2 ada kejutan dan tarikan yang baik utk terus membaca. Satu persatu muka surat yang saya selak tidak memberi impak yang sama seperti saya baca Menggamit Syurga Firdaus beberapa minggu yang lalu. Penceritaan terlalu mendatar hingga tak terasa naik turun kisah ini, kadang2 rasa macam tergesa-gesa pun ada jugak. Sebab dan alasan utk Azmira dan Badrul berkahwin adalah terlalu tipikal. Tindakan Azmira melarikan diri sebaik saja sah diakadnikahkan dengan Badrul membuat saya terfikir, kalau nak lari, lari la sebelum diakad nikah. mana2 yg dia buat tetap akan melukakan hati ibunya. Azmira ada sebab kukuh utk melarikan diri sebelum diakad nikah, dia ada boyfriend yang amat menyayanginya, Razif.


Tipikal kisah ini kelihatan lagi bila Badrul yang jatuh cinta pandang pertama dgn Azmira bertindak merahsiakan perkahwinan mereka. Kalau dia betul2 cintakan Azmira, kenapa nak rahsiakan dari keluarga? tambah2 pula Azmira bekerja dgn nya. Chemistry antara Azmira-Badrul almost zero, tak terasa jiwang pulak dgn diorang nyer interactions. Penyampaian mengenai betapa cintanya Badrul pada Azmira tak menyentuh hati saya hingga saya merasakan tak kisah kalau Azmira bertemu jodoh dgn orang lain. Badrul bernasib baik kerana rupa2nya Razif tu pakcik Azmira. Well tht is something very very very unexpected. Saya sangkakan mungkin mak Azmira pernah berkahwin dan melahirkan Razif, tapi tekaan saya tak tepat.


Satu2nya perkara menarik yg saya rasakan dalam kisah ini adalah misteri Jamilah (ibu Azmira) dalam keluarga Razif. Kisah Azmira-Badrul saya rasa sedikit membosankan. Apa2pun, bagi pengumpul kisah cinta selepas kawin, mungkin you want to read this and hayatilah sendiri. Menarik juga kalau ada penulis yang mahu melahirkan novel2 kisah kawin paksa sahaja. Selain dari Kamsiah Abu, saya rasa Ayu Emelda juga menghasilkan karya pertama dan kedua yang berkisarkan kisah kawin paksa iaitu "Lagu Rindu" dan "Kasih Dania" yang kedua2nya diterbitkan oleh Alaf 21. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu karya ketiga Kamsiah Abu & Ayu Emelda :)


SErba sedikit tentang Terpenjara Di Kamar Sutera. Azmira bahagia dengan cinta Razif dan yakin dgn kesetiaannya. Pertemuan dgn Badrul menggoncang emosinya. Kehadiran Badrul yg tiba2 membuatkan mereka tertangkap dlm keadaan penuh curiga walaupun Badrul sekadar ingin menolong. (ahem2 tolong basuh tangan Azmira kat singki sbb tekena air panas) Keadaan yg menimbulkan curiga itu memaksa mereka dinikahkan kerana tiba2 saja Badrul mahu bertanggungjawab dan menutup malu keluarga Azmira. Azmira melarikan diri sebaik saja dinikahkan. Pencarian Badrul terhenti apabila Azmira muncul ditempat kerjanya. Pelarian Azmira berakhir tetapi dia tidak dapat menolak cinta Razif yang sudah lama dibaja. Badrul bijak menggunakan peluang manakala Razif sudah mahu menjadikan Azmira suri hidupnya dan memperkenalkannya kepada keluarganya. Azmira yang seiras anak mereka yang hilang, Ros membuat keluarga Razif tertarik dgn nya, namun persoalan tetap timbul, adakah azmira mempunyai hubungan darah dgn Ros tetapi nama ibu Azmira adalah Jamilah. Kehadiran ibu Azmira semasa majlis konvokesyen Azmira bakal membuka misteri keluarga itu.


sure fine whatever
rinn



sinopsis di belakang buku:


Azmira jadi bingung. Semakin dia lari daripada cinta semakin dia dihimpit gejolak rasa. Bukti cinta Badrul yang bertaburan dikutip satu persatu. Semakin jelas pula wajah sebenar cinta mereka.



sinopsis di blog penulis:

SINOPSIS : TERPENJARA DI KAMAR SUTERA.


Dalam mengejar cita-citanya, Azmira telah diketemukan dengan Razif, lelaki yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang suci. Ketika kasihnya baru mula berputik, harapan Azmira untuk terus bahgia bersama Razif kecundang kerana dek fitnah yang telah mencemari maruah dirinya. Dalam keterpaksaan Azmira perlu menerima Badrul, lelaki yang langsung tidak pernah dikenalinya.


Gelora dan badai yang menjerok derita di hati Azmira bertambah parah apabila Razif terus-terusan meraih cinta Azmira. Keikhlasan dan kejujuran Razif telah benar-benar menduga kesetiaan dan keimanan Azmira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Azmira bagaikan tersepit antara tanggung jawab, cinta dan kasih sayang, menjadikan perkahwinan yang dibina secara rahsia semakin goyah.


“Perkahwinan kita ini ibarat sebuah rumah kaca dan semua orang di sekeliling kita ada batu di tangan mereka. Bila-bila masa sahaja rumah kaca itu boleh dipecahkan!… apa yang kita ada untuk mempertahankan rumah kaca itu?…” ungkapan yang amat menyiksakan Azmira.


Kedudukan dan kekayaan keluarga Badrul banyak memberi kekangan kepada usahanya untuk membina bahgia bersama Azmira. Akibat kesilapan yang telah dilakukan oleh ayahnya, patutkah kini Badrul pula yang terpaksa membayarnya? Mengapa Badrul dan Azmira perlu menjadi mangsa keadaan yang bukan silap mereka?


Namun… siapakah kita untuk menolak takdir ALLAH? Dapatkah Badrul dan Azmira mempertahankan perkahwinan mereka yang diibaratkan sebuah rumah kaca? Berjayakah Razif memilikki cinta Azmira? Hanya TDKS yang dapat menjelaskannya….


Selamat membaca!....

No comments:

Post a Comment