Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, January 17, 2010

Kasih Antara Kita by Norisah A. Bakar



Kasih Antara Kita
Penulis: Norisah A. Bakar
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2008
584 mukasurat
isbn: 9789838938845
RM26.90


"Cinta datang tanpa disedari, perasaan cinta itu sukar utk digambarkan"


Bagi yg mengikuti karya-karya Norisah A. Bakar tentu tak ketinggalan memiliki novel Kasih Antara Kita ni. Sedikit sebanyak memberi kita peluang menjengok kisah hidup di Singapura.


Kisah manis yang mampu membuat kita tersenyum. Kisah ini adalah tentang Nur Asyikin yg menyintai Zulkarnain tetapi zulkarnain seperti tidak mahu ada ikatan perasaan antara mereka. Dia menjauhi Syikin dan pergi ke luar negara. Syikin faham dengan isyarat2 Zulkarnain, dia membuang segala perasaan yg pernah ada untuk Zulkarnain.


Zulkarnain mula menyimpan rindu buat Syikin dan mula menyulam kasih dengan Syikin tetapi Syikin sudah tidak menghiraukan dirinya. Syikin kelihatan lebih terpaut dengan Ahmad Zakuan! siapa Ahmad Zakuan? Doktor? Majistret? Lawyer? Well, dia cleaner kat pejabat Syikin. Perhatian Ahmad Zakuan kepada seorang remaja yg penah rosak perangainya sedikit sebanyak menaikkan daya penarik Ahmad Zakuan di mata Syikin. Syikin tidak dapat menolak perasaannya kepada lelaki itu. Namun hati ibu patut dijaga. AWal-awal lagi mak dia dah warning supaya jgn berkawan dgn Ahmad Zakuan kerana bimbang persahabatan akan bertukar menjadi kasih sayang. Jika anak2nya yg lain berjaya dijodohkan dengan lelaki berharta, Syikin juga mesti mendapat jodoh yg setaraf.


Kesian Syikin. Musibah yg menimpa tambah2 selepas kematian ayahnya menjadikan ibunya tertekan dan bantuan Ahmad Zakuan sekeluarga membuka mata ibu Syikin.


Kisah Nur Suhaila, Nur Suraya dan Nur Amira menambah variasi kepada kisah ini tapi saya paling tertunggu-tunggu nasib Ahmad Zakuan dan Syikin lah ;) Syikin dituduh awek yg syok kat Ahmad Zakuan kerana hartanya membuatkan Syikin tertanya-tanya, siapa Ahmad Zakuan yg selalu bawak van cleaner tu sebenarnya.


Watak Mohsin memberi impak yg tersendiri walaupun pada awalnya seperti tempelan yg menyakitkan mata saja. Tapi biler tengok overall, Mohsin ni baik sangat cuma nasib berbisness tk menyebelahi dirinya dan memang pun sikapnya meletakkan isteri dan anaknya dlm bahaya.




sinopsis/blurb:


Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. apakah daya, hembusan angin yg lembut tidak dapat menyampaikan hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yg telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dgn pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.


Ahmad Zakuan lelaki yg kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dlm hidup Nur Asyikin. Sayangnya, pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yg menjadi dambaannya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan cinta antara mereka yg mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin. Doakanlah penyatuan mereka itu.

Review 60: Percayalah... by Ruby Hazri


Disebabkan baru review Percayalah... Akhirnya, ni aku postkan review Percayalah yang pernah aku post sekitar tahun 2007 kalau tak silap. :) Memang cerita yg aku tak sangka yang aku akan suka sangat-sangat ;)


Percayalah... by Ruby Hazri
Terbitan Jemari Seni

Ada beberapa suara dan emails yg mencadangkan saya baca buku ni, so
tak pikir panjang saya pun beli la... perghh memang tak rugi.. cara
penceritaan satu persatu oleh Ruby Hazry menjadikan kita akrab dgn
watak2 dalam buku ni. citer berentak sentimental jiwang mcm ni memang
ralit la bila baca.. disulam pulak dgn pantun2 jiwang.. aduih..
membuai kalbu betul! sabar menanti sambungan nya :)

mengisahkan cinta terpendam antara Danial dan Atiqah. Mereka dari
latar yg berbeza tapi cinta menyatukan mereka. Danial hidup dalam
kesesatan agama, manakala Atiqah menjadi petunjuk ke jalan yg benar.
salah sangka dan kurang komunikasi menjadikan mereka jauh, tapi kalau
dah jodoh tidak ke mana. Ruby hazry managed to make this a sweet love
story :)

pengalaman di Jerman byk dikongsi di sini dn juga kelihatannya
(betulla yam) Ruby Hazry berpengalaman bekerja di jabatan kerajaan,
den pon orang gomen jugak! :) lepas baca buku ni baru saya jengah blog
ruby hazry, siap ada gambar2 lagi di mana scene2 dalam buku ini
berlaku.. sgt2 membantu kita menghayati kisah ini.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaan ini mampu menghempas pantai
hatimu, Atiqah... kalau sudah ada benteng di situ?
~ Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar
hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu?
~ Nur Atiqah

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih
dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya
sebagai Danial wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan
ciptaannya sehinggalah dia bertemu... Nurnya.

Nur Atiqah, gadis melayu yg hadir di tengah-tengah kelompok budaya yg
berbeza. Datang dengan harapan utk melunaskan satu cita-cita. Namun
tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yg hadir
dalam diam.

Stuttgart... di situ hati mereka ditemukan; pada saat putih salji yang
jatuh menjadi saksi. Namun, rasa yang bertunas itu tersimpan
dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran?

Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga?
Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa
itu. Duka lara tiba lebih awal sebelum segalanya terjadi. mampukah
badai meleraikan pautan hati seteguh gunung salju itu? Mungkinkah,
kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?

RM21.00
590 mukasurat

Review 59: Percayalah... Akhirnya



Percayalah... Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan: Jemari Seni Publishing
isbn: 9789675118234
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
626 mukasurat


Dah lama aku habis baca buku ni. Lepastu aku terlupa yg aku belum review. haha.. so aku baca lagi sekali lah. Jenuh jugak ngorek notes citer ni yg ntah kat mana dah aku selit.


Memang those yang dah baca Percayalah... akan merasa tak sabar-sabar nak baca sambungan kisah cinta Atiqah-Danial yang sangat membuai perasaan.


Sebenarnya ada beberapa org juga la yg mcm marah2 dengan Ika dalam cerita ni. Aku dah baca and aku tak nampak pulak kenapa nak salah kan Atiqah. Takdir Allah seperti melorongkan jalan Atiqah direct kepada Danial semula walaupun ianya mengambil masa yang panjang.


Bayangkan kalau Khairil tiada dan Atiqah bertemu jodoh dgn org lain, tentu sampai bila-bila Atiqah tidak akan bertemu Danial semula. Doa Khairil dimakbul Allah dan Atiqah diamanahkan kepadanya dan dikembalikan kepada cinta sejatinya.


Tak banyak scene yg aku memberi rasa hiba/sedih, kecuali part akhir2, masa Atiqah-Khairil tu memang sangat menyentuh perasaan.


Aku tak ingat sapa yg cakap citer tak byk tentang Danial, tapi aku rasa kisah Danial memang ada di sepanjang perjalanan cerita dan tak terasa 'kehilangannya'. Kisah tidak tergesa-gesa tapi agak heavy. Tidak sesuai dgn selera org yg suka citer muda mudi riang ria yg penuh dengan scene bercinta semendang sampai bila-bila.


