Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, December 3, 2012

Buku 720: Sehiris Bulan by Hafizah Iszahanid

Cover sehiris bulan yang serba oren :) Buku ni lah peneman aku ke Kuantan

meRinnTis Blurb/back cover

nampak mcm tak tebal sangat tapi lebih 500 muka surat juga.

penanda buku

butiran penerbitan

novel ini ditamatkan di mukasurat 511. :)
 
Sehiris Bulan
Penulis: Hafizah Iszahanid
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Editor: Shasha Maryam
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
511 muka surat
 
Indah bahasa. Indah cerita. Indah penghujung. Aku senang dengan karya ini. Jiwa kewartawanan dan kemanusiaan memenuhi ruang kisah Lili Julia, Adlan Huzairi dan Engku Effendi. Rasa tidak kena sudah muncul bersama watak Adlan Huzairi. Jejaka yang menambat hati Lili Julia. Adlan orang seni yang romantis. Memang mudah jatuh hati padanya. Seorang yg mengikut kata hati membuat dia oriented untuk mengejar cita-cita sehingga tidak fikir natijah di sebaliknya. Aku memang frust biler LJ jatuh hati pada Adlan.
 
Lili Julia dan Engku Effendi adalah insan yang setia pada cinta. Sukar mengikis cinta pertama. Kassandra Pullman yang namanya muncul di awal cerita kelihatan tidak padan dengan Engku Effendi namun perjalanan Lili Julia ke Afghanistan menemukan dia dengan wanita itu dan pada masa itu barulah kita mengerti mengapa Engku Effendi memilih Kassandra Pullman. Dia wanita hebat yang bijaksana. Lili Julia mahu membantu Engku Effendi mendapatkan semula cintanya.
 
Zaira juga berjiwa seni. Tapi obsesinya terhadap Adlan memakan diri sehingga mempengaruhi emosi dan akalnya. Tak sedar diri menumpang, dia mahu merosakkan kebahagiaan orang yang memberinya tempat berlindung. Cinta buta membutakan hatinya.
 
Aura kekeluargaan dalam cerita ini sangat nyaman. Mereka tenang menghadapi dugaan demi dugaan yang melintang depan mata. Doa mereka dimakbulkan dengan manis sekali :)
 
sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis
Hidup ini pelik, dan bahagia itu subjektif.
Sesetengah orang pula bahagia itu adalah kemuncak kerjaya.
Sesetengahnya pada membahagiakan keluarga.
Lili Julia, wartawan muda yang hatinya terpaut pada jejaka berjiwa seni, Adlan Huzairi. Malangnya pula lelaki itu berkongsi rasa dengan Zaira. Nota cinta Adlan Huzairi sentiasa menghujani hati Julia namun bagi Zaira, Julia itu bagai ahli sihir yang menghalang segala kehendak hatinya kepada Adlan.
Hati, sebenarnya apa yang kau mahu?
Hati, sebenarnya masihkah engkau dihambat rindu?
Engku Effendi masih mengharap cinta tidak kesampaian daripada Kassandra Pullman, namun bondanya Engku Mahani, mahu dia teguh membina perasaan terhadap Lili Julia.
Sehiris bulan di langit mengumpul selaut rasa tulus perasaan seorang manusia dlm pengembaraan rasa untuk menemui cinta. Lili, Zaira, Adlan dan Engku Effendi mereka adalah pemain wayang di bawah cahaya bulan berona perasaan!
Sehiris Bulan
HAFIZAH ISZAHANID menukangi Sehiris Bulan dgn bahasa yg indah dan sedap dibaca. Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 kategori cerpen dan peserta Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) 2011 ini tahu apa yang perlu untuk anda lihat dan dengar dalam karya terbaharunya ini.


