Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, July 12, 2010

Review 157: Bila Ada Rindu by Emma Maizura


Bila Ada Rindu
Penulis: Emma Maizura
Cetakan Pertama 2009
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
502 mukasurat
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


"Rindu itu satu pertemuan tatkala sendirian"


Tema yg dibawa EM dalam novel keempatnya ini agak berat dan menyentuh masalah gejala sosial yg semakin serius sekarang ini. Gadis tidak bersalah mengandung setelah diperkosa tetapi disingkir oleh orang kampung.


Orang asing pulak yng bersimpati, tetapi kelahiran anaknya telah meragut nyawanya. Tetapi kisah ini bukan tentang ibunya, ianya tentang Dalyla yg dipelihara penuh kasih sayang oleh keluarga angkatnya sehingga dia sendiri tidak menyangka bahawa dia adalah anak angkat. Dia membesar sbg anak manja yg ayu dan dikawal rapi ibu bapanya yg bimbang dengan masalah sosial zaman sekarang dan bimbang nasib ibu kandung Dalyla akan menimpa dirinya pula.


Mereka ada sebab utk lebih risau lagi apabila Dalyla menjadi perhatian jejaka kacak, Eriel yg digilai ramai wanita.


Ibu dan ayah Lyla memaksa dia mengahwini sepupunya, Zahim supaya rahsia kelahiran Dalyla dapat disembunyikan tetapi Zahim sendiri gagal membendung perasaan memberontaknya kerana dia enggan memperisterikan anak luar nikah spt Lyla.


Alasan Lyla dan Eriel dituduh berdua-duaan digunakan utk memutuskan pertunangan mereka. Lyla redha dan rahsianya sudah bukan rahsia lagi. Ibu Eriel tak mahu Eriel merapati Lyla lagi.


Lyla semakin matang menempuh hidup walaupun pada mulanya dia cuba menjauhi ibu bapa angkatnya. Namun alongnya telah menyemai kesedaran sebenar dlm jiwanya. Setelah dia mula stabil dalam hidupnya, Eriel muncul semula dan kali ini dia nekad mahu memperisterikan Lyla.


Kehidupan berkeluarga mereka tidak mudah, tambah2 pula dgn kehadiran Shira yg tak pernah jemu menghina latar belakang Lyla tambah2 pula dia disokong ibu Eriel.


Bagaimana Lyla berjaya curi hati ibu mertuanya? kena baca sendiri lah.


Watak macam shira dan ibu Eriel tu kelihatan sgt tipikal dan agak selalu kita baca dan mungkin susah nak distinguish dgn watak2 lain yg ada ciri2 yg hampir sama. Hhingga buat aku terfikir. Datin2 semua nak menantu macam Shira ke? Dari dpt menantu mcm shira, baik lagi la si Lyla tu walaupun dia anak luar nikah tapi dia pandai menjaga adab sopan dan maruah diri.


also by this author:

Ada Cinta Di Hati


Kala Mimpi Bersatu


Tiada Noktah Cinta




sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Hidup Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi ank kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dgn siapa dia berkawan sering menjadi perhatian org tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dgn situasi itu, namun dia akur... kasih sayang ibunya melebihi segala.



Namun, siapa sangka... di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yg terbongkar. Gelaran anak angkat yg berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segala imian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.


Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih...


Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?

Thursday, July 1, 2010

Review 156: Tiada Sepertimu by Anita Aruszi



Tiada Sepertimu
Penulis: Anita Aruszi
Terbitan Kaki Novel
RM24.00
Sabah/Sarawak: RM27.00
744 muka surat


"Hidup bersamamu tidak pernah mudah... tetapi salahkah jika aku mencuba?"


hoho tak sangka pulak ni citer kawin paksa, kisah lepas kawin baru jatuh cinta :) sapa yg suka genre yg mcm ni, gerenti akan suka 'Tiada Sepertimu'.


Penulisan Anita Aruszi semakin matang dan kemas dalam karya nya ini. Tetap terasa ada sisipan thriller dalam kisah manisnya yang membuatkan AA berdiri dalam genre yg tak ramai mampu lakarkan dgn sebaik ini.


Mulanya aku ingat ka kisah cinta ni adalah antara Zara dgn sahabatnya, Zack berdasarkan flashback pertama kisah tragedi hidup Zara yg hampir2 meragut nyawanya.


Zara kurang senang dengan keakraban ibunya, Rubiah, dgn Keifli seorang jejaka tampan pemilik restoran. Rubiah meminta Keifli memperisterikan Zara kerana bimbang dia akan meninggal dunia dan tiada siapa yg boleh dipercayai utk menjaga Zara melainkan Keifli. Ruby ni ada masalah jantung. Keifli agak ngeri dgn cdgn Ruby sbb Zara tu pompuan garang dan dia agak sukar mengawal Zara, lagipun Keifli masa ingatkan kekasih lamanya yg memutuskan hubungan sebelum pergi ke luar negara.


Zara memang cuba menolak tambah2 pula Kif selalu mengugut utk menyebarkan gambar2 daring Zara ketika orang Kif terrrculik Zara. Kif sebenarnya nak protect pekerja dia so dia buatla cerita pasal kewujudan gambar2 yg tak wujud tu. Kif ni sanggup buat apa saja utk membantu kawan2 dia. Dia pernah jadi escort boy demi utk membantu masalah kewangan sahabatnya.


Zara menurut akhirnya tanpa diketahui bahawa sebenarnya sebahagian hati Kif sudah ada padanya. Ada rahsia yg dipegang kemas oleh Ruby dan Keifli. Kematian adik Keifli yg pada mulanya disangka bunuh diri akhirnya terbukti dia sebenarnya dibunuh dan Keifli tidak sangka gadis yg pernah jatuh cinta dengannya segila itu. Gadis itu cuba mendekati Zara dan Kif amat bimbang, tambahan pula dia sudah mula jatuh cinta pada isterinya itu.


sure fine whatever
Rinn


also by this author

dedalu di hati

sakti cinta

bunga syurga

street vendetta

di bibirnya ada cinta


blurb/sinopsis belakang buku:


Keifli: "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dgn anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ni. Siapa yg nk bertemankan perempuan seperti Zara? sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"


Zara: "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dgn lelaki itu?"


Rubiah: "Benci tu satu perasaan yg amat dekat dgn cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."


Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dgn Keifli? Berjayakah Keifli 'menjinakkan' Zara yg garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dlm hidupnya?


~rinntisan~

Review 155: Resipi Hati by Iejay Zakaria



Resipi Hati
Penulis: Iejay Zakaria
Terbitan NBKara
Cetakan Pertama 2010
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
525 mukasurat


"Cinta itu seperti masakan yg ada macam2 rasa"


Apa rasa bila baca novel ni? Rasa macam nak makan. Bukan makan buku, tapi resepi dia sedap2lah. Tapi tak semua resepi aku baca dalam novel ni sbb aku lebih tertarik nak mengikuti kisah Adriana dan Zuan. Pada awal2 cerita tu aku baca la jugak resepi2 yg diselitkan. Tapi bila dah tiba part2 yg kita tak sabar nak tau, aku skip jer part2 resipi tu.


nanti bila2 rasa nak masak something new or different, boleh la cari novel ni kat rak :) Novel ni macam fusion of buku resepi dan novel. Apa yg characters citer ni makan or masak, akan diberikan resepi di muka surat seterusnya :)


Kisah ni tentang Adriana dan Zuan yg bertemu dan bercinta. Dalam tempoh 3 bulan saja Zuan membuat keputusan utk memperisterikan Adriana, Seorg gadis manis yg berbudi bahasa, pandai masak pulak tu!


Adriana adalah anak yatim. Zuan pulak dari keluarga yg bercerai berai. Ibunya dari keturunan baba-nyonya yg menganut Islam kerana mengahwini ayahnya. Ibu Zuan gembira menerima kehadiran Adriana sbg menantu tetapi adik Zuan tu rupa2nya berdendam dengan Adriana sejak dibuang sekolah. Ermilza percaya dia dibuang sekolah sbb Adriana yg report. So dia mengambil peluang utk membalas dendam ketika sebumbung dgn Adriana. Memang plan dia sentiasa membuahkan hasil tetapi dendamnya tak padam. Dia berjaya buat Adriana keguguran, malah dia mempergunakan kawannya utk memerangkap Adriana dlm keadaan yg sgt memalukan sehingga Adriana dihalau keluar dan menyebabkan suami isteri itu terpisah kira2 5 tahun. Geram la ngan Zuan tu yg lebih percayakan adiknya dari isteri sendiri.


5 tahun yg berlalu telah mematangkan Zuan. Dia menjadi lelaki yg lebih bertanggungjawab dan tak jemu2 menjejak Adriana. Pertemuan semula dgn Adriana membuat dia sgt gembira tambah2 pula ada Aryan di sisi Adriana dan dia percaya Aryan itu anaknya. Tapi ada rahsia mengejutkan yg dipegang Adriana. Sedih gilerrrrr. Bukan senang Zuan nak ngorat balik bini dia, so dia amik langkah alternatif, dia ngorat Aryan dulu. ;)


Mati2 aku ingat Kerol tu lelaki! ceh! haha. Mau tak tekejut aku bila Kerol nak kawin ngn Azlan! haha. edeh.


sure fine whatever
rinntisan

also by this author

Lagu Cinta


blurb/sinopsis belakang buku:


Ramai yg fikir cinta dtg semula jadi. Cukup kalau kita mencintai seseorg dan orang itu mencintai kita. Ada pula org rasa cinta memerlukan petua dan harus diikuti supaya org yg bercinta tidak kecewa.


