Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, November 22, 2011

Review 566: Kembalikanlah Kasihku by Nazawati


Kembalikanlah Kasihku by Nazawati Abd Manaf
terbitan Creative Enterprise Sdn. bhd
RM23.90


"Dalam juraian hujan... mengapa ucapan perpisahan yang kau lafazkan?"


Perkenalan antara Rina dan Hani Mastura saya rasakan terlalu singkat untuk membungakan kemesraan itu sangat kuat tetapi mungkin cara penyampaian menjadikan ianya terasa terlalu cepat.


Penulis bihak memanipulasikan scene2 sedih yang menghibakan, saya rasakan kekuatan penulis ini adalah dalam melakarkan scene2 sedih dgn kisah2 penceritaannya.


Penceritaan scene2 lain kurang mencuit hati saya tetapi saya amat berpuashati membaca kisah sedih amat berkesan, memang senang nak join nangis ngan Hani Mastura dan Rina.


Kisah yang dimulakan dgn kekecewaan Hani Mastura yang membawa kepada pertemuan penuh makna antara Rina dan Hani Mastura. Mereka menjadi semakin akrab bagai saudara sedarah daging. Kebetulan, Atirah, adik Rina pernah menuntut di luar negara sekali dgn Hani Mastura, tapi ntah mengapa Hani Mastura mahu Atirah merahsiakannya daripada Rina, takkan hanya kerana tidak mahu kehilangan kerja yang tidak setaraf dgn kelulusannya di perniagaan milik Rina.


Pertemuan dgn Rina adalah berpunca dari pergaduhan dan salah faham antara Hani Mastura dgn kekasihnya, Amirul Taufik.Amirul Taufik telah hilang kepercayaan pada Hani Mastura setelah melihat satu foto.


Amirul Taufik merayu semula kasih Hani Mastura setelah tahu citer sebenar tetapi kehadiran Amirul Taufik telah membungakan rasa cinta Rina terhadapnya. Hani Mastura tidak akan sekali2 melukakan hati Rina yg sangat2 mengharapkan kasih dan cinta Amirul Taufik. Dia sanggup mngundurkan diri demi kebahagiaan Rina. Hani mastura menuntut janji dgn Amirul Taufik utk memenuhi segala permintaannya. Ada ke lelaki mcm Amirul taufik yg sanggup mengenepikan cinta sejatinya dan menyambut kasih seorang yang langsung tidak dicintainya?


Keputusan Hani Mastura telah memburukkan keadaan dan melukakan banyak hati. Rahsianya terbongkar dan Rina rasa terlalu kecewa hingga mengaburi akalnya utk melihat pengorbanan Hani Mastura. Amat berbaloi dibaca sampai habis dgn ending yang tidak menghampakan.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:


Aku sesekali tidak pernah buang dirimu dari hatiku. Sesekali tidak. Dan tidak mungkin! Kerana masih ada janji2 kita yg belum tertunai. Harapan dan impian indah di Sungai Thames... aku ingin ulanginya dlm bulan madu kita. namun entah di mana silapnya... hujan panas menenggelamkan harapan dan impian yang hampir tertunai. Dan lumrah orang bercinta... kau dan aku tidak sunyi daripada sengketa dan salah sangka. Lalu perpisahan pun menjadi noktah kasih sayang. Namun tidak menoktahkan rasa rindu yang saban hari hadir memayungi hati, membasahkan ingatanku daripada terus melupakanmu, meletakkan aku dlm kancah resah yang tidak sudah.


Amirul Taufiq... aku akur bila ada gadis lain jatuh cinta padamu. Dan salah seorang daripadanya bukanlah asing padaku. Insan yang aku sanjungi... yang menyebabkan aku mampu bernafas dan tersenyum sehingga ke hari ini. Pengorbanannya juga bukan sedikit untukku lukakan hatinya. Aku masih belum tergamak untuk memusnahkan impian indahnya... juga impian indah mereka... impian indah utk hidup bersamamu.


Nyatanya aku juga tidak mampu untuk lupakan dirimu dari hatiku. namun apalah sangat dgn pengorbananku yang sekecil ini. Lalu aku izinkan hati ini dilukai. Kerana kebahagian yang sebenar ialah bila kita mampu berkorban untuk orang yang disayangi. Pedulikan hati sendiri... kerana orang lain tidak perlu tahu apa yg kita rasa.


Dan kalau memang jodoh itu milik kita... aku tidak akan teragak-agak untuk menerimamu kembali. Menerima dan melupakan sengketa lama yg menyebabkan kau dan aku menderita...

Review 565: Qaseh Qaisy by Ramlah Rashid


Qaseh Qaisy by Ramlah Rashid
Terbitan buku Prima
RM19.90


"Karya terbaru novelis Tak Kuduga & Sara Kirana"


Saya terhibur dengan penulisan Ramlah Rashid dalam tema cinta yang begini. Dalam kisah yang agak sarat, masih mampu diselitkan kisah cinta yang santai dan menghiburkan. Tidak sukar utk segera suka pada Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar. Qasih terlalu degil dan menidakkan perasaannya terhadap Iskandar manakala Iskandar pula mati2 mempertahankan cintanya.. menarik juga biler tengok si lelaki yang nekad nak kawin manakala yg perempuannya pulak berubah-ubah pendapat dan berlengah lengah. hati nak tapi akal minta dia berfikir panjang.


Perkenalan melalui sms yang membuahkan bibit2 cinta antara B dan D rupa2nya menemukan dua musuh sejak kecil. background citer cinta yg sudah lebih dari cukup utk menarik pembaca menghayati kisah ini dari mula hingga akhir. Citer ni membuat saya tak sabar nak cari buku Tak Kuduga dan Sara Kirana terbitan buku Prima. Lepas baca buku ni baru saya perasan, penulis ni ada banyak buku juga yg diterbitkan oleh Creative Sdn Bhd.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Lewat perkenalan di ruang skrin alat telekomunikasi canggihit, membibitkan perasaan sayang Qalidah Qaseh terhadap sidia yang digelar B. Qalida Qaseh sendiri sebagai D, nama pengganti dirinya. Hanya SMS sebagai pengantara hubungan mereka. Bagaikan wujud keserasian hinggakan mereka memeterai pertunangan alam siber dgn cara sendiri.

Seperti yang dijanjikan, setelah beberapa bulan barulah mereka bersedia untuk saling bersuara dan bersua muka. Biar bagaimanapun rupa dan bentuk mereka tetap menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ternata perjumpaan itu mengeratkan lagi kasih antara mereka.

Namun, kenangan semalam kembali bertamu ketika Qhalida Qaseh bersama temannya Nabil bertemu dgn Tengku Qaisy Iskandar, tidak disangkanya Tengku Qaisy Iskandar sebenarnya adalah B, kekasih dan tunangnya di alam maya.

Saat itu Qhalida Qaseh terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Tengku Qaisy Iskandar sering membuli dan menyuruh Qhalida Qaseh melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Disebabkan status yang berbeza Qhalida Qaseh menurut segala kemahuan Tengku Qaisy Iskandar biarpun hatinya terluka. Tengku Qaisy Iskandar merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon yang bekerja sebagai pembantu rumah keluarga kaya Tengku Nazim Shah dan Puan Satirah.

Qhalida Qaseh merasakan seperti dipermainkan. Lalu rasa cinta pada lelaki itu cuba disingkir dan perasaan benci dipupuk. Rasa kasih dan cinta bercampur dendam serta benci yang dibajainya membuat Qhalida Qaseh berasa sedih. Hatinya juga tidak senang tetapi sengaja berbuat tegar dan ego. Tengku Qaisy Iskandar berusaha meleraikan segala kekeliruan dan salah faham demi cintanya terhadap Qhalida Qaseh.

Tetapi darjat keturunan menghalang penyatuan cinta Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar. Adakah takdir yang menjurangi kisah mereka? Darjat keturunan? Nama atau kedudukan?

Bukan mudah memadam kenangan semalam, tidak semudah melewati kebahagiaan yang berlalu.

Review 564: Sara Kirana by Ramlah Rashid


Sara Kirana by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
RM17.90
440 mukasurat


Setelah membaca Qaseh Qaisy, nama Ramlah RAshid di kulit buku sudah lebih dari cukup utk menarik perhatian saya memulakan bacaan Sara Kirana. Byk juga saya menerima request utk review buku ni.. ni yang berkobar kobar nak baca nih. Kalau tengok cover yang ada bunga2 sakura yg mengelilingi binaan yg kelihatannya seperti di Jepun, saya ingat ker ni kisah cinta orang malaysia dgn orang jepun.. rupa2nya tak kena langsung! sipi pun tarak! hehe. Saya tak ada masalah utk menghayati penulisan Ramlah Rashid kerana dia memang faham dgn kehendak pembaca dan bijak mengalunkan bahasa mengikut selera pembaca santai.


Bagi saya, latar cerita ini menarik. Rasanya saya blum pernah lagi membaca novel berkisarkan kisah seorang novelis yg baru menapak ke alam penulisan dan menempuhi dugaan2 yg mungkin biasa bagi penulis2 tapi agak baru bagi pembaca yang macam saya yang tak tahu langsung selok belok penulis dan dunia penulisan. Ada juga diselitkan tip2 penulisan yang patut dijadikan azimat penulis yang serius mahu menulis novel sendiri.


Kisah ini berkisarkan Sara yang sudah berkahwin dgn Zulfakar. Hidupnya sebelum berumah tangga amat memilukan. Dia jadi mangsa deraan emosi dan fizikal ibu tirinya. Dia telah dijual kepada sebuah keluarga yang kaya raya. Disebabkan wajahnya seiras wajah anak mereka yang baru meninggal dunia, Pn. Zulaikha dan Hj Salam mengahwin kan dia dgn anak sulung mereka, Zulfakar. Sbg isteri, Sara amat mengagungkan Zulfakar. Ntah la pompuan yg macam mana lagi Zul tu nak, baginya Sara membosankan dan Elly, kekasih lamanya jauh lebih baik dari Sara. Setelah Elly meminta cerai dari suaminya, Zul turut menceraikan Sara walaupun simpati dan kasihannya menggunung buat Sara yang naif dan kini berstatus janda. Dia mengahwini Elly dan Sara membawa haluan sendiri.


Zahrin, adik Zulfakar masih menuntut (salah satu sebab mengapa dia bukan calon terbaik utk memperisterikan Sara masa Pn Zulaikha dan Hj Salam mahu Sara menjadi menantu mereka) sudah lama jatuh hati pd Sara. Namun belum sempat kasih dijalin, dia ke luar negara utk menyambung pelajaran. Sara membina semangat dan meneruskan hasratnya utk berkarya tapi karyanya diciplak oleh penulis yg bernama besar. Dugaan besar buatnya yang baru menjejak anak tangga pertama dlm bidang penulisan.