 

Sunday, December 2, 2012

Buku 719: Antologi Jiwa Kacau - Himpunan Kisah Thriller

5 kisah thriller dari 5 penulis thriller berbakat besar. Eik? sorang jer lelaki? baki 4 lagi adalah penulis wanita!
Cover depan Jiwa Kacau.

meRinnTis blurb/sinopsis

ruas binding. lebih 500 muka surat juga.

butiran penerbitan dan senarai tajuk dalam antologi Jiwa Kacau

Kisah pertama dalam Antologi ini adalah Tragedi di Lampu Isyarat oleh Elee Mardiana

kisah kedua dalam Antologi Jiwa Kacau adalah Menari Dalam Duka oleh Attokz Dikulgai

Kisah ketiga adalah Dendam Bunga Dahlia oleh Lynn Dayana
 

Kisah keempat dalam antologi ini adalah Buru Bayangan Rindu oleh Dhiya Zafira. Ada sedikit update mengenai Sid dan Ari dalam kisah ini :)

antologi ini ditutup dengan kisah Cinta berdarah oleh Salina Saleh.

Antologi ini ditamatkan di muka surat 552
 
Antologi Jiwa Kacau
Himpunan Kisah Thriller
 
Penulis-Penulis:
Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lynn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh
 
Editor: Syamel Yusoff
Terbitan Alaf 21
552 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
 
1. Tragedi di Lampu Isyarat by Elee Mardiana
Aku tak pasti sama ada aku penah baca karya beliau bersama Alaf 21, tapi aku penah baca Pak Mat Kang dalam satu kompilasi terbitan KarnaDya :) memang memorable kisah tu. Kisah yang unik dan melucukan. Masa baru aku tau Oshun Muhammad tu Elee Mardiana :)
Tragedi Di Lampu Isyarat menyerlahkan Elee Mardiana sbg pengalun rentak thriller yang baik. Walaupun tiada hantu, keseraman tetap menyusup di beberapa sudut cerita. Debaran dan mood thrill dibiarkan menyelubungi cerita dengan baik dan penuh tanda tanya. Tahniah buat penulis.
Tragedi di Lampu Isyarat membawa kita mengenali Rita dan dari Ritalah kita dibawa menelusuri jiwanya yang terisi dengan misteri Jo dan Jul. Pengaruh Jo dan Jul yang tidak pernah dikenalinya adalah sangat besar dalam hidupnya kini. Dia menyelami kisah mereka dan itu membuatkan dia meninggalkan kota New York dan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Bahasa asing yang sering diracaunya ketika tidur adalah bahasa Melayu dan nama tuhan yang sebut-sebutnya adalah nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jiwa dalam tubuhnya melepaskan rindu di Malaysia.
Mukhlis menjadi sasarannya untuk membongkar misteri kehilangan Jo. Perangkap hebat dipasang sehingga kita sendiri tidak terfikir cara ini yg digunakan Rita utk menbongkar rahsia. Rita tersalah umpan, namun 'pukat tundanya' mengena juga. Habis semua terjerat, dari ikan paling kecil sampai ikan paling besar. Patutlah ustaz ustazah siap bawak air zam-zam pun tak menjadi. SEdangkan diorang tu teror bab mistik2 ni :)

meRinnTis Blurb/sinopsis belakang buku:
Tragedi di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dgn surat Jul yg berada dlm dirinya. Jul meminta pertolongan Rita utk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.
2. Menari Dalam Duka by Attokz Dikulgai
Membawa menelusuri kisah kehidupan taiko dadah. Ghazem, Arzam Domino dan Tria, anak-anak malang yang dipelihara Tuan D. Apabila meningkat dewasa mereka sudah biasa dengan urus niaga dunia gelap milik Tuan D. Ghazem dan Arzam semakin cekap dan disegani orang-orang Tuan D. Sikap tamak mula menguasai Ghazem sehingga sudah tidak mempedulikan sahabat baiknya Arzam. Arzam sanggup ditentang demi menjatuhkan Tuan D. Tria dan Arzam saling memendam perasaan namun perasaan mereka tidak direstui Tuan D yang turut menaruh hati pada Tria.
Arzam disabotaj ketika beroperasi. Dia dikhianati. Peristiwa itu membawa dia ke dlm sebuah keluarga kecil yang memberinya ketenangan. Dia mahu berubah namun ingata kepada Tria membuat dia mahu membawa gadis itu keluar dari dunia noda bersama-samanya.
Banyak jargon dunia pengedaran/penagihan dadah yang dikongsikan penulis dengan pembaca. Kematian Ghazeem yang sekadar disampaikan melalui Kayrol ala-ala sinopsis kepada Arzam buat ia kelihatan seperti terlalu mudah berakhir. Namun bila kita baca sampai ke perkataan 'tamat' dalam kisah ini, kita tahu ianya mungkin tidak tamat di situ sahaja. Kisah ini mengingatkan aku betapa berkobar-kobarnya aku nak baca 'Gapura' karya Zehan Ur Rakhie. Tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi buku tu. Mungkin kena pinjam dari sapa2 kot :)
sinopsis/meRinntis sinopsis belakang buku:
Arzam Domino terlibat dgn kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap., Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.
 