Bagi Adriana, cinta itu seperti resipi. Perlu diikuti dgn peraturan tertentu dan cinta itu akan menjadi seronok dan sesedap resipi yg sering dicubanya. Namun selepas berkahwin Adriana baru sedar, cinta dan resipi itu sebenarnya tidak sama. Resipi boleh diubah sesuka hati oleh yg menciptanya. Tetapi cinta memerlukan dua org yg berlainan jiwa dan rasa bekerjasama.


Pelbagai dugaan rumah tangga menyedarkan Adriana, persamaan resipi masakan dan resipi rumahtangga hanyalah satu... iaitu kesabaran.

Review 154: Lagu Cinta by Iejay Zakaria


Lagu Cinta by Iejay Zakaria
Terbitan NB Kara
Tahun 2009
RM21.00
sabah sarawak: RM24.00
isbn: 9789675229039
604 mukasurat


"Sengketa itu terlalu manis utk diungkapkan"


Delivery yang baik dan lain dari yg lain hasil karya pertama Iejay nih. Lagu yang berkumandang di setiap bab membuat kita seperti menghayati filem muzikal :) Lagu hindustan pun ada! haha. Penyampaian cerita yg unik dan menarik. Lagu feveret den Percaya Pada Cinta pun ada!! hehe sukerrrrr. Bleh buat soundtrack khas utk novel ni lah ye?


Kisah cinta yg dialunkan dalam cerita ini agak biasa tetapi apabila dialunkan dlm bentuk kompilasi, ianya kelihatan manis dan membuat kita tersenyum. Lagu Cinta ini adalah kompilasi lagu2 yg menceritakan perjalanan cinta Aleya dan Idzham. Cinta yg sudah lama berputik mengambil masa yg lama utk berkembang kerana salah faham dan menimbulkan sengketa antara mereka di tempat kerja. Namun bila masing2 tak bertemu mata mereka jadi rindu plak nak bergaduh. So, bergaduh
pun bergaduhlah asal kan dpt berjumpa :)


Sentuhan komedi dalam cerita ni pun menarik jugak.. memang tergelak la... especially part Aleya terperanjat disebabkan 'Cik Li' sehingga terpanjat atas Idzham... haha.. terperanjat sampai terpanjat.


Tak berapa suka dgn cara Idzham melarikan diri dari Aleya yg sudah diberi pengharapan yg tinggi utk hidup bersama. Dia meninggalkan Aleya tanpa kata putus. Membuatkan dia seperti lelaki yg tak bertanggungjawab. Kalau dia perlukan masa utk 'heal', berterus terang jer lah.. tapi tu lah... nak dijadikan cerita... Tindakan Aleya memilih Syah pun buat saya geram... huhu.. tu yang lagi tak boleh nak lepas buku ni selagi tak abis baca. Even selepas jumpa family Syah yg eksyen semacam tu pun dia still nak teruskan perkahwinan dgn Syah. Geram jugak memikirkan Arin yg merupakan musuh dlm selimut, kawan yg berkawan utk
'makan' kawan.


Jarak masa yg diberikan utk Idzham dan Aleya cukup utk menjadikan mereka insan matang apabila bertembung semula. Banyak persoalan yg perlu dirungkaikan... Aleya nekad mahu meneruskan majlisnya. Dia mahu menjadi isteri yg terbaik utk suaminya. So sapa nak jabat tangan tok kadi? Idzham ker Syah? Aleya tak nak ambil tahu... tapi kita nak! hehe. Dia terlalu gementar hingga tak tahu suara siapa yg melafazkan akad di hadapan kadi. ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja ayat-ayat manis yg dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.


Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yg membara bertukar malap dgn tiba2. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu2 cintanya?

Review 153: Rindu Belum Berhenti by Dhiya Zafira



Rindu Belum Berhenti by Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21
Tahun 2008
RM18.00
480 mukasurat


"Perasaan ini kan kubawa hingga aku pergi"


Romantis thriller! Dhiya Zafira berani mencuba genre yang sekali sekala kita terserempak ni. Memang kisah yang menarik utk dihayati dan terselit misteri2 tersendiri utk pembaca singkap satu persatu dalam membaca novel ini dari muka surat pertama hingga muka surat terakhir. Selepas membaca Kudamba Bahagia, saya tak sangka DZ berjaya menulis kisah romantis thriller begini. Secara umumnya persamaan yg ada hanyalah dari segi kisah 2 insan yang pernah ada perasaan kasih antara satu sama lain, terpisah, dan kemudian bertemu semula lalu cinta antara mereka bertaut semula. Tapi tautan cinta mereka ni bukannya dihalang orang tua ker family tapi melibatkan sepak terajang, gengster, undang-undang dan senjata berbahaya.


perwatakan murni disembunyikan dgn baik hingga dia tak disyakki langsung ada kaitan dgn kes cubaan membunuh Adni. masa awal2 cerita saya suka murni yang bersikap spt analyst yang boleh membaca 'bahaya' dan 'kesedihan' Zack dgn hanya melihat wajahnya.


Demi keselamatan Adni, Zack menjadi bayang2nya dan demi keselamatan gadis itu juga Zack menculik Adni.


"Percaya atau tidak sayalah orang yang akan selamatkan awak."


kehadiran Zack dlm hidup Adni bagai puting beliung yg sekelip mata memporak perandakan hidupnya namun ada sesuatu tentang Zack yang memancing kenangan lamanya. Kenangan 10 thn lalu yg takkan padam.


Mana mungkin Zack melupakan gadis cilik 15thn yang berani meluahkan perasaan kpdnya 10 tahun lalu. Bermcm cara Zack cuba menghalang perasaan itu namun dia sudah terpaut. Dia tidak menyangka pelariannya selama 10 tahun mengembalikan dia kepada gadis itu.


DZ byk menggunakan nama2 alternatif utk watak2 ciptaannya utk menjadikan misteri kisah ini lebih menarik seperti Zack-Izz, Adni-Dinie, Hashimi-Khairy.


Masa scene di mahkamah tu, ketika keputusan mahkamah dibacakan ke atas Zack, saya tercari-cari atas kesalahan apa keputusan itu dijatuhkan? menculik Adni? atau penglibatannya dalam kumpulan black? Adni sendiri tentulah menolak yang dia diculik, dia sebenarnya diselamatkan.


Kisah ini tidak berakhir di situ. Rindu yg belum berhenti membuatkan Adni mencari dan memburu cinta Zack. Zack tak dapat lari ke mana2 kerana Adni dah menjadi bayang2nya di rumahnya sendiri. Ligat kepala otak Zack memikirkan cara utk menakut-nakutkan Adni supaya pergi meninggalkannya tapi sebaliknya yang takut dengan tindakan-tindakan Adni.


sure fine whatever
Rinn

also by this author:
Rindu Untuk Dia

Ku Damba Bahagia


Sinopsis belakang buku:


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yg terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorgan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.


Zack, lelaki berdosa yg mahu meninggalkan kisah silamnya yg gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri utk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yg menjemputnya pulang.


Jenayah terhadap Adni, jenayah terancang. Penuh momen yg menggetarkan jiwa. Senjata yg dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?


Antara Zack dan Adni laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dgn dendam, berpaksikan kesumat mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yg dtg? dapatkah Adni menemui cintanya semula?


Adni - Kudamba Bahagia bersamamu.
Selagi Rindu Belum Berhenti aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.

Review 152: Ku Damba Bahagia by Dhiya Zafira


Bila tengok ada promo novel keempat Dhiya Zafira, aku semangat nak selak balik novel2 terdahulu beliau yg menarik iaitu Ku Damba Bahagia dan Rindu Belum Berhenti :)


Seronok tengok penulis2 muda dengan idea fresh memeriahkan dunia penulisan novel malaysia. Rasa macam baru jer baca Rindu Untuk Dia sekarang dah lahir karya terbarunya yg bertajuk "Jauh Kau Pergi"


ni saya paste kan review Ku Damba Bahagia yg merupakan karya pertama penulis ini yg turut menarik hati saya utk terus setia mengikut karya2 tulisan penulis ini :)


Ku Damba Bahagia by Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM 18.00
492 muka surat


"Ada kalanya menghitung bintang di sunyi malam lebih mudah dari menggenggam sebuah hati."


Karya sulung Dhiya Zafira. kira bagus la sebab macam orang yg dah biasa buat novel jer. tak macam karya pertama. sesetengah tu kita baca hasil karya kedua, ketiga, belum tentu sebaik ini. Tahniah buat Dhiya Zafira.