Kepulangan Zahrin meletakkan Sara yg sudah terkenal sbg 'Sara Kirana' dalam situasi dilema. Sayangnya ada pada Zahrin tetapi bagaimana dgn kedudukannya dalam keluarga mereka apabila kembali sbg menantu anak kedua keluarga itu. Hj Salam dan Pn. Zulaikha sudah nampak konflik yg bakal timbul tapi Zahrin siap melancarkan mogok ala2 mogok lapar gitu kalau keinginannya tidak dipenuhi. Maka Sara disunting buat kali kedua utk anak mereka yg kedua pula. Citer salin tikar lah pulak tapi kali ni bukan perempuan, lelaki lah pulak.


Konflik hidup Sara bergolak lagi. Zulfakar makin sedar kecantikan sebenar seorang isteri bukan sekadar fizikal dan pendidikannya. Dia tidak dapat mengelakkan diri dari menjeling adik iparnya yg kelihatan jauh lebih bahagia dgn suami barunya. Saya benci Zahrin masa ni.. eee cemburu nya Ya Rabbi.. Dia marahkan Zulfakar tapi tempiasnya pada Sara. eee geram. mulanya saya sudah suka sgt Zahrin yang melayan Sara dgn baik tapi tu la.. cemburu buta, peh tu takmo dengar cakap orang, cakap orang yg tak betul nak pulak dia dengar. Kesian la kat Sara. uish.. panjang lah pulak saya reveal citer ni.. sebenarnya byk konflik menarik yg dipaparkan dalam buku yg sekitar 400 mukasurat ni.. memang tak terasa masa berlalu bila membaca nya :) terima kasih Ramlah RAshid.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorg isteri yg taat & patuh kpd suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yg kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumahtangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dgn caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sbg seorang isteri.


Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yg boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba2 Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sbg Sara Kirana, seorg penulis novel yg disegani.


Dlm meniti hari2 yg mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendpt tentangan dari bekas mentua Maisarah, Pn Zulaikha dan Hj Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu.


Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dgn Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu kan abangnya. Malang tidak berbau, tiba2 Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.


Apakah yang terjadi kpd Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?

Review 563: Aku Cinta Kyra by Ramlah Rashid


Aku Cinta Kyra by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
2008
RM18.90
521 mukasurat
isbn: 9789833669714


"Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku terus menyimpan perasaan ini"


Saya terpikat dengan penulisan Ramlah Rashid. Tiga buah bukunya yg saya dah baca mempunyai delivery cerita yang sangat-sangat memikat dan mengikat. Susah nak berenti selagi tak dihabiskan. Panjang betul muncung Yam selepas menamatkan kisah ini lalu buku ini dipaskan kepada saya dgn mulut terkumat kamit tak puas hati. Kebetulan masa tu dah abis membaca "Hanya Kita Berdua". So saya pun bacala novel ni. Kisah ini sebenarnya mengingatkan saya kepada Takdir Nor Aida by Kusyi Hirdan. Kedua2 kisah ini mempunyai ending yang tergantung.


Sepanjang pembacaan novel ini saya sangat terhibur dengan kisah 'kejar-mengejar' Kyra & Hairee. Tapi memang jelas Kyra akan memilih Idham sekiranya dia tahu Idham tu bukan abg kandungnya. Dia sentiasa mencari jejaka yang macam abgnya utk menjadi teman hidupnya. Ternyata pilihan Kyra adalah seorang yg sangat dekat dgn Idham. Hairee yg mulanya sekadar mahu membalas dendam bagi pihak sahabat baiknya akhirnya jatuh tersungkur di halaman cinta Kyra. Puas dia memancing perhatian Kyra, susah betul nak mendengar ungkapan cinta dari Kyra. Namun di saat segalanya mahu dimateri satu rahsia besar terbongkar.. mula2 tu ingat ker Heri ngan Kyra yg adik beradik tapi rupanya Heri dgn Idham. Kyra terus nekad mahukan Idham sbg suaminya kerana dia tahu Idham juga mengasihinya bukan sbg adik. Setelah memperjuangkan cinta mereka (Kyra yg beria) mereka akhirnya bakal diijab kabulkan namun nampaknya takdir pun tidak menyebelahi mereka. Perasaan lega selepas mengetahui Idham & Kyra akhirnya akan disatukan bertukar menjadi sayu pulak bila isu talesemia pulak yg timbul. Kedua2 mereka adalah pembawa dan itu akan menimbulkan kesan kepada keturunan mereka. Idham pergi membawa hati yang luka. Kyra tinggal dgn hati yang luka. Tinggal Heri yang mungkin boleh mengubat luka. Tak kira sedalam mana cinta Kyra-Idham, namun itulah penghujung yg terbaik utk mereka berdua. (ni dok belek2 dah novel Memori Rindu by Ramlah Rashid :))


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


"Karya terbaru novelis Sara Kirana & Qaseh
Qaisy"


Sepatutnya aku gembira dgn kebahagiaan Kyra. sepatutnya aku bahagia dgn kegembiraan ibu. Tapi kenapa tiba2 jiwaku jadi kosong, sekosong langit malam tanpa bulan mahupun bintang, gelap! Pengap! Bahang! - Kyrul Idham


"Abg baik sgt pd Kyra. Sejak kecil Kyra berangan-rangan nak kawin dgn abang. Namun itu dulu, zaman budak2. Kyra ingat ayah dgn ibu adik beradik sebelum jd suami isteri. Jadi Kyra pun berangan-rangan begitu. Tapi kan baik kalau abg bukan abg Kyra?" - Kyra Idora.


"Tapi cintakah Kyra pada aku? Sedangkan selama ini dia seakan mencintai abang? Pastinya cinta nya kian mendalam selepas siapa abg terungkai." - Hairee


Namun kita hanya merancang. ALLAH penentu segala. Cinta yg wujud tanpa diduga. Hadirnya tanpa sengaja, berakhir jua tanpa dijangka.


Aku cinta kyra, terhasil dari pemerhatian penulis pada rasa kasih dan sayang sesama adik beradik dan keluarga. Saya melihat begitu suci dan indahnya persaudaraan dan persahabatan jika ianya terjalin atas landasan keikhlasan dan rasa tanggungjawab. namun ianya akan menjadi duri yg bisa mencederakan serta membunuh juga, jika kasih sayang itu dihimpit rasa cinta sama ada datangnya diundang atau tanpa sedar. Akan lebih parah jika cinta itu terhalang dek tali persaudaraan dan wujudnya cinta tiga segi. ALLAH memandang tinggi masyarakat yg bersedia bantu-membantu tetapi melarang sam sekali mengakui hak ke atas anak angkat ~Ramlah Rashid~

Review 562: Memori Rindu by Ramlah Rashid


Memori Rindu by Ramlah Rashid
Terbitan Creative Enterprise
2005
RM20.90
431 mukasurat
isbn: 983-893-661-8


"Jangan ada cinta antara kita. Kasih kita... kasih bersaudara"


Bila baca petikan kata di hadapan buku ni tentu pembaca sudah boleh meneka siapa FAuzi dan siapa Malisa dlm kisah ini. Ini mengurangkan sikit rasa ingin tahu dan elemen2 misteri/thriller dalam kisah ini. Ramlah Rashid mempunyai kelebihan menyampaikan kisah ini dgn cara yang believable. Tak ramai penulis yang boleh menjadikan kisahnya boleh diterima akal. Kebelakangan saya sering terjebak membaca novel yang storyline nya bagus tapi penyampaiannya tidak believable. Elemen ini sangat2 penting dalam penyampaian sesuatu kisah walaupun ianya sekadar kisah cinta yang ringan.


Sekejap jer dah nak habis buku ni saya baca. Ada rasa 'kehilangan' selepas menutup buku ini. mungkin kerana endingnya yang saya rasakan seperti ada mukasurat yang hilang. Terlalu byk yang saya ingin tahu lagi terutamanya kedudukan 'Pak Long' Fauzi yang mengalami tekanan perasaan dan sudah gila. Memang menakutkan bila seorang cerdik pandai yg pendendam menjadi gila. Terlalu berat kisah ini. Cinta Antara Fauzi dan Malisa berbunga setelah bertunas dalam persahabatan yang suci. Malisa sering melafazkan cinta namun Fauzi masih rasa rendah diri apabila berada di tengah2 keluarga kaya-raya Malisa yang menyokong percintaan mereka. Ariffin mengimpikan Fauzi sbg menantunya yg terbaik utk menemani anak tunggalnya yang manja, Malisa. Belum sempat mimpi itu menjadi nyata, nyawa dia dan isterinya melayang dlm sebuah kemalangan yg meragukan.


Fauzi memaksa Malisa menduduki kerusi pengerusi syarikat walaupun Malisa keberatan. Jalaludin mengambil kesempatan atas kelemahan Malisa lalu sedikit demi sedikit rancangannya menunjukkan kejayaan dan Fauzi disingkirkan dari syarikat dan dari hidup Malisa. Malisa menderita, jiwa dan fizikal. Segalanya seperti takkan terubat apabila rahsia yang dia dan fauzi berkongsi bapa yg sama. Fauzi adalah anak kepada Latipah, mangsa nafsu serakah Ariffin yg hanya bijak menabur janji. Jalaludin berevolusi dan anak harapan keluarga kpd lelaki pendendam kerana adiknya Latipah, ayah dan ibunya meninggal dunia sebagai akibat dari onar yg dicipta Ariffin. It's payback tima dan mangsanya adalah Malisa yg cantik manis.


Kalau tak salah Fauzi dan Malisa tu bukan muhrim dan halal utk berkahwin kerana Fauzi anak yg dilahirkan di luar ikatan perkahwinan, tetapi bagaimana pandangan masyarakat nanti?


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Menyayangi dirimu... luka hatiku kembali bernanah lalu menjadi barah yg tidak akan sembuh sampai bila-bila. Memiliki dirimu... bagai ada jurang dlm hati yg tidak mampu aku turuni. Namun terasa hampir... jua jelas di pandangan mata. Tetapi mengapa tidak bisaku gapai... menyentuhnya jauh sekali. Malisa memang aku sayangi sepenuh hati. Menyatakannya sahaja aku tak mampu. Berterus terang... bagai ada suara2 sumbang melarang kita utk bersama. Sudahnya aku kehilanganmu. Sudahnya aku nanar kerana merinduimu. Abg tahu. Malisa jemu menunggu. Abg jua tahu, Malisa letih menanggung rindu. Namun mengapa ya... abg masih jua tak mampu bersuara. Apa yg menghalang cinta kita sebenarnya? Bila kau tiada... sesalku sudah menjadi abu. Kau hilang, lenyap dilarikan lelaki yg kau sangka mampu memberikan kau cinta, mampu melindungi setelah papa pergi. Aku sangka kau bahagia... siapa tahu rupa2nya kau diseksa dan menderita. Kau hanya dijadikan alat utk melunaskan dendam yg akhirnya menemukan satu jawapan. walaupun Malisa dan Fauzi tidak memiliki binti dan bin yg sama... kita sebenarnya satu bapa... lahir dari benih yg sama. Dan pertemuan kedua jua rupa2nya tidak mampu kita ungkapkan dgn kata2 cinta kerana adikku, abg tidak mahu kita jadi insan berdosa.