3. Dendam Bunga Dahlia by Lynn Dayana
Pembunuhan dan rancangan membunuh yang menjadi hiburan buat pendendam. Demi melunaskan rasa tak puas hati org yang dekat dengannya, dia mencari mereka satu persatu. Disebabkan ada perkataan bunga dahlia, aku ingat ker pembunuh tu perempuan (sebab terpengaruh dengan cerita Nama Atas Kertas - Nasron Sira Rahim sebenarnya :) Kronologi cerita yang predictible untuk cerita ala-ala I know what u did last summer ni tetapi unsur debar dan thrillernya tetap ada untuk membuat kita tidak berenti selagi kisah pendek ini tidak berakhir.
 
meRinnTis Sinopsis/blurb belakang buku:
 
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yg lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorg pembunuh yg memburu mereka utk membalas dendam.
 
 
4. Buru Bayangan luka by Dhiya Zafira
 
Menggarap kisah seringkas ini pun Dhiya Zafira mampu menyampaikan kisah dengan sangat baik sekali. Watak Azalea mungkin kelihatan weng tetapi dia ada kekuatan tersendiri yang membuatkan ASP Adha Hijazi tertarik untuk mengambil tahu tentang kes pelik gadis itu. Dia mengaku menembak seseorang yg telah menceroboh biliknya tetapi apabila polis ke sana untuk menyiasat, mayat itu telah hilang. Later terbongkar kisah Azalea yang delusi dan pernah membunuh diri. Semua mungkin berkata 'patutlah' tetapi Adha masih ada kepercayaan pada Azalea yang kelihatannya seperti seorang yang sangat yakin. Keprihatinan Adha bakal membongkar sesuatu yang telah dirancangkan sejak 10 tahun yang lalu. Berjayakah dia menyelamatkan Azalea?
 
 
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
 
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kpd mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 thn, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yg percaya cerita yg disampaikan Azalea kerana penyakitnya.
 
5. Cinta Berdarah by Salina Salleh
 
Memang jiwa kacau aku jadinya lepas baca kisah ni. Dialog-dialog yg aku rasa penuh dengan jeritan yang meluahkan rasa tension dan sakit hati yang membuat aku pulak yang jadi jiwa kacau. blurbnya sudah lebih dari cukup untuk menceritakan tentang kekacauan dalam jiwa Helmi.
 
meRinnTis blurb/Sinopsis belakang buku
 
Helmi kehilangan tunang tersayang dlm satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yg dihadapi, dia mula menjejak pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh org yg disangkakan pembunuh tunangnya.
 
sure fine whateverr
Rinn
 

Buku 718: Semalam Yang Kutinggalkan by Laila Hani

"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu...
meskipun aku bukan cinta pertamamu..."
 
Novel kedua dari penulis Syurga di Wajahmu, Laila Hanni :)

Ruas binding yang menunjukkan novel ini dalam kategori agak tebal.

meRinnTis Blurb/Sinopsis Semalam Yang Kutinggalkan

Kisah ini ditamatkan di mukasurat 582

Penanda buku dan latar belakang tu adalah biodata penulis. Untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan buku ini di pasaran.

alamat blog penulis di cover depan novel.