Bagi saya citer ni cukup ramuan utk menjadikan sesuatu novel menarik. Ada cinta, ada chemistry antara watak utama (especially hero ngn heroin la), ada cemburu, ada konflik, ada misteri masa lampau, ada perselisihan dan isu utama pergolakan citer ni agak stereotype la dgn kisah2 lain iaitu salah faham, miscommunication. the key word is *loud whisper* CAAAKAAAAP.. hehe.. tapi kalau cakap, nanti tak jadi citer la pulak ek? Bila alia nak citer taufik tak nak dengar. bila taufik nak dengar alia pulak tak nak citer.. nak kena luku alia ngan taufik ni.


cara penceritaan masa mula tu yg membiarkan pembaca tertanya tanya kedudukan cerita tu memang baik kerana itu akan menjadi kan pembaca curious dan akan terus membaca hingga satu persatu persoalan terjawab.


serba sedikit tentang kisah ini, tentang suka duka perjalanan cinta Alia dan Taufik kerana cinta diorang terhalang. Taufik biasa hidup menyara diri seadanya sedangkan Alia anak orang kaya raya. Tapi takdir menemukan mereka dan cinta hadir. Alia enggan dihantar ke luar negara meminta Taufik membuktikan cintanya dgn sebuah perkahwinan. Taufik akur tapi tanpa pengetahuan Alia satu perjanjian dibuat di antara Taufik dan bapa Alia, RM100,000 mesti diadakan kalau betul2 mahu memiliki Alia. Bapa Alia tidak yakin orang seperti Taufik akan dapat membahagiakan anak kesayanganya.


Taufik ni rupanya cucu orang kaya yg pernah memutuskan hubungan dgn anak sendiri kerana kahwin tanpa restu. Kehadiran Taufik menjadikannya seorang datuk yg paling gembira dan dengan bantuan datuknya, Taufik berjaya mengadakan Rm100,000 tu.


Mereka bahagia dengan cara mereka tersendiri walaupun dari semasa ke semasa bapa Alia sengaja menduga dan kadang2 menghina. Sarah lahir dan tak lama kemudian bapa Alia sakit. Alia penat membahagikn masa utk bapanya dan anaknya. Taufik ada jugak salah sangka yg mungkin bapa mertuanya sedang mengatur strategi utk memisahkan dia dan Alia tetapi later dia percaya orang tua tu dah betul2 insaf. Alia rela mengikutnya ke luar negara utk sambung belajar, tapi pada hari yg dijanjikan Alia
menghilangkan diri. Taufik percaya bapa mertuanya telah berjaya meyakinkan Alia supaya meninggalkannya jadi Taufik pergi ke luar negara bersama baby Sarah.


Alia rupa2nya ditimpa kemalangan yg meragut nyawa ibu dan bapanya. Dia menanggung derita kehilangan keluarga, suami dan anaknya. Bila tau Taufik dah pergi, dia macam pasrah jer, tak nak Taufik tau tentang keadaan dirinya.. hmm kenapa ye?


Tiga tahun kemudian Alia ada mencari Taufik di luar negara tapi bila nampak Taufik dgn sorang pompuan dia terus patah hati dan melepaskan peluang utk melepaskan rindu pada anaknya sarah.


Selepas 7 tahun di London barulah Taufik kembali bersama sarah dan guess what.. dia bos kat tempat alia bekerja. Takdir menemukan mereka kembali tetapi Taufik dan Alia ada banyak persoalan yang perlu diselesaikan.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:

Dia begitu dambakan bahagia. Setiap saat dan detik yang berlaku dalam hidupnya adalah satu perjalanan yang penuh makna. dia melihat kehidupan ini dengan penuh warna-warna indah dan keceriaan. Namun, kejadian yang menimpa benar-benar mengujinya.

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

also by this Author:
Rindu Untuk Dia

Monday, June 21, 2010

Review 151: 2x5 by Areila Sahimi



2x5
Penulis: Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
500 mukasurat


"Terkini daripada penulis best-seller BAJU PENGANTIN MAK ANDAM."
"Seorang kecewa menonggeng. Seorg kecewa berguling. Seorg merentas Lebuh Raya Utara Selatan. Seorg terbang menyeberangi Laut China Selatan. Agak kalau seorg sudah kata sampai ke pusat angkasa ISS. Mahu seorang lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki ke tanah bulan!!!"


ni cerita replacement bride :) eh, dunia penulisan kita makin dirancakkan dengan cerita2 kahwin paksa dan 'love-hate' relationship. 2x5 turut menambah bilangan kepada genre itu dah pastinya nama Areila Sahimi sudah lebih dari cukup utk mendorong peminat2 novel melayu mencapai karya terbarunya ini yg juga merupakan enovel popular di blogspotnya 'akubintangbiasa'


Dalam karya keduanya ini, penulis kelihatan selesa melayarkan cerita romantik komedi dan memang mudah menarik hati pembaca dengan penceritaan begitu. Penulis juga sgt prihatin dengan tagline dan motto2 popular dalam iklan yg digunapakai dengan ton jenaka dalam karyanya. Kali ini karyanya lebih kemas dengan alunan cerita yg tidak meleret-leret. Walaupun kemunculan Sofea seperti sangat predictible tetapi ia tetap menarik utk kita meneruskan pembacaan kerana memang kita nak tau kenapa Sofea menghilangkan diri pada hari pernikahannya. Ada kisah tragic yg disembunyikan Sofea dan kita tertanya-tanya cukup kuatkah cinta Zaim pada Kirin untuk tidak jatuh cinta semula pada Sofea.


Zaim seperti sengaja menempah masalah apabila keluar dgn Sofea dan anaknya. Itu sudah lebih dari cukup untuk menimbulkan syak wasangka siapa saja, tambah2 Kirin. Kirin pulak seperti sengaja menimbulkan syak wasangka Zaim apabila melayan kehadiran bos Zaim, Johan Razi. Memang sesuai sangatlah tajuknya 2x5. Kalau nak tau apa jadi dari hasil peperangan Zaim ngan Kirin, jgn lupa baca citer nih. Sebahagian kisah ini boleh dibaca di blog beliau. Tapi kalau dah start baca tu, mestilah nak tau endingnya kan? :)


Penceritaan scene sedih tu kira menjadilah dan memang tangkap nangis. Tapi ada org kata aku memang senang tangkap nangis kebelakangan ni. haha... entah la.. tengok citer Karate Kid pun aku nangis! huhu...


sure fine whatever
rinn

Also by this author:
Baju Pengantin Mak Andam

blurb/sinopsis belakang buku


Seniman Agung Tan Sri P Ramlee pernah berpujangga... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.


Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yg mantap sahaja utk menjinakkannya.


Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.


Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yg halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya sofea dgn tiba2 mengganggu keharmonian rumah tangga yg dibina. Bila datang insan ke3 memang payah utk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.


Dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan yg hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan tidak berperasaan bgitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dgn duda beranak satu itu.


Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yg curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing2 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? Memang cemburu tandanya sayang. Tapi terlebih cemburu boleh membawa padah...

Sunday, June 20, 2010

Review 182: Sweet Sour by Nasz




Sweet Sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
570 muka surat
Cetakan pertama 2010


Tengok kaler cover buku ni pun dah terasa-rasa sweet sour kat ujung lidah. A pleasant shade of green :) Ramai gak la yg rekemen suruh baca buku ni dan ramai yg dah jatuh chenta dgn cerita ni.


Memang tak terasa masa berlalu bila membaca novel ni. Kisah Lia yg sekian lama menyulam kasih dengan Zarul namun jodohnya kuat dengan Joe. Mungkin kedengaran mudah tetapi penulis menyelitkan kejutan kecil di sepanjang cerita dan menyimpan kejutan terbesar di akhir cerita. siapa sangka yg Joe yang memegang kemas perjalanan cerita ini dari mula hingga akhir. Semuanya kerana dia jatuh cinta pandang pertama.


Bagi aku kejutan pertama bermula apabila tiba2 saja Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya dgn orang lain kpd Lia. Memang frust giler masa tu sbb Zarul memang sgt ngam dgn Lia. Joe seperti mula mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya memperisterikan Lia. Alasan Lia? mungkin dia nak selalu dekat pada Zarul, tak dpt kawin dgn Zarul, dapat tengok Zarul pun jadilah. so tugas Joe utk memikat isterinya agak sukar. Bertahun2 bercinta, bukan mudah utk Lia melupakan Zarul. Tapi Joe seorang yg romantis dan dia tak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya dia seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.


Bagi aku cerita ini menarik tapi bagi aku jugak cerita ni tak sesuai utk bacaan remaja kerana adegan intim Lia-Joe selalu diceritakan dgn sgt grafik, pergerakan2 kecil pun diceritakan jugak. Scene2 lain tak diceritakan se detail itu lah pulak. Aku rasa cerita ni dah lebih dari menarik dah kalau tak ada adegan2 tu pun. Mgkin nak xtra kan rasa sweet dan sour dlm citer ni kot ;) Aku bukannya apa kalau yg jenis citer satu persatu utk scene yg mcm ni, rasa mcm bagi tunjuk cara lah pulak.