Walaupun endingnya mengecewakan seorg lelaki yg sangat baik, tetapi bagi saya ianya happy ending kerana hero buat Ika tetap Danial ;). Cerita ini seperti menceritakan perbezaan gentleman seorg lelaki Eropah dan gentleman seorg lelaki Melayu. Dalam kisah ini saya dpt rasakan kasih seorg lelaki Eropah membuai perasaan Ika manakala kasih seorg lelaki Melayu menyentuh perasaannya. Tetapi cintanya sudah terpatri kejap kepada seorg lelaki sahaja.




sinopsis/blurb


Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang dipermukaan, berolak dan bergelora di dasarnya.


Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...


Aku sanggup memungut sisa kasihmu yg sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak utk memiliki hatinya ~ Khairil


Salji datang lagi...
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yg pasrah
mengenang mentara cindur yg hilang


Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.


Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah


-----------------
Percayalah... Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.

Thursday, January 14, 2010

Karnival KarangKraf 2010


Karnival KarangKraf
Alaf Dua Puluh Satu


Tarikh: 29 Januari 2010 - 1 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat: Lot 2, Jalan Sepana 15/3, 40200 Shah Alam Selangor
Diskaun hebat 30%


Nak Jumpa Penulis????
Sabtu (30 Jan 2010):
Ramlee Awang Murshid
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Norzailina Nordin
Bikash Nur Idris
Elin Nadia
Ayu Emelda


Ahad (31 Jan 2010):
Elin Nadia
Ayu Emelda

Wednesday, January 13, 2010

Review 58: Cahaya Cinta by Izra Noh





Cahaya Cinta
Penulis: Izra Noh
Penerbit Intens Idea
Cetakan Pertama 2007
RM19.00
isbn: 9789834345006
441 mukasurat


"Kisah cinta silam yang trajis akibat terlalu menurut hati sehingga membelakangkan keluarga mewujudkan perasaan inferior di hati Ellynna..."


Aku dpt buku ni dari salah seorg penjual buku 2nd hand online. Tak der expect apa2 dari buku ni, cuma sekadar nak cuba baca buku penulis baru. Lagi pun saya blum penah baca buku penulis Intens yg lain selain FAuziah Ashari.


Jenis buku yg kiter tak sangka kiter akan enjoy. Membawa tema kawin paksa jugak so rasanya kalau those yang minat genre ni memang gerenti akan sukalah buku ni.


Cerita ini sedikit sebanyak mengandungi aura ombak rindu tapi ceritanya completely different lah. Perkahwinan antara 2 orang yg saling membenci dan berdendam.


Ellynna adalah watak wanita yg ada kekuatan tersendiri tetapi kekuatan itu dibina sejak kecil demi melindungi kelemahan diri yg boleh menjatuhkan dirinya dengan mudah. Dia ni trauma masa kecil dan kehadiran papanya boleh meragut segala kekuatan yg dibinanya dgn sekelip mata. Dia ni ngeri dgn teddy bear. Kira dia selalu dpt nightmare lah tentang teddy bear nih. Well aku pun penah mimpi ngeri pasai teddy bear. Aku ni jenis bermimpi tapi tak ingat mimpi apa. Tapi mimpi teddy bear tu aku ingat jelas sekali. eh... ni citer lain daaa.. haha.


Ellynna dan Haziq bertemu masa sesi interview kerja, tapi diorg betul2 start gaduh masa Haziq gi ngamuk kat abg Ellynna, Aiman sbb awek Haziq tu mcm syok kat Aiman, Haziq tu jeles, dia gi cepuk Aiman tu. Memang jenis baran Haziq ni. Ellynna ni pantang org kacau abg dia memang dia nak protect. So gaduh la dia ngan Haziq tu.


Haziq tak dapat balas kat Aiman, so dia tak sabar nak sakitkan hati Aiman through Ellynna. Peluang datang apabila bapa Ellynna yg lama hilang lepas dipenjarakan muncul semula dengan satu proposal yg sangat menarik.


Ibu Ellynna, Jannah pernah hampir berkahwin dgn bapa Haziq kerana wasiat. Diorang sepupu. Kalau diorang kawin, barulah harta keluarga akan dibahagi2kan. Lebih kurang camtu lah. So Haziq amik peluang tu utk berkahwin dgn Ellynna. Masa tu Aiman dah gi luar negara. Ellynna jadi helpless biler berdepan dengan trauma dari masa lampaunya, ayahnya sendiri. Kesian Ellynna tu, trauma betul dia dengan lebah. Berwalikan ayahnya, dia menjadi isteri Haziq. Haziq memang betul2 balas dendam la masa tu. Kesian Ellynna. Kewarasan Haziq akhirnya datang juga, dia mula menimbang segala2nya yg dia dah buat. Tapi misteri Ellynna masih lagi membuat Haziq tertanya-tanya.


Tak rugi baca buku ni :) thanks Azie.


sinopsis/blurb:


Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yg papanya ciptakan sejak usianya tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar utk menempuhi hari2 yg mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yg tercicir. Dia menjadi seorg yg tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya kembali melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bosnya yg berperangai seperti papanya hadir dlm hidupnya. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci pada Haziq dan tambah tertekan bila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.


Ketakutan serta keresahannya kembali menghantui diri kerana papanya. Lalu, dia sanggup menjadikan dirinya berada di sangkar emas Haziq. Betapa sukarnya utk Ellynna menjalani hidup yg penuh ranjau. dapatkah dia menaruh setitis harapan pada perkahwinan yg tidak dirancang ini? Mungkinkah dia mengecap kebahagiaan sepanjang perkahwinannya dgn Haziq? Dan, wujudkah rasa cinta di hati Haziq utk nya?


Suatu hari, dia terkedu apabila berhadapan dua lelaki ini yg rupa2nya punya byk rencana utk memusnahkan hidupnya.

Banyak Nyer Novel Baru Januari 2010!!!

---------------------




Tajuk : Pergilah Air Mata
Penulis : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM28 ( Sem) & RM31 ( S&S)

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

--------------------



Kita Hanya di Seberang jalan
Penulis: Bahruddin Bekri
RM 19.90 / RM 21.90 (Sabah & Sarawak),
978-967-5406-16-4;
Tarikh Terbit: 15 January 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 448 halaman


Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing. Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.


------------



Tajuk : Rumput Masih Hijau

Penulis : Iman Xara

Penerbit : Jemari Seni

Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 25 Jan. 2010)




tidak pernah malam itu berpanjangan

tidak juga siang itu hadir tanpa penghujung





Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa? Bukankah mudah memilih yang masih bujang, daripada memilih ‘bekas’ orang? Apatah lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’!

Perempuan berhati konkrit ke dia, untuk tidak memahami kerlingan Safuan mahupun senyuman Adam. Kenapa hanya lelaki beranak satu itu yang dia suka?

Malu, kan sesudah berkata ‘ya’ pada pinangan ibu si dia, sedangkan si dia pandang sebelah mata kepadanya pun tidak. Tiada sesiapakah yang simpati pada perempuan yatim piatu sepertinya ini tatkala pilu melanda bertimpa-timpa?

Wafa, bukankah rumput itu hijau di mana-mana, kenapa harus memandang pada padang yang sudah dimiliki orang lain?

* * * *


Bacalah rahsia rasa sanubari Wafa daripada pena IMAN XARA dan tanya pada hati sendiri... benarkah Rumput Masih Hijau di mana-mana?