Review 561: Tak Kuduga by Ramlah Rashid


Tak Kuduga by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
Tahun 2006
RM18.90
490 mukasurat
9789833669069


Lagi buku Ramlah Rashid. Tak sangka saya makin kerap membeli karya2 penulis ini. Setiap kali membaca karyanya membuat saya mahu membaca karya2nya yang lain. Termasuklah novel yg bertajuk "Tak Kuduga" ni.


Siti Atilia tidak pernah menyangka pelariannya ke KL mebuka lembaran kelam hidupnya apabila terperangkam dalam sendikit pelacuran. Namun dia berjaya melarikan diri sebelum menjadi mangsak. Dalam pelarian ini dia bertembung dgn Datuk Firzat. Terbinalah ikatan tidak bernama antara dia dan Datuk Firzat. Setelah ditimpa kemalangan, Atilia terpaksa menerima ikhsan Datuk Firzat dan tanpa sedar mereka makin akrab. Nak akta macam bapa dengan anak pun ada, macam pasangan kekasih pun ada. Namun kedua2 perasaan itu tidak terluah antara mereka.


Kehadiran jejaka romantis, Farami dalam hidup Atilia membuahkan cemburu di hati Datuk Firzat, namun, segalanya dipendam dan dia cuba membetulkan iman diri serta membimbing isterinya yg turut hanyut dalam kemewahan dunia.


Atilia cuba memberi hati pada Farami namun ingatan terhadap Datuk Firzat makin kuat dan membuat dia rindu.


Bagi saya ending kisah ini nicely placed, walaupun ada rasa serba salah jugak. Kadang2 rasa mcam Atilia patut mengikut kata hatinya, namun Atilia memilih utk mengikut akal fikiran yang waras. Tapi tula Farami tu anak angkat Datuk Firzat. Tentu awkward utk Atilia dan Datuk Firzat bertemu lagi selepas itu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kerana mengikut akta hati, siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendptkan pekerjaan di kota yg penuh mencabar itu. Pada hari yg telah dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampung menuju ke Kuala Lumpur.


Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Berjam-jam lamanya Siti Atilia menunggu di Pudu Raya. Akhirnya dia bertemu dgn Nayli. Nayli telah bermurah hati membawanya ke rumah.


Di sini Siti Atilia telah bertemu dgn Marry yg juga menumpang di rumah Nayli. Marry telah menceritakan kepada Siti Atilia tentang Nayli. Rupa2nya, Nayli adalah ibu ayam kpd sarang pelacuran.


Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dgn tindakannya itu. apakah yg terjadi kpd Siti Atilia? dpt kah dia melarikan diri dari sarang pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?

Review 560: Lara Natasya by Cathoilda Sibin


Lara Natasya by Cathoilda Sibin
Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
RM18.00
362 mukasurat

Cerita yang berat ini disampaikan dalam gaya penceritaan yang mendatar dan tiada naik turun utk menekankan perasaan dan emosi ketika menghayati cerita. Ia diceritakan dalam keadaan yang sekata, garis lurus. Sukar utk membangkitkan rasa 'thrill' walaupun citer ini memang ada unsur thriller. cerita ini juga seperti 'pernah dengar' dan unsur2 'kejutan' agak kurang menyengat.

Kisah ni tentang Natasya yang menetap di kg bersama ibunya. Demi menyara dirinya dan ibu, dia bersetuju bekerja di Kedai makan mak Jah. Mak Jah ni macam mengeksploitasi kecantikan Natasya utk menarik pelanggan lelaki. Siap buat make over kat Natasya. Shamsul, anak Mak Jah adalah antara org yang Natasya hormati dan tawaran pekerjaan di bandar oleh Shamsul tak dapat ditolak oleh Natasya dan ibunya demi mengubah masa depan mereka.

Sampai di bandar, Natasya diperdagangkan dan terdampar di sarang pelacuran berkelas tinggi. Mcm sama jer Si Shamsul ngan Mak Jah. Dua2 menggunakan Natasya utk kepentingan diri. Tapi Mak Jah dalam citer ni orang baik2.

Inspektor Hisham tu macam polis lembap lah pulak.. lambatnya nak trace Natasya tu. Nasib baiklah Natasya berjaya melarikan diri, bagaimanapun terlibat dgn kemalangan dan hilang daya ingatan. kemalangan itu membawa dirinya ke pangkuan bapa yang tidak pernah dikenalinya.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Natasya tewas dalam rangkulan Shamsul. Meski tanpa kesengajaan rangkulan itu pasti akan meleburkan masa depannya. Ketika dia menyedari siapa Shamsul sebenarnya, dia sudah tidak berdaya untuk meronta. Natasya rela dalam terpaksa. Dia berharap suatu hari dia akan lepas bebas dari bayang2 Shamsul, dan harapan itu semakin menjadi nyata apabila Inspektor Hisham muncul sebagai penyelamat. Tidak sengaja berputik pula hubungan perasaan antara Natasya dan Inspektor Hisham. Namun, apakah hadirnya kebahagiaan itu mampu memadamkan sejarah hitamnya yang lalu? Natasya mengumpul jawapan dalam setiap rentetan hidupnya yang penuh liku.

Review 559: Camar Yang Pergi by Iris Ixora


Camar Yang Pergi by Iris Ixora
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008
RM19.90
501 mukasurat
isbn: 9789831243749


"Aku pasrah andai kata impian ini bertukar menjadi igauan"


Tak sangka karya ini menjadi bahan bacaan yang menyenangkan. Mungkin latar luar negara (Turki) menjadikan saya rasa kadang2 macam baca karya terjemahan, namun kisah ini bagi saya agak menarik kerana ia adalah kisah baru bagi saya yg tak pernah mengambil tahu perihal kehidupan di Turki. Lokasinya tak ada satu pun kat Malaysia, ianya tentang gadis Turki dan jejaka Turki.


Watak innocent seperti Dilara ada kekuatannya sehingga kita dpt menumpang rasa gembira, duka, gementar watak ini. Watak Ebru mempelbagaikan lagi rasa dan emosi bila membaca kisah ini. Memang menyentuh perasaan dan membuat pembaca menangis. Penceritaan scene sedih oleh Iris Ixora memang berkesan. Saya rasa novel ini jauh jauh jauh lebih baik daripada Damai Kasihku. Tahniah buat Iris Ixora. Bagi yang mencari suasana cerita yang berbeza, this is the right book for you dan spare tisu banyak sikit. Tangkap nangis wa cakap lu.


Kisahnya. Tentang Dilara yg hidup dalam kemiskinan. Ibunya yg sudah tidak mampu bekerja membuatkan dia menawar diri utk menggantikan ibunya dan bekerja sbg tukang cuci di rumah org kaya. Kesungguhannnya membuatkan dia diterima bekerja walaupun ada org lain yg tidak berpuas hati. Di sana dia bertemu Orhan yg kacak dan Ebru yg manja berjaya mencuri hatinya.


Orhan dan Dilara belum sempat memahami perasaan yg melanda mereka ketika Orhan terpaksa berkahwin. Orhan cuba menggembirakan isterinya namun perasaan cemburu marak apabila Nesye mengesan chemistry antara Orhan dan Dilara. Dilara cuba mencari haluan lain agar rumah tangga Orhan dpt diselamatkan. Namun kerinduan buat Ebru, adik Orhan dan Orhan sendiri membuatkan Dilara hiba. Dia risau memikirkan layanan Nesye kepada Ebru yang tidak sempurna spt insan lain.


Sibuk2 risaukan org lain, dia tak perasan yg dalam dirinya ada perkara yg jaun lebih besar yg perlu dirisaukan.


Kenalilah satu sudut di Turki yang mungkin kita takkan mengetahuinya tapi dapat mengalaminya melalui novel ini.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Dilara, seorang gadis miskin yg tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dgn pemuda yg kaya raya. Namun bila difikirkan, mana mungkin dia dpt duduk setaraf dgn golongan elit? Apatah lagi berkahwin dgn jejaka idaman kalbu yg digilai oleh ramai gadis.


Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah org kaya bagi menggantikan ibunya yg sakit. Dalam dia, dia dpt mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yg membara.


Namun apa daya, orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorg diri. Bg Orhan pula, perkahwinannya dgn Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar2 belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.


Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya penceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun bersediakan Dilara menghidupkan kembali khayalan yg telah dibuangnya itu?

Review 558: Damai Kasihku by Iris Ixora


Damai Kasihku by Iris Ixora
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM18.00
470 muka surat


"Lirik kasih yang liris membawa rasa dalam makna hingga hatiku teresak rindu"

Entah berapa kali saya restart baca buku ini utk mencari ruang pembacaan yang lancar. Rasa seperti ianya sesuatu yang sepatutnya lebih menarik daripada ini jika dilihat dari segi intipati kisah ini yang sarat. Ada kisah yang seperti air yang mengalir dan ada juga watak berminyak dan menimbulkan kebencian pembaca. Saya memang look forward to watak 'hitam' seperti Natasya, tapi dia seperti tidak konsisten. Bila air dan minyak ini cuba 'dikocak' dan disebatikan, seperti ada yang tidak bercampur dan saya tak pasti apa yang nak disamakan dgn perasaan saya semasa menghayati delivery cerita ini. Yang pastinya, saya sangat suka dengan sajak "Bila Rindu Bertamu" ntah berapa kali saya ulang baca :)

Pertemuan Sofia dgn ibu bapa kandungnya sangat berkesan dan menyedihkan. Part ni membuatkan 'Damai Kasihku' ada meninggalkan kesan, even better than part Kamal ditelan tasik Chini. Part lain2 tu agak biasa dan Robert-Haikal tu seperti dapat diteka kerana sudah byk novel yang menampilkan kisah begini.

Ketidakpastian perasaan perasan Sofia pada Idham mahupun Robert menjadikan perasaan 'jiwang2' saya tak terasa. Adeh.. nak wat camner, memang suka citer jiwang2. ;)

sure fine whatever
rinn

SInopsis belakang buku:

Sofia percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dgn perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.