Tinta dari penulis.

butir-butir penerbitan dan Dedikasi penulis. Untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini di pasaran.
 
Tajuk: Semalam Yang Kutinggalkan
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM21.00
Sabah / Sarawak: RM24.00
582 mukasurat
 
"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu...
meskipun aku bukan cinta pertamamu..."
 
  
Semalam Yang Kutinggalkan membawa kisah Munirah yang sanggup bermadu dengan sepupunya atas permintaan sepupunya (Kak Reen) sendiri. Lagipun suami sepupunya merupakan bekas teman lelaki yang amat dicintainya dulu. Namun sikap Izwan memang sedari awal buat aku mengeluh. Memang terasa ada yang tidak kena dengan sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Selepas melahirkan anak buat Izwan, Munirah melanjutkan pelajaran ke Australia dengan izin suami. Namun perangkap yang dipasang seseorang telah mengena dan Munirah diceraikan begitu saja. Kerinduan pada anaknya saya memaksa Munirah menjejak semula Kak Reen dan Izwan. Munirah masih tertanya-tanya apakah salahnya sehingga Izwan membencinya dan mahu memisahkan dia dari Sarah.

Umar Rafiki yang muncul kemudian adalah jauh lebih memahami dari Izwan yang lebih mementingkan kebahagian diri sendiri. Umar datang dari keluarga yang memang tahap 'understanding' yg sangat tinggi. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan Umar menjadikan Munirah lebih berani memperjuangkan haknya.

gaya penulisan yang dipaparkan menunjukkan kematangan beliau dalam menulis jika dibandingkan dengan penulis-penulis KN yang baru. semoga terus berkarya
 
 sure fine whatever
rinn
 
meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku
 
Percintaan pada zaman sekolah telah menemukan Munirah dan Izwan. Mereka terpisah setelah Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya manakala Munirah telah dijaga oleh mak ngahnya selepas kematian SEMUA ahli keluarganya akibat kemalangan.
 
Bertahun kemudian... Munirah dan Izwan bertemu kembali, hanya beberapa hari lagi Izwan bakal melangsungkan perkahwinannya dgn kak Reen. Munirah pasrah namun tidak pada Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta mereka tapi Munirah tegar menidakkan cinta mereka itu kerana terhutang budi kasih, terutamanya kepada Kak Reen (anak mak ngah).
 
Kini Izwan ingin memperisterikan Munirah. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yg tidak boleh hamil, Munirah menerima dengan separuh hati. Perkahwinan ini direstui walaupun ada hati yg terluka.
 
Namun tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yg rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah pilihan Munirah? Anaknya, Sarah atau insan yg luhur mencintainya iaitu Umar Rafiki setelah badai menimpa rumah tangganya dgn Izwan?
 
 

Wednesday, November 21, 2012

Buku 717: Nasi Lemak Buah Bidara by April Snow

Cover novel pertama April Snow bersama Kaki Novel


capture alamat blogspot penulis.

ruas binding buku... wuaaahhh nampak tebal


meRinnTis Blurb/sinopsis/back cover

tulisan penulis. perple!

butiran penerbitan dan dedikasi penulis. untuk paparan penuh, sila dapatkan novel ini di pasaran :)

kisah ini ditamatkan di mukasurat 661

selamat membaca!

Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: April Snow
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
661 mukasurat
 