--------------------------




-----------------------------------





Tajuk : Nama Atas Kertas
Harga : RM2o (Sem) /RM 23 (S&S)
mulai 10 Jan

Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:

NASRON SIRA RAHIM...


Engkau tidak dapat melihat aku,

tapi aku sentiasa wujud;

Engkau boleh bersembunyi di mana saja,

tapi aku akan tetap menjumpaimu;

Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,

tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;

Siapakah aku?


Apa tip yang ada?

“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle

dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. BacalahNama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

-------------------------------




Tajuk : Cinta 365 hari
Penulis: Norzailina Nordin
Harga: RM19.90
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-492-0

Sinopsis:
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!

Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.

Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya.

Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

----------------------



Sinopsis:



Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.


Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.


Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?


Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.


Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?


Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.


Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?


Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.

----------------------------------



Sejauh mana pun mereka membawa diri, Najla dan Amal tidak mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah juga untuk mereka merelakan perpisahan. Bukan juga mudah melupakan kepergian.


Amal tahu dirinya hanya gagak di rimba dan Hakim umpama merak kayangan. Sudah ditakdirkan Hakim itu tidak untuknya. Namun bukan salahnya apabila kasih setia tercipta untuk lelaki itu. Najla sedar cintanya kepada Anas Salihin tidak pernah pudar walau jarak dan waktu memisahkan mereka. Namun, Najla tidak sanggup untuk terus berharap apabila terbukti cinta itu tidak berpihak untuknya.


Apakah benar Amal dan Hakim tidak berhak untuk bersama hanya kerana dunia mereka berbeza? Dan, selama mana pula Najla dan Anas Salihin terdaya menyembunyikan rahsia hati? Selama mana mereka rela berteman rindu sedang di hati ada cinta menemani?


--------------



Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.


Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.


Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.


Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?

--------------------




Di sebuah kawasan tanah tinggi, tinggal seorang perempuan bersama anak-anaknya. Castle of Flowers, jadi hunian Puteri Dahlia bersama puterinya serta tiga puteri tirinya; Puteri Lavender, Puteri Everlasting dan Puteri Rose. Puteri Dahlia begitu benci dan dendam kepada semua anak-anak tirinya. Semuanya gara-gara kasih sayang suami dirampas oleh madunya.


Puteri Lavender, Puteri Everlasting dan Puteri Rose terpaksa bersabar dengan olah bonda dan adik tiri mereka. Semuanya demi mengenang jasa Puteri Dahlia kerana telah memelihara mereka. Biarpun kejam, Puteri Dahlialah yang membesarkan dan menjaga mereka selama ini.


Namun begitu, akhirnya Puteri Lavender memecah tradisi. Membantah kekejaman wanita itu. Keberaniannya menimbulkan berbagai bencana untuk mereka bertiga. Tindakannya melarikan diri menemukannya dengan Tengku Luthfibillah, Calvin Ng dan Raja Parameswara.


Akan hilangkah benci Puteri Dahlia ke atas mereka nanti atau selamanya kembar bertiga itu harus jadi mangsa dendamnya? Atau mungkinkah hadirnya Tengku Luthfibillah, Calvin Ng dan Raja Parameswara bakal menganyam cinta dan bahagia di hati Puteri LER?

-------------------



Nyanyi sunyi
Penulis: Maskiah Masrom
RM 20.50 / RM 23.50 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-67-9;
9789833892679
Tarikh Terbit: 15 January 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 648 halaman


Cempaka, pencinta sastera, bahasa dan budaya Melayu yang jatuh cinta kepada Dr. Arjuna.

Imran Baihaqi, ustaz hafiz al-Quran yang meminati kesusasteraan Melayu dan jatuh cinta pada Cempaka.

Lukmanulhakim, wartawan muda yang meminati kisah-kisah romantis dan mencintai Cempaka.

Dr. Arjuna, pensyarah bahasa dan kesusasteraan dari Indonesia yang sudah beristeri tetapi jatuh cinta pada Cempaka.

Siapakah akan menjadi pilihan Cempaka?

----------------------




Kasih Seharum Manisah
Penulis: A. Razak Adam
RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-59-4;
9789833892594
Tarikh Terbit: 15 January 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 400 halaman



Usahlah bersedih hati. Dunia ini memang begitu sifatnya. Ketajaman akal kekadang tidak mampu merobah yang sudah tertulis….

Tidak ada kisah cinta yang biasa. Setiap kisah cinta adalah istimewa. Kelvin, lelaki mualaf yang menjadi cinta pertama Manisah. Halangan keluarga membawa harum kasih Manisah ke sudut derita dalam kisahnya. Pada saat itu, muncul Soefjan, lelaki yang punya kunci untuk harumnya kasih Manisah.

Lalu bagaimana harum kasih Manisah? Terus hilang dibawa angin atau terus harum mewangi.

-------------------





Tajuk : Aku Kan Novelis
Penulis : Nurul Syahida
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM17.90
Tarikh Terbit : 15 Jan 2010




Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?


Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.


Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.








Tajuk : Cinta Untukmu
Penulis : Siti Nur Dhuha
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM22.90
Tarikh Terbit : 1 Jan 2010


Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.


Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.


Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Tajuk : Andainya Kukembali
Penulis : Mia Khaidina
RM 17.90
Penerbit : Buku Prima
Tarikh Terbit : 12 Disember
Halaman : 432 hlm


Azlin meninggalkan Marc Darcy selepas lapan tahun bercinta kerana lelaki itu tidak mahu memeluk Islam. Walaupun sudah berusaha mendekatkan lelaki itu dengan Islam, Azlin gagal mengIslamkan dia. Azlin pulang ke Malaysia, memulakan hidup baru dengan memilih kerjaya baru iaitu wartawan. Dia jatuh hati pada rakan siber tetapi tidak percaya pada pertemuan di alam tidak nyata. Azlin akhirnya memilih Amri untuk mengakhiri sindiran orang keliling terhadap dirinya yang masih bujang pada usia lewat. Bagaimanapun, hidup bersama Amri tidak seindah dijangka.

Thursday, January 7, 2010

Review 57: Emosi by Norhayati Berahim



Emosi
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 1999
isbn: 9838933651
RM17.90
300 mukasurat


"Kau biarkan rinduku jatuh berguguran"


Nama Azali dan Alia kedengaran sangat familiar. Rasanya aku dah penah baca novel NB yang menggunakan nama2 ini. Yang pasti kisahnya memang tidak sama langsung dengan kisah2nya yg lain.


Dalam 'Emosi' ini, Alia dan Azali adalah sepupu yang pernah membesar bersama dan Alia trauma semasa dgn Azli di waktu kecilnya kerana ayah Azli suka mendera Alia dan Azli ni sekadar menurut tindakan bapanya. Masa tu dia masih kecil dan nakal.


Ibu saudaranya tak tahan dengan penderaan yg diterima Alia lalu menghantar Alia utk tinggal bersama atuk dan neneknya.


Azli dibesarkan di luar negara oleh ibunya. Azli ni kira jadi manusia la biler mak dia yang didik. Alhamdulillah.


Kepulangan Azli ke kampung dan ke rumah atok dan nenek menggugat ketenangan Alia. Luka lama berdarah kembali. Azli tak menyangka Alia menyimpan dendam zaman kanak2 mereka hingga kini. Lebih menyulitkan keadaan apabila Azli jatuh cinta pada Alia, gadis yang tenang dan baik hati. Haaa cemana ya nak ngorat orang mcm Alia tu?