Joe memang mahu berubah dari jahat menjadi baik semuanya semata-mata kerana cintakan Lia. Kalau Lia menolak cintanya, pasti dia akan terus-terusan menjadi jahat. Malah Joe ni kelihatan seperti tidak menyesali langsung masa lampaunya malah apabila menceritakan sejarah hidupnya dia seperti berbangga kerana melalui fasa itu. Bukan hero favourite aku. Joe membuat aku teringat kat hero kegemaran ramai dlm novel Bahtera Cinta (Iffa Irdina), si Adiputra tu. Dia tu pun jenis layan ramai perempuan tapi bila jatuh hati dgn kejelitaan Wana, baru lah dia belajar erti setia. Selingan lah pulak! Tapi watak2 hero jengkel macam ni sangat memorable lah pulak sbb ada kelainan. Romantis memang tahap terlebih meter (tak terukur).


Zarul pulak mulanya kelihatan spt watak yg kuat, tapi apabila menerima tekanan dari Joe, dia kelihatan spt watak yg lemah and just going with the flow. Bg aku cintanya pada Lia tak cukup kuat kerana dia tak mempertahankan langsung kedudukan Lia di hatinya. Kalau dia ada sejarah hitam pun, dia sepatutnya menghadapinya dan biar Lia sendiri judge him. Dia memilih utk menutup kesalahan lalu.


Ada kejutan yg menunggu anda di akhir cerita. dan yg pastinya, it's a happy ending :) :) :)


sure fine whatever
~alongside~



blurb/sinopsis belakang buku


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul

"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

----
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

Review 150: Bunga Syurga by Anita Aruszi


Review lama tapi disebabkan skrg aku tengah ngulit buku anita aruszi - tiada sepertimu, aku teringat citer bunga syurga ni, walaupun ni bukan karya pertamanya tapi buku ni lah yg memperkenalkan aku kepada 'anita aruszi' :)


Bunga Syurga by Anita Aruszi
Terbitan Kaki Novel
Tahun 2008


"Andai kau kutip seribu kerikil sekalipun untuk merejam hatiku... namun aku takkan sesekali berpaling dari sisimu"


Akhirnya plastik buku ni aku bukak juga. Dalam kesibukan kerja aku berjaya menghabiskan novel ni. Memang menarik dan aku tak sabar nak tahu pengakhirannya. Makin byk pulak lelaki yang tinggi egonya diletakkan penulis2 sebagai watak utama. WAtak2 begini biasanya mencabar kekuatan watak wanita dalam cerita tersebut. Namun suasana yang diwujudkan penulis di antara Riffki dan Hijjaz memang menarik dan manis.


Atas sebab masalah kewangan Hijjaz terjebak dalam perjanjian yang mengikatnya kepada Riffki. Walaupun bukan terpaksa kahwin ker apa tapi dia terpaksa akur dengan arahan2 Riffki walaupun kadang2 tu mcm gila. Rasanya lelaki ego memang sikapnya tak boleh teka kot? tak konsisten karakter Riffki ni sekejap macam tu, sekejap macam ni, sekejap macam nun. Sikap yg tak konsisten ini membuatkan watak Riffki nampak lemah walaupun egonya kuat. Apa2pun saya suka scene Riffki-Hijjaz dan cerita ini bukan saja menyingkap perasaan Riffki-Hijjaz tetapi juga menyingkap sejarah lama orang tua mereka. Saya suka dengan misteri hubungan lama antara bapa Daniel, bapa Riffki dan ibu Hijjaz.


Ahemmm nama 'Nurul Akma' tu mengingatkan aku kepada nama watak utama dalam Fanfiction jiwangunited yang popular bertajuk 'Percaya Pada Cinta'. *wink to Unknown Author*


sure fine whatever
rinn

also by this author

dedalu di hati

sakti cinta

street vendetta

di bibirnya ada cinta




sinopsis belakang buku:


Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.


Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.


RM23.00
625 mukasurat
isbn: 9789675067112

Tuesday, June 15, 2010

Review 149: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai


Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Penerbit: Jemari Seni
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
isbn: 978-967-5118-40-1
592 mukasurat
cetakan pertama 2010


Bertambah lagi satu koleksi tiga ceritera dalam simpanan aku :) aku suka set2 macam ni sbb ceritanya gerenti pendek dan tidak meleret. Aku mudah merasa puas hati dengan cerita2 pendek tambah pula bila tengok nama2 yg tertera kat kulit buku ni. Lagi lah membuat aku tersenyum lebar dan pasti ada hidangan kisah manis di dalamnya :)


Ceritera I
Damai by Saidatul Saffaa


Kisah ini seperti kombinasi pengembaraan, percintaan, dan sejarah dalam satu naskah yg interesting utk dibaca. Kalau aku dihidangkan dgn senaskah buku sejarah turki, sah2 aku tak baca. Saidatul SAffa menyulam kisah silam Turki dalam kisah pengembaraan Nas ke Turki. Nas tu nak siapkan tesis dia. Ketibaannya ke Turki menemukan dia dgn Sadiq. Pertemuan yg membuat hati kedua-duanya dicuri oleh satu sama lain. Pengetahuan Nas yg kurang tentang kehidupan masyarakat Turki membuatkan dia yg pd mulanya mula menerima Sadiq bertukar kepada cuba memadamkan api cinta yg mula menyala.


Di Turki ada dua jenis masyarakat Islam. Kalau keluarga yg mengamalkan Islam, mereka akan berpegang pada tali Islam dengan bersungguh-sungguh tetapi ada satu lagi golongan Turki moden yg sudah bersalut solid kebaratan hingga nama sahaja Islam tapi hidup mereka langsung tidak Islam. Sadiq dlm golongan kedua.


Nas cuba mencari damai dengan mencari jalan keluar dari Istanbul. Maka tibalah dia di Konya. Di situ dia mencari arah diri. Dia takut pada dosa silam, pada perasaannya buat Sadiq. Namun dia gagal melarikan diri kerana Sadiq juga sedang mencari diri di situ. Sadiq menemui damai apabila bersama Nas dan dia sanggup berubah supaya dapat menjadi suami pilihan Nas.


Tak sangka pulak Sadiq tu sampai sanggup pasang plan baek punya dgn famili Nas :)

--------
Ceritera II
Yang Jauh di Pulau by Noor Suraya


Bagi yang mengikut kisah Piyah dan Piyan karya Noor Suraya secara online, tentulah tak sabar2 nak tau apa akhirnya kisah Piyah dan Piyan tu. So apa lagi, baca la dalam naskah ni :)


Cerita ini tentang Ainnul Suffiah Syuhada dan Sophan Sophian atau nama glamer masing2 Piyah dan Piyan :)) Piyah adalah gadis kota yang kaya raya yg dihantar oleh ibu bapanya ke rumah toknya di Pulau Langkawi supaya dapat dididik menjadi perempuan instead of menjadi peladang FarmVille FB yang berjaya.


Piyah seorg anak yg menurut kata dan segala tunjuk ajar tok diterimanya dgn baik. Kunjungan ke 'market' ikan telah menemukannya dgn Piyan yg membuat dia termimpi2. Perasaannya tidak hanya sebelah pihak rupa2nya, namun Busu, bestfriend Piyan, bertindak menjadi duri dalam daging membuat kemesraan Piyah dan Piyan tidak memekar. Tambahan pulak Piyah dah salah faham dgn status Piyan.


Salah faham itu berterusan hingga bertahun2. Piyan sangka Piyah menolak cintanya kerana dia penjual ikan, lalu dia sanggup membawa diri ke Scotland supaya bila pulang nanti dia akan bergelar pensyarah, baru lah layak nak sunting Piyah. Akhirnya, sebuah buku resipi terbitan Jemari Seni telah menjadi titik pertemuan mereka semula yang membawa ke pengakhiran yg indah :)


Jgn lupa 'tengok' special appearance 'Kak Nila' dan 'Kak Ajah' Jemari Seni dlm citer ni. hehe.. selalu tengok nama diorang dalam Buletin Jemari Seni jerrrr.

-----------
Ceritera III
Langit... Tetap Biru by Syud


Zahra dalam cerita ini sangat2 mengingatkan aku pada Nisa (Tas Merah Jambu). Sebab diorang ni jenis simpan perasaan kat si jejaka tapi tak luahkan perasaan. Tengok dari jauh saja, tapi bila jumpa, memang buat macam tak ada apa2.


Zahra tak pernah simpan harapan utk mendapat balasan cinta dari Fikri sbb dia tahu Fikri berkasih dengan Hana. Setelah bertahun2 membawa haluan masing2 dia bertemu semula dgn Hana, gadis manja yg ceria. Dia simpati dgn Fikri kerana Hana seperti sudah mulai bosan dgn sikap Fikri yg dikatakan mengongkong. Mungkin Hana tu jenis yg masih suka hidup bebas tanpa ikatan.


Zahra menjadi tidak menentu apabila suatu hari dia menerima emel dari Fikri yg bertanyakan tentang sebuah cerita online yg pernah dikarang Zahra suatu ketika dahulu kerana nama watak dalam cerita tu sejibik sejibun nama Fikri. Emel itu membawa communication diorang secara online tanpa Fikri ketahui yg Zahra adalah kawan Hana masa diorg belajar dulu. Dia percaya namanya hanya kebetulan dlm cerita itu.


Namun ketika menggoogle emel penulis cerita itu, rahsia Zahra sudah terbongkar dan Fikri rasa tertipu kerana kisah cintanya rupanya bukan kebetulan spt cerita yg Zahra.