Cerita ini diolah berdasarkan pantun lama yang sangat popular,
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
hilang emak hilang saudara
kerana kasih hamba turutkan
(pantun mari kawin lari)
Keputusan tanpa restu utk berkahwin bukan sahaja merosakkan silaturrahim keluarga malah mendatangkan masalah kepada si anak yang membesar dalam masyarakat yang menyimpan syak wasangka. Sangat kasihan. Budak baik budi pekerti, indah rupa tetapi menjadi mangsa kebencian akibat tindakan ibu bapanya yang berkahwin lari. Anak itu sendiri tidak berkesempatan mengenali ibu bapanya. membuatkan dia sendiri tidak pasti mengenai status dirinya.
Siti Noor teraniaya dalam sebuah keluarga yg disangka satu-satunya saki baki keluarga yang dia ada setelah nenek yg membesarkannya meninggal dunia. Dia dilayan seperti orang gaji di rumah mewah itu. Nasib baik suami datin tu baik dan bagi gaji. Kalau tak, lagi lah perit laluan hidupnya. Datin dan anak sulungya (tiri) memng betul-betul mendera Siti fizikal dan mental sepnjang Siti berada di rumah itu.
Di mata si comel Ben, neneknya, dan ayahnya, Akhmal, Siti adalah gadis yang sempurna budi pekerti dan indah rupa. Pertemuan di masjid menyejukkan hati mereka.
Tahap kepercayaan mereka terhadap Siti sangat tinggi hingga sanggup menerima Siti tanpa banyak soal.
Kisah cinta Siti dan Akhmal sangat comel, secomel ben :) Perkahwinan mereka membahagiakan namun ada suara yang merasuk Akhmal agar meragui Siti tetapi Siti adalah terlalu baik dan di matanya terpancar keihlasan.
Akhmal dan ibunya berbincang mengenai status tidak sah taraf ketika Ben turut berada di situ. Membuatkan Ben courious dan bertanyakan Siti mengenai maksud perkataan2 'tidak enak' yang merujuk kepada anak tidak sah taraf. Rasanya tak sesuai menggunakan ayat begitu di hadapan anak sekecil Ben. Siti sendiri terkejut dengan status dirinya dan membuatkan dia merasa tidak layak untuk mendampingi Akhmal.
Mimpi disiksa dengan api itu kelihatan seperti cara mudah untuk membuat watak Datin tu bertaubat. dia tu terlalu kejam.
Kisah cinta dalam novel ini sangat manis dengan rentak sentimental dan tangkap nangis juga. Memang enjoy dan bila dah start memang tak boleh lepas.
Peribadi Siti dibina dengan utuh sekali oleh penulis. tapi ada juga terselit babak cium2 dalam kisah ini.
Walaupun ini karya pertama penulis dengan KN, kelihatannya gaya penulis sudah matang kalau dibandingkan dengan penulis-penulis baru KN yang masih berusaha menajamkan skill penulisan. Kalau nak bandingkan karya ini dengan karya pertama penulis bersama Fajar Pakeer, Dia Idaman Hati, terasa seperti Nadra yasmina dan April snow bukan orang yg sama pulak.
ok, terima kasih.
sure fine whatever
Rinn

Buku 716: Tertulis Buat Kita by Dhiya Zafira

Cover depan novel terbaru Dhiya Zafira. Memang terserlah aura kententeraan :) Bagi yang rindukan Rif dan Afi, diorang pun ada dalam citer ni.

lebih dari 500 muka surat. boleh tahan tebalnya...

meRinnTis back cover / blurb

ditamatkan di mukasurat 560

butiran penerbitan

bookmark dan latar belakang tu adalah catatan penulis :) untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini di pasaran.

Selamat membaca!

Tertulis Buat Kita
Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit Alaf 21
Editor: Rubiah Aksah
RM22.00
sabah/sarawak RM25.00
560 muka surat

"Aku bukan orang pertama yang kau benci. Tapi percayalah kau orang pertama yang kucintai"