"Benarlah penantian itu suatu penyeksaan yang tidak tertanggung dan pencarian itu suatu kesamaran yang tidak berpenghujung."

Perlukan Sofia mendambakan cintanya kpd Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...

Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun mengapa hati gadis itu masih ragu2? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.

Kehadiran Haikal bagikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskan dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dgn gadis pujaannya itu.

"Aku tidak sanggup kehilangan kalian. Tapi aku tidak sanggup memungkiri janji ku pada dia yang bertakhta di hatiku. Maafkan aku..."

.

Review 557: Terlerai Kasih Berpaut Rindu by Putera Sukma


Terlerai Kasih Berpaut Rindu by Putera Sukma
Terbitan Karisma Publications
RM17.90

"akhirnya keegoan musnah jua dek kasih yang tak bermusim..."

Kisah konflik keluarga kaya raya Tan Sri Shamrin yang mementingkan darjat hingga menyebabkan anak lelakinya, Azzami kecewa dan membawa diri bersama kekasih hati. Fahmi yang disangka anak angkat rupa2nya cucu sendiri. (Setelah isteri Azzami meninggal dunia, tanpa pengetahuan Tan Sri Shamrin, baby Fahmi ditinggalkan di rumah itu lalu diambil jadi anak angkat) Azman mengahwini Azalea kerana nak balas dendam atas kematian ayahnya di dalam penjara (setelah menggelapkan wang syarikat). Azman menyalahkan Tan Sri Shamrin sbb tak bagi ayah dia pinjam duit hingga terpaksa menggelapkan wang syarikat.

Fahmi bercinta dgn Alisah who turns out to be ex mak we Azzami. Secara tiba2 di penghujung cerita bertimpa2 tragedi menimpa keluarga ini.. bangunan yang sedang dibina syarikat mereka runtuh, Azalea keguguran, Azzami accident, Tan Sri Shamrin diculik. Pada part ini penceritaan dirasakan terlalu pantas, lebih pantas dari selang masa '25 tahun' yang diceritakan di awal buku ini.

Bagaimana pun kisah cinta dan thriller ringan seperti ini sesuai utk bacaan remaja tanpa perlu dipantau oleh ibu bapa :) walau bagaimanapun English yg digunakan agak memeningkan kepala saya.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Hidup tidak pernah sepi dilanda ombak dan badai. Seringkali juga dihujani pelbagai dugaan demi hati yang sama degil menajdikan suasana lebih tegang. Hubungan kedua beranak ini kian genting lantaran memperjuangkan ego masing-masing. Azzami akhirnya membawa diri. Bukan mengalah tetapi ingin membuktikan sesuatu.

Namun bukan mudah untuk mengubah dan merawat luka biarpun bunga2 rindu menggunung di jiwa dan kian sarat meniti hari. Biarpun begitu, kekecewaan mengatasi segala-galanya. Kata-kata dan hinaan Tan Sri Shamrin terhadap pilihan hatinya memaksa Azzami terus menyepikan diri.

Dendam yang bergolak di jiwa manusia tidak pernah padam. membara selagi tidak dibalas pada sasaran yang sepatutnya. Azman memili Azalea adalah untuk meleraikan dendam yang membengkak di hatinya.

Kehadiran Fahmi menjalinkan kembali perhubungan yang telah terputus. Mengotakan janji dan wasiat. Siapakah Fahmi yang sebenarnya? Sampai bilakah rajuk Azzami akan berakhir dan bilakah kesedaran mula bermukim di hati tua Tan Sri Shamrin? Siapakah pula dalang yang membawa.

Review 556: Assyira by M. Zainal Abidin


Assyira by M. Zainal Abidin
Terbitan Karisma Publications
RM17.90
256 mukasurat


Kisah thriller tapi menggunakan penyampaian yang biasa dan kurang mendebarkan. Rancangan2 Assyira diceritakan dengan bersahaja dan tidak mengeksploitasi scene2 penuh aksi dan mendebarkan dgn sebaiknya. Seolah-olahnya penyampaian begini amat sesuai utk remaja belasan tahun tetapi aksi 'panas' antara Assyira dan Iskandar diceritakan dengan jelas dan tidak bertapis sangat.

ASsyira adalah seorang gadis kampung yang mengorbankan pelajaran demi membantu keluarga. Ayahnya tidak mahu adiknya, Mi turut mengorbankan masa depannya. Walaupun telah diberi amaran oleh Assyira, Ayahnya tetap meminjam wang dari 'along' Dato' Razali dan menghantar Mi ke universiti. Ayahnya kehilangan kerja dan gagal menjelaskan hutang2nya yg makin mekar berbunga-bunga dan berganda-ganda jadinya. Dato' Razali sudah mula mengugut, akibat ketidak sabaran anak sulung Dato' RAzali, Iskandar, ayah Assyira terbunuh di tangan Iskandar.

Syira bangun dari persekitaran hidupnya yang damai lalu menyusup ke kediaman Dato' Razali sbg orang gaji. Dia berjaya menggoda Iskandar hingga tergadai maruahnya. Dia mengatur perancangan yg kelihatannya sangat mudah dan berjaya meragut nyawa Iskandar. Agak terlalu mudah laluan utk Syira dan menjadikan tindakannya menyerahkan tubuh pada Iskandar kelihatan sia2. Kalau sekadar memutuskan brake lalu Iskandar terlibat dalam kemalangan dan mati... masa mula2 sampai ke rumah tu Syira dah boleh buat mcm tu.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:
Kehidupan yang sentiasa diburu kesempitan dan kemiskinan memaksa diri membuat pilihan antara dua. Kebahagiaan dan kedamaian keluarga akhirnya tergadai di tangan orang yang tidak mengenal perikemanusiaan. Tekanan dan desakan hidup memaksa mereka meminjam duit daripada along sbg jalan terakhir. Akhirnya nyawa tergadai akibat gagal menjelaskan hutang. Sejak itu hidup Assyira dipenuhi dendam kesumat. Tanpa mempedulikan kesan dan masa depannya Assyira terus bangkit. Hatinya akan puas sekiranya dendam terbalas. Dengan tekad di hati yang kian keras, Assyira berhijrah meninggalkan keluarganya di kampung. Iskandar pilihan pertama Assyira bagi menjayakan misinya. Biarpun terpaksa mengorbankan harga diri, Assyira tetap puas. Dato' Razali terpaksa menerima hakikat kehilangan semua anak dan isterinya akibat perbuatannya sendiri. Kelembutan dan keayuan Assyira membuatkan pintu hati inspektor Harris terbuka. Namun bagi Assyira kehadiran Harris sedikit menyukarkan misinya. Harris terpaksa mengalah dan melupakan perasaannya yang mula berputik itu. Apakah rancangan2 yg telah diatur oleh Assyira? Siapakah mangsa2nya? Terlepaskan Assyira daripada hukuman? Segalanya terjawab dalam ASSYIRA.

Monday, November 21, 2011

Review 555: Seungu Lavender by Umi Kalthum Ngah


Seungu Lavender by Umi Kalthum Ngah
Terbitan PTS One Sdn Bhd
RM17.90
264 mukasurat.


Lama rasanya saya tak sentuh buku2 utk bacaan pengisian remaja seperti ini. Masa zaman2 sekolah seronokla dpt baca buku pemberi semangat seperti ini. Kisah cinta universal dalam keluarga. Gaya bahasa buku yang mudah memang sesuai utk remaja belasan tahun.

Kisah Hanis sekeluarga menempuh kehidupan di era 60-an. Cinta Ngah pada Gayah tidak goyah, memberikan 6 permata hati berharga buat mereka walaupun mereka kecewa dgn pemergian anak sulung mereka semasa masih bayi. Hidup mereka diserikan oleh anak2 lain. HAnis anak kedua mereka.. Kisah ini meniti zaman kanak2, remaja dan dewasanya Hanis. Berkat kegigihannya Hanis berjaya menjejakkan kaki di bumi lavender, bumi England yang sebelum ini hanya didengari dari kawan2 sahaja.

sinopsis belakang buku:

"Cantiknya warna skaf ini. Ungu. Bukan sekuat biji remia. Tetapi lembut sekali nada tonanya. Warna kegemaran saya" kata Hanis antara dengar dan tidak.

Nurul tersengih menampakkan barisan putih yang sekata lantas bersuara, "Hanis! Sekiranya awak mahu tahu, warna ini disebut sebagai lavender!" kata Nurul.

Hanis bertanya dgn wajah keliru, "Lavendar? Apa itu lavendar?"

"Itu awak baru terpikat dgn warnanya. Belum lagi awak mencium baunya! Pasti awak akan jadi gila! Hahaha," Nurul tertawa.

"Pohon lavender ini hanya terdapat di negara 4 musim seperti di England. Sekiranya awak mahu lihat sendiri pohon warna kegemaran awak itu, belajarlah bersungguh-sunggu. Dan tanamkan tekad mahu meneruskan pengajian ke negara pohon lavender! Okey?" Nurul terus membangkitkan semangat Hanis lagi.

Lantas Hanis terdiam. Pandangan matanya merenung jauh.

Sunday, November 20, 2011

Review 554: Semarak Cinta by Hijratul Akisya



Semarak Cinta
Penulis: Hijratul Akisya
Penerbit Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
561 mukasurat
9789675067853


"Mampukah aku melupakanmu tika hai dikabus rindu...
mampukah aku melepaskanmu di kala jiwa terpaut sayang...
perlukah aku melangkah pergi bila cinta mulai bersemi?"



Kisah kahwin paksa ini isunya tidak lari jauh dari kisah-kisah tipikal lain dalam genre ini. Tetapi cara Hijratul Akisya berkongsi kisah di kampung yang sulam komedi ringan menjadikan kisah ini membuat kita tersenyum penuh nostalgia. Kita dibawa mengikuti kisah Alia dan Adi Hamidi yang mula mengenal hidup berumahtangga dan mula mengenal hati dan perasaan masing-masing. Adi Hamidi tidak pernah memberi harapan tetapi Alia buat selamba saja menjalani hidup sebagai isteri hanya pada nama.


Alia kelihatan selesa berada dalam situasi itu. Hari-hari yang diharungi bersama memberi pengalaman yang berbeza kepada mereka. Watak-watak tua penyeri kisah ini sangat mesra dan penyayang. Aku suka dengan 'spirit' kekeluargaan dalam cerita ini.