Sejak identitinya terbongkar Zahra menjadi tidak selesa kerana semakin hari semakin kerap dia terserempak dengan Fikri. Peristiwa dia hampir2 melanggar Fikri gara2 mabuk pil karbon, membuat dia akhirnya bercakap dgn Fikri walaupun hanya sepatah dua. Fikri sendiri heran dgn diri sendiri sbb dia tak rasa nak marah pun. Sweet la cara Fikri nak tackle Zahra tu.


tak dapat nak pisahkan perkataan 'comel' dari setiap ending kisah2 Syud :) Haaa dengar2nya buku baru Syud akan kuar Julai ni :) kat pesta buku selangor boleh la beli.

also by Syud:
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Kebun Mimpi
Tentang... Dhiya
Untuk Awak Teja Aulia


sure fine whatever
Rinn


sinopsis/blurb

Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa


"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
"Panas ke?"
Pakcik muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?


Ceritera II
Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya


"Terima kasih," kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...


Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~Syuhada


"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.
Cinta rahsianya!


Ceritera III
Langit... Tetap Biru - Syud


Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu, Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

Review 148: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Kebun Mimpi


Tiga Ceritera dalam Sebuah Kebun Mimpi
by Noor Suraya, Syud & Rnysa
Terbitan Jemari Seni
2008
RM21.50
536 mukasurat
isbn: 978-967-5118-10-4


SEbelum membaca Kebun Mimpi saya dah dimaklumkan yang ini adalah kesinambungan kepada 2 buah novel karya Noor Suraya iaitu 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain'. Ramai sungguh yg tertunggu-tunggu kemunculan Kebun Mimpi versi cetak, aku ni jer yang tak tahu. Saya ni memang tak berapa bagus dalam menghayati e-novel. :) i prefer yang bercetak dan dibukukan. Typical me.


Kebun Mimpi mengumpulkan 3 cerita pendek. Kebun Mimpi oleh Noor Suraya, Tas Merah Jambu oleh Syud dan Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


Ceritera I: Kebun Mimpi by Noor Suraya


Banyak yang membuatkan saya tersenyum biler membaca Kebun Mimpi. Bukan sebab citer ni kelakar tapi sebab ramai watak yang pernah saya kenali membuat 'comeback' dalam novel ini. Membuatkan saya nak menyelak semula karya2 Noor Suraya yang lalu.

Sambungan 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain' ni membuat saya sedih la.. lara gitu. haha. Ending BUC memang la pilu denga pemergian Seera meninggalkan Kamal seorang menempuh hidup. Ending Keranamu Ain adalah sesuatu yang menggembirakan tapi kegembiraan itu lenyap dalam 'Kebun Mimpi' nih. Penghujung yang masih terumbang ambing dan tiada jawapan yang pasti. Biler kucc & kak ju'a bagi tau Kebun Mimpi ada sambungan, saya sedikit lega :)


Dalam Kebun Mimpi nih banyak menceritakan tentang kehidupan Ain sebagai isteri Adam yang dicintainya dan juga perjalanan seharian dia mengarang kisah "Nyanyian Tanjung Sepi". Menarik juga biler ada feed mengenai 'the making of' Nyanyian Tanjung Sepi yang best tu. Ala-ala info belakang tabir gitu.


Byk dugaan yang menanti Ain. Perkahwinannya dgn Adam melukakan hati ibu Adam kerana ianya tindakan yang tergesa-gesa. Adam masih lagi menyimpan dendam terhadap Hanif yang pernah menyintai Ain walaupun Hanif telah berumah tangga. Ini membuatkan Ain menjarakkan hubungannya dgn Hanif.


Berita Ain mengandung memang menggembirakan, namun Adam terpaksa pergi jauh demi tugas. Kesempatan itu digunakan oleh Ain utk menghabiskan novel NTS yang sedang diusahakannya. Dalam keseronokan menulis, kadang2 rasa sepi menerpa. Tak disangka2 Ain keguguran namun rezekinya ada kerana dia mengandung anak kembar rupanya.


Kamal hadir dalam kisah ini ketika ketiadaan Adam, Adam terpaksa meminta Kamal membantunya menjaga Ain yang masih lemah kerana dia tahu keluarganya takkan mampu menjaga kebajikan Ain. Ain bukan menantu pilihan.


Antara watak2 yang familiar yang muncul semula adalah sbb Dr. Khalida, Nuha, Dahlia, Neem & King Shah erk ramai lagi.. kalau baca ni memang menggamit nostalgia membaca novel2 noor suraya. Yg best nya universe dlm novel kaksu semuanya sama dan mereka saling bertembung dari semasa ke semasa. :)


Ceritera II: Tas Merah Jambu by Syud


iskkk jiwang lah citer nih. haha... macam tak betui jer aku tersengih sengih tersenyum senyum sorang2.


Kisah ini tentang Nisa. Seorg secret admirer. Dia syok kat Adif tapi tak pernah meluahkan perasaan. Dia menyintai dari jauh saja. Hanya rakan2 terdekat yang tahu rahsia hatinya. Berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong, kad raya yang terperam setahun akhirnya sampai ke tangan Adif. Nisa pengsan. Adif pula semakin curious dan berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong juga, misi mencari gadis berbeg pink bermula...


Ceritera II: Albatros: Antara Langit dan Bumi


Saya rasa macam baca dua cerita yang tak ada kena mengena antara satu sama lain dalam kisah ini walaupun watak 'Taqi' adalah kesinambungan dari kisah pertama.


Izzah-Ehsan terpisah meninggalkan cinta tak terucap yang tiada closure. Pertemuan semula ada pelbagai kemungkinan dan kehadiran Asri menvariasikan lagi kemungkinan yang sedia ada. Saya lebih suka chemistry Izzah-Ehsan ;)


Adriena-Taqi-Rasydan. Pembacaan sekali lalu sedikit membuat saya confuse tambah2 dengan keadaan Adriena yang tidak menentu emosinya. Lepas tu seperti hilang ingatan pula. Saya seperti tak menyebelahi sesiapa utk digandingkan bersama Adriena, mungkin sbb tiada rasa mesra dengan watak2 dan apa2 kemungkinan sahaja antara ketiga-tiga watak ini saya menerima seadanya. Kisah ini menarik dan sekiranya pembaca diberi peluang mengenali Adriena-Taqi-Rasydan dgn lebih rapat, mungkin ia lebih mengesankan.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...


Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.


Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.


Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud


Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.


Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!


Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.


Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

Review 147: Tentang... Dhiya by Syud


Tentang... Dhiya by Syud
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
545 mukasurat


resepi utama syud utk menarik pembaca adalah menggunakan elemen 'mencuit hati' dgn gaya penceritaan komedi ringan. Pendekatan sebegini biasanya akan menjadikan pembaca mudah mesra dgn watak yang diketengahkan. Saya memang suka dgn gaya santai begini dan kalau tengok review2 saya yang lain pun penceritaan begini memang menjadikan bintang2 saya bersinar-sinar. ;) Bila kedukaan menimpa watak2 kesayangan kita, kita akan mudah merasa simpati dan hiba.

Penceritaan yang seimbang mengenai sepasang watak utama cerita ini. Saya tak terasa Syud berat sebelah dalam menceritakan perihal Lisa dan perihal Azril. Kedua-dua watak ini kita dapat kenali dengan seimbang dan Syud ada keistimewaan utk menyampaikannya dalam bentuk penulisan yang paling mudah dan membuatkan saya menyukai kelebihan dan kekurangan insan2 biasa seperti Lisa dan Azril. Kebiasaannya cerita2 yang kita baca tentunya akan cuba meraih simpati pembaca kepada watak utama wanita yang penuh emosi dan dibebani pengorbanan demi pengorbanan. Sekiranya itu berlaku dalam cerita ini, ia akan menjadikan kisah ini agak stereotype.

kisah love-hate relationship dan kawan jadi kekasih ni ntah sudah berapa kali dialunkan oleh pelbagai penulis. Alunan Syud ternyata ada sentuhan tersendiri dan menjadikan "Tentang...Dhiya" terhighlight di kalangan novel-novel genre ini di rak saya :)

Serba sedikit Tentang...Dhiya. Dhiya Nurlisa mempunyai latar belakang kehidupan yang penuh kesedihan. Mungkin itu menjadikan dia agak beku. Hanya orang2 tetentu dapat merasakan kemesraannya. Azril hadir lalu menambah rencah kisah hidup Lisa. Meletakkan dia dalam pelbagai situasi tak terduga, memberinya pengajaran yang tak akan dilupa. Mereka menyentuh emosi antara satu sama lain dalam keadaan yang mereka sendiri tidak menyangka.

Lepas grad masing2 membawa haluan masing. Mereka putus khabar berita selepas sebuah interaksi yang lebih kepada perdebatan hingga menyebabkan Azril hilang kawalan emosi lalu memarahi Lisa. Lisa pergi bersama rasa terkilan. Azril tinggal bersama penyesalan.

Tahun demi tahun berlalu dan garis takdir mereka bertemu kembali dalam situasi2 yang sentiasa meletakkan mereka di tempat yang sama. Tahun2 yang berlalu tidak memudarkan ingatan mereka antara satu sama lain. Emosi berkocak semula tapi siapa yang perlu melafazkannya?

sure fine whatever




Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.

Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:

Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sdgkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

SYUD ada gaya yg tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

Review 146: Cinta Seindah Madah by Puteri Andalas


Cinta Seindah Madah by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama 2008
RM24.00
741 mukasurat
isbn 9789675067044

"Seumpama bayang-bayangku sendiri... ingatan kepadamu kasih... tetap mengekori ke mana sahaja aku pergi"


Ni lah buku Puteri Andalas yg paling aku enjoy baca :) (Yang Tak Terluah pun best gak) Aku suka cara P.A mengolah scene2 biasa menjadi menyentuh hati dan menghibakan. Especially scene Intan dpt hadiah kura2 dari Rashlan yg hospitalized tanpa pengetahuan ayahnya. Sayunya hati mengenangkan Intan yang sanggup memonopoli ayahnya utk dirinya seorang sehingga Rashlan terbiar, nasib baik ada orang gaji dan jiran yg sanggup tolong hantar Rashlan ke hospital. Emak ngan ayahnya bleh teralpa mengenai birthday nya tapi Rashlan awal2 lagi dah tinggal hadiah utk Intan walaupun dia sangat2 tidak sihat. Byk kali jugak la aku terkelip-kelip tahan air mata.


Kisah janda dan suami orang yg terjatuh hati antara satu sama lain, mungkin kurang 'enak' kedengarannya, tapi setelah membaca kisah ini barulah kita dapat merenangi perasaan Sharina dan Reshidi bagaimana mereka tak dapat menghalang perasaan kasih dari berbunga. Ini lebih kepada kisah cinta terpadam dan tak terlafaz. Namun kalau sudah jodoh, tak ke mana. Lari ke hujung dunia pun bertemu juga.


family Sharina siap nak padankan dia dgn Taufik tapi Sharina bijak membaca perasaan adiknya, lalu dia sendiri memasang perangkap agar cinta Taufik tertumpah buat Shazmin :) lain yg diumpan, lain yang tertangkap. Tapi tak per, dapat jugak mak Sharina tu menantu pilihan hati :) Bali menjadi tempat cinta makin subur di hati, walaupun Sharina dan Reshidi bukannya berada di sana bersama-sama.


Saya suka dengan cara Puteri Andalas menggarap watak kanak2 dalam kisah ini iaitu Rashlan dan Atim. Dialog yg dilafazkan watak memang menggambarkan watak2 ini dalam lingkungan usia pra sekolah. Bukannya apa, kadang2 tu kita baca penulis menggambarkan watak kanak2 tapi dialognya lebih menggambarkan kata2 remaja atau org yg lebih dewasa. Rashlan dan Atim memang pasangan sahabat yg sangat memorable dalam kisah ini dan menjadikan Cinta Seindah Madah lebih 'cute'.


Kalau nak tahu bagaimana Sumi Diah, mertua Reshidi sendiri boleh merisik Sharina utk menantunya, kenalah baca buku ni ye? ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:




Luahan Sharina...


"Aku mencintai Asnawi...
Bagaikan aku memiliki pelangi
Tanpa aku sedari
pelangi mengundang tsunami di hati.


Mengenali Reshidi,
rasa kasih menjelma kembali
Digagahi hati cuba menafi
Kerana Reshidi masih beristeri


Onak melilit hidupku
Duri merodok hatiku


Namun kerana kejora hati
'Atim' amanah Ilahi
Aku bangun menggagahi diri
Tekad di hati
Cahaya akan kuburu dan kucari
Bukan lagi pelangi atau tsunami..."


Berjayakah Sharina?

Review 145: Tanpamu di Sisi by Puteri Andalas


Tanpamu Di Sisi by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
RM18.00
500 mukasurat


"Andai cinta itu bukan milik ku... aku relakan engkau pergi. Namun jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku... Jangan biarkan aku ditinggal sepi!"

Sepertimana kegagalan Irma menghayati novel 'bule gila' pemberian Acik Niah, begitu jugak lah aku semasa membaca novel nih. ntah la kenapa rasa mcam ada yang tak faham, tapi penceritaan tak derlah rumit. hmm mungkin keadaan emosi dan kepala hotak aku ni agak senget pada masa itu. haha.. kak ima pun boleh nampak keadaan aku pada masa tu.. apa2pun, novel ini berjaya aku habiskan dengan jayanya dan aku ulang baca 2 kali kerana mahu menghayati kisah ini.

Irma adalah seorang yang sangat sangat sangat cantik dan baik. Dia tidak perlu berusaha utk kelihatan seperti seorang model kerana dia memang dan sediakala terlalu cantik. Perfect buat jejaka hensem giler seperti Syed Herizal. Yang tak sengaja tercuri bunga kawannya utk dihadiahkan kepada Irma yang jelita menawan hatinya.

walaupun mempunyai peluang utk menggoda Herizal, Irma tak pernah lupa asal usul keluarganya yg mempunyai sejarah hitam. Dia cuba menjauhkan diri tetapi Syed Herizal sudah sukar utk melepaskannya.

Sejujurnya saya lebih berminat utk menghayati kisah Mastura-Hanif, tapi tak banyak kisah mereka. Mastura memutuskan hubungan dengan lelaki yang paling disayanginya kerana satu tragedi yang menimpa anak saudara Hanif. Dia merasakan kecuaiannya telah menyebabkan anak kecil itu meninggal dunia. Hanif ditinggalkan walaupun Hanif kembali dan merayu keluarga Mastura menyambung ikatan kerana terlalu cintakan Mastura. Mastura tetap menolak. Rahsia itu disimpan kejap dalam hatinya dari pengetahuan sesiapa jua termasuk sahabatnya, Irma. Namun, kepulangan Hanif dari Jepun membuat Mastura dalam dilema. Cinta Hanif masih utknya dan Mastura tidak pernah memadamkan cintanya pada Hanif, tapi rasa bersalahnya tidak dapat dipadamkan dari jiwanya. Hanif tidak pernah melupakan hasratnya utk memiliki Mastura, malah keluarganya juga setuju dgn pilihan hatinya. Segalanya terletak di tangan Mastura.

Tak sangka gadis ceria dan nakal spt Mastura mempunyai sejarah cinta seperti itu. hah.. citer Irma-Harry dah jadi citer Mastura-Hanif lah pulak.

Pemergian Irma ke Indonesia tak disangka2 menjadi titik tolak terbongkarnya kisah lama dan rupa2nya hubungan kekeluargaannya dgn harry sangat dekat tetapi masih adakah cinta harry buatnya apabila mengetahui rahsia yang tersirat?

sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Aku dagang merempat yg menjauhi lelaki. Rahsia besar keluarga tak mungkin kukongsi. Nasibku berubah sejak mengenali teman bernama Mastura. Semata-mata kerana budi Mastura, aku menyangguupi tugas berat. Memperaga pakaian tradsional di majlis tahunan pejabat di dada pentas. Tanpa kuduga kemunculanku di catwalk mencuri hati seorg jejaka bertaraf mulia. Aku tersedar akhirnya aku bukan malaikat dan terpaksa menerima satu hakikat. Manusia biasa sepertiku mempunyai hati yg kepingin bercinta dan dicinta. Kelopak kasih terbuka disirami belaian kata mesra dan gurau sendanya. Namun aku tidak alpa ada segunung rasa yg amat kugeruni. Apa akan terjadi andainya kisah hitam keluargaku diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima diriku nanti? Sendat dgn rasa serba salah aku lari ke Jakarta. Mencari Achik Niah yg menyimpan segala rahsia.

Jika anda mahu mengetahui rahsiaku ini, ekorilah langkahku ke mana sahaja aku pergi membawa sekeping hati menyusuri laluan yg penuh onak dan duri. mengejar cinta murni yang tersemat di hati nurani.

Irma Julita.

Review 144: Jalinan Kasih by Puteri Andalas


Jalinan Kasih by Puteri Andalas
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM12.00
300 mukasurat


"Kasih Tak Boleh Diusir
Benci Tak boleh Diundang"

cara penceritaan yang sangat mudah dan tak berbelit belit. sangat straight forward dan ada peningkatan kisah dalam setiap bab. setiap konflik dan persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini ada penyelesaian dan akhirannya. This is quite good for a 300 pgs punya citer, kira tak tebal sangat la tapi mampu ditamatkan setiap konflik
dengan baik dan tak der la kita menutup buku ni dengan perasaan tak puas hati.

Kisah utama adalah tentang Rosalina, gadis cina yg berkahwin dgn Hadi walaupun ditentang keluarganya. Keluarga hadi gembira menerimanya. Cerita dimulakan setelah beberapa tahun mereka berkahwin dan sudah timbul rasa bosan dan dinginnya hubungan suami-isteri mereka. pemergian Rosalina ke Kanada mewujudkan minatnya terhadap jejaka handsome, Rodney yang turut menyukai Rosalina. Hadi juga teruji dengan kehadiran Zetty yg tanpa segan silu menggodanya. Cinta di hati mereka masih ada dan kembali teguh especially bila mengetahui Rosalina sdg mengandung. Rosalina kembali menghayati hidupnya sebagai Muslimah dan mahu anak dalam kandungannya membesar
dalam suasana Islam, mendengar ayat2 suci al Quran. Perubahan Rosalina turut menimbulkan rasa insaf pd Hadi yang sebelum ini tidak mementingkan agama.