Azli ni pun satu, masa dah sure nak dapat Alia tu, baru la sibuk nak berkawan dengan Rosiah tu. Dah tau dia tu ada rekod buruk bab2 merosakkan pertunangan orang, yang dok berkawan jugak sapa suruh. Aduih. Part ni memang rasa nak sekeh kepala Azli ngan nozel pam minyak kedai dia tu. eeeee geram aku.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Usah ditanya pada sebuah kelukaan, kelak parutnya akan kembali berdarah. Biarlah kemaafan itu menjadi dendam yang terindah.

Monday, January 4, 2010

Review 55: Street Vendetta by Mazni Aznita


Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita (Anita Aruszi)
Penerbit: Buku Prima
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675234538
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
631 mukasurat


"Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu.
Love is always a beautiful thing in hour hearts. Sweet and sour!"


Saya ada la baca lebih kurang 4 buah buku dah dari karya penulis ini. Ini lah kali pertama rasanya cerita cinta thriller penulis ini berbaur dengan elemen2 komedi yg mencuit hati. Sebelum ini karya2nya lebih bernada serius. Suntikan elemen komedi tu ternyata berjaya menceriakan lagi kisah ini.


Heroin citer ni, Bella, bukanlah stereotype gadis2 yg sentiasa diangkat sebagai heroin novel. Dia adalah gadis biasa tapi suka bergaya. Biar papa asal bergaya. Sanggup berhutang asalkan gengsi terjaga. Pertemuannya dgn Kojie tercetus semasa Kojie ditugaskan menarik kereta Bella yg dah berbulan tak dibayar. Nekad betul Bella tu mempertahankan keta dia sampai bawak lari gi Cherating. Terbawak lari sekali ngan Kojie pulak tu. haha.. memang lawak citer ni.


Tujuan asal ke Cherating adalah utk mengejar cinta lama. Kojie yg sudah mula terpaut dgn Bella kreko tu frust la. Lagi satu yg lawak tu part, nenek yg tumpang keta diorang tu... huhu... serem la nenek tu. Ingat ker dia melarang Bella mengaji sbb 'panas' dgn ayat2 suci yg dibaca Bella. Tapi rupa2nya Bella tu ngaji tak betul, makhraj, idgham semua tak kena. haha...


Cerita sebenar bermula apabila Bella dan Kojie terpisah. Bella mula menyedari perasaannya namun dia terkejut apabila bertemu dgn Kojie versi smart bergaya dgn pakaian pejabat. Kojie ke tu? atau orang lain? Kenapa Kojie tak kenal dia? Kenapa orang panggil dia Fakruzi? Tiba2 saja dia diberitahu Kojie telah meninggal dunia dlm sebuah kemalangan ngeri. Bella tak penah menyangka kehadirannya bakal membongkar rahsia yang paling besar dalam keluarga Dato' Abdullah, pemilik Trans-Corporation, bapa Fakruzi.


sure fine whatever
Rinn




sinopsis/blurb:


Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yg aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang. - Kojie


Lidah Anabela serta-merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dlm keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess, Bella. Takkan dalam sekelip mata Fakruzi boleh menyukainya! - Anabella


"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang, aku cuba utk mengenali siapa kau sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yg hilang dari ingatanku."-Anabella


Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Annabela. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yg ditempuhinya bersama Anabela ke Cherating seperti yg diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar2 pasti. Sesuatu yg memberi kekuatan dlm dirinya. dia pasti - Fakruzi.


"Itu sajakah yg kau nak ckp pada aku? Setelah selama ini kau permainkan aku mcm org bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam org gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - anabella.


-------
Saya bermula dgn novel bergenre percintaan dan misteri. Dan entah sejak bila saya mula menulis tentang genre yg sedikit berbeza. Jika ditanya di mana permulaannya, saya sendiri tidak tahu menjawabnya. Jika ditanya apa yg membuahkan idea? Maka jawapannya adalah anda yg telah membaca blog dan karya2 terdahulu saya. Di situlah kekuatan dan keazaman saya bermula dan tercetusnya ilham utk Street Vendetta. Kisah Bella dan Kojie digarap dgn watak2 mereka yg berada dekat dlm kehidupan saya sendiri dan mungkin juga kehidupan anda!
~Mazni Aznita~

Review 54: Sebening Langit Senja by Samsiah Mohd Nor


Sebening Langit Senja
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan Dwiwangsa
Cetakan Pertama 2002
isbn: 983945935-x
224 mukasurat
RM13.90


"Yang jauh rindu dipupuk, yang dekat cinta bersemi"


Lagi karya Samsiah Mohd Nor yang baru menghuni rak aku. Huhu... masih lagi dalam misi memburu dan menyimpan karya2 beliau. :)


Kisah kehidupan yang biasa kita dengar dan dekatnya kisah ini dengan realiti tidak dapat kita sangkalkan lagi kerana sudah banyak pendedahan di dada2 media mengenai kisah yg diselitkan dalam novel ini sebagai pengajaran supaya kita tidak lupa daratan dan pandai2 lah menjaga diri.


Bagi pembaca yang memandang watak 'Dayana' sebagai watak utama, kisah ini mungkin dianggap sad ending. Tetapi bagi saya ini adalah happy ending kerana saya melihat Ati sebagai watak utama yg menjadi tumpuan dalam kisah ini.


Ati adalah gadis yg sedang menempuh STPM yg dlm diam menyimpan perasaan buat gurunya, Badli yg jatuh hati dengan kakak Ati, Dayana. Khabar Dayana sentiasa ditanya pada Ati membuat Ati makan hati. Sian Ati.


Pemergian Dayana ke bandar utk mengejar profession modelling membuat Badli kecewa. Dia masih mendekati keluarga Ati yang sudah lama dikenalinya dan lama-kelamaan dia mula memberi perhatian istimewa kepada Ati, anak yg patuh pada ibu bapanya. Tidak seberani kakaknya yang sanggup meredah belantara kota demi mengejar cita2.


Nasib buruk yang menimpa rakan seperjuangan yang ada sugar daddy membuat Dayana mahu kembali ke kampung dan memulakan perniagaan bersama-sama Badli. Kepulangan Dayana meresahkan hati Ati tambahan pula dengan ketibaan rombongan meminang dari pihak Badli. Tekejut Puan Zabedah, anak lain yg dia nak offer, anak lain yg kena pinang :)


sure fine whatever
Rinn


sinopsis/blurb:


Dia pandai buat keputusan tapi keputusannya langsung tidak ambil kira akan hati dan perasaan orang.


Masa hendak orang, ambil! Masa tak hendak, buang! Abang Bad pun satu, untuk Dayana semua pun boleh. Aku ni kadang-kadang tak wujud. Tak ada Dayana aku dicari, ada Dayana aku terus dilupai. dah terpukau langit nan indah sampai lupa rumput yang dipijak.

Saturday, January 2, 2010

Review 53 : Kemilau Mutiara Raudhah


Kemilau Mutiara Raudah
Penulis: Saidatul Saffaa
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118258
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
616 mukasurat


Aku pilih buku ni utk jadi peneman aku sepanjang perjalanan balik kampung kali ni. Jenis buku yg sekali buka memang tak bleh stop membacanya selagi tak abis. Gatai jer tangan nak singkap page yang last2 tu, tapi ku tahan Jebat! hehe...


Kisah perkahwinan atas aturan keluarga, ada suntikan Islamic yang menjadikan kisah ini ada tarikannya tersendiri utk membuat kita melekap dgn buku ini.