Naskah yang mengangkat Jimmy sebagai hero ini sangat berbeza dari komando-komando lain yang pernah diangkat Dhiya Zafira dalam novelnya. Jimmy memang kita kenali sebagai seorang abg yg penyayang walaupun kerjayanya penuh pertempuran demi pertempuran. Pertemuan pertama Jimmy dan Auni jelas membuat kita merasa mereka seperti pinang dibelah dua apabila mereka sama2 meredah laut dalam kenderaan yg mengalami kegagalan brek. Situasi yang mencemaskan itu dikendalikan Jimmy dengan tenang dan dengan hati yang dilamun cinta :)
Auni adalah watak yang ada kekuatan yang berbeza. Selalunya kalau menyebut watak wanita yang kuat dalam sesebuah novel, ia merujuk kepada kekuatan mental dan emosi. Tapi Auni dia bukan saja kekuatan mental dan emosi, dia juga memiliki kemahiran yang menonjolkan kekuatan fizikal. Kekuatan fizikal itu mengangkat dia menjadi setaraf dan seiring dengan Jimmy. Auni mempunyai ketangkasan yang mampu menjatuhkan seorang lelaki dewasa. Kelebihan2 dan kekuatan2 itu juga menjadikan dia seorang yg mudah berdendam dan bertindak dengan emosi untuk melunaskan dendam.
Kebahagiaan mereka tercemar dek tindakan lalu yg tidak dapat dielakkan. Apabila Auni menunjukkan gambar Adli Azeem, aku terus cepat2 menyemak prolog di awal cerita. Prolog itu pada awalnya tidak memberi apa-apa rasa terus menimbulkan rasa berdebar-debar. Will she pull the trigger? Dari titik itu pembacaan sudah tidak boleh dihentikan. Mesti dihabiskan. Kalau tak nanti tak bleh tido :)
Pada aku Dhiya Zafira berjaya mengangkat Tertulis Buat Kita lebih baik dari Jauh Kau Pergi yang sebelum ini kelihatan setara hebatnya dengan Hati Bergetar Rindu. SEbelum ini apabila membaca karya Dhiya Zafira aku letakkan JKP sebagai penanda aras, dan untuk karya Dhiya Zafira seterusnya, penanda arasnya adalah Tertulis Buat Kita. :) tahniah buat penulis yang berjaya membaurkan elemen thriller dengan baik sekali ke dalam sebuah kisah cinta yang penuh emosi.
Perjalanan cerita yang dalam gerakan cepat dan pantas membuat jalan cerita tidak membosankan tetapi entah kenapa endingya terasa ditamatkan dengan agak mudah dan predictible. At one point aku terfikir Auni mungkin akan menembak Jimmy untuk mengaburi Robert dan konco-konconya bahawa Cougar sudah benar-benar mati dan mereka akan berenti memburu Jimmy. Antara sahabat-sahabat Jimmy, Eddie lah paling rasional, dia tak terburu-buru menghukum walaupun jelas depan mata, dia masih lagi memikirkan apa yang tersirat.
Apa2pun jutaan terima kasih buat Dhiya Zafira kerana menjadikan kisah ini HAPPY ENDING!

Sunday, November 18, 2012

Review 715: Bisikan Kata Hati by Dila Dyna

Novel kaki novel keluaran September 2012 yang lalu... Karya dari penulis muda Dila Dyna dila-lamanhatiku.blogspot.com

ni book mark yang tersisip dalam novel ini

cover depan. gambar tingkap berlangsir putih jarang.

Back cover. meRinnTis Blurb dan sinopsis cerita :)

tulisan dan titipan penulis. Jangan lupa jadi orang yang 300 pertama order buku KN utk mendapatkan tandatangan penulis.

butir-butir penerbitan. Di sebelah kanan tu adalah dedikasi penulis. Untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan novel ini di pasaran :)

novel ini ditamatkan di mukasurat 624

boleh tahan juga tahap ketebalannya...

Selamat membaca!

Bisikan Kata Hati
Penulis: Dila Dyna
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
September 2012 cetakan pertama
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
624 muka surat

"Cinta yang mekar di hati, tak mungkin bisa kuungkapkan...
Lantas hanya jemari yang bisa mencoretkan bisikan hati ini..."
 
 
Aiman membenci Laila Nurlisa kerana terbaca diari Laila yg meluahkan perasaan cinta dalam diari tersebut terhadap dirinya, bakal abang ipar sendiri. Laili Nurlisa pergi utk selamanya setelah mengamanahkan Aiman untuk mengambil Laila sebagai isteri. Amanat itu ditunaikan walaupun dia tak dapat membuang rasa benci terhadap Laila dan sayangnya pada arwah Laili masih menebal. Perasaan cinta Laila dituduh menjadi punca segala-galanya.
 