Kelahiran Aliff rupa2nya turut mencatatkan pemergian Hadi yg terlibat dlm kemalangan jln raya. Kemudian diikuti pulak dgn kematian ayah kandungnya. Peristiwa2 ini merapatkan semula hubungan Lynn dgn ibu kandungnya, adiknya serta ibu mertuanya yg patah hati dgn sikap suaminya yg bermain kayu tiga dgn pembantu rumah mereka.

Tak sangka langsung kehadiran Mak Kiah dlm cerita ini ada motifnya tersendiri. rupa2nya adik Lynn adalah anak kandung Mak Kiah yg pernah berkahwin dengan adik kepada bapa Hadi (err paham tak? hehe).

Mula2 tu saya ingat ker bapa Hadi tu suami mak kiah jugak! Penulis bijak mengaburi mata pembaca supaya tak dapat meneka hal ini.

Rosalina semasa menjanda mula memahami yg Aliff dahagakan perhatian seorang bapa. Rodney kembali mencarinya dan melamarnya, pada masa yg sama Dr Hilmi yg menyambut kelahiran Aliff turut mengharapkan cintanya. so nak pilih sapa? kalau cinta, rasanya Rosalina lebih menyintai Rodney (tapi ada masalah dari segi geografi, rodney duduk
jauhhhhhh), tapi kalau Dr Hilmi tu dia kena belajar menyintainya.


sure fine whatever


Sinopsis belakang buku:

Cinta tidak mengenal bangsa. Mengimbau kembali lorong berduri yang
pernah disusuri. Rosalina rela meninggalkan agama asal demi kasihnya
pada Hadi. Agung sungguh perasaan yang bernama cinta, meskipun
terpaksa buang emak, buang saudara namun perkahwinan penuh kerikil
ini tetap diteruskan.

Tiada siapa mengimpikan perpisahan. Trauma kehilangan Hadi di saat
Rosalina berjuang melahirkan Aliff diterimanya sebagai ketentuan
takdir yang ingin menguji keimanannya. Pun, hidup perlu diteruskan.
Berdiri atas kasih sejati seorang Islam, Rosalina akur dengan
tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya.

Kehadiran semula Rodney, pemuda kanada yang pernah singgah di hati
bagaikan mencabar ketakwaannya. Saat diri berada dalam kekeliruan,
ketulusan Dr. Hilmi yang ingin mengisi ruang bahagia bersamanya
menambah resah di dada. Tidak sanggup dibelenggu kenangan lalu,
hatinya terbuka menerima pengganti. Apatah lagi menatap bening mata
Aliff yang rindukan belaian seorang ayah, membuatkan Rosalina
terpaksa memilih antara dua.

JALINAN KASIH. keunikan sejarah cinta dua insan dalam lingkaran
kehidupan sosial masa kini. sesungguhnya, cinta bersifat universal.
Abadinya kasih suci, tidak membatasi konflik keluarga, keturunan,
budaya malah antara dua benua sekalipun. Hanya kekuatan dan
keyakinan diri dapat mengatasi segala rintangan yang melanda.

Review 143: Andainya Kutahu by Puteri Andalas





Andainya Kutahu
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Khalysa Publications & Distributors
ISBN : 983-40714-4-2
cetakan 2004
514 muka surat
Harga : RM 19.90

Buku ni dah jarang2 nampak di rak2 kat kedai2 buku. Antara buku yg ada peminatnya tersendiri, termasuk la Uda yg dok rekemen buku ni kat aku.

Sali dan Sunny yakin mereka adalah adik beradik tiri seibu. Mereka tidak dapat menidakkan perasaan cinta yg wujud di hati mereka.

Sali cuba utk menerima lelaki lain dalam hidupnya namun bayangan Sunny tidak pernah luput dari jiwanya.

Cerita ini lebih banyak menceritakan tentang Sali dgn lelaki yg ingin menyuntingnya sbg pasangan hidup. Sali sentiasa bersikap jinak2 merpati. Mudah didekati tetapi sukar ditawan. Tugasnya sbg guru menyerlahkan lagi budi pekertinya yg baik. Cikgu Dhel adalah seorg lelaki yg sangat baik dan sifatnya itu mencuit perasaan Sali namun dia sedikit kecewa bila mengetahui yg cikgu Dhel sudah berumah tangga tetapi sedang di ambang kemusnahan. Kejadian isterinya dipanah kilat mengikat semula cikgu Dhel kepada isterinya. Ingat ka cikgu Dhel tu nak tinggalkan jer wife tapi dia jaga wife sampai sembuh. Baik la cikgu Dhel tu.

Sali amat memahami keadaan cikgu Dhel. dia jadi resah apabila dia mula menjadi perhatian cikgu Zul yang bermata keranjang. Teman sekampungnya tu menggunakan keakraban ibunya dgn nenek Sali utk merisik Sali. Di samping itu, sahabat baiknya Adib turut merekemenkan Sali kpd abgnya yg sudah lama kematian isteri, Jeff. Jeff tu hensem giler tapi Sali tak jatuh hati lah pulak. Walaupun dia cuba rapat dgn Jeff, dia sentiasa tak dapat menolak ajakan Sunny. Atas alasan sayang antara adik beradik mereka bertemu melepaskan rindu.

Nenek Sali sebenarnya tak suka mak Sali tu, Jenny, sorang wanita berketurunan Cina yg masuk Islam setelah berkahwin dgn bapa Sali. Nenek Sali ni berjaya menghancurkan rumah tangga Jenny dan mengambil Sali. Tinggallah Jenny bersama Sunny.

Kejadian kemalangan yg menimpa Sali memaksa Jenny memunculkan diri dan menyelamatkan Sali yg kehilangan byk darah. Kemunculannya tidak disenangi nenek Sali. Jenny terpaksa pergi tanpa mendedahkan identitinya sbg penderma darah kpd Sali.

Kunjungan nenek Sali ke Mekah telah membuka matanya tentang kehidupan sebenar Jenny yg tidak pernah meninggalkan Islam. Pertemuan mereka di Tanah suci menjadi titik penyatuan semula keluarga mereka.

Pertemuan itu juga menjadi titik kegembiraan Sunny dan Sali bila mengetahui bahawa Sunny tu rupanya anak kepada Lenny, kakak Jenny. dia menjaga Sunny spt anaknya sendiri hingga Sunny sendiri tidak tahu yg dia rupa2nya anak saudara kpd Jenny. Kali ni nenek tidak membantah lagi kerana dia mahu Sali bahagia.

sinopsis/blurb
Ibunya murtad!
Sali Aida malu lantas menidakkan kehadiran wanita yang melahirkannya ke dunia. Padanya kasih nenek adalah segala-galanya namun bukan untuk selama-lamanya. Kedewasan menyedarkan dia ada luang kosong dalam hidupnya. Sunny muncul di tengah -tengah kekosongan itu. Kehadiran Sunny untuk menyatukan dia dan ibu menyingkap nostalgia manis masa lalu. Tanpa diduga kehadiran Sunny menyemai cinta melakar rindu.

Lain misi lain pula terjadi. Mereka hanyut membina impian yang tidak berkesampaian terdampar kelemasan dilambung ombak cinta yang nyata berkesempadanan...

" Ya...Allah tabahkanlah hati hambaMu ini. Jauhkan dari kesesatan. Dorongkan aku hambaMU yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai." Semoga Sunny juga tabah menerima perpisahan yang menyakitkan ini...

Seandainya kutahu kau memang milikku...
Seandainya kutahu begitu luhur hati ibu...
Taklah seberat ini beban penderitaan yang kugalas di bahu...

Sure fine whatever

Review 142: Hatiku Di Harajuku


Hatiku di Harajuku by Ramlee AWang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd 2006
Harga : RM 19.90
Halaman :588
ISBN : 983-124-240-8


"Biar betapa jauh hatiku sentiasa di sisimu"


Cerita yang tidak meleret tapi kisah kekejaman dunia yakuza kurang menarik perhatian saya. Struggle jugakla nak habiskan separuh kisah ini. Saya tak sangka juga yang siri pembunuh yakuza yg berlaku di Jepun dilakukan oleh Noriko. Kagum pulak saya dgn watak yang nak kata 'hitam' tak 'hitam', 'kelabu' tak 'kelabu' si Noriko. Saya sangat sangat sangat sangat suka citer ini selepas kembalinya Risyam ke Malaysia. Konflik dan misteri yang ditaburkan sangat menarik berbanding kisah Risyam-Sabrina-Noriko di Jepun. Dan yg penting sekali endingnya! Sungguh tak disangka. Marvellous! tak rugi spend masa hingga melepasi tengah malam utk menghabiskan kisah ini. Noriko memang sentiasa menjadi element of surprise dalam kisah ini sehingga ke muka surat terakhir! Thanks Ramlee Awang Murshid for the surprising ending :)


Kisah cinta yang dipaparkan dalam novel ini kurang feel tapi saya suka garapan ungkaian konflik identiti Risyam dan situasi2 yang melibatkan Risyam bersama imam Daud & Dr Rafika. Ada scene2 yg sangat menyentuh perasaan dan membuat saya menangis. Ada yg mendapat peluang kedua utk meneruskan hidup di landasan yg betul, juga peluang kedua utk mengabadikan cinta sejati kerana mungkin peluang ketiga tidak akan muncul lagi.