Kisah ini tentang Izzat (Jack), tentang Raudhah. Izzat jejaka yang tersasar dari jalan yg benar manakala Raudhah adalah gadis berdarah campuran yg dibesarkan dgn cukup ilmu agamanya dan cukup menjaga agamanya.


Izzat ditunangkan oleh ibunya dengan gadis yg ibunya bekenan sangat2 ketika Izzat masih belajar di luar negara. Satu percutian telah menemukannya dengan Raudhah di Jannatul Firdaus Resort. Jack sudah mahu menjadi Izzat. Dia nekad meminang Raudhah, rupa2nya dia terpinang tunang sendiri ;)


Demi masa depannya dan juga kebahagian dunia akhiratnya, Izzat bukanlah pilihan terbaik sebagai suami. Kisah silam Izzat dan salah faham telah membuat Raudhah memutuskan pertunangan dan kembali kepada keluarganya di luar negara, membawa rajuk di hati.


Selepas 2 tahun Tok Ayah memberitahu Raudhah dia sudah ketemu pasangan yg paling cocok buat Raudhah.Raudhah memberi jawapan positif setelah istikharah. Akad nikah yg berlangsung di Malaysia hanya ditatap melalui teleconference. Semudah itu saja dia sudah bergelar isteri org. Suaminya bakal datang utk majlis perkahwinan mereka di Edinburg. Dia excited la nak jumpa husband dia pestaim. Tapi dia menjadi gelisah apabila Izzat muncul semula dalam hidupnya setelah dia menjadi isteri org. Izzat juga semakin berani mendekatinya berbanding dahulu. Raudhah rimas. Rimas bertukar menjadi lemas setelah Raudhah tahu kebenaran mengenai siapa suaminya. Terus pengsan.


Kelakar la part Izzat tekejut masa dlm lift ada org mengaji tu. Aku ingat betul la ada org mengaji dalam lift Jannatul Firdaus Resort. Rakaman suara doa naik kenderaan dia kata mengaji? aduih.. haha.


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb:


Biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki kerana cinta itu letaknya di hati seorg abdi.


Kerana pasir, terbentuknya mutiara
Kerana tanah, lahirnya manusia


Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan
Kembara hati dlm jiwa hamba
Kembara daripada hina kpd mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.


Kata Raudhah dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yg turun dari langit utk menyebarkan keindahannya.


Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami


Bukankah kita diciptakan berbeza utk saling melengkapi, lantas nikmat
Tuhan yg mana lagi mahu didustakan?


sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorg pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Thursday, December 31, 2009

Saturday, December 26, 2009

Review 52: Princess by Bikash Nur Idris


Princess
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Rhythm Publishing
Cetakan Pertama: 2000
Harga: RM12.90
Sabah /Sarawak: RM13.90
isbn: 9789831872871
256 mukasurat

"Princess hatiku
Teguhkah cinta di hatimu"


Habih jugak aku redah buku ni walaupun kesibukan melanda. Ini adalah antara novel yang melonjakkan nama Bikash Nur Idris dan mula menarik perhatian pembaca novel. Masa tahun 2000 tu aku tak tau pun novel ni wujud. Masa zaman tu aku tak minat baca novel. Aku lg suka tengok tv, layan english tv series atau citer telenovela latin :p


Aku suka character Nazira yg ceria, dia memang menyerikan cerita ini dengan sifatnya yg periang itu.


Izat tu pulak, hmm watak playboy memang selalunya aku tak bekenan. Selalu nak tunggu the right woman baru nak stop permainkan perempuan. Just dok diam2 bleh tak? haha.. kesian la pompuan2 yg dipermainkan tu. Yg aku geram tu, family dia pun mcm tak kisah jer dia nak main2kan perempuan sbb suatu hari nanti diorang yakin Izat akan jatuh cinta dan akan setia pada cinta itu sebab, bapa ngan mak dia mcm tu dulu. si bapanya tu jenis suka permainkan perempuan jugak, tapi lepas jumpa dgn si ibunya, dia jatuh cinta dan setia dalam perkahwinan mereka yg sudah menginjak 30 tahun.


Tapi aku suka dgn cara Izat berubah, ada evolusi walaupun pd mulanya mcm tiba2. Tempoh Ira meninggalkan dia menjadikan dia lebih sedar yg cintanya takkan berubah dan dia takkan dapat menerima orang lain selain Ira.


Walaupun sad ending tapi aku suka sbb diorang dapat gak kawin. Memang aku dah dpt warning mengenai kisah sad ending nih. tapi this one is interesting, walaupun aku ni bukan jenis yg suka sad ending.


Kisah nya? citer dia camni... Izat ngan Ira ni sebenarnya pantang jumpa mesti gaduh. Diorg memang musuh aar.. kira kalau nampak jer, isytihar perang aar, tak kira la depan sapa, mulut masing2 memang tak henti2 melepaskan tembakan peluru dan lazer. Izat yg sebelum ni asyik menang dgn perempuan, akhirnya menerima tentangan hebat hingga Ira berjaya mempermainkannya di khalayak ramai beberapa kali.


Ciuman yg mulanya niat Izat utk mengusik dan membalas dendam menjadi benih cinta di hati Izat, tapi Ira, dia ngamuk sbb dlm byk2 manusia Izat jebon tu jadi yg pertama.


Akhirnya Izat merasa jugak la bab2 kena berusaha keras utk ngorat gadis idaman yg bakal menjadi isterinya. Selepas cintanya mula bersambut, Izat dikejutkan dengan permintaan Ira agar dia dilepaskan dari hubungan cinta itu. Korang rasa sebab apa? Ira saja nak permainkan Izat atau ada rahsia yg disembunyikan? *sighs* cerita yg membuatkan aku menangis di petang yg berhujan lebat.


And ni lah baru aku tau yg watak Izam dan Aiza dlm 'Dengan Nama Cinta' tu datang dari cerita ni rupanya. Tak sangka pulak diorg terputus hubungan selepas apa yg menimpa Izat dan Ira. Tapi sambungan kisah diorang dlm DNC best!


sure fine whatever
Rinn




sinopsis/blurb:


Mohd Izat Effy jejaka tampan dan kaya yg sering menjadi rebutan. Kekayaan dan ketampanannya menjadikan dia ego. Keegoannya luntur apabila dia dipertemukan dengan gadis yg degil, lincah dan periang. Pertemuan atas dasar kebencian itu akhirnya membenihkan rasa cinta. Apatah lagi keluarga kedua belah pihak amat merestui hubungan suci itu. Di saat Izat ingin melamar princess hatinya, Nazira menarik diri. Izat kecewa dan menderita dgn tindakan itu. Tertunaikah impian Izat untuk mereka...

Review 51: Di Bibirnya Ada Cinta by Anita Aruszi


Di Bibirnya Ada Cinta
Penulis: Anita Aruszi
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789833880614
RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90
126 mukasurat

Pestaim baca kisah tentang ahli cosmetology, khusus lipstik pulak tu. Aku tak bleh ar pakai lipstik, rasa air liur takleh telan peh tu menjejeh kuar. eeeeeeeeee. haha.


Kael adalah lelaki yg suka lipstik, tapi bukan berlipstik, dia jenis padai appreciate lipstik. Dan satu banner telah menangkap pandangan matanya dan dia jatuh cinta pada bibir itu. Sian plak, jadi gila bayang jatuh cinta ngan bibir gadis dalam banner.