Adi Hamidi yang digelar buaya darat itu tak lah terserlah sangat aura buaya daratnya. Terasa seperti gelaran itu tidak sesuai buatnya. Watak Mimie yang menyintai Adi Hamidi dari jauh mungkin mudah disalah tafsir oleh pembaca pada awalnya tetapi ternyata dia seorang yang menghormati rumah tangga sahabatnya. Namun watak Ely yang merupakan kenalan rapat Mimie pula yang menjadi pencipta onar.


Scene Adi Hamidi memujuk kembali Alia memang sangat manis tetapi membayangkan apa yang telah terjadi antara dia dan Mimie yang 'terperangkap' dan terpaksa berkahwin secara rahsia membuat rasa manis itu sedikit kelat.


Adi Hamidi boleh saja membela diri supaya tidak berkahwin dengan Mimie kerana keadaan pada masa itu berpihak padanya sekiranya dia berkata benar. Malah Mimie juga kelihatan bersedia utk menerangkan yang benar. Instead mereka dinikahkan juga. Penamat kepada watak Mimie kelihatan seperti jalan keluar yang singkat untuk mengakhiri kisah ini.


Apa-apa pun Hijratul Akisya menjaga penceritaan adegan-adegan intim Alia-Adi agar tidak berlebih-lebihan tetapi cukup manis dan mengundang senyum simpul. :)


sure fine whatever
Rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Apalah erti sebuah cinta andai ianya mengundang kecewa yang berpanjgn. Adi Hamidi seorg lelaki yg pernah dikecewakan oleh Azlin wanita yg disayanginya ketika sama-sama menuntut di pusat pengajian tinggi menjadikannya seorg kasanova. Lantas, dia menganggap cinta suci seorg wanita langsung tidak wujud. Teman-teman wanita hanya dijadikan teman bersosial sehinggalah dia digelar "Buaya DArat Terlaris". Kapten Mohamad ayah kepada Adi Hamidi terpaksa masuk campur apabila mengetahui sikap anaknya. Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dgn anak rakan baiknya yg telah lama terpisah. Demi menjaga hati dan mendapatkan semula kepercayaan daripada ayah dan keluarganya, Adi Hamidi menerima pernikahan itu.


Atas perkahwinan itu juga ada hati yg terluka, kasih yg disemat di dalam hati bertahun lamanya akhirnya memakan diri sendiri.


Mampukah Nur Alia mengubah sikap suaminya, walau segunung cinta dipertaruhkan dalam melayari alam rumah tangga? atau mungkin dia tertewas oleh perasaan kerana kasihnya yang tidak bertepi.

Review 553: Sejam RM2.50 by Norhayati Berahim



Sejam RM2.50
Penulis: Norhayati Berahim
Editor: Anida Daud
RM29.00
Sabah/Sarawak: RM32.00
867 mukasurat
Terbitan NBKara
9789675229251


"Sengsara itu ada ganjarannya"


Sudah menjadi cara Norhayati Berahim sekarang ini untuk bercerita tentang watak-watak utamanya sejak zaman kanak-kanak, sehinggalah ke alam dewasa dan berumah tangga. Mungkin sebab itulah novel-novel baru beliau sering mencecah 800 muka surat. Cara begitu membawa kita lebih dekat mengenali watak-watak dalam ceritanya. Ceritanya terasa padat walaupun ketebalannya tak agak-agak. KEbelakangan ini banyak juga novel-novel baru bersaiz tebal. Semakin ramai penulis suka menghasilkan karya yang tebal-tebal. Masalahnya kadang-kadang ceritanya best tetapi cerita menjadi 'dragging' atau berulang-ulang membuatkan keseronokan cerita hilang begitu saja.


Keluarga Sean dan keluarga Wafa ada dugaan tersendiri dalam menempuh hidup sejak zaman kanak-kanak. Sean sering kecewa dengan bapanya yang selalu mengenepikan haknya sebagai anak hanya kerana ibunya isteri kedua. Tan Sri itu lebih mengutamakan isteri dan anak-anak di sebelah sana sedangkan dia lima beradik bersama ibu mereka memendam rasa kecewa yang menggunung.


Tan Sri Fakrul perlu menjaga reputasinya sebagai orang terkenal agar tidak terjejas dengan terbukanya rahsia yang disimpan sekian lama. Dia menahan diri dari berlamaan dengan Puan Nori sekeluarga. Dia lebih menumpukan perhatian kepada Puan Sri Fatimah dan dua anak mereka.


Kematian adiknya, Ashraf, membuat Sean lebih membenci bapanya. Ashraf pergi tanpa sempat bertentang mata dengan bapa mereka. Ashraf begitu mengharapkan kehadiran bapa mereka untuk memberi kata-kata semangat bagi dia meneruskan sisa-sisa hidup yang tidak lama. Perkenalan Ashraf dengan Wafa mengubat sedikit lara di hati Ashraf dan Sean. Walaupun masih kecil, Wafa pandai mengambil hati sedangkan dia sendiri menanggung derita penyakit yang membawa maut.


Haron, anak isteri pertama Tan Sri Fakhrul, ada pakej lengkap sbg anak org kaya yang kacak bergaya. Tapi dari segi pekerti, Haron sangat tercorot. Walaupun pandai mengaji, dia gemar bertukar-tukar pasangan. Banyak persoalan mula terungkai selepas kematian Tan Sri Fakhrul.


Wafa dalam dilema pada mulanya apabila mengetahui yang rupa-rupanya ibunya sekarang adalah ibu tirinya. Ibu sebenarnya sudah berkahwin lain dan mempunyai anak. Dia tidak pernah menyangka perjalanan hidupnya selepas itu menjadi gembira dengan kehadiran dua orang ibu yang terbaik untuk dirinya walaupun bapa kandungnya bukanlah seorang yang 'supportive' terhadap minatnya dalam bidang lukisan.


Lebih separuh pembacaan aku masih lagi tak menemui 'sejam RM2.50' tu. Suku terakhir barulah kita bertemu dengan tajuk cerita ini. Demi menyuburkan semangat Islam di US, Wafa menggunakan kuasa "Sejam RM2.50" untuk menarik anak-anak kecil dan remaja US ke surau. errr bukan United States ya? US tu Ulu Saritan di mana keluarga di situ bukanlah kaya raya dan tahap sosial kehidupan masyarakat Islam di situ sangat menyedihkan. Di situlah juga Wafa bertemu Hussin, anak muda yang luhur hatinya. Kalau diorang kawin, diorang akan dapat 4 orang ibu kandung/mertua/tiri yang baik-baik belaka :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


"Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali."


"Apa salahnya Hraon tu? Dia bukan kejar orang, org yg kejar dia!" Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!


"Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebyk sepuluh bilion!"

"Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun."


Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan utama. Bukannya pekerti lelaki itu.


"Aku hairan sungguh kau ni."
"Hairan apanya?"
"Apa yg kau benci sangat dgn Haron tu? Aku tak faham. Kau tau tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dgn apa yg Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionaire!"


Bodoh! Mahu saja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Org bodoh macam Safina saja yang tergila-gilakan lelaki mcm Haron. Aku tidak sebodoh itu!


Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki dan bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yg ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yg singkat ini?

Review 552: Surah-Surah Rindu by Saridah Hamid



Surah-Surah Rindu
Penulis: Saridah Hamid
Editor: Siti Nor Fadilah Salleh, Nor Hafizah Mohd Samsudin, Nahdatun Nisaak Othman
RM24.00
Sabah/Sarawak: RM27.00
9789833604197
427 muka surat
cetakan pertama 2008


"Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada orang tuanya, ibu bapanya, ibu yang mengandungkannnya dalam keadaan lemah dan menyusunya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada-Ku kembali," [Surah Lukman, ayat 14]


Mood nak membaca novel-novel bernada Islamik pula sekarang ni :). Pengaruh lepas baca Ikhlas A.K. kot :)


Kali pertama aku menatap karya Saridah Hamid. Novel Islamik terbitan PTS ini seperti biasa disunting rapi dalam bahasa Melayu rasmi. Dari segi isi cerita isunya tidak jauh berbeza dari novel kontemporari biasa yang menceritakan kisah seorang gadis yg dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ajaran Islam. Dia kemudiannya mendapati dia adalah anak angkat dan bermulanya dilema besar dalam hidupnya selain dari hatinya yg mula dijentik perasaan cinta terhadap lelaki.


Kisah ini bermula dengan tibanya Nurin Hannah yang baru dilahirkan. Ibunya diugut akan dibuang keluarga jika terus memelihara Nurin Hannah yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan.


Sejak zaman sekolah Nurin sering menerima persoalan adakah dia betul-betul anak melayu kerana kulitnya sangat putih dan matanya sepet.


Walaupun belajar dan berada jauh dari keluarga, dia memegang kejap amanat ibunya supaya memelihara tatasusilanya sbg seorang muslimah. Kehadiran warkah salam perkenalan dari Naqiuddin membuat Nurin Hannah mula merasai perasaan jatuh hati.


Sifat Nurin Hannah yang pemalu dan menjaga tatasusila sangat memikat hati Naqiuddin. Penulis tidak mendedahkan perasaan Naqiuddin mengenai kenyataan bahawa Nurin sebenarnya anak angkat dan anak luar nikah. Mungkin penulis akan membawa isu ini dalam novel seterusnya kerana ada perkataan 'Novel Dwilogi' pada kulit depan novel ini.


Walaupun terkesima dengan kenyataan bahawa dia adalah anak angkat, Nurin seorang yang waras dan bertimbang rasa. Malah dia gembira dapat membina hubungan yang baik dengan ibu kandungnya yang sudah memeluk agama Islam. Ramadhan yang akan datang dia akan dapat berpuasa dan beribadat bersama ibu yang baru mahu dikenalinya.


Nurin tidak pernah melupakan jasa ibu dan bapa angkatnya serta adik-adik dan abangnya yang mengasihinya sepenuh hati.


Kebelakangan ni kalau baca cerita anak perempuan yg diambil sebagai anak angkat, bapa angkatnya mesti bernama 'Abdullah' ya? supaya heroin tak mengesyakki yang dirinya tu anak angkat kot.


sure fine whateverr
rinn




blurb/sinopsis belakang buku




Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perbezaan wajah dan warna kulit dgn keluarganya. Sejak kecil ibu bapanya mengasuh dia dan adik-beradik dgn didikan sempurna bagi bekalan dunia dan akhirat di samping menjadi muslimah sejati.




Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yg terkenal di falkutinya. Teringatkan pesanan ibu yg menghalang dia berkasih ketika sedang belajar, Nurin akur dengan ingatan itu.
tetapi mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yg merronta.




Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuat gadis itu dalam dilema. Benarkah dia hanya anak angkat Abdullah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yg dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? siapakah dia sebenarnya?