Tergelak jugak biler Rafika komen yg wajah Risyam seiras Felix AF! haha.. dah la citer pasal Jepun (tagline Akma AF kan 'konnichiwa!') hmm budak2 jiwangunited bleh aar cari novel ni hehe.


Kisah ini tentang Ryu Watanabe/Risyam, bekas Yakuza, ahli kumpulan pembunuh kejam di Jepun, ala2 mafia lah. Cinta Noriko yang menjadikan Ryu Watanabe seorang Yakuza Amikie yang digeruni, namun perkahwinan Noriko yg diatur ayahnya melumatkan hati Ryu lalu membawa diri ke Malaysia dan menyamar sbg sorang yg dungu. Dia insaf dan kembali ke jalan Allah dgn bantuan Imam Daud. Siri pembunuhan ala yakuza di Jepun menggamit perhatian Risyam. Dikatakan pembunuhan2 itu angkara Ryu Watanabe. Risyam ke Jepun utk menyingkap misteri tersebut. Sabrina (bos Risyam di Malaysia) menaruh hati pd Risyam kerana Risyam pernah menyelamatkannya. Dia yakin Risyam ada identiti tersembunyi. Sabrina menyusul Risyam ke Jepun. Pertembungan Risyam-Noriko-Sabrina menyulitkan lagi keadaan mereka yg diburu yakuza jiro yang mahu melenyapkan yakuza amikie dan mengambil alih kuasa secara total. Risyam sygkan Noriko dan pd masa yg sama terharu dgn perhatian SAbrina utk nya. Noriko penuh dgn dendam terhadap yakuza jiro yg membunuh suami dan ayahnya serta kumpulannya. dendam itu makin menggunung dgn kehadiran Sabrina yg dianggap meragut cinta Risyam utk nya. Selepas selesai isu penculikan SAbrina di Jepun dia kembali ke Malaysia bersama harapan yg Risyam akan menyusul tak lama kemudian setelah menyelamatkannya.


Kematian Noriko mematahkan semangat Risyam namun ada harapan utknya di Malaysia. Namun kepulangannya menimbulkan keraguan di hati Sabrina apabila bermulanya pembunuhan ala Yakuza di Kuala Lumpur.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; lahir di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yg digeruni. Malah seorg samurai yg mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat kepada permainan itu adalah maut.

Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza~ Ryu-Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yg tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dgn kisha itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni utk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe.


Dan, bagaikan kebetulan... saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.


Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yg menggugah hati. Pertarungan yg mencemaskan, saspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara - ungkapan yg tidak akan anda gemari.


Sinopsis di website alaf 21


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.


Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.


Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Review 141: Rahsia Perindu


RAhsia Perindu by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
576 mukasurat
"Tanpamu aku tak mampu bernafas sendiri"


masa demam, masa selsema i started reading this book.. ni la baru habih.. memang berpinar-pinar kepala.. citer ni penuh ke confuse san. Pada permulaan cerita saya rasa macam cerita ni diceritakan dalam situasi 'semasa' dan 'telah lalu' yg dicerita berselang seli tanpa warning kepada pembaca.. kita kena merumus sendiri.. atau mungkin cerita itu jadi selang seli sbb those yang dalam situasi 'semasa' sedang menceritakan tentang situasi yang 'telah lalu'. bila menghampiri separuh buku i can't help making guesses sapa sebenarnya 'Leopard' jgn la pandai2 nak teka sepanjang membaca buku ni, memang gerenti tak kena punya lah! hehe.. memang kena baca second round la to sort things out mana yang benar, mana yg ilusi. Nanti la bila reda demam dan selsema ni boleh aar baca lagi sekali so tht my kepala tak pening.


Tulisan pada cover macam citer hantu jer.. tapi sepanjang baca buku ni tak der 'terserempak'. :) Kisah ni sebenarnya menumpu kepada character Maria dan Harris. Pembunuhan Rashdan menjadikan Harris sbg salah sorang suspek. Kejadian Maria ditembak semasa majlis persandingan merumitkan lagi pemikiran kita.. Leopard yg mengaku membunuh Rashdan adalah watak yg paling misteri dan keliru dalam citer nih.. kisah split personaliti memang menarik utk dibaca.. ehmm teringat kat Gollum dalam Lord of the Rings.. rasanya mesti Gollum dengan Maria ni 'Gemini'.. hehe..


Ada satu part tu mention tentang seseorang yg memberi keterangan palsu matanya akan melirik ke kiri, menandakan orang tu sedang menipu


satu pesanan penting di akhir buku ni "BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI."


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.


Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.


Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.


RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia' ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada 'orang lain'sedang memerhatikan anda!

Monday, June 7, 2010

Review 140: Satu Janji by Ramlee Awang Murshid


Jangan tak tau, RAM pun boleh buat citer kawin paksa yang best! tambah2 disulam dgn kisah thriller dan homocide yg penuh misteri :)


Satu Janji by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
RM 19.90
568 muka surat


once dah start baca memang tak lepas la. Puas hati dapat baca kisah thriller homoside yg penuh tanda tanya. Ada diselitkan kisah cinta Luqman yg bertepuk sebelah tangan. The twist in the tale yg dimainkan di sini memang menarik dan ada part2 yang kita tak dapat teka langsung kebenarannya.. kisah ini seolah olah ada dua cerita tapi semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan ada
kesinambungan. RAM bijak menggunakan resepi novel cinta yang popular iaitu percintaan selepas perkahwinan.


kisah ni bermula dari kes pembunuhan Datuk Abdullah, bapa angkat Luqman. Luqman menggalas tanggungjawab di pejabat. Polis memerhatikan Khalid, CEO di pejabat Luqman kerana disyakki sbg dalang pembunuhan. Pertemuan dgn Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta dan menyamar sbg penebar roti canai utk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya, bukan harta bendanya. Tetapi Adelia sudah punya pilihan hati, kerana ketelanjuran janji adelia pada keluarga, pinangan Luqman
terpaksa diterima.


Laila pula terperangkap dalam dunia pelacuran setelah dijual oleh teman lelakinya sendiri. She end up dgn orang2 yang diupah membunuh Datuk Abdullah (subra dan Jay), mereka berniaga dadah dan perempuan. Laila berjaya menitipkan clue kpd pihak polis tetapi terperangkap sbg pemuas nafsu kpd Jay supaya dpt bersembunyi daripada Subra dan jimmy yg boleh membunuh bila2 masa saja.


Menarik juga bila Laila sebenarnya anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman, wanita tua itu rupa2nya ibu tiri Luqman. Masa baca mula2 tu ingat ker Makcik Munah tu ibu sebenar Luqman, tapi rupa2nya ibu kandungnya masa sikap cemburu isteri pertama. Penculikan Adelia menjadi titik permulaan segala-galanya terungkai.


ish.. banyak yg menarik, kena baca la kalau nak tau citer nyer..


Tak sangka ada watak SUHANI dlm citer ni! hehe sama nama ngan adik kiter! tp di muka surat 302 ada kesilapan nama suhani kerana nama salina telah digunakan.. maybe tersilap taip kot. or asalnya RAM nak guna nama Salina but then tukar kepada Suhani?


sure fine whatever


terbitan alaf 21 sdn bhd
sinopsis belakang buku:


Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah
percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami,
adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi
hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia
Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa
di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah.
Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya
semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan
untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

Review 139: Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid


Bagi aku Hijab Sang Pencinta mungkin tak sehebat siri pertama dan kedua novel ini tetapi ia adalah kesinambungan yang wajib diikuti pengikut setia kisah ini. Rasanya Saifudin akhirnya sakti kerana dia telah berjaya menggapai awan, sbb kan dia naik flight dalam citer ni. hehe.

Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2008
RM 19.90
520 mukasurat
isbn 9789831243855


"Dendam itu bara
Marah itu api!"


Excitednya nak baca citer ni. Aku memang suka sangat2 dengan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Memang kisah2 yang menakjubkan dan membuatkan aku hooked dengan buku2 nih. Ntah mengapa aku kurang hooked dengan Hijab Sang Pencinta. Bukan kerana endingnya. Aku agak berpuas hati dengan endingnya. Mungkin kerana terasa seperti membaca versi lain Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Lagipun Manggala tu tak der lah ngeri sangat kalau nak compare dengan Nyi Burga Kelara tu.


Kalau dlm Bagaikan Puteri, Haryani terperangkap di zaman Laksamana Sunan, dalam Cinta Sang Ratu pulak Dani terperangkap dalam tubuh Senggara, kali ini giliran Laksamana Sunan pula terdampar di zaman kita, di dunia Dani dan Haryani.


Kelakar betul scene Laksamana Sunan nak pakai jeans ngn t-shirt ketat. haha sabo jer aku. Laksamana Sunan kata "Subhanallah... seksanya pakaian zaman ini". Iyo lah tali pinggang yg ada buckle tu dia pi ikat ketat2 macam baju taekwando, mau tak sengkak ulu hati. hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.


Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.


Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.


Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...