Widuri tu pulak adalah rakan sekerja Kael. Diorang ni suka berdebat, jenis berdebat yg membawa gaduh :) Widuri yg sebelum ini tidak menarik perhatian Kael akhirnya berjaya membuat Kael tertanya-tanya setelah terserempak dgn gadis brutal tu di suatu tempat eksklusif berpakaian feminin. Widuri yg dia kenal gemar berpakaian gedoboh, mana ada pakai feminin2 mcm tu. Misteri itu menarik minat Kael utk menjaga tepi kain Widuri. eh, tepi seluar.


Kelakar betul part Kael terpaksa kuar dgn Miza tu. Mak Kael tu takut sbb anak dia tak der makwe, so dia kenen la ngan Miza tu. Kael tu mampu bercerita ttg lipstik sehingga Miza boleh rasa seram.


WAlaupun dalam cerita yg ringkas begini, Anita Aruszi masih lagi menyelitkan unsur cinta dan misteri dalam kisahnya :) i like!!


sure fine whatever
rinn


Sinopsis/blurb:


Kata orang cinta datangnya dari mata, terus turun ke hati. Tapi bagi Kael, cinta tidak semudah itu. apatah lagi gadis2 yang berada di sekelilingnya langsung tidak menarik minatnya kecuali seorg...


Widuri bukan gadis idaman, malah jauh panggang daripada api utk termasuk dlm senarai gadis-gadis yg diperkenalkan ibunya. Di mantanya dia melihat Widuri sbg si Ugly Duckling. Namun dwi-personality Widuri memangkah setiap perhatiannya pada gadis itu.


apatah lagi sikap Widuri menimbulkan misteri tersendiri sekali gus menimbulkan rasa bingung, curiga dan keliru dalam diri Kael. Apakah misteri itu? dan, benarkah si Ugly Duckling punya dua personality berbeza?

Review 50: Semalam Kubermimpi by Aina Emir


Semalam Kubermimpi
(Koleksi Cerita-cerita Menarik)
Penulis: Aina Emir
Terbitan KarnaDya
Cetakan Pertama 2006
220 mukasurat
isbn: 9789834276126


nampaknya dalam kisah2 pendek mcm ni penulis lebih selesa bercerita kisah2 yg 'hanging' endingnya yg boleh membuatkan aku hangin satu badan dan sesetengahnya mempunyai tema yg lebih berat dari biasa dan surprisingly ada juga cerita yg membuat kita berfikir dan muhasabah diri.


Kisah 1: Semalam Kubermimpi


Iman sudah bertunang dengan Lufti. Jejaka hensem, kaya yg sempurna di mata Iman. Namun semakin dekat tarikh perkahwinan mereka, kesempurnaan itu semakin pudar dan keistimewaan Adam (sahabat baiknya) pula semakin terserlah. Semakin lama mengenali Adam, Adam yg sepet tu kelihatan makin menarik manakala semakin lama mengenali Lufti, Lufti kelihatan semakin jelik.


Taktau la apa nasib Iman, dia bersama Lufti atau Adam. Kalau ikut feeling kiter mestila nak Iman ngan Adam! hehe... Kesian la Iman kalau betul kawin ngan Lufti. Tau la kaya tapi jenis anak emak. Mak dia control semua.


Kisah 2: Anna Karina


Kisah ini pula tentang Anna dan Adil. Mereka dari latar keluarga yg berbeza namun kasih menemukan mereka dari zaman kanak2 lagi. Adil sering disalah anggap kerana bapanya dipenjarakan atas kesalahan mengedar dadah. Kepercayaan Anna pada Adil tak pernah pudar walaupun Adil dipersalahkan apabila Amirah hamil. Bertahun-tahun Adil menghilangkan diri.


Dunia pekerjaan menemukan Anna dgn Saiful yg mirip Adil. Dia menerima huluran kasih Saiful yg sgt baik hati lalu mereka bertunang. Lepas dah bertunang tu, barulah Adil (yg sudah kaya bergaya) muncul kembali dan terbongkarlah kisah sebenar yg tersimpan bertahun-tahun lamanya. Betullah kata datuk Anna yg suatu hari nanti Adil akan datang mencari anna.


Adil ada sebab yg kukuh utk menyembunyikan cerita sebenarnya. Semuanya demi menjaga maruah keluarga Anna.

Kisah 3: Air mata

Memang kisah yg mengundang tangis. Seorg ibu yg berkorban utk anak2, tapi anaknya yg sulung, Amri yg sedang berada di Australia merasakan ibunya tidak sayangkannya lalu membuat keputusan utk terus berada di Australia kerana tak da org yg sayangkan dia lagi. Dia merasakan ibunya melebih2kan adik2nya yg lain. Tak sedo diri punya anak. Mak dia susah2 hantar dia gi belajar luar negara dia boleh complain? aduih. Adik2 dia yg lain tak der ke luar negara mcm dia. Bila mak dia bantu adik2 dia dari segi kewangan utk memulakan perniagaan dan bantu down payment keta 2nd hand, dia boleh terasa hati dan merajuk tak nak balik? Memang nak kena sekeh anak mcm nih. yang dia tu kat luar negara sapa yg support? Memang kisah ringkas yg menyentuh perasaan.


Kisah 4: Cahaya Yg Sirna

Macam mana ya menjalani hidup seharian dengan berpura-pura tidak tahu perkara aib yg sedang berlaku dalam keluarga. Demi menjaga maruah keluarga, semua mendiam kan diri. Adib yang lahir dari hubungan terlarang dibenci, dia terbiar tanpa kasih sayang. Namun anak itulah yang menawarkan diri menjaga ayah yang sedang terlantar menunggu maut menjemput. Iza sendiri dilanda trauma atas apa yg pernah dilihatnya sehingga perkahwinannya hanya bertahan 5 bulan. Namun kasih tetap ada buat Nasir yg muncul semula selepas 10 tahun. Dengan fikiran yg semakin matang dia nekad mahu membela Adib dan Adib perlu tahu perkara sebenar.


Kisah 5: Minahku Sayang


Bagi saya kisah ni jenis yg mengundang senyum sinis. Anas adalah jejaka kacak yg mahukan gadis terbaik utk dirinya. Dia ada la minat sorang minah ni yg dia selalu tengok dari jauh. Dia berusaha mendekati gadis tu, dan dia dpt la tau minah tu namanya Felisia, memang seanggun rupanya. Walaupun tak pernah berkenalan secara bersemuka, Felisia jelas kelihatan tertarik dengan kehenseman Anas. Anas gembira tapi kegembiraan itu tercantas biler mengetahui datuk yang disangka datuk kepada Felisia yg manja adalah seorang Y. Bhg Datuk. Hehe... nasib baik la Anas tak sempat nak ajak Felisia tu dating.


Kisah 6: Cinta Abadi


Yam berkahwin dengan seorg duda ketika usia yg sudah lanjut. Dia cuba menjadi isteri dan ibu terbaik untuk 4 org anak suaminya. Namun ingatan Faisal terlalu kuat utk arwah isterinya yang dikenali sejak bangku sekolah lagi. Faisal adalah suami yg budiman dan Yam sabar menunggu cinta suaminya.


Kisah 7: Sayangku di Dali


Naj membawa hati yang luka ketika melawat China. Siapa sangka di Dali hatinya terpaut pada seseorg. Johan terus lenyap dari ingatan dan Khairi mengisi jiwanya. Namun dia seperti serba salah bila mengetahui yang wajahnya seiras arwah isteri Khairi, dan mungkin sebab itu Khairi mengejarnya?