Laila membawa diri ke Belanda melanjutkan pelajaran. Setelah beberapa tahun, dia pulang dan Aiman adalah antara org yang pertama ditemui di Malaysia. Hubungan akrab dua keluarga yang berbesan itu membuat mereka masih suami isteri dan keluarga cuba untuk menjadikan hbungan mereka lebih mesra. Ego Aiman masih tinggi melangit.
 
Perasaan cinta yang tidak pernah dipupuk akhirnya meresap jua ke jiwa Aiman. Disebabkan sikap Aiman sebelum ini, Laila hampir tidak percaya dengan ucapan cinta dari Aiman.
 
Kebahagiaan Aiman dan Laila dicemburui Amir dan Emelda yang menggabung idea dan tenaga untuk menghancurkan kebahagiaan Aiman dan Laila. Sesuatu telah berlaku sehingga menyebabkan Aiman hilang ingatan. Dapatkah Aiman ingat semula cintanya terhadap Laila? apa yang dia masih ingat adalah Laila masih di Belanda dan Laili masih di hatinya...
 
Kronologi cerita tersusun kemas tapi agak tipikal dan mudah diteka. Rasa macam ada kewajipan pulak dalam cerita-cerita untuk diselitkan babak romantis cium cium peluk peluk. Aiman dan Laila sudah cukup manis tanpa adegan-adegan begitu. Babak Aiman-Laila semasa Aiman hilang ingatan tidak begitu banyak dimanipulasikan penulis. Tempoh itu terasa aura lebih jiwang antara mereka berdua :)
 
sure fine whatever
Rinn
 
 
meRinnTis Blurb/Sinopsis
Pemergian tunang tercinta di saat sebulan lagi mereka bakal disatukan telah merenggut pergi jiwanya. Lantas si isteri dilayan dgn kata makian. Semuanya gara2 diari bodoh yg secara tak sengaja telah dibacanya.
 
"Laila cintakan you... I ha... harap you dpat bahagiakan Laila. Janji pada I." ~ Laili Nurlisa
 
Deraian air mata sudah terlalu lali buat si gadis bernama Laila Nurlisa. Suami yg dicintai sepenuh hati tergamak memperolok-olokkan rasa cinta di hatinya. Lantas tawaran melanjutkan pelajaran ke negara kincir angin disambutnya dgn hati yg walang. Pilihan terbaik yg dirasakan buat dirinya dan sidia.
 
"Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi kan? Pergilah! Berhambus kau dari hidup aku!" ~ Aiman Syakiri.
 
4 tahun berlalu. Peristiwa pelanggaran di hadapan balai ketibaan KLIA menemukan semula mereka dlm situasi yg berbeza. Aiman dgn egonya, Laila dengan sikap keras kepalanya. Siibu mertua mula memainkan peranan.
 
"Tak boleh bawa kereta elok-elok ke? Kalau mati langgar anak orang tadi mcm mana?!" ~ Laila Marlisa
 
"kau jgn degil boleh tak? Aku tak nak nanti telinga aku naik bernanah dengar mama membebel kalau kau tak balik dgn aku!" ~ Aiman Syakiri.
 
Saat hati mula terpaut, cinta mula bersemi di laman hati. Ada pula hati yang mendengki. Siapa Emelda? Siapa pula Amir Izham dan Hakim? Akan berkekalankah kebahagiaan mereka, atau ada onak yg bakal ditempuh?


Thursday, November 1, 2012

Buku 714: Takdir Fitrah Terindah by Hanis Azla

Belum pernah baca karya penulis ini. Tapi masuk list wajib baca sbb highly reccomended by DD :)
Cover depan.

meRinnTis Blurb/Back cover

ruas bindingnya nampak tebaaaaaaaaaaal. RM25.90 tuuuu

penanda buku

ditamatkan di muka surat 597. fuhhh hampir2 600 muka surat!