Review 551: Ikhlas, A.K! by Nirrosette



Ikhlas, A.K!
Penulis: Nirrosette
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Editor: Mariah Mustapha
RM21.00
Sabah/Sarawak: 24.00
9789675118654
528 mukasurat



tahniah buat penulis muda ini kerana menghasilkan karya pemutihan jiwa yang sangat menyentuh hati, manis dan comel ini. Karya-karya beginilah yang sepatutnya diperbanyakkan dan dibaca muda mudi sekarang sebagai ikhtibar dan moga-moga menjadi titik tolak kepada penyembuhan jiwa. Dalam bercerita, penulis mengajak kita menilai diri adakah kita bersedia berubah seperti Kaseh.


Cinta kepada Adam Khalis yang membawa Kaseh (yang comel dan manja) kepada cinta kepada Allah Yang Maha Agung. Dia bersungguh-sungguh menyiapkan diri supaya layak menjadi kekasih Adam Khalis yang baik. Allah mengasihi Kaseh dan Adam Khalis menjadi medium pendorong yang bakal membawa Kaseh ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun Adam tu bukanlah alim tahap ustaz-ustaz, tapi dia menjalankan tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam untuk membimbing Kaseh ke arah yang sepatutnya.


Adam Khalis (budak biasiswa yang 'low profile') yang sudah sekian lama berada tidak jauh dari dirinya akhirnya kelihatan menyerlah di depan mata Kaseh. Sebelum ini Kaseh yang bermata keranjang, cepat saja terpikat dengan jejaka-jejaka kacak yang 'charming' akhirnya mengejar Adam Khalis setelah membuang Iskandar dari hidupnya. Iskandar jenis yang terlalu mendesak dan 'control freak' membuat Kaseh merasa bosan lalu memulakan pemburuan mencari pengganti.


Lamaran 'direct' dari wanita secantik Kaseh membuat Adam terkedu. Adam mencadangkan tempoh untuk mereka berkenalan terlebih dahulu sebelum 'declare' sebagai pasangan kekasih dan Kaseh laju saja bersetuju. Permulaan perkenalan Kaseh dan Adam Khalis membawa kita mendalami cara hidup Kaseh yang jauh menyimpang dari landasan Islam. Adam secara berhemah mendidik Kaseh. Dia tak pernah menyangka yang Kaseh yang amat terkenal sebagai model yang baik hati itu nama sahaja Islam tetapi dia kenal langsung apa itu Islam. Tetapi Adam sangat bersyukur kerana Kaseh tu seorang yang sangat mendengar kata dan lembut hatinya. Saksikanlah bagaimana Adam Khalis melentur Kaseh, gadis Singapura yang cantik bergaya itu menjadi muslimah yang manis. Kaseh yang selalu naik kereta mewah tu, sanggup bersusah payah naik MRT demi Adam. Hebat betul daya pesona Adam terhadap Kaseh.


Kaseh mula menilai diri apabila menyedari betapa jauhnya jurang perbezaan peribadi antara dirinya dengan jejaka bernama Adam Khalis. Walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh seikhlas hati, dapatkah dia meletakkan dirinya setaraf dengan Adam Khalis? Kalaupun Adam masih sudi padanya, mahukah keluarga Adam Khalis menerima wanita seperti dirinya dalam hidup mereka? Ibu Adam Khalis awal-awal lagi sudah beristigfar dan menggeleng kepala. hmmmm... alahai Kaseh, ada 'chance' ke? Bagi yang menumpukan cerita Adam - Kaseh mungkin akan sangat berpuas hati dengan pengakhiran cerita. Sesekali tertanya tanya juga khabar Syera yang sangat rapat dengan Kaseh. Adakah dia masih lagi sesat dalam dunianya? Syera ni lah orang yang paling bimbang apabila Kaseh jatuh hati pada Adam. Dia risau yang dia akan kehilangan Kaseh yang merupakan teman berhibur dan sponsor besarnya apabila berhora di mana-mana. Semasa Kaseh dalam kesesatan, nak sangat dia ikut Kaseh ke mana-mana, tetapi apabila Kaseh menuju ke jalan yang benar, Syera langsung tak mahu ikut. Sayang. Bukan semua mahu jadi baik. Mereka mahu terus sesat. Perubahan rakannya tidak dilihat sebagai petunjuk dari Allah sedangkan orang-orang begini akan menyebut, dia akan berubah menjadi baik setelah mendapat petunjuk dari Allah. Petunjuk sudah di depan mata tetapi dia tidak mahu melihat pula petunjuk itu.


Kulit buku ni saja sudah cukup comel dijadikan hadiah kepada kawan-kawan dan anak-anak :) Membuka 'hadiah' ini dan membacanya juga merupakan pemberian pengajaran terbaik kepada yang membacanya. Perkara pertama yang aku search kat google adalah designer clutch. Aku tak terbayang amende nya tu. Aku kalau orang sebut klac, maksudnya pedal yang selalunya kaki kiri tekan untuk tukar gear keta. haha.


sure fine whatever
rinn

blurb/sinopsis belakang buku


Kada Adam Khalis:

Hidup ini tak boleh berdasarkan 'saya-suka-awak' dan 'awak-suka-saya' and we live happily ever after - aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.


Kata Kaseh:

Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam org biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh 'tahu' apa yang Kaseh 'mahu' hanyalah Adam Khalis!


Kata org:

Opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi... sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam - stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh - playgirl of the century? Well, we'll see, we'll see! :) oops, jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke 34 Nur Kaseh Kaisara! :(

Friday, November 11, 2011

Review 550: Wasilah Cinta Weera by Rose Harissa


Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS Litera
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789833893709


Rose Harissa mengajak kita menghayati cinta yang sudah tidak dapat ditafsir dengan betul di mata masyarakat kini. Dalam Weera mendidik Sari Ayu agar memahami Ray, watak Weera juga mendidik kita meluaskan persepsi cinta. Jika kita tidak betul-betul mengenali Weera dan Ray, mungkin kita juga akan menyalahertikan cinta mereka. Ayuhlah kenali mereka. Hayati cinta mereka yang sebenar-benarnya dan tiliklah dalam diri kita ke mana perginya cinta suci yang sangat universal itu dalam hidup kita. Saya paling suka dengan cara Rose Harissa melonjakkan watak Ray dalam suasana yang penuh emosi yang membuatkan saya juga menyintai cinta mereka.


Banyak betul kemunculan watak Ray yang membuat saya menangis dan menangis.


Kisah ini tentang Weera yg yakin dgn petunjuk yg diterimanya utk mengambil Sari Ayu sebagai isteri di saat-saat akhir kerana gadis itu ditinggalkan tunang ketika membilang hari ketibaan tarikh pernikahannya.


Ironinya tunangan Sari Ayu (Firdaus) memilih utk mengahwini bekas girlfriend Weera (Jasnita) tetapi menyebarkan cerita bahawa Weeralah yang merampas Sari Ayu darinya. Memang hampeh punya mamat.


Perkahwinan itu membawa Sari Ayu ke dunia Weera dan Ray. Entah berapa kali Ayu gagal mengerti kasih sayang Weera dan Ray walaupun Weera menumpahkan kasih sayang yang sangat bernilai buat Ayu. Firdaus dan Jasnita tak jemu-jemu menabur fitnah demi utk memutuskan ikatan perkahwinan Sari Ayu dan Weera.


Dugaan demi dugaan menjadikan Sari Ayu semakin mengerti cinta sebenar yang terjalin antara Weera dan Ray.


Mungkin pembaca agak kurang selesa dengan penggunaan perkataan 'cinta' bagi menerangkan hubungan Weera dan Ray tetapi penulis banyak mengambil contoh persahabatan zaman Rasulullah dan juga cinta keluarga dan membuatkan kita faham cinta ukhuwah yg utuh antara mereka.


Weera menganggap Ray seperti saudara sendiri, ayah sendiri. Dia adalah mangsa dera dan Ray adalah penyelamat dan pembentuk peribadinya yang mulia. Hanya kerana dia dan Ray bukan jejaka yg gemar berjubah, berkopiah, dia dilabel sbg gay.


Semasa dugaan memuncak buat Weera dan Ray, Sari Ayu tak dapat menolak keraguannya dengan kemesraan mereka. Saya tak sangka ibu bapa Sari Ayu sangat memahami kedudukan Weera dan Ray malah Sari Ayu tu kena marah sbb tak reti-reti. hehe. memang terharulah membaca scene2 yg penuh emosi dlm cerita ini.


tapi rasanya cerita ni tak sesuai budak2 baca. Ada adegan2 yg agak keterlaluan utk budak2 baca. Mcm adegan panas la. so, sorok yer dari budak2.

Review 549: You Ni... Ayat-Ayat Jiwa by Puteraery Ussin


You Ni... Ayat-ayat Jiwa
Penulis Puteraery Ussin
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
sabah/sarawak RM22.00
534 mukasurat
978675067471


"Aku atau kau yang harus memulakannya dulu?" Dua hati berbisik rasa yang sama.


Lepas aku baca ni, aku dok cari juga apa releven nya 'post it notes' yang comel-comel kat cover ni dalam cerita. Aku ada termiss muka surat ker? atau pun 'post it notes' itu sekadar disesuaikan dengan tajuk? Yang ada bab kad ucapan terpanjang yang masuk guiness book of record jer. Takkanlah budak-budak sekolah nak tulis ayat-ayat yang tertulis pada 'post it notes' tu kat kad ucapan terpanjang yang diikhtiraf peringkat kebangsaan tu. *garu pala


apa-apapun, cover buku ni lah yang membuat aku tertanya-tanya dan membaca sehingga perkataan terakhir. :)


Dilema perasaan hati Yun dan Ery membuat mereka memendam perasaan dan sukar meluahkan rasa hati. Umpama di sana sudah berjanji tetapi di sini hati terpaut. Serba salah. Nak ikut kata hati atau terus berpegang pada janji.


Sepanjang membaca novel ini terasanya ianya lebih kepada menceritakan perjalanan hidup Ery sebagai seorang guru di MRSM Langkawi. Kadang-kadang tak ada perkaitan dengan tema cerita Ery-Yun. Memanglah takkan semendang nak ceritakan kisah cinta tetapi terasa sukar memfokuskan isu sebenar yang ingin penulis bawa dalam kisah ini. Rasanya ianya lebih kepada catatan diari kisah seharian seorang lelaki bergelar guru.