Kisah 8: Hilang


Aku stuju ngan DD, kisah pendek ini sangat menarik dgn cara tersendiri. Luqman mengenali izat sejak skolah rendah. Setelah menginjak dewasa, mereka bertemu semula di Kuala Lumpur. Izat sudah berbeza dgn Izat yang dulu. Izat sukakan gadis yang boleh sponsor dia makan minum tempat tinggal. Man yg baik tu terjebak dengan cara hidup Izat dan akhirnya dia pun dah jadi macam Izat.

satu haritu Man balik ke rumah Melisa yg ditumpang bersama Izat. Melisa yg dikenalinya tu sedang mengandung anak Izat tapi Izat enggan mengambil tanggungjwb dan melarikan diri. Nasib Melisa menyeret Man utk muhasabah diri dan dia kesiankan anak yg dikandungkan Melissa lalu mengambil Melissa sbg isteri. Mereka sama-sama menginsafi dosa lalu dan mendekati ALLAH. Melissa disingkir dari keluarganya yg tidak merestui perkahwinan mereka. mereka memulakan hidup baru di tempat baru, bahagia menyinari hidup mereka tambah2 dengan kehadiran Ali yang comel. Tapi tiba2 suatu hari Izat muncul dan teringin nak tengok anaknya, Ali. Memang kesian la tengok Izat tu so Man bagi tumpang, ingat ke sekejap, Izat buat2 tak paham dan buat macam duduk situ terus (macam diorang penah duduk sama 3 orang dulu). Man tak dapat bersimpati lagi dengan Izat apabila Izat cuba menggoda Melissa. Izat disuruh pergi dgn baik. Namun Man rasa bersalah apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis...







sinopsis/blurb:


Kali ini Aina Emir membawa anda kepada pendekatan bercerita yg berbeza daripada yang biasa dilakukannya.


Semalam Kubermimpi adalah koleksi (lapan buah) cerita-cerita yg tidak terlalu panjang bentuknya, tetapi mempunyai plot-plot yg menarik. Cerita-cerita ini ada yg berunsur lucu, ada yg bersifat lebih serius, ada juga yg sedih, tetapi semestinya penuh saspens dan menyentuh perasaan.


Sbg penulis, Aina Emir mengajak pembaca-pembaca untuk menghayati penulisannya dari suatu sudut yg berlainan, dan seterusnya membuka minda untuk fikirkan tentang realiti kehidupan masyarakat kita yg penuh dengan cabaran dan dugaan.

Review 49: Cinta Datang Lagi by Bikash


Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244807
RM17.00
sabah/sarawak: RM20.00
440 mukasurat


"Tak mungkin kuingkari suara hati yang membisik namamu"


Haaa patutla ada yg kata citer ni sambungan citer Ria Qistina! tapi bukan sambung da... ni kira Bikash jadikan watak Fariz dari RQ tu sebagai hero citer CDL ni :) mcm spin-off tv series pulak.


Kalau sapa yg tak ingat Fariz ni, dia ni la yg mengayat power Ria Qistina tapi tak berjaya walaupun dia model dan hensem giler. Tak sangka pulak Erwann yg aku tak bekenan tu pun ada jugak. ADuih mamat tu dalam RQ tersangat la perasan bagusnya. Geram aku.


Ha lagi satu tak sangka! Raisya tu kakak kepada Raniaa rupanya! ala.. heroin 'Bukan Pilihan Hati' tu... Tak sangka lah pulak Erwann dpt Raahah :). Banyak nya tak sangka!


Citer ni bagi aku menarik tapi part Fariz menggunakan Raisya utk mendapatkan Shereen tu aku rasa mcm tak kena jer. Apa pasal nak ngorat Raisya kalau dia nak mendapatkan Shereen? Aku mcm tak dapat nak proses la part tu. Sedangkan dia boleh jer sound direct kat Jaspal tentang rancangan dia sbb Jaspal tu pun memang nak kembali pada Raisya and Fariz pun tahu. Unless kalau tujuan Fariz approach Raisya sbb nak pujuk Raisya supaya membuka hatinya menerima Jaspal kembali sbb Raisya mcm dah tak nak dah beri peluang pada Jaspal. Cara pendekatan Fariz kepada Raisya adalah lebih kepada nak mencuri hati atau lebih senang cakap, nak ngorat la...


Lagi satu.. ermmm kenapa aku rasa citer ni ada unsur2 'gatal'? haha... Bukannya apa, ada sesetengah scene tu macam over miang la pulak. Bikash ni kira ada fans dari kalangan pelajar2 skolah kerana karyanya yg bersahaja dan menghiburkan. tapi biler banyak diselitkan unsur2 'gatal' tu aku rasa tak sesuai la pulak budak2 baca. Sebenarnya kalau cerita sikit2 tu takper, ia akan kelihatan sweet, tapi biler terlebih cerita, kiter plak rasa seram lain macam. ha ha.. aku tak tau nak luahkan mcm mana tapi lebih kurang mcm tu lah aku rasa.


Kisahnya tentang Fariz dan Raisya yg sama2 ditinggalkan kekasih yg berlainan bangsa. Kekasih diorang tu terpaksa berkahwin kerana kehendak keluarga. Jaspal bekas kekasih Raisya berkahwin dgn Shereen, bekas kekasih Fariz. Fariz dan Raisya bertemu di majlis perkahwinan kekasih mereka dan dari situ kisah mereka yg tersendiri bermula...


Niat Fariz yg mulanya ingin mempergunakan Raisya jadi lain setelah dia benar-benar mengenali Raisya. Tapi sayang rahsianya terbongkar sebelum waktunya dan dia nekad mengejar cinta Raisya walaupun terpaksa berdepan dgn ibu dan bapa Raisya. Ibu Raisya mcm tak bekenan kat Fariz sbb suka amik kesempatan ke atas Raisya kalau dibiarkan berdua-duaan. Sampai pengsan makcik tu! kesian! haha.


Sejujurnya aku lebih suka kisah Jaspal-Shereen yg kena kawin paksa tu. ;) Ada misteri yg disembunyikan Shereen dan Jaspal mahu tahu siapakah yg pertama dalam hidup Shereen. Shereen sebenarnya makan hati setiap kali bersama Jaspal kerana Jaspal tak pernah ingat pada satu kejadian ketika dia masih remaja dulu. Aku lebih banyak menangis mengenangkan Shereen dalam cerita ini. Memang kasihan... apa2pun yg best tu citer ni happy ending for both couples!


sure fine whatever
rinn


sinopsis / blurb

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan utk org yg dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sbg isteri.


Bukan Raisya seorg yg kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yg anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing2 dlm majlis yg sama. Satu kebetulan yg kemudiannya melorongkan 2 hati yg derita ini menjadi akrab.


Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya utk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?


Namun bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkan dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

Wednesday, December 16, 2009

Review 48: Bukan Pilihan Hati by Bikash




Bukan Pilihan Hati
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009
123 muka surat
RM8.90
Sabah/Sarawak: RM11.90
isbn: 9789833880683


Akhirnya dapat jugak buku ni :) dan atas bantuan Iejay, aku akhirnya dapat buku Princess yang melengkapkan koleksi buku2 bikash dalam simpanan aku :) yey! yey!


Tengok tajuk jer kiter dah tau ni citer kawin paksa. Nada penceritaan Bikash masih seperti sebelum-sebelum ini. Ada nada ceria yg menghiasi perjalanan cerita dan disulami scene2 lucu. Memang menghiburkan. As expected, kalau citer kawin paksa mesti ada scene blushing, yg segan nak baca.