Thanks :) hadiah besday :)
 
selamat membaca!
 
Takdir Fitrah Terindah
Penulis: Hanis Azla
Editor: Norhawanis Othman
Terbitan Buku Prima
RM25.90
Sabah/Sarawak: RM28.90
597 mukasurat
 
"Cinta yang datang satu anugerah...
Membawa takdir fitrah terindah..."
 
Walaupun melagukan kisah tipikal kawin paksa, penulis ada gaya tersendiri menyelitkan kepelbagaian dalam kisah ini. Nur Fitrah tidak pernah tahu siapa ibu bapanya yang sebenar. Walaupun begitu, dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan Ayah Man. Perhatian lebih dari kedua insan itu menimbulkan rasa iri di hati adik beradik dan isteri Ayah Man.
 
Walaupun latar belakang keluarganya tidak jelas, dia amat disenangi Puan Azwita sehingga timbul keinginan untuk mengangkat Fitrah sebagai menantu dan isteri kepada anak kesayangannya, Aiham, yang sudah beberapa kali menangguhkan perkahwinan dengan Rose Alea yang seksi terlebih tu.
 
Puan Azwita mengenakan syarat pada Aiham sehingga berjaya membuat Aiham terperangkap dengan janji sendiri lalu Nur Fitrah menjadi isterinya.

Perkahwinan itu menjadi satu lagi dugaan besar dalam hidup Nur Fitrah. Aiham masih meneruskan hubungan dengan Rose Alea dan membuat Fi rela menandatangani borang untuk mengizinkan Aiham berkahwin lain. Keengganan Fi menghalang perkahwinan itu membuatkan keluarga Aiham tidak senang dengan Fi, malah selepas perkahwinan dengan Rose Alea, lebih banyak fitnah ditaburkan terhadap Fi. Fi membawa diri.

Beberapa tahun berlalu dan Aiham mengejar Nur Fitrah semula. Kenapa? Masa ada tak dihargai, bila hilang baru tercari-cari. Fi juga dicari keluarga Aiham kerana rasa bersalah dengan salah faham yang telah disebarkan Rose Alea. Berapa jauh pun Nur Fitrah lari Aiham sentiasa ada tak jauh darinya.

Nada bahasa yang baik dilagukan Hanis Azla untuk cerita ini.

sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis:

Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta. Kahwin tanpa cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa utk membuat pilihan bukan milik org sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan utknya, apalagi yg perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yg diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah bila ada cinta lama dan cinta baru yg mahu mengisi hatinya?

"Nanti kalau ada lelaki yg keluarganya boleh terima Fi, Fi dah tak tolak dah. Tak payah bercinta pun tak pe. Terus kawin aje dan bercinta selepas kahwin." - Nur Fitrah

"Sebelum you nak ajar I utk kembali menyayangi Lea dan Alfi, tolong ajarkan hati you utk menyayangi diri you sendiri." - Aiham Fakhri.

"Ya Allah, Nur. She is just sixteen. Melampau betullah you ni. Walaupun you dah letakkan label kaki perempuan tu dekat I, janganlah sampai gadis semuda itu pun you ingat I layan jugak." - Hazari

"Patutlah awak tak layan saya. Ada affair dgn bos sendiri rupanya. Sekarang ni tengah gaduh kan? Sebab itulah awak nak cari kerja baru." - Iqbal

----------
Nasib anak terbuang yg tidak ketentuan membuatkan saya terpanggil utk meletakkan diri di tempat mereka. Kasih sayang dan kebencian saya adunkan utk merasai bahagia dan duka mereka. Pada saya, cinta dan sayang itu terlalu indah untuk dimiliki oleh semua org. Kisah cinta dan kasih sayang diri sendiri juga org sekeliling saya satukan utk menyedapkan jalan cerita. Dalam cerita ada cinta, dalam cinta ada pengorbanan, dalam pengorbanan ada teladan dan dalam teladan ada sempadan. ~Hanis Azla~