Di awal setiap bab penulis menyelitkan teaser yang menjadi misteri kisah akan datang mengenai Ery dan bakal isterinya. Aku rasa teaser yang lebih kurang satu muka itu lebih menarik daripada kisah Yun-Ery yang diceritakan dalam bab tersebut. Pada mulanya aku agak pening dengan cara teaser dan cerita dijalinkan dalam buku ni. Aku kadang-kadang seperti sesat, sekarang ni dalam 'present' atau dalam 'past'. Tapi bila rentak itu sudah sekata hingga ke hujung cerita, barulah kita dapat menjalin cerita di awal bab ini menjadi satu kisah yg lengkap.


sure fine whatever
rinn




blurb/sinopsis belakang buku:


Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.


Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yg berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa - Ery


Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yg menusuk kalbu. Di sini bermain mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi - Yun


Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka.

Review 548:Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail


Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2009
RM23.90
sabah/sarawak: RM26.90
isbn 9789675229077
670 mukasurat


"Dugaan itu terlalu sukar untuk ditempuhinya"


Rina dan Hazry memang bersahabat baik. Mereka biasa bergurau senda, bertepuk tampar. Bagi yang melihat mungkin menyangka mereka bercinta, namun kedua-dua menidakkannya.


Hazry sudah mempunyai teman wanita yg amat dikasihinya, Elisha. Elisha tak pernah menyembunyikan rasa cemburunya terhadap keakraban Hazry-Rina. Hazry dan Elisha sering 'terlanjur' ketika bersama.


Sikap manja Hazry ketika bersama Rina memang merimaskan dan membuatkan Rina serbasalah, terutamanya apabila dia sudah mula menerima Azfarel sbg lelaki istimewa dlm hidupnya. Dia tak mahu Azfarel salah faham dgn kemesraan dia dan Hazry.


Hazry terasa spt hilang segala2nya apabila ayahnya yg penyayang meninggaldunia dan Elisha mahu putus utk mengejar cita2nya di luar negara. Kedatangan Rina ketika dia sedang berduka dan dipengaruhi extacy membuatkan dia tidak sedar lalu meragut kesucian sahabatnya sendiri.


Hazry sendiri tidak berapa ingat kejadian itu. Rina amat kecewa apabila Hazry membuat keputusan utk belajar di luar negara. seolah-olah lari dari tanggungjawab. Sempat juga Hazry menceritakan segala2nya kpd Elisha. ADuih dlm byk2 manusia dlm dunia ni, dia gi ngadu kat Elisha tu buat apa. geramnya rasa mcm nak sekeh2 jer Hazry tu.


Azfarel yg disangkanya akan meninggalkannya rupa2nya menjadi pembela nasibnya yg malang setelah disahkan mengandung. Hubungan kekeluargaan Azfarel mmg sgt akrab dan walaupun kurang senang, mereka tetap merestui Azfarel dan belajar menerima Rina dgn sebaik2nya. Rina yg trauma dan histeria di malam pertamanya terpaksa ditenangkan oleh ibu Azfarel. Kesian Azfarel terkulat2 jer bila semua org tengok dia semacam masa tu. hehe. mesti org ingat dia tu yg tak sabar2.


Namun keluarga Rina sendiri membuangnya kerana menyangka dia dan azfarel terlanjur dan menconteng arang di muka mereka.


Beberapa tahun berselang Rina bahagia bersama Azfarel dan anaknya, Ikhzal. Dia menyatakan kesediaan utk mengandung lagi dan Azfarel sgt gembira kerana sebelum ni Rina terlalu trauma utk mengandung lagi.


Hazry pulang dan sudah bertunang dgn Nafisa (adik tiri Elisha. aduih, tak dak orang lain ker nak dibuat tunang, dah la perangai pun lebih kurang).


Rina mendapat projek bersama syarikat milik keluarga Hazry, walaupun maklum mengenai itu, dia meneruskan kerja2nya dgn Hazry. Hazry spt tiada rasa bersalah dan Rina pula spt sudah hilang traumanya namun sentiasa berhati-hati ketika bersama Hazry. Tunang Hazry makin cemburu kerana Rina bukan saja lebih bijak menjalankan kerja, malah hazry & ibunya spt terpikat dengan kebaikan dan kebijakan Rina berbanding dirinya.


Azfarel disahkan ada ketumbuhan di otaknya dan menolak utk buat pembedahan kerana dia boleh sembuh tetapi akan lumpuh. Dia tidak mahu keadaannya membebankan, tambah2 anak kedua mereka bakal lahir.


Walaupun Hazry menyatakan dia tidak mencintai Fisa, ibu Hazry, seorg ibu penyayang yg mementingkan kasih sayang dlm keluarga, tidak pulak menolak apabila ibu Fisa datang memaksanya mempercepatkan perkahwinan Hazry dgn Fisa. Fisa dan ibunya dua2 perangai tak sesuai dibuat menantu dan besan. mcm mana la Hazry dgn ibunya boleh terima. RAsa mcm ada yg tak kena saja bila seorg ibu spt Pn. Haziah membiarkan anak kesayangannya merosakkan masa depan sendiri dgn mengahwini perempuan spt Fisa yg tak penah nya nak tunjuk perangai yg elok2 walaupun di depan Pn. Haziah. Kalau Fisa tu jenis bermuka-muka mungkinlah Pn. Haziah tertipu, tapi ini terang terangan.


Azfarel yakin umurnya tidak panjang atau mungkin dia akan lumpuh, tapi saya pelikla, kenapa dlm byk2 manusia kat dunia ni, dia memilih utk mengamanatkan anak2 dan isterinya kat Hazry tu. Rasanya Hazry bukanlah lelaki yg boleh diharap utk diserahkan harta yg paling penting dlm hidupnya. Dah la masa tu Hazry dah kawin. TAkkan nak bagi Rina jadi bini no.2 kot?


ERkkkkkkkkkkkkkk!! banyak nyer aku dah tercerita.. jadi utk cerita selanjutnya, cari lah novel ni. masih panas di pasaran. :) haa jangan sangka endingnya semudah itu ya? banyak lagi yang Nora nak cerita dalam novel ni... dan yg penting, aku suka aja dgn ending nya. terima kasih Nora Ismail :)


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yg datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yg memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yg cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dgn Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dlm hidup bagaimana kita mencaturnya....

Review 547: Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa



Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
cetakan pertama Tahun 2008
RM18.00
496 mukasurat
isbn: 9789831244050


"Engkaukah yang datang mengulit mimpi dan mengusik lamunanku?"


Bacaan yang menghiburkan dan menjiwang kan. buat aku tersengih mcm orang tak betul. rasanya kalau aku baca sambil jalan lalu terlanggar tiang, aku akan terus tersengih sambil menggosok2 kepala. haha. begitulah sweetnya citer ni sampai leh kena kencing manis. Aku suka dengan penggunaan conflict tiba2 di hujung2 cerita. saat2 yang kita merasakan everything will end well sebab tinggal beberapa helai saja lagi, TIBA2 JER BANGGGGGGGGG!! abis.. luruh semangat. memang terketar-ketar tangan biler kita tengah seronok tiba2 jer ada batu penghalang antara Ezli dan Iryanie.


Cerita yang sangat biasa dan kita boleh cari banyak buku yang menggunakan plot begini, tapi di tangan Rose Harissa cerita ini menjadi sangat istimewa dan melihat semula buku ini setelah membacanya membuatkan kita tersenyum sorang2. jarang2 ada penulis yang mampu memberi impact ini kepada pembaca macam saya yg sememangnya suka sngat dengan kisah2 manis begini.


Kisah ni tentang Ezli, duda muda beranak satu. Afi anak kesayangan Ezli yang tak boleh berenggang, kalau berenggang mereka akan demam menanggung rindu. Ezli sangat garang dengan perempuan. Ibunya berhasrat utk menghabiskan usia tuanya di kampung, Ezli kelam kabut kerana hampir seluruh hidupnya bergantung kpd ibu. Ibunya bertindak mengambil seorang pengasuh sambilan. Dia berkenan sangat2 dgn Iryanie, pelajar UiTM yg terpaksa mengulang satu paper utk sepanjang semester tersebut. Dengan agenda tersembunyi ibu Ezli menggaji Iryanie yang kebetulan adalah orang yg sama melanggar kereta kesayangan Ezli beberapa hari sebelum bertemu mata semula dgn Ezli.


Kegarangan dan kesinisan Ezli membuatkan Iryanie takut2 berani, tapi inilah pekerjaan terbaik utk nya dan sangat bersesuaian dgn waktu kelasnya kerana dia tak mahu terus berhutang budi dengan bekas abg iparnya yg seperti mahu menjaga kebajikannya. Tentunya satu hari nanti Zamri mahukan balasan dari Iryanie yg sudah mula menjerat hati bapa Iryanie yg kesempitan wang.


Selepas mencuri hati ibu Ezli, Afi pun turun terpikat dengan sifat keibuan Iryanie. Banyak kali Ezli tersentak melihat kemesraan Iryanie-Afi. Bukan senang nak mencuri hati Ezli tapi Iryanie berjaya melakukannya tanpa disedari.


Khairina, bekas isteri Ezli tiba2 jer muncul mahukan Afi kembali kerana dia sudah tidak boleh mengandung lagi. Aku rasa Khairina ni lah watak antagonis ciptaan Rose Harissa yg paling meng-ngong sekali. bodoh sombong. Dah sah2 dia tak pernah care tentang Afi sejak dilahirkan. Malah terus mencari teman baru yg lebih kaya lalu meninggalkan Ezli terkial-kial menjaga Afi sambil belajar. Dgn gaya mcm orang zaman batu dia nak amik Afi macam tu saja. Yg geram tu siap siap blasah Iryanie tu. Tuntutan hadhanah yg dibuat Khairina tu aku rasa antara yang tindakan yang paling tak cerdik. Memang dalam apa cara sekalipun Khairina bukan seorang ibu yg baik. Afi sendiri takutkan Khairina yg garang dan ringan tangan tu, bukan ringan tangan tolong buat keja, tapi ringan tangan angkat penampar. Iryanie tu sempat la jugak merasa tangan Khairina tu sampai tergolek masuk dalam longkang. adusss kesian betul kat heroin yg sopan santun nih. Rose, biler la agaknya heroin ko yang ada blackbelt kaler biru and boleh bubuh penendang taekwando sikit kat antagonis2 citer ko.


Heran jugak kenapa Khairina tak menggunakan kebiasaan Ezli & Iryanie berdua2an kat rumah utk dijadikan isu dalam mahkamah. Malah boleh saja dia report kat pejabat agama n pegi tangkap basah Ezli & Iryanie. Memang mengong la Khairina tu.