Konflik jiwa Raniaa memang tunjang utama cerita ini tapi ianya menjadi lebih menarik apabila disulam pulak dengan konflik jiwa anak saudara suaminya, Kenanga yg menyimpan seribu cerita duka.


Dalam naskah kecil kemetot ni Bikash seperti mempunyai lebih dari cukup ruang untuk menyampaikan ceritanya dengan ending yang terbaik. Pengalamannya menulis cerita-cerita pendek banyak membantu dlm menghasilkan cerita ringkas dan padat ini. Tahniah! :)


bagi yang nak baca teaser cerita ni boleh ke link ni: http://teaser-bni.blogspot.com/2009/07/bukan-pilihan-hati-i.html


Secara ringkasnya, kisah ini tentang Raniaa, gadis India muslim yg dipaksa keluarganya menerima pinangan dari seorg jejaka Melayu kerana mereka yakin Raniaa belum punya pilihan hati dan diorang tak nak dia kawin lewat.


Yg kelakarnya hari nak bertunang tu Raniaa decide utk melarikan diri tapi Fathi dpt kejar dia dan siap angkut rombongan ke tempat persembunyian Raniaa sbb nak bagi jadi jugak majlis pertunangan tu. Bila Raniaa lari balik masuk dalam rumah, diorang semua usung balik tikar semua masuk dalam rumah. haha.


Selepas berkahwin dgn Fathi (setelah beberapa kali cubaan melarikan diri menemui kegagalan) Raniaa masih belum dapat menerima Fathi kerana FAthi tu sebenarnya lectrurer dia kat U dan kawan baik dia Sera putus kawan dengan dia kerana Sera tu syok giler baban dengan Fathi tu, tapi last2 dapat kat Raniaa. Perkara ini membuat Raniaa lagi benci pada Fathi.


Kehadiran Kenanga dlm hidup Raniaa mencuit simpatinya apabila mengetahui sejarah hidup Kenanga yg memilukan. Ini peluang baik utk Fathi lebih rapat dgn Raniaa dgn menggunakan Kenanga :)


Kenanga tu anak kepada kembar Fathi yang meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya.


oopss dah tercerita banyak. ;)




sinopsis/blurb:


Lelaki itu pilihan hati baba dan amma, bukan dia.


Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.


Jadi bagaimana dia boleh mesrai hati seorg lelaki yg hatinya sendiri tidak berkehendak? Dia, Nur Rainaa, tidak tahu bagaimana mahu menggarap sayang utk Fathi. Tidak juga tahu bagaimana mahu menerima suami sendiri apabila penerimaan itu mengakibatkan dia hilang kawan baik.


Jadi salahkah kalau dia tidak mahu beri peluang hati menerima bukan pilihan hati? Silapkah kalau dia tidak boleh terus membenci apabila hati mula kenal cinta kepada Fathi sedang Sera lebih layak?

Wednesday, December 9, 2009

Ada Rasa Nak Ngulit Buku Baru?


Tajuk : Jaja & Din
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Mula Terbit : 15 Disember 2009


Cinta pandang pertamakah ini...


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?


=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar


Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan


cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa



Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?


Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’..



"Hangatnya kasihmu menyelimuti hatiku yang dingin"


Tajuk : Jika Kau Tiada
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elin Nadia
ISBN: 978-983-124-479-1


Sinopsis:


SHAKIRA ILYANA kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. Lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. Namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya.


Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. Biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. Kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda.


Tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan, Shakira dikejutkan pula dengan pengakuan Hakim Shahmi, seorang jejaka yang obses tentang cinta. Dia berharap cintanya pada Shakira akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu.


Shakira sedar, biarpun sukar dia perlu terus melangkah. Namun, mampukah Shakira melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Hakim?



Tajuk: My Honey, Hani
Penulis: Fathi Ramli
Terbitan Karna Dya
Cetakan Pertama 2009


"Biar jauh beribu batu, dua hati pasti akan bersatu"


Sinopsis:


“Kamu tahu tak? Seorang teman saya pernah berpesan, jangan pernah takut untuk bermimpi kerana adakalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan mencorakkan perjalanan hidup kita,” ujar Dimas.


“Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan saja hidup ini berlalu apa adanya?” soal Hani.


Siapakah Hani, gadis kelahiran Pahang, Malaysia itu? Siapa pula jejaka yang bernama Dimas? Di manakah mereka bertemu? Bagaimanakah terjalinnya pertalian antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza? Adakah hubungan mereka berkekalan ataupun hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?


Marilah kita sama-sama ikuti kisah cinta gadis Melayu ini dalam meniti saat-saat bahagia, suka dan duka dalam kehidupannya di samping jejaka Yogyakarta yang menawan itu.

Tajuk: Pulut Sakura Serunding Kasih
Penulis: Leysa Shuri
Terbitan Karna Dya
Cetakan Pertama 2009


"Pulut sakura berintikan kemanisan kacang merah, mengeratkan kasih sayang antara 2 insan"


Sinopsis:


Novel ini menceritakan krisis kekeluargaan, pertembungan tradisi Timur dengan unsur-unsur Barat, serta generasi muda di tengah-tengah kemelut kehidupan.


Rafique,
pemuda Malaysia yang pernah kehilangan kekasih, menjadikan penghijrahannya ke Jepun sebagai tempat melepaskan diri dari kongkongan memori itu. Berlatarkan kenyamanan Gunung Fuji, kekosongan di hati Rafique diis semula dengan satu kejadian yang tidak dijangka. Hujan lebat bersama ribut taufan, membasuh saki-baki kenangan yang masih merimaskan hatinya. Takdir menghidupkan semula sumbu kasih sayang itu.


Di Gunung Fuji, sekali lagi Rafique kehilangan sesuatu yang tidak ternilai. Apa terjadi di Gunung Fuji? Dapatkah Rafique mencari kehilangan itu?


Pulut Sakura Serunding Kasih memaparkan nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Jepun dan Melayu. Pulut sakura menjadi lambang nilai-nilai Jepun dan serunding mewakili lambang orang Melayu dalam adegan watak-watak di dalam novel ini.



Tajuk : Di Mana Terangnya Bulan
Penulis :Bahruddin Bekri
Penerbit : PTS


"Sebuah kisah yang menyimpan senyum"


Dalil Tuhan untuk manusia, hidup ini adalah kepingan yang perlu dicantumkan. Mengambil hikmah daripada dalil itu, Kamarul menjejakkan kakinya ke Sarawak bagi melanjutkan pelajaran, kepingan hidup yang sering diangan-angan.


Tanpa Kamarul tahu, di situ dia menemukan lebih banyak kepingan hidupnya. Bermula dengan teman serumah yang diam dan hanya berpakaian hitam. Kemudiannya diari biru milik perempuan Cina yang berwajah ayu. Sehingga kepada lelaki berambut panjang yang menyimpan dendam.


Kamarul yang berwajah polos dan tidak tahu menahu, mendapati kepingan-kepingan hidupnya itu perlu dicantumkan, hanya untuk menjawab satu persoalan, di mana terangnya bulan....


Tajuk : Dengarlah Duhai Hati
Penulis: Efi Afiza
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009


"Engkaukah itu yang sering hadir dalam mimpi-mimpiku?"


Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi yang memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.


Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.


Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya ditambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia jadi hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman?




Tajuk : Cinta Seorang Kekasih
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elee Mardiana
ISBN: 978-983-124-486-9


Sinopsis:


NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa.


Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh.


Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?



Tajuk : Cinta Kepala Batu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ayu Emelda
ISBN: 978-983-124-473-9


Sinopsis:
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.


Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.


Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.


Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...