Scene Iryanie membenarkan Khairina masuk rumah setelah berlakon seolah2 telah insaf dan merindui anaknya tu membuatkan aku teringat kepada cerita Snow White yg membenarkan ahli sihir masuk rumah. Memang Iryanie kena hantuk lagi lah dan Afi dilarikan. hmmmphh ni Iryanie ni classic Snow White lah tak serik2 berbuat baik. hehe.


eh, takleh citer banyak2. Selain di kedai2 buku, novel ni juga boleh dibeli terus dari penulis melalui blognya roseharissa.blogspot, siap dapat penanda buku cantik dan signature lagi :) sekian wasalam


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.


Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.


Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.


Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.


Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.


Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?

Review 546: Cinta Mekar Di Hati


Cinta Mekar di Hati
by Rose Harissa
Terbitan alaf 21
RM19.90
566 muka surat.


“sayangmu mengalir rasa
Kaulah cinta terakhirku”


Nyesal pulak lambat baca buku ni, semuanya sbb prolog nya! Huh! Rasa macam baca muka surat terakhir saja.. arghhh.. saya tak tau mcm nk buat saya lupa apa yg saya dah terbaca. Penat jer ngelak baca kulit belakang buku nih. saya lebih byk abis kan masa membelek kulit hadapan buku ini. Hmm saya rasa tulisan tajuk tu ok dan cukup besar utk menangkap mata pembaca. Gambar pasangan sejoli duduk berdua-duaan siap pegang2 tangan tu menarik mata lah jugak. Tapi pada pendapat personal saya, saya lebih suka cover yg tak der gambar orang, kalau ada kawasan perairan, biarlah orang tu tengah menyelam baru amik gambar. Macam cover Berikan Cintamu. Kalau ada gambar orang pun kalau bleh muka dia tak nampakla so tht i can leave it to my imagination. Yg gambar bunga tu nampak mcm bunga lavender, saya rasa kurang sesuai dan selalunya bila sebut mekar, mesti la teringat bunga yang jenih kembang-kembang kan? Kan? Kan?


Prolog mcm menunjukkan citer ni set2 citer Kudamba Bahagia, Rahsia Hati, Bertakhta di Hati, dan lain-lain lagilah yg sewaktu dgnnya yg kisah percintaan yg mendapat peluang kedua bila mula2nya terpisah dan kemudian bertemu dan peluang utk bersama semula terbuka. Aduh.. nak baca tak baca, nak baca tak baca? Last2 saya baca jugak! Haha.. padan muka aku, never judge a book by its prolog. Haha.. bleh ker pakai pepatah tu? Dah la dekat2 tengah malam baru nak start, nak tido mata aku tak bleh lelap sebab hati meronta2 nak tau apa akhirnya buat Fasha ngan Ady Rafizal. Sudahnya pagi ni masuk opis macam zombie ha.. macam panda pun ada jugak. Hehe.


Awai pagi baru la aku tutup buku ni dgn senyuman puas! Nak terkucil pun ku tahan Jebat! Haha.. Kesemua konflik yang ditimbulkan oleh penulis dalam novel ini dilakarkan dengan baik dan ditutup dengan ending yang amat memuaskan hati. Saya tak peduli apa jadi pada Julia yg hampeh tu. Dia adalah di antara watak kecil dalam CMDH yang saya geram rasa macam nak tenyeh2 dgn bola tumit kaki kanan. Rupa2nya bukan Julia watak hitam utama dalam kisah ni.. kita ada Tengku Kamsiah dan Tengku Alis! (*clap clap clap!!!) ish.. saya memang suka la baca buku yang jenis2 nak bagi orang beleter sorang2 lepas tu baling buku jauh2. Peh tu kutip balik dan sambung baca.


RH improved a lot dlm 2nd book ni dan dapat lari dari bayangan buku pertamanya, Berikan Cintamu. Saya suka konsistensi watak dan character build. Dan saya sangat2 senang dengan watak Ady Rafizal. Memang terasa Ady Rafizal watak utama dlm citer ni dan bukannya Fasha. Emosi Ady Rafizal diceritakan dgn baik oleh Penulis kerana kadang2 biler ada penulis yang cuba menceritakan emosi watak2 lelaki, akan kelihatan seolah-olah lelaki tu tak lelaki (paham ke?) mcm citer tentang seseorang yg ada ciri2 feminin. hehe.. Emosi Ady Rafizal dilakarkan dgn baik tanpa mengganggu ciri-ciri Ady Rafizal sbg lelaki sejati yang romantis, penyayang dan setia. Saya lebih kesian dan simpati dengan Ady Rafizal lantaran peristiwa2 yg menimpa dirinya dalam kisah ini. Yer la sebelum ni kalau baca buku mesti mengutamakan luahan emosi wanita, betapa hebat pengorbanannya.. betapa hebat siksaan yang diterima. Tapi rupa2ya Ady Rafizal lebih2 tersiksa dari segi fizikal dan rohani. Dia bertemu Fasha semula dlm keadaan yang menimbulkan keraguan yg munasabah tetapi segalanya ditolak ke tepi kerana dia amat yakin dgn cinta Fasha.


Kereta wira diesel tu dah mcm saya kenal sangat2. Rose byk jugak menggabungkan pengalaman peribadinya ke dalam watak Ady Rafizal dan Fasha.


Tak tahu lah apa yang nak saya citer serba sedikit tentang cerita ini sebab rugi rasanya kalau tak baca sendiri. Dapatkan segera di pasaran! Harap2 RH akan melakarkan lebih banyak lagi kisah cinta yang sebelum ini kita anggap tipikal tapi sebenarnya mengandungi keistimewaan tersendiri. Terima kasih Rose Harissa for Cinta Mekar di Hati.


Sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.


Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.


Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.


Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.


Tengku Alis Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!


Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Kahlil Gibran

Review 545: Berikan Cintamu by Rose Harissa


Berikan Cintamu
by Rose Harissa
(novel sulung Rose harissa)
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
512 mukasurat


"Tiada ucapan, tiada tulisan... yang ada hanya perasaan"


cerita cinta yang biasa tapi diolah dgn baik oleh penulis dgn memasukkan pergolakan dlm cinta, melibatkan kepercayaan, komunikasi, kawan yang makan kawan, kawan yang setia, seorang kekasih yang teguh cintanya hingga membutakan mata hatinya utk menerima cinta baru yang jauh lebih baik, orang sekeliling yang mudah menerima fitnah, keluarga yang penuh kasih sayang, keluarga yang penuh pergolakan, *apa lagi ek? (garu idung)* hmm hasad dengki, sakit hati, balas dendam, cemburu kata2 nasihat dari seseorang yg benar2 mengambil berat, siap disulam dengan tafsiran al-Quran dan petikan hadis. yg penting, ending dia besT!!! hehe


watak utama adalah Eza Nylea yg dah lama bercinta dgn Rizal. Dia amat setia pada Rizal tapi Rizal jarang2 bertemu dgnnya dgn alasan dia di Puchung, Eza di Johor. Semasa Rizal mungkir janji, Eza bertemu Azalan di Pantai Lido yg membawa kpd ikatan persahabatan yg akrab. Hati Azalan tercuit tapi Eza masih setia pada Rizal namun Azalan tetap sahabatnya. Di rumah Eza menghadapi Syella, manusia yg busuk hatinya, sanggup memburukkan Eza asalkan dia dipandang tinggi oleh orang lain dan Eza dipandang sehina-hinanya. mulanya cemuhan di belakang lama2 bersemuka hingga memaksa Eza meninggalkan rumah sewanya dan kembali ke pangkuan keluarga. Perkenalan dgn makwe abg Amirnya, Dayana, membawa Eza ke kuala lumpur, mendekatkan jaraknya dengan Rizal dan menjauhkan jaraknya dgn Azalan.


Amir dan Azalan bersahabat di luar negara. Kembalinya Azalan merapatkan kembali persahabatan mereka, tambah2 Azalan merupakan tempat Eza mengadu setiap kali Rizal mengecewakan dan mengabaikannya. Masalah di tempat kerja pon diadukan kepada Azalan yg setia mendengar. Rizal sering memberi alasan tidak bersedia utk menjadi tunangan orang, inikah pula suami.


Eza sudah ada perasaan pada Azalan tapi disembunyikan kerana dia terus meyakinkan dirinya bahawa Rizal adalah cinta hatinya walaupun dia tak pernah dihargai. Tak sangka watak syella muncul semula, kali ni di tempat kerja Eza. kali ni dia jadi talam dua muka, berbaik dngan Eza tapi di belakang menyebarkan fitnah dahsyat ke atas Eza. Eza dituduh bertukar pasangan, jahat dan sudah hilang kehormatan diri. Semuanya diadukan kepada Azalan tapi Rizal lebih percayakan Syella.


Kepercayaan Azalan pada Eza memang sgt tinggi, Syella yang bijak memutar kata tu pun tension kerana tak dapat mempengaruh Azalan supaya turut membenci Eza. Syella ni jeles kat Eza sbb dia lebih cantik dari Eza tapi orang lebih sukakan eza daripada dirinya. memang sakit hatila watak Syella ni, tu yang best baca tu. :)


Eza memang frust abih dgn Rizal dan nekad nak putuskan hubungan, masa dia nak luahkan perasaan kat Azalan, Azalan pulak dah bertemu kembali dengan cinta pertamanya dan berniat utk berkahwin tak lama lagi. Rizal yg sudah tahu citer sebenar pergi berjumpa ibu bapa Eza meminta kebenaran utk masuk meminang. Eza sudah bosan dgn Rizal, lagipun mak Rizal tak sukakan dia. Eza pasrah dan menyuruh ibu bapanya menerima saja pinangan sapa2, sepupunya yg gatal tu pun tak pa. dia dah tak kisah lagi sbb Azalan pon dah nak kawin ngan orang lain. Eza hampir pengsan bila melihat lelaki yg sedang melafazkan akad di hadapan bapanya...


sure fine whatever
Rinn



Sinopsis belakang buku:


Orang kata cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta itu juga sungguh romantis dan sukar untuk dilupakan. Namun, adakah cinta itu membahagiakan seandainya si dia tidak bijak melaksanakannya? Adakah cinta itu dianggap buta sekiranya si dia tidak pandai menilaikannya?


Kerana itu, Eza Nylea keliru dalam pencarian cintanya terhadap seorang lelaki bernama Rizal. Mengapa dia sahaja yang mendambakan cintanya selama hampir tujuh tahun dan membina keyakinan sendiri sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya?


Dia sahaja yang menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas. Namun, Rizal tidak pernah berada di sisi tatkala Eza Nylea amat memerlukannya. Cinta itu memerlukan bukti dan itu yang Eza Nylea mahukan daripada Rizal.


Dalam penantian yang menyeksakan, Azalan datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.


Eza keliru lagi. Antara Rizal dan Azalan.. yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih.


"Andai aku dapat merasakan cinta, takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan"


sinopsis di website alaf:


Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya.


Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.


